About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Sunday, June 26, 2011

metafora 1

luahan rasa emy'n at 2:52 AM 0 kata-kata Links to this post
cinta kristal 


Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal

Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci
Kini aku mengenal akan kepastian
Agungnya cintamu
Hangat membakar panas membara

Mentari cintaku ini jangan dipadamkan
Jika terpadam fanalah harapan

Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih
Biar aku ilhamkan akan kesucian
Kasih dan cintamu
Terus memancar terus membara

Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kristal
Bawa ku pulang 






jangan bunuh hati ini, kerana kau di dalamnya... =')



Saturday, June 25, 2011

mini and pro

luahan rasa emy'n at 5:38 PM 3 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirrahim.. 


^__^
alhamdulillah..
finally, dapat juga yang diidamkan selama ni.. 
so happy.. tapi tak best jugak sebab elaun lom masuk.. huhu..
so, sekejap je la keluar ke LY pagi tadi.. :P
lepas belek2 beberapa kedai, jumpa yang ni..
memang nak yang macam ni pun dari dulu.. 
after I know that enset BB just biasa-biasa je.. 


my new baby :) sony Xperia X10 mini pro

mine was lime green..


akan jaga kamu dengan baik =)
selamat berbakti n berjasa..


p/s : thanx mak :) love u so much...

Monday, June 20, 2011

selamat hari ayah =)

luahan rasa emy'n at 10:59 PM 0 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirrahim.. 


19 Jun 2011.. 
selamat hari ayah buat ayah tersayang ^__^




at Port Dickson, N9

aidilfitri 2009 

one happy family ~alhamdulillah :)

kurniaan yang terbaik dariNya..
semoga ayah dilindungi dan diberi kesihatan yang baik
berjaya dalam apa jua..

terima kasih atas segala-galanya :)
maaf atas salah dan silap..
sayang ayah selamanya ^__^



dari,
anak perempuan sulung ayah  ^__^

Sunday, June 19, 2011

semalam

luahan rasa emy'n at 1:31 PM 0 kata-kata Links to this post
yesterday was history
today is reality
tomorrow is hope


2004 - 2007

akan dipadam sepanjang hayat

'kebakaran kertas' :P

R.I.P

today, I smile again with love and hope ^__^
dear, want to be with U forever and always .. 

Monday, June 13, 2011

the tortoise

luahan rasa emy'n at 9:57 PM 2 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirrahim..


bulan ni dah masuk 7 bulan bela 2 ekor kura-kura ni ^__^ ..
dari kecik sampailah dah sebesar tapak tangan..
rumah pun dah besar.. seronok je tengok tak berhimpit-himpit..



yang besar betina, yang kecil tu jantan =)


dalam bekas tu makanan dia k..


atas badan sang jantan ni macam jalur-jalur hijau ;)


tadaa!! zoom in.. huhu.. yang besar ni dah pandai nganga2 mulut nak menggigit orang.. lagi-lagi time gosok cengkerang dia (nak hilangkan licin)


pandai plak diam.. selalunya menguis-nguis tangan mintak lepaskan :P


see, hampir satu tapak tangan kan ^__^ semua gara-gara banyak makan.. hehe

lagi satu habit diorang ni, suka berkepit.. huhu.. yang kecik kat atas, besar kat bawah.. niway, tak tahulah akan bertelur ke tak sebab tak ada pasir dalam rumah ni :P akan difikirkan nanti kot.. agak2 camne ek telur kura-kura? @_@ besar telur cicak? nanti search google ;)

daa.. 

Thursday, June 9, 2011

entri 2 bulan

luahan rasa emy'n at 11:34 PM 7 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirrahim..


=) it should be entri hari lahir 2, tapi x berkesempatan nak tulis time 2 jun lepas.. 
so, tunggu sampai 9 Jun .. jadi entri 2 bulan ^__^ hehe..


btw, just read entri encik buah hati entitled kisah dahulu =) 
tak percaya tapi mesti percaya yang diri ni dah berubah.. kalau tak banyak, sikit..


