About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Thursday, June 2, 2011

entry hari lahir

luahan rasa emy'n at 3:49 AM
bismillahirrahmanirrahim :)


2 Jun 2011 ^__^


selamat ulangtahun kelahiran ke 21 buat yang tersayang..
Muhammad Syafiq bin Norazami  =)
semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik..
jadi anak yang baik, yang berbakti pada ibu n abah serta keluarga


terima kasih atas segalanya-galanya..
segala kepercayaan, penerimaan dan kasih sayang yang kamu beri akan aku jaga baik-baik.. ^__^
akan aku simpan baik-baik dalam hidup ni ..


ingat lagi tak pertama kali jadi kawan? hehe.. 
masa pra lagi.. sampailah sekarang dah sem 3 kan.. :D
never been expecting yang kamu akan jadi someone special.. xpernah terlintas..
lagi-lagi bila direct aku cakap yang kamu tak ada ciri-ciri yang aku mahukan.. =.=
i'm too choosy.. mahu macam ni, mahu yang macam tu.. tak suka yang macam ni, tak suka yang macam tu..
pendek kata, semua kena baik, kena perfect.. 


sepanjang berkawan pun, kita tak la rapat sangat.. 
kalau ada hal penting je baru contact kan :)
aku sombong sikit.. hehe.. bila ada hal baru la nampak.. baru muncul..
sejujurnya, selesa kawan ngan kamu.. walaupun banyak orang kata kamu macam2.. 
aku tak kisah sangat.. sebab aku sendiri akan tanya kamu perkara sebenar kan.. :)
sebab aku tau, cerita satu pihak banyak tokok tambah, banyak putar belit.. 
lagipun setiap insan ni beza-beza, ada yang suka kita, ada yang tak...


sepanjang berkawan, macam-macam cerita da kongsi..
mintak pandangan, pendapat n macam-macam lagi.. hehe..
sampai hal hati n perasaan pun dapat tau kan :P
sebenarnya, kalau kita tengok balik sejarah dulu, gambar-gambar dulu ke.. mesra je, :D 
kamu pernah kata, 'kalau aku tak ada awek, lama dah jadikan kau awek aku' ... huhu..
aku amik sebagai gurauan :P 
but the end of the day, it's become reality :) i'm speechless ~


januari 2011, dapat jawatan yang memerlukan kerja bersama.. kan..?
masa ni la, kita mula rapat.. sibuk buat kerja n banyak masa yang diluangkan bersama .. hehe
tanpa sebab, aku boleh tergelak tengok kamu, n serius perkara ni wat kamu pelik kan.. :P
aku sendiri tak tahu kenapa.. rasa senang bila bersama.. 
lebih banyak tahu sikap kamu, nampak cara kamu bekerja.. n sedikit kagum dalam hati ni :)
the side of u yang aku tak tahu, aku dapat nampak.. 


dalam masa yang sama, aku banyak fikir .. tentang perasaan contohnya..
apa yang aku alami sebenarnya?? =.= sendiri konfius.. 
masa berjalan.. dari hari ke hari.. kita masih sama, masih begitu, terikat atas kerja n tugas,..
kamu kata lepas habis KOT ni habis la tugas kita, tak yah fikir lagi..
alhamdulillah dapat johan ^__^.. kononnya nak wat jamuan, hehe
masa tu tetap luang masa jugak.. tapi x jadi pon jamuan.. :P
yang sebenarnya, sudah berbunga kan.. 


bila masuk bulan 3.. sibuk dengan inovasi n PBS..
masa ni, aku perlukan masa, untuk sendiri.. untuk kenal hati ini..
mesej kamu pun aku jawab nak tak nak je.. 
sampai aku cakap kat kamu yang aku xmau mesej sangat, ...
memang betul kamu tak mesej.. hampir berhari-hari.. huhu =.=
tiba-tiba terlintas wajah kamu di fikiran.. dan aku yang mesej dulu.. 
masa ni start luahan perasaan masing-masing.. haha.. :DD


erm.. banyak dah yang kamu tau kan.. 
harapan aku, keinginan aku n segala-galanya yang aku mahukan dalam hidup ni..
yes, i'm changed. dah tak ada istilah 'memilih' dalam kamus hidup ni..
bukanlah tak ada, tapi aku kurangkan sikap itu.. 
sebab aku sedar, kesempurnaan bukan segalanya.. 
aku perlukan seseorang yang dapat menerima dan memahami aku seadanya aku =')
dan orang itu adalah kamu...
yang sanggup berubah demi kata-kata aku..
dan tanpa ragu membawa aku berjumpa ibu dan abah kamu.. ^__^


sekarang, aku sedar bahawa keikhlasan, rasa penerimaan serta saling memahami adalah kunci bahagia..
bukan pada rupa, harta atau pangkat ..
aku tidak terburu-buru dalam mencari cinta, malah aku berhati-hati.. merisik hati sendiri..
aku berikan kamu lagu awan nano dan seribu bintang (yang terawal)
sebagai simbolik pada tingkah laku ku waktu itu..
aku bukanlah sempurna untuk mencari kesempurnaan..
bukan jua yang indah untuk mencari keindahan..
cukuplah dengan sekeping hati yang mampu menggembirakan hati ini juga, 
memberi kegembiraan ketika kesedihan..
menerangi ketika kegelapan..
memangku aku ketika kerapuhan 


sayang,
selamat ulangtahun kelahiran ke- 21
moga dapat bersama kamu sehingga akhirnya ^__^
moga kebahagiaan kekal milik kita.. insyaAllah.. 
ingin benar menjadi sahabatmu, kekasihmu, serta suri hidupmu satu hari nanti =)
sayang kamu selamanya..
terima kasih kerana hadir dalam hidup ini..
terima kasih kerana sudi menerima diri yang serba kekurangan ini..




lots of love,
Nur Emyliza Musa



8 kata-kata:

uDanGTerBakAr said...

tq ya .. oways syg kmu ...

izyana said...

finally and im happy for you dear~~~~~~

amna said...

alhamdulillah.. semoga kekal ye teman.

happy birthday buat mr. shafiq :)

p/s : insyaAllah akan sampai ke layang-layang petang ahad nanti ^^

Aini Sobli said...

semoga kekasih hati awak panjang umur ye emy :) ..


:: emy t follow saya ea ::

emy'n said...

syg: wc ^^ syg kmu juga.. always tC k..

emy'n said...

izyan: thanx dear yan :) happy2 jgak k..

emy'n said...

jia : ^__^ tQ2.. insyaAllah. doa byk2..

thanx sbb hadir :)

emy'n said...

aini : orite dear.. tQ 4 da wish :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review