About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Sunday, April 17, 2011

bahagia itu dalam hati

luahan rasa emy'n at 2:31 AM
assalamualaikum w.b.t ^^

hanya ingin mencoret sedikit fikiran sebelum melelapkan mata..

"apa guna mengejar pelangi jika kita mampu menikmatinya di balik biasan lautan"
  • tak perlu terlalu mengejar kesempurnaan dalam diri seseorang. kadangkala yang sempurna itu lebih menyakitkan daripada yang biasa. yang biasa itu lah yang berharga, ibarat permata dalam timbunan kaca, ibarat air dalam bekas berdebu ^^

"tuhan tidak memberi apa yang kita mahu tetapi memberi apa yang kita perlu"
  • kita mungkin inginkan yang berharta, yang bijaksana, yang segala-galanya... tapi kita lupa bahawa kita perlukan hati yang ikhlas, yang menerima dan yang memahami.. alangkah indah hidup jika kita dapat apa yang kita mahu.. tetapi lebih bererti bila mendapat apa yang diperlukan.. =)

"dalam setiap kelemahan ada kebaikan, dalam setiap kebaikan ada jua kelemahan"
  • setiap manusia berbeza sifat dan sikap.. dalamnya terkandung kelemahan jua kelebihan.. tak mustahil dalam kelemahan  terkandung perkara baik, tak mustahil juga dalam kebaikan itu terkandung kelemahan.. tapi yang pasti, manusia berubah  ^_^

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
terima kasih atas segala-galanya.. mengembalikan senyuman di bibir, semarakkan tawa ini lagi =)

terasa bagai dilahirkan kembali, dengan jiwa yang baru, hidup yang seperti ingin selamanya..

walaupun diri ini ibaratnya tiada apa... namun kau masih terpandang.. masih berkata-kata ^^

bahagia itu ada dalam hati.. bila ditemui seperti bintang berkilau seribu.. seperti sinar mentari yang satu =)

engkaulah teman, jua engkaulah kasih... akan tetap mewangi selama mana yang engkau bajai.. dan yang engkau sirami.. dengan ketulusan dan kasih sayang itu =)

kini ku tahu isi hatimu.. dan engkau jua mengerti hatiku.. ^_^

terima kasih sekali lagi untuk semuanya ;)


4 kata-kata:

uDanGTerBakAr said...

berubah tuk kebaikan ...

emy'n said...

yup.. paling penting untuk diri sendiri ;)

uDanGTerBakAr said...

yea... =)
kesetian...

emy'n said...

^___^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review