1. aku dah tak memilih sangat macam dulu.. kalau dulu, mesti nak macam ni, nak macam tu, ini tak boleh, itu tak boleh.. jadi too pushy.. sampai orang menyampah kot? aku terlalu mencari kesempurnaan luaran sampai lupa bahawa hati tu lagi penting.. sekarang ni, aku dah jatuh hati pada seseorang yang tak pernah aku jangka =) tak tahu pun sebab apa boleh buka hati untuk dia.. berkawan, memang seronok jadi kawan dia, boleh cerita apa-apa pun.. huhu.. boleh minta tolong, ajak teman g makan, or teman keluar kalau takde member  :P
bila fikir balik, kejam gak aku ni bila cakap camtu kat dia kan.. tapi da lepas, tak boleh tarik balik.. cuma boleh dikenang je la.. hehe


2. sikap yang  pelik.. bukan la pelik, cuma aku pandang dia macam biasa je. kenal pon biasa-biasa je.. betul la orang cakap, tak kenal maka tak cinta.. berkawan dulu sebelum melangkah jauh.. kenal dulu sikap & sifat sebelum nak buat apa-apa keputusan.. tak perlu terburu-buru sebab jalan ni penuh onak dan duri.. kalau tak hati-hati semasa berjalan tu, besar kemungkinan terluka tertusuk duri :) cinta itu menerima, bukan mengubah dan menjadikan orang itu robot buatan kita sendiri.. tapi, ada juga beberapa perkara yang memang kena ubah kan? untuk diri sendiri juga.. (u know it syg ^__^).. reason yang mudah.. sayang diri sendiri sebelum sayang orang lain.. (mahu yang terbaik untuk kamu)


3. memang dia seorang kawan.. yang baik, banyak mendengar .. dia tahu aku cerewet, tahu perkara yang aku suka n tahu perkara yang aku tak suka.. ada something yang buat aku terharu sangat.. ^__^ biar kami je la yang tahu.. walaupun susah mana. tetap dia ubah sebab aku pernah cakap perkara tu (thanks sangat2 sayang).. sekarang ni, akan terima diri kamu seadanya.., akan faham kamu, akan menyayangi kamu.. tak perlu pun ikut ciri-ciri yang kononnya aku pilih dulu sebab kita dapat apa yang kita perlu bukannya yang kita mahu =) itu semua sekadar 'barrier' untuk menguatkan diri sendiri..


selamat ulang bulan ke 2 Muhammad Syafiq  ^__^ 
sebenarnya tak tahu pun masa sebenar .. tak ada kata-kata yang khas untuk menunjukkan perasaan..
tapi masing-masing tahu sendiri.. kan.. hehe.. 

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

p/s: hope dapat jalani hidup ini bersama kamu ^_^.. thanx for being mine.. tak ada sebab aku jatuh hati, dan tak akan ada sebab untuk aku berpaling lagi.. sentiasa dirimu.. syafiq norazami

Saturday, June 4, 2011

seribu bintang

luahan rasa emy'n at 1:55 AM 1 kata-kata Links to this post
tiba-tiba terlintas lagu ni dalam hati..
suka lagu ni sebab sangat bermakna..
pernah bagi kat dia jugak..
hope dia faham maksud lagu ni dengan mendalam..
seperti mana aku menghayatinya..


Ingin kupergi jauh darimu
Agar kukenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agar kukenal dirimu kasih

Ingin aku membenci dirimu
Tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu

Telah lama kuhidup melara
Telah kugagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padaku
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cintaku




p/s : mood serba tak kena 



Thursday, June 2, 2011

entry hari lahir

luahan rasa emy'n at 3:49 AM 8 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirrahim :)


