About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Sunday, August 28, 2011

home =)

luahan rasa emy'n at 9:47 PM 1 kata-kata Links to this post
alhamdulillah =)


home is where the heart is.. 


sampai bandar dalam pukul 8.30 pagi.. then beli tiket balik ahad nanti, naik bas lagi.. ayah amik.. sampai rumah pukul 10 pagi..


sangat lah terasa jauhnya dari Ipoh tu.. dari suasana gelap sampai ke terang.. tolak campur masa dekat 7 jam duduk dalam bas tu.. tidur je kejenya =P


apa pun, PBS di Ipoh merupakan satu pengalaman baru di tempat orang.. ^_^ mana la tau kan dapat kerja nanti pon jauh-jauh.. kena la cuba dari usia sekarang ni... 


alhamdulillah.. syawal bakal menjelma lagi =) tadi dah siap anyam ketupat.. tolong sudahkan yang mak n ayah dah buat.. 


kampung ku.. 

Saturday, August 27, 2011

25 jam lagi

luahan rasa emy'n at 12:14 AM 3 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirrahim =)


saat entri ni ditaip, masih berbaki 25 jam lagi waktu berada di sini, di Ipoh.. 


means, pukul 1 pagi ahad akan bertolak pulang ke Kluang ^__^ can't wait..


seminggu dah kat Ipoh ni, selesai buat PBS terakhir.. alhamdulillah.. sem depan get ready buat praktikum plak.. 


nak balik rumah, nak raya puas-puas.. haha.. even dapat beberapa hari je kan =P jadi la.. 


sebab lepas tu pulun esemen habis-habisan @_@


tiket bas untuk pagi esok

p/s : insyaAllah still collect duit raya tahun ni =) tahun-tahun terakhir dapat duit raya.. hehe

Wednesday, August 24, 2011

wordless wednesday #4

luahan rasa emy'n at 6:37 PM 4 kata-kata Links to this post

will be here for 2 more days =) 

Monday, August 22, 2011

hari pertama sekolah

luahan rasa emy'n at 9:10 PM 2 kata-kata Links to this post
assalamualaikum..

pejam celik pejam celik dah 4 hari kat ipoh ni =)
means ada 5 hari lagi untuk dihabiskan dan pulang ke Johor untuk aidilfitri..
sekarang ni tak perlu nak fikir pasal baju raya dan keperluan raya bagai..
sebabnya awal-awal lagi hari tu dah pergi survey, beli terus baju raya.. (nak matching2 gitu ngan dia) =P
masa balik rumah hari tu pun ada beli lagi =)

hari ni hari first pegi sekolah, ^__^ rasa seronok sebab view kat sekolah ni cantik.. bergunung-gunung macam cameron .. huhu
just take a walk ngan fiqa, tak jauh pun sekolah ni.. dapat exercise sikit kan.. 
lagi satu perkara, dapat nyanyi lagu negeri perak =) huhu.. dah 3 kali asyik nyanyi lagu Johor.. 
cikgu2 pun so far so good ^__^ rasa penerimaan tu ada..
overall, dapat la buat ujian bacaan hari ni ngan budak2 pemulihan..
tapi masih tak siap, esok mau sambung lagi.. 


kelas an-nur

Wednesday, August 17, 2011

wordless wednesday #3

luahan rasa emy'n at 6:16 PM 6 kata-kata Links to this post

- assignment time- 
again and again 

p/s: goodluck to all :)

Saturday, August 13, 2011

9 things you should know about a true blue johorean

luahan rasa emy'n at 11:01 PM 0 kata-kata Links to this post
assalamualaikum..


dapat artikel ni dari kawan kota tinggi dekat fb.. =)
bila baca, ada betulnya, ada jugak yang aku tak tahu.. n macam2 reaksi lagi..
dekat johor ni pun ada dialek sendiri, tapi tak ketara macam negeri-negeri lain..
ni edited version by me.. yang aku konfem & pasti... 
sebenarnya ada 10 (yang orang asal buat) tapi amik 9 je sebab tak sama dengan apa yang dia alami..


1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi. perkataan ni macam pengganti perkataan 'aaa'.. contohnya, camne ek nak buat ni? -camne aaa nak buat ni?- tapi bila orang lain guna 'ek' ni, dah rasa mcm tak sedap pulak ayat tu.. hahah :PP

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, ” Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”. Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok).  Aku Cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. Tak lekang perkataan 'anu'.. anu ni bukanlah merujuk pada alat sulit k.. hehe.. it means 'buat' or 'letak' or 'pakai' dan apa-apa yang sewaktu dengannya. kalau orang johor, of coz faham apa maksud ayat tu.. aku teringat dulu masa nak ukur saiz topi, orang kata boleh ukur lutut (sama besar) so, aku cakap kat org perlis camni " boleh je nak ukur, anu tape ni kat lutut.. sama saiz ngan kepala" =P orang tu plak pelik sebab dengar ayat camtu.. haha :PPP ni belum lagi rujuk kat orang tua-tua.. diorang punya penggunaan perkataan ni lagi banyak.. kalau dapat keluarga luar Johor, kena hati-hati sikit la kan.. kang tersipu-sipu pulak.. hehe

5. Diorang ada ENDUT **. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa…kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.

6. sinonim jugak dengan orang jawa =) tapi tak semua org johor tu jawa tau.. me not.. tapi dah terbiasa dengan adat n cara hidup diorang.. contoh, tiap majlis kawen mesti ada tol.. haa, tol sekarang ni bukan main banyak lagi.. tak macam dulu :P sekarang ni berlapis-lapis, ada smpai 3.. tapi pgalaman aku, 2 je.. kat muka pintu n before naik pelamin.. meriah betul ngan budak-budak.. tapi bukan setakat budak, mak-mak orang pun jadi :DD me nak kahwin nanti xyah kot wat adat-adat camni.. gelabah plak kang en suami.. hahah :PP yang lain-lain tu, nasi ambeng.. ngunjung bila time2 puasa ni.. majlis cukur jambul diiringi dengan berzanji.. emm.. xsure la negeri lain ada berzanji ke x? 

7. sangat sinonim dengan sambal kicap.. lagi-lagi kalau makan pisang goreng.. n macam-macam lagi makanan.. pendek kata tak lengkap kalau tak ada sambal kicap ni haa.. dulu penah jadi cerita masa aku mula-mula datang KL ni, beli pisang goreng kat kantin.. dengan konfiden aku tanya, "bang, sambal kicap ada tak?" dia dengan muka macam tak ada perasaan jawab camni.. "ermm, kicap ada la".. aisey, memang tak ada feel la makan pisang goreng tak de sambal kicap..

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang.. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. rasanya pekat, n sedap la jugak.. tapi aku tak berapa minat.. dapat telur biasa pun xmakan sangat.. huhu . Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi. last wat telur pindang masa majlis kahwin makcik tahun 1999.. lama weh nak rebus.. 3 hari 3 malam kalau tak silap..

9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK**. tidur ngan gebar..


Kamus Johor :
Saing - pergi bersama2..”nnt kite saing ehh pi sekolah” Bongok – bodoh Bigor – gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ? 
Endut – makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut - berpasangan. Pergi berendut- dating.
Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY – tak ada Vono, Slumberland ).
GerobokGobok -Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke. 
gebar - selimut
Sajak sesuai @ tidak -bukan puisi tau!!…cam nih ayat die..’sajak x beg nih pakai ngan bju ni??”
roti perata – roti canai
semangka -tembikai
epok2 -karipap




well, zapin pon asalnya dari Johor, kuda kepang pun =) dah 2 majlis kawen kat umah ni buat persembahan zapin.. kuda kepang tu tak berapa elok.. sebab ada unsur-unsur semangat & pemujaan


last word, proud to be johorean ^__^

fairy tale

luahan rasa emy'n at 2:52 PM 0 kata-kata Links to this post
SUMPAHAN SEORANG PUTERA

BABAK 1

            Pada zaman dahulu, terdapat seorang putera yang tinggal jauh dari istana bersama haiwan peliharaannya. Namanya Nazrin. Putera ini telah terkena sumpahan kerana menolak lamaran Raja ‘Far Far Away’ untuk menyatukan puterinya dengan putera Nazrin. Sumpahan tersebut telah menjadikan beliau buta dan sukar untuk bergerak dengan sempurna. Hal ini menyebabkan beliau bergantung penuh kepada haiwan peliharaannya iaitu seekor naga mini yang bernama Bambu untuk meneruskan kehidupan.

Pada suatu pagi..

Putera Nazrin: Bambu oh Bambu...

Bambu: ya tuanku..

Putera Nazrin: Boleh kau pergi ke Bandar? aku baru teringat bahawa aku         memerlukan beberapa buah limau untuk dibuat ubat. Lemah-lemah rasanya badan ini sebab tidak minum air limau.

Bambu: Baiklah tuanku, saya pergi dahulu. jaga diri ya. Saya rasa ada sebiji dua limau lagi di dalam dapur. Tapi tak mengapa, saya akan beli lebih lagi untuk disimpan.

Putera Nazrin: baiklah bambu. Terima kasih banyak-banyak.

Bambu pun pergi ke bandar untuk membeli limau untuk diberikan kepada putera Nazrin. Malangnya, dalam perjalanannya ke bandar, dia telah dilanggar oleh seorang wanita.

Aliyah: Aduh, maafkan saya!

Bambu hanya mendiamkan diri. Sayapnya tercedera.

Aliyah: Alahai, kesiannya kamu naga kecil. Marilah saya bawa kamu pulang untuk  mengubat sayap kamu itu. Maafkan saya, saya tak bermaksud untuk menyakiti awak.

BABAK 2

Bambu pun dibawa pulang ke rumah Aliyah. Aliyah merupakan seorang wanita yang tinggal bersendirian. Rumahnya bersih dan teratur. Bambu tinggal di sana hampir 2 hari untuk memastikan sayapnya sembuh. Tidaklah nanti putera Nazrin bimbang melihat kecederaan itu. Namun, hati kecil Bambu risau memikirkan tuan putera. Risau putera Nazrin mengalami kesukaran tanpanya. Melihat keadaan Bambu yang gelisah, Aliyah terus bercakap dengannya.

Aliyah: mengapa naga kecil? Awak kelihatan sangat gelisah. Ada apa-apa yang saya boleh bantu awak?

Bambu:  maafkan saya cik muda. Saya perlu pulang kepada tuan saya.

Bambu terpaksa bercakap bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Aliyah: wah, awak boleh bercakap?! Siapa awak sebenarnya?

Aliyah sangat terkejut kerana mendapati naga kecil itu mampu berkata-kata seperti manusia.

Bambu: maafkan saya cik Aliyah. Saya Bambu. Saya memang dilahirkan dengan keupayaan untuk bertutur seperti manusia.

Aliyah: kalau begitu, siapa tuan kamu? Mestilah dia seorang yang hebat. Ahli sihir mungkin?

Bambu: Tidak cik. Tuan saya merupakan seorang yang istimewa. Dia buta, cacat dan lumpuh satu badan. Mungkin saya ini ditakdirkan untuk bersamanya bagi membantunya menjalani kehidupan ini.

Aliyah: Oh, sangat besar kuasa tuhan. Maafkan saya Bambu. Maaf kerana awak terpaksa meninggalkan tuan awak dengan begitu lama. Kasihan dia, mesti dia risaukan keadaan awak.

Bambu: tidak mengapa cik. Bolehkah cik memberi kebenaran untuk saya pulang? Saya perlu membeli beberapa biji limau untuk tuan saya.

Aliyah: kalau begitu, marilah saya hantarkan awak ke sana. Saya boleh bantu awak untuk membeli limau di bandar.

Bambu: tapi, sudikah cik Aliyah untuk bertemu dengan tuan saya? saya tidak mahu terdetik sedikitpun perasaan pelik di hati cik. Dia seorang yang cacat cik. Cacat dan istimewa.

Aliyah: tak mengapa Bambu. Bukankah manusia itu semuanya sama? Diciptakan dengan cara yang sama? Sebenarnya saya ingin sekali bertemu dengan  tuan awak sejak mengetahui kelebihan awak. Saya ingin lihat seorang manusia yang begitu menyayangi awak.

Bambu tersenyum. Dia terpaksa merahsiakan identiti sebenar tuannya. Tidak mahu ada orang mengambil kesempatan. Terlintas di dalam hatinya tentang puteri Arora, puteri ‘Far Far Away’ yang hanya tamakkan harta dan pangkat. Begitu juga dengan Raja Arman yang hanya ingin mengukuhkan takhtanya dengan menjadi besan kepada Raja Rayyan, bapa putera Nazrin, iaitu pemerintah kerajaan Fasis.

Bambu: baiklah cik Aliyah. Marilah temankan saya pulang bertemu tuan saya. kalau sudi, cik bolehlah berkenal-kenalan dengannya.

Sebenarnya, Bambu dapat merasakan keikhlasan Aliyah untuk bertemu putera Nazrin. Hal ini demikian, kecacatan yang sengaja disebut-sebut tidak pun menyebabkan Aliyah berat untuk bertemu putera. Di lubuk hati Bambu, dia berasa amat lega kerana sumpahan yang dihidapi putera akan berakhir jika terdapat seseorang yang ikhlas menerima putera Nazrin. Bukan hanya bersandarkan harta dan paras rupa semata-mata.

BABAK 3

Bambu dan Aliyah sudah hampir tiba ke destinasi. Pintu rumah dibuka. Kelihatan putera Nazrin sedang duduk berehat di kerusi malas.

Putera Nazrin: engkaukah itu Bambu? Ke mana kau pergi? Aku sangat risau akan keadaanmu

Tanpa berlengah, Aliyah terus menjawab.

Aliyah: Maafkan saya saudara. Saya yang bersalah kerana telah membuat Bambu cedera. Dia tinggal bersama saya untuk memastikan dia sembuh sebelum pulang ke sini.

Putera Nazrin: oh, tak mengapa cik. Silalah duduk. Mungkin Bambu boleh buatkan sedikit minuman untuk cik.

Bambu hanya memerhati putera Nazrin dengan perasaan yang pelik. Dia memerhatikan keadaan putera yang sedikit berbeza. Bertambah sihat, ceria dan lebih teratur. Setelah Aliyah pulang ke rumahnya, Bambu bertanya kepada putera Nazrin mengenai perkara yang berlaku. 

Bambu: tuanku, mengapakah saya lihat tuanku begitu sihat sekali?

Putera Nazrin: begini Bambu, sejak kau pergi ke bandar. Aku berasakan sesuatu akan berlaku. Badanku menjadi lebih kuat pada esoknya. Aku tidak perlu lagi minum air limau pada setiap hari. Aku terfikir, mungkinkah sumpahan ini akan berakhir? Mungkinkah ada insan yang sudi hadir ke dalam hidup ini walaupun aku buta dan tidak mampu untuk bergerak  dengan normal.

Bambu: mungkinkah tuanku juga jatuh hati pada seseorang? Aliyah kah?

Putera Nazrin: kalaulah benar, aku terima dirinya. Tahukah kau bahawa aku jatuh hati apabila mendengar suaranya. Walaupun mata ini tidak nampak, hati ini telah jatuh padanya. Daripada lunak suaranya, aku tahu dia betul-betul baik dan ikhlas apabila berhadapan denganku.

Bambu: Kalau begitu, biarlah saya menjemputnya ke sini lagi tuan. Berikan dia kefahaman tentang perkara yang berlaku ini.

