About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Sunday, July 31, 2011

jalan-jalan di Melaka

luahan rasa emy'n at 8:37 PM 2 kata-kata Links to this post
assalamualaikum..


entry ni sepatutnya dah lama ada.. tapi baru je kumpul gambar hari ni .. :P sebelum puasa ni kan, bagi entry makan-makan sikit.. hehe
16 julai, bertolak ke Melaka.. berkumpul di rumah Along.. sebab esoknya bergerak ke Kepong (belah lelaki) untuk menghadiri majlis kahwin sepupu perempuan first =)


Melaka .. banyak tempat yang best.. ^__^ tak terkecuali tempat makan.. hehe


nah, gambar-gambar sekitar makan malam dekat Alai.. salah satu tempat makan seafood yang best =)



pilih-pilih.. banyak je ikan n seafood yang lain.. macam-macam boleh pilih, tepuk perut tanya selera =)



ketam pon .. huhu.. besar-besar sumenya


macam-macam jenis ikan ada.. pari, cencaru, jenahak, siakap dll..


muka puas hati sebab dah order.. hehe.. tunggu makanan sampai


see.. banyak kan.. yang tak order kerang, kupang, kepah dan yang serupa dengannya.. .. ikan, sotong, ketam sume belasah je makan.. hehe


sotong goreng tepung je..


ketam masak sweet sour


 along n ayah :) makan jangan tak makan

makan-makan ni sume dalam RM 150 ++ terlupa harga sebenar tapi berbaloi la.. kenyang perut senang hati =) sampai esok pagi kenyangnya.. hehe.. 

before balik rumah, jalan-jalan kejap kat A'Famosa.. 


me n sis ^__^

lepas ni, kena bermalam lama sikit kat melaka kalau nak berjalan sakan.. ni sempat pegi 2 tempat je.. hehe

daa, selamat berpuasa buat semua ^__^

Thursday, July 28, 2011

20 perkara yang membuatkan wanita benci lelaki

luahan rasa emy'n at 6:40 PM 0 kata-kata Links to this post
assalamualaikum.. 


entri ni diambil dari laman web tentang cinta, just nak berkongsi serba sikit perkara ni.. mungkin ramai dah tahu, tapi tak apa =) 


ok, antara sebab seseorang wanita itu membenci lelaki ialah:


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MENGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

kesimpulan : memang tak semua orang sempurna, tapi yang pasti semua orang boleh berubah ^__^ tak salah pun berubah untuk diri sendiri dan orang tersayang.. mak pernah pesan, kalau muka hensem tapi perangai tak seberapa pun tak guna jugak.. biarlah biasa-biasa je, janji dapat buat kita gembira n bahagia.. cewah :P 

Tuesday, July 26, 2011

metafora 4

luahan rasa emy'n at 12:25 AM 0 kata-kata Links to this post
sonnet 18 by William Shakespeare


Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate:
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date:
Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimmed,
And every fair from fair sometime declines,
By chance, or nature's changing course untrimmed:
But thy eternal summer shall not fade,
Nor lose possession of that fair thou ow'st,
Nor shall death brag thou wander'st in his shade,
When in eternal lines to time thou grow'st,
   So long as men can breathe, or eyes can see,
   So long lives this, and this gives life to thee.





p/s : I miss u, all the time ^__^

Saturday, July 23, 2011

kesayangan baru =)

luahan rasa emy'n at 11:45 PM 2 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirrahim :)


tersenyum lebar n berbunga hati lepas dapat 'buah hati' baru.. 
bersyukur sangat sebab dipermudahkan dan direstui mak ayah.. 
huhu.. (ayat cam apa je kan) :P
walaupun 'tangan kedua' .. tetap cantik lagi, nampak baru lagi :)
sekarang ni pun masih berkenal-kenal lagi untuk saling jatuh cinta.. haha.. 




en. abang jangan marah tau.. hehehe :P
kamu tetap yang pertama :DD


mine :)



ego s
sebenarnya, tak berapa expert bawa skuter, senang kata tak sentuh langsung skuter ni since dapat lesen D n B2 on 2008.. penah sekali dua je try skuter angah kat rumah.. sangat tak selesa.. huhu..
sebabnya dah biasa bawa motor gear kan.. da tau nak tukar gear bila, turun bukit camna, naik bukit camna.. senang kata sedap la bawa moto =) 

la ni, nak pakai skuter sebab senang nak gerak.. lagi-lagi sebab berbaju kurung ke kelas.. hehe.. 
sopan la sikit kan en. Syafiq ? =) lagipun rasa cam lagi comel plak bawak skuter.. haha .. :PP  niway, tQ bawakkan skuter dari Sg besi ke BTR.. ^-^ since aku tak biasa lagi ngan skuter kan,, hehe.. sekarang ni da ok da, kami dah serasi ^__^ dah berjalan-jalan dah sekitar sini.. 
sekarang ni boleh la jadi kawan ngan CoCooN sayang tu.. :P opps, sori.. nama tu xwujud pun .. huhu

p/s : moga dapat berkhidmat ngan baik ye WaTieF.. :P haha.. *ngada jap*

                           ^____^


Wednesday, July 20, 2011

Ikha

luahan rasa emy'n at 3:05 AM 2 kata-kata Links to this post
assalamualaikum :)