2 Jun 2011 ^__^


selamat ulangtahun kelahiran ke 21 buat yang tersayang..
Muhammad Syafiq bin Norazami  =)
semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik..
jadi anak yang baik, yang berbakti pada ibu n abah serta keluarga


terima kasih atas segalanya-galanya..
segala kepercayaan, penerimaan dan kasih sayang yang kamu beri akan aku jaga baik-baik.. ^__^
akan aku simpan baik-baik dalam hidup ni ..


ingat lagi tak pertama kali jadi kawan? hehe.. 
masa pra lagi.. sampailah sekarang dah sem 3 kan.. :D
never been expecting yang kamu akan jadi someone special.. xpernah terlintas..
lagi-lagi bila direct aku cakap yang kamu tak ada ciri-ciri yang aku mahukan.. =.=
i'm too choosy.. mahu macam ni, mahu yang macam tu.. tak suka yang macam ni, tak suka yang macam tu..
pendek kata, semua kena baik, kena perfect.. 


sepanjang berkawan pun, kita tak la rapat sangat.. 
kalau ada hal penting je baru contact kan :)
aku sombong sikit.. hehe.. bila ada hal baru la nampak.. baru muncul..
sejujurnya, selesa kawan ngan kamu.. walaupun banyak orang kata kamu macam2.. 
aku tak kisah sangat.. sebab aku sendiri akan tanya kamu perkara sebenar kan.. :)
sebab aku tau, cerita satu pihak banyak tokok tambah, banyak putar belit.. 
lagipun setiap insan ni beza-beza, ada yang suka kita, ada yang tak...


sepanjang berkawan, macam-macam cerita da kongsi..
mintak pandangan, pendapat n macam-macam lagi.. hehe..
sampai hal hati n perasaan pun dapat tau kan :P
sebenarnya, kalau kita tengok balik sejarah dulu, gambar-gambar dulu ke.. mesra je, :D 
kamu pernah kata, 'kalau aku tak ada awek, lama dah jadikan kau awek aku' ... huhu..
aku amik sebagai gurauan :P 
but the end of the day, it's become reality :) i'm speechless ~


januari 2011, dapat jawatan yang memerlukan kerja bersama.. kan..?
masa ni la, kita mula rapat.. sibuk buat kerja n banyak masa yang diluangkan bersama .. hehe
tanpa sebab, aku boleh tergelak tengok kamu, n serius perkara ni wat kamu pelik kan.. :P
aku sendiri tak tahu kenapa.. rasa senang bila bersama.. 
lebih banyak tahu sikap kamu, nampak cara kamu bekerja.. n sedikit kagum dalam hati ni :)
the side of u yang aku tak tahu, aku dapat nampak.. 


dalam masa yang sama, aku banyak fikir .. tentang perasaan contohnya..
apa yang aku alami sebenarnya?? =.= sendiri konfius.. 
masa berjalan.. dari hari ke hari.. kita masih sama, masih begitu, terikat atas kerja n tugas,..
kamu kata lepas habis KOT ni habis la tugas kita, tak yah fikir lagi..
alhamdulillah dapat johan ^__^.. kononnya nak wat jamuan, hehe
masa tu tetap luang masa jugak.. tapi x jadi pon jamuan.. :P
yang sebenarnya, sudah berbunga kan.. 


bila masuk bulan 3.. sibuk dengan inovasi n PBS..
masa ni, aku perlukan masa, untuk sendiri.. untuk kenal hati ini..
mesej kamu pun aku jawab nak tak nak je.. 
sampai aku cakap kat kamu yang aku xmau mesej sangat, ...
memang betul kamu tak mesej.. hampir berhari-hari.. huhu =.=
tiba-tiba terlintas wajah kamu di fikiran.. dan aku yang mesej dulu.. 
masa ni start luahan perasaan masing-masing.. haha.. :DD


erm.. banyak dah yang kamu tau kan.. 
harapan aku, keinginan aku n segala-galanya yang aku mahukan dalam hidup ni..
yes, i'm changed. dah tak ada istilah 'memilih' dalam kamus hidup ni..
bukanlah tak ada, tapi aku kurangkan sikap itu.. 
sebab aku sedar, kesempurnaan bukan segalanya.. 
aku perlukan seseorang yang dapat menerima dan memahami aku seadanya aku =')
dan orang itu adalah kamu...
yang sanggup berubah demi kata-kata aku..
dan tanpa ragu membawa aku berjumpa ibu dan abah kamu.. ^__^