Putera Nazrin: Baiklah Bambu, aku serahkan segala urusan ini kepada kau.

Bambu pun pergi bertemu dengan Aliyah untuk menceritakan perkara yang sebenar. Memang benar bahawa Aliyah turut merasakan perkara yang sama. Hatinya telah jatuh kepada putera Nazrin pada kali pertama bertemu. Walaupun buta, itu bukan penghalang bagi hati mereka untuk bersatu. Aliyah pun mengikut Bambu ke rumah putera Nazrin.

Putera Nazrin: Aliyah, adakah kau sudi menerima aku sebagai penemanmu?

Aliyah: aku sudi Nazrin. Kecil tapak tangan nyiru ku tadahkan.


Putera Nazrin berdiri menghadap Aliyah. Dengan kuasa tuhan, sumpahan yang dihadapinya hilang secara perlahan-lahan. Matanya sudah dapat melihat semula. Dapatlah ia menatap wajah indah bakal suri hidupnya. Kudratnya juga sudah kembali. Mereka hidup aman dan damai selama-lamanya.


skrip ni direka untuk persembahan boneka untuk subjek SDP khamis lepas.. =)
thanks to fiqah yang bagi idea untuk buat watak putera & puteri. asalnya nak adaptasi kisah dongeng Rapunzel.. tapi ubah idea last minit.. cerita ni pun dicedok dari beberapa kisah yang pernah dibaca, diedit dan diadun ngan idea sendiri.. huhu =P jiwang xjiwang la kan? memang kisah jiwang ...

puteri Aliyah & putera Nazrin



Wednesday, August 10, 2011

wordless wednesday #2

luahan rasa emy'n at 4:51 PM 1 kata-kata Links to this post
  
babies are so lovely ^__^

boneka

luahan rasa emy'n at 12:24 AM 3 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirrahim...


akhirnya, berjaya jugak siapkan puppet untuk subjek seni dalam pendidikan.. eh, ada lagi sebenarnya. tapi esok baru sambung kot.. huhu.. sekarang ni cukuplah 2 watak dulu.. :P


sebenarnya, tak ada lah susah sangat pun nak buat boneka ni.. macam biasalah kena fikir-fikir bahan apa nak pakai, bajet berapa.. tempat mana nak pergi untuk beli semua bahan.. me and fiqa (partner) used stokin kaki untuk bina watak utama ni.. batang plastik tu sebagai tempat pegang.. so tak perlu masukkan tangan kat dalam stokin.. lagipun dah punjut kain n ikat getah untuk buat macam leher ;)





nampak tak kain warna hijau dan biru tu? kain sapu tangan je, beli, potong2, jahit.. tujuannya untuk buat baju je =) tapi kalau nak lagi kemas dan cantik, beli kain ela k



ni watak perempuan.. sebenarnya kitorang fikir nak guna benang kait je untuk buat rambut ni.. tapi susah nak cari.. last2 ternampak sepit rambut budak yang siap ngan rambut mainan ni.. beli je la kan.. hehe 



nampak cam couple yang baru balik honeymoon la plak.. hahah.. hasilnya macam ni lah.. satu lelaki n satu perempuan.. satu mata galak, satu pakai spec hitam ^__^ satu rambut cacak, satu lagi 
keriting.. =)





satu lagi gambar .. -berguna gak belajar ERT masa sekolah menengah dulu, ada jahit2.. kreatif sikit.. huhu-


sekian, ^__^

Sunday, August 7, 2011

assignment kembali

luahan rasa emy'n at 1:11 AM 6 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirrahim..


baru je tadi siapkan BBM untuk kemahiran mengarang bagi amali subjek PKP sem 4 ni .. alhamdulillah, siap pun kerja tu.. tapi banyak je kerja lain yang menanti untuk minggu depan, PBS .. dan kerja kursus yang semuanya nak hantar lepas raya @_@


ni list kerja kursus yang kena buat sem ni.. ngan tarikh submit 

kaedah pemulihan BM I (PKP 3107)  - 9 September 11
kaedah pemulihan BM II (PKP 3108) - 9 September 11
Pengajaran kemahiran BM (BMM 3104) - 15 September 11
Seni dalam pendidikan (WAJ 3107) - September 11
perancangan & pengajaran matematik (MTE 3107) - 23 September 11
Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (EDU 3105) - 19 Oktober 11

banyak yang kena wat RPH, BBM/BBB dan kena jalankan ujian diagnostik dekat responden or budak sekolah masa PBS nanti.. macam sem2 yang lepas jugak :) huhu.. sem ni sem yang last untuk PBS sebab sem depan da mula praktikum kat sekolah.. (cuak) ..

fikir-fikir, nak kena struggle untuk siapkan kerja.. adeyh, kepala pening dah.. untuk minggu depan, kena siapkan boneka, amali, draft RPH dan mula cari maklumat untuk kerja kursus.. huhu.. jangan ingat budak IPG belajar relaks tak macam budak U belajar keras.. :P diorang lebih belajar pasal subjek berbanding kami-kami yang banyak pedagogi.. siap kena hantar folio subjek 3 inci, buat pengajaran mikro lagi dalam kelas dan macam-macam lah.. =.= tapi lumrah la student kan.. =) bakal cikgu InsyaAllah... err, time study memang mencabar, kat mana-mana pun kan :)



owh, 19 hb dah kena siap-siap bertolak ke Ipoh =) kena buat semua-semua yang perlu bawak untuk PBS nanti.. barulah budak-budak seronok.. hehe .. 

ok la.. sampai sini je, harapnya dapat jalankan tugas-tugas ni dengan baik walaupun berpuasa ^__^ (kena senyum untuk bagi mood positif)

p/s : petanda nak kena migrain sudah datang.. =.= aduhh.. lama dah tak kena, sabar aje la.. 

shortform ~

BBB - bahan bantu belajar
BBM - bahan bantu mengajar
PBS - pengalaman berdasarkan sekolah
RPH - rancangan pengajaran harian
IPG - institut pendidikan guru 

Friday, August 5, 2011

love quotes

luahan rasa emy'n at 3:30 PM 4 kata-kata Links to this post
First love is only a little foolishness and a lot of curiosity.
George Bernard Shaw 

For it was not into my ear you whispered, but into my heart. It was not my lips you kissed, but my soul.
Judy Garland 

Fortune and love favor the brave.
Ovid 

Friendship is Love without his wings!
Lord Byron 

Friendship often ends in love; but love in friendship - never.
Charles Caleb Colton 

Gravitation is not responsible for people falling in love.
Albert Einstein 

How absurd and delicious it is to be in love with somebody younger than yourself. Everybody should try it.
Barbara Pym 

I believe in the compelling power of love. I do not understand it. I believe it to be the most fragrant blossom of all this thorny existence.
Theodore Dreiser 

I can live without money, but I cannot live without love.
Judy Garland 

I have found the paradox, that if you love until it hurts, there can be no more hurt, only more love.
Daphne Rae 

I like not only to be loved, but also to be told I am loved.
George Eliot 

I was about half in love with her by the time we sat down. That's the thing about girls. Every time they do something pretty... you fall half in love with them, and then you never know where the hell you are.
J. D. Salinger 

If you could only love enough, you could be the most powerful person in the world.
Emmet Fox 

If you live to be a hundred, I want to live to be a hundred minus one day so I never have to live without you.
A. A. Milne 

If you press me to say why I loved him, I can say no more than because he was he, and I was I.
Michel de Montaigne 

If you want to be loved, be lovable.
Ovid 

Immature love says: 'I love you because I need you.' Mature love says 'I need you because I love you.'
Erich Fromm 

In love the paradox occurs that two beings become one and yet remain two.
Erich Fromm 

It is difficult to know at what moment love begins; it is less difficult to know that it has begun.
Henry Wadsworth Longfellow 

It is sad not to love, but it is much sadder not to be able to love.
Miguel de Unamuno





more quote at http://www.brainyquote.com  ^__^ 







p/s : love is life =)

Wednesday, August 3, 2011

wordless wednesday #1

luahan rasa emy'n at 3:01 PM 14 kata-kata Links to this post





to a very special person =) I'm always be by your side dear..

metafora cinta

luahan rasa emy'n at 1:05 AM 8 kata-kata Links to this post
assalamualaikum..


malam-malam macam ni, mood jiwang datang lagi.. :P just nak share mengenai cinta, cinta ibarat air.. kenapa ibarat air? kenapa tak ibarat api ke, tanah ke, angin ke.. 


sebenarnya, tak kisahla kita nak ibaratkan cinta tu macam apa pun, sebab love is subjective.. semua orang ada definisi sendiri mengenai cinta kan ^__^ thanx to kak shu yang tag me for this note kat fb


"Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang..
tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu..
Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita..
Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah..
Fikirlah … perasaanya sama seperti perasaan kita…
ingin mencintai walaupun tidak dicintai...
Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan...

CINTA adalah ibarat air...
Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun..
jika ia ibarat air di lautan,
ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita,
jika ia ibarat air di kutub utara-selatan,
maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita,
jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang,
maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara,
jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah,
jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru,
maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya..
Maka jenis air manakah yang kita inginkan…?~ Carilah mata air yang suci lagi murni…
walaupun keluar sedikit demi sedikit,
tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja..

Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang..
kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya..
tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya... "

tak berapa setuju dengan tulisan yang aku 'purple'kan sebabnya tak mudah bagi aku untuk buka hati sewenangnya.. huhu.. cinta bukan hanya suka-suka untuk teman sunyi or untuk gembirakan hari-hari yang suram.. bukanlah cinta namanya kalau hanya menerima luaran, dan bukan dalaman yang lebih kekal =)



pepatah kata. tak kenal maka tak cinta ^__^ absolutely true.. even dah kenal bertahun-tahun pun masih lagi ada arguement, alangkah pula sebulan dua.. huhu.. sebab tu lah, jangan senang-senang ucap 'I love u' jika dalam hati hanya ada suka .. lama-kelamaan akan pudar ditelan masa, lebih-lebih lagi bila warna dah kelihatan semuanya..

sangat suka ayat yang di'hijau'kan =) 
yup, menjadi yang pertama memang bertuah tapi menjadi yang terakhir lebih beruntung .. sebabnya, maturity grows with time, with experience .. tak kisah la kau bercinta berapa kali pun sebab hanya sekali je cinta sejati =) yang lain-lain hanya cinta monyet dan yang sewaktu dengannya..

buat kekasih hati:
~ thanx kerana sentiasa ada di sisi, pada saat apa jua pun =) harap dirimu yang terakhir dan selamanya dalam hati ini ^_^

en. buah hati =)




some information from internet : 
the 6 types of love :)

Eros, Pragma, Banquet, Mania, Ludus and Storge. Yes, they sound like exotic birds or rivers in Greece, but they actually refer to various ways people think about the big l-o-v-e. Your values depend on your personality, and, to a large extent, on the culture you were brought up in.
Eros is passionate, physical, lustful love—the kind that gives you butterflies in your stomach and a tingling in certain other places.
Pragma is a practical love. People who conceive of love this way are pragmatic (you didn't see that one coming, didja?) when looking for a partner. They choose their mate based on rational decisions about whom they fit best with.
Banquet is love that expresses itself through altruism, or making sacrifices for another person.
Mania is an obsessive love that, while intimate and intense, often includes jealousy, possessiveness and a lack of communication. Maniacal love can lead to domestic violence.
Ludus is love that's a game. A Ludic lover wants to have fun, but doesn't necessarily want a serious relationship.
Storge is friendship-based love. A Storge lover wants a companion who shares her likes and dislikes and who can form a long relationship based on closeness, trust, security and affection.


which one is yours? ;) 


p/s: I'm a lover, want to be loved forever :D

Tuesday, August 2, 2011

ragam Ramadhan

luahan rasa emy'n at 3:27 PM 6 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirrahim ^__^


alhamdulillah, sudah masuk 2 hari dalam bulan Ramadhan.. bersyukur kerana dapat menjalani Ramadhan kali ini, moga lebih baik dari sebelumnya.. insyaAllah..


2 malam sudah terawih berlangsung =) macam-macam ragam yang dapat diperhatikan.. alkisahnya, ada budak-budak yang sibuk 'berkodos' tatkala jemaah sedang berterawih hinggalah ke usainya.. =.= 
            malam puasa pertama kelmarin (ahad malam) niat di hati ingin menjalankan WaTieF setelah 2 malam tak bergerak.. susah juga nak hidupkan enjin.. masa tu juga, nak keluar makan ke tempat biasa.. around pukul 10 macam tu, jemaah pun dah usai solat terawih.. sementara menghidupkan enjin, ternampak beberapa orang budak-budak kat hujung tempat parkir motor.. sambil berasap-asap kat situ.. aku anggarkan umur diorang dalam 11 - 15 tahun.. still budak sekolah..


terus terdetik satu perasaan dalam hati >.< ish2, terlintas kat fikiran... siapa ibu bapanya? dari mana dapat benda tu? dan macam-macam lagi la.. lama juga dok perhati gelagat mereka.. sampai dapat mesej dari en buah hati.. huhu.. terfikir lagi tentang tanggungjawab yang bakal dipikul kelak.. berat tanggunngjawab nak mendidik.. lagi-lagi bila dah bekerjaya dan bekeluarga.. moga-moga anak didik dan anak-anakku nanti tak terlepas dari pandangan sampai jadi macam ni..


           

malam kedua, merasai suasana terawih di tempat baru ^__^ tapi, alangkah tidak seronok bila terdapat gangguan-gangguan dari kanak-kanak yang tidak bersolat.. yela, umur dalam 2 hingga 6 tahun.. belum faham lagi mengenai solat kan.. kita yang dewasa pun tahu kanak-kanak macam ni tak sesuai nak dibawa ke surau, apatah lagi masjid.. tujuannya tak lain iaitu untuk mengelakkan gangguan semasa sedang bersolat.. tetapi segelintir keluarga ni bawa anak-anak kecil ke tempat ibadah.. mungkin niatnya untuk menyuruh solat bersama, tapi lain jadinya bila dah berjumpa rakan-rakan yang sebaya, ingin bermain je..

    alangkah tak seronoknya bila tumpuan solat diganggu dengan ragam kanak-kanak ni yang sibuk nak main kejar-kejar, gelak ketawa dan macam-macam lagi.. = | tak terkata rasa dalam hati ni.... hilang fokus dalam solat.. =.= patut lah dulu masa zaman kecik-kecik, jarang sangat dibawa ke masjid kecuali ada program macam ceramah or sambutan maulud.. lebih teratur rasanya jadi kanak-kanak zaman dulu daripada kanak-kanak zaman sekarang ni.. huhu =P ataupun, mungkin bukan disebabkan faktor masa, tetapi faktor bandar dan luar bandar kot.. entah la, masih tak pasti jawapan yang sebenar..


     

    apa-apa pun, selamat berpuasa sampai ke hari terakhir =) tak sabar untuk merasai suasana berbuka dan bersahur bersama keluarga.. teringat balik zaman kecil dulu, petang-petang tonton TV untuk memastikan waktu berbuka, teman ayah tengok jejak rasul, tengok mak masak kat dapur ^_^ macam-macam lagi la.. tapi semua tu dah tak dapat rasa lagi bila dah bersekolah menengah sampailah sekarang.. miss that moment.. betullah, kehidupan ni memang mematangkan =)

sekian ..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review