Zalikha Farhah Ismail =)

ini warkah khas untuk ikha.. ^__^
sebabnya, terfikirkan ikha 2 3 hari ni.. 
thanx dear for calling me hari tu.. lama tak dengar khabar berita.. huhu
emy bukanlah sombong, tapi pendiam je.. kot? :P (padahal kita belajar tak la jauh mana pun)

actually, sangat terkesan bila ikha cerita masa call.. ^__^
tak sangka kan, rasa macam sekejap je.. padahal dah lama kan.. almost 5 years dear..
masih lagi macam tu.. masih langkah yang sama, masih ikha yang sama =)
yup, last time we met .. masih cerita itu juga.. 
ikha betul2 menggamit kenangan yang lama terpadam tu.. hehe..
zaman kanak-kanak yang masih belum mengerti kematangan sebenar kot? betul la kan .. 

mesej ikha still emy simpan dalam phone.. 
tersenyum bila baca :) dapat juga bayangkan reaksi ikha kalau mesej itu terucap dari bibir.. sangat mesra ^__^
"btw thanks juga ingtkan I should move on, da terlalu lama lgipun..." 
yes, dear.. u should move on.. ikha kan kuat ;) just believe that u can ..
seperti mana emy percaya diri ini memang kuat =') dan sekarang, hanya ada dia dalam cinta, InsyaAllah ^__^

orang kata, first love susah nak dilupakan.. memang betul tu sayang.. tapi bagi diri ini, cinta sejati lagi sukar nak dilupakan.. apatah lagi untuk ditemui kan.. ^__^
emy dah pernah rasa macam-macam perasaan dalam hati ni.. dan semuanya mematangkan.. =')
yang pahit akan manis akhirnya.. 

apa-apa pun, emy doakan ikha menemui kegembiraan dalam hidup ni.. :) menemui insan yang dapat melengkapkan ikha, menerima seadanya dirimu.. u deserve the best dear.. :D
but, be friend first =) jangan tersalah langkah seperti yang emy pernah buat.. kenal dulu hati budi, gelak ketawa dulu, faham memahami dulu.. tapi yang pasti memang akan berbeza bila kawan itu menjadi seseorang yang istimewa.. 
yang penting komunikasi :) tolak ansur juga.. orang lain mungkin takkan faham.. tapi yang penting, ikha harus faham ^__^ tak ada perkara yang mustahil kan.. 

tak semestinya kita akan dapat apa yang kita mau.. tapi kita akan dapat apa yang kita perlu =)
dulu, mungkin diri ni high taste sangat.. memang betul pun.. tapi lama kelamaan, emy sedar yang kesempurnaan seseorang itu kadang kala lebih menyakitkan kita.. yang tak sempurna itu lebih melengkapkan =)
people change dear, I have changed now.. :) terasa lebih matang dalam meniti umur 20 an ni .. menjaga hati sendiri tu penting , jangan terlalu taksub dengan kata-kata orang yang pandai membidas tanpa mengenali ataupun memahami kita macam mana.. bak kata pepatah, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tidak ..

harap ikha baik-baik je sepanjang cuti ni.. lama lagi nak naik kan.. nanti kita jumpa ea bulan 9 ni =) boleh cerita banyak-banyak.. 

p/s: rindu ikha!  :)

Friday, July 15, 2011

metafora 3

luahan rasa emy'n at 12:30 AM 2 kata-kata Links to this post

"sometimes, keeping the past is very painful to others.. not yours.. you just act like there was nothing happened"

Thursday, July 14, 2011

kelas seni

luahan rasa emy'n at 3:08 PM 2 kata-kata Links to this post
assalamualaikum ^__^


khamis yang indah, kelas pon 2 jam je.. =) sebabnya pensyarah berkursus ..
yang ada kelas seni dalam pendidikan.. tugasannya, kena lukis daun dan hasilkan ton warna..
let's see :P




mine - baru nak wat rangka.. tak cantik -_-!


bila da siap, jadi macam ni.. @_@

bie's handwork ;) nice tau.. guna daun keladi as contoh 




sya's handwork :) cantik je kan pakai daun selari.. hehe





aina's handwork :) 



ana's handwork



sya siap lukis 2 daun -_-! semangat betol..



oma's handwork



jiha's handwork



ati's handwork



airul's handwork
boleh buat ton pakai pensel or warna.. for beginner, baik la pensel kan..
tapi aku melebih plak pakai warna.. krayon plak tu.. hehe :P
xpelah, kan tengah belajar.. tapi tadi memang terasa baik bagi my sis yang watkan..
she's good in art =) 

p/s: rindu family lah.. =.=! will meet them this weekend.. insyaAllah :')

Saturday, July 9, 2011

entri 3 bulan

luahan rasa emy'n at 11:34 PM 0 kata-kata Links to this post
assalamualaikum wbt...




to my dear,
9 Julai 2011, bulan ke 3 bagi kita, huhu..
panjang lagi perjalanan ni., insyaAllah..


moga semuanya baik2 je kan =)
segala rintangan n cabaran akan sama-sama dilalui..
terima kasih atas segalanya syg ^__^
maaf jua atas kesilapan n kekhilafan sepanjang hubungan ini..


p/s : hanya sayang kamu ^__^,

Tuesday, July 5, 2011

metafora 2

luahan rasa emy'n at 12:45 AM 0 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirrahim..




tak semua yang kita mahu akan kita dapat, kemungkinan kita akan mendapat sesuatu yang lebih baik ataupun mendapat sesuatu yang hanya kita perlukan,..

hidup ini bukan sekadar untuk memuaskan hati sendiri .. namun untuk memahami insan-insan sekeliling juga..
percayalah, jangan bertindak bodoh hanya untuk perkara yang kau rasa kau betul ..
sebab tak semestinya itu yang benar..
like they said , what goes around comes around ..
berjalanlah, hidup ini akan mematangkan semua..
insyaAllah =')


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review