sekarang, aku sedar bahawa keikhlasan, rasa penerimaan serta saling memahami adalah kunci bahagia..
bukan pada rupa, harta atau pangkat ..
aku tidak terburu-buru dalam mencari cinta, malah aku berhati-hati.. merisik hati sendiri..
aku berikan kamu lagu awan nano dan seribu bintang (yang terawal)
sebagai simbolik pada tingkah laku ku waktu itu..
aku bukanlah sempurna untuk mencari kesempurnaan..
bukan jua yang indah untuk mencari keindahan..
cukuplah dengan sekeping hati yang mampu menggembirakan hati ini juga, 
memberi kegembiraan ketika kesedihan..
menerangi ketika kegelapan..
memangku aku ketika kerapuhan 


sayang,
selamat ulangtahun kelahiran ke- 21
moga dapat bersama kamu sehingga akhirnya ^__^
moga kebahagiaan kekal milik kita.. insyaAllah.. 
ingin benar menjadi sahabatmu, kekasihmu, serta suri hidupmu satu hari nanti =)
sayang kamu selamanya..
terima kasih kerana hadir dalam hidup ini..
terima kasih kerana sudi menerima diri yang serba kekurangan ini..




lots of love,
Nur Emyliza Musa



Wednesday, June 1, 2011

aku.september.kamu.jun

luahan rasa emy'n at 11:14 PM 0 kata-kata Links to this post
assalamualaikum.. 

:) nothing to write on.. tiba-tiba je rasa nak tengok ramalan berdasarkan bulan lahir.. btw, I'm september n he is June ^__^

SEPTEMBER 
-sangat bersopan santun & bertolak ansur
-sangat cermat,teliti & teratur
-suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik 
-pendiam tapi pandai bercakap
-sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
-sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
-kerja yang dilakukan sangat sempurna
-sangat sensitif yang tidak diketahui
-orang yang banyak berfikir 
-daya pentaakulan yang baik
-otak bijak & mudah belajar
-suka mencari maklumat 
-kawal diri dari terlalu mengkritik
-pandai mendorong diri sendiri
-mudah memahami orang lain(daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
-suka sukan,hiburan & melancong
-kurang menunjukan perasaannya
-terluka hatinya sangat lama disimpan 
-terlalu memilih pasangan
-sukakan benda yang luas
-bersistematik



JUN
-berfikiran jauh & berwawasan, 
-mudah ditawan kerana sikap baik, 
-berperangai yang lemah lembut, 
-mudah berubah sikap, 
-perangai idea @mood idea yg terlalu banyak dikepala, 
-bersikap sensitif,
 -otaknya aktif (sentiasa berfikir), 
-sukar melakukan sesuatu dengan segera, 
-bersikap suka menangguh-nangguh,
 -bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik,
 -cepat marah & cepat sejuk, 
-suka bercakap & berdebat,
 -suka buat lawak & bergurau, 
-otaknya cerdas berangan-angan,
 -mudah berkawan & pandai berkawan,
 -orang yang sangat tertib,
 -pandai mempamerkan sikap 
-mudah kecil hati,
 -mudah kena selsema,
 -suka berkemas,
 -cepat rasa bosan, 
-sikap terlalu memilih & cerewet, 
-kurang mempamerkan perasaan,
 -lambat nak sembuh apabila terluka hati,
 -suka kepada barang yang berjenama, 
-mudah menjadi eksekutif,
 -kedegilan yang tidak terkawal, 
-sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya. 

banyak juga yang sama.. tapi banyak juga yang tak.. sebab banyak faktor lain yang mempengaruhi kan :)

p/s : menerima kelemahan & kelebihan masing-masing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review