About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Saturday, August 13, 2011

fairy tale

luahan rasa emy'n at 2:52 PM
SUMPAHAN SEORANG PUTERA

BABAK 1

            Pada zaman dahulu, terdapat seorang putera yang tinggal jauh dari istana bersama haiwan peliharaannya. Namanya Nazrin. Putera ini telah terkena sumpahan kerana menolak lamaran Raja ‘Far Far Away’ untuk menyatukan puterinya dengan putera Nazrin. Sumpahan tersebut telah menjadikan beliau buta dan sukar untuk bergerak dengan sempurna. Hal ini menyebabkan beliau bergantung penuh kepada haiwan peliharaannya iaitu seekor naga mini yang bernama Bambu untuk meneruskan kehidupan.

Pada suatu pagi..

Putera Nazrin: Bambu oh Bambu...

Bambu: ya tuanku..

Putera Nazrin: Boleh kau pergi ke Bandar? aku baru teringat bahawa aku         memerlukan beberapa buah limau untuk dibuat ubat. Lemah-lemah rasanya badan ini sebab tidak minum air limau.

Bambu: Baiklah tuanku, saya pergi dahulu. jaga diri ya. Saya rasa ada sebiji dua limau lagi di dalam dapur. Tapi tak mengapa, saya akan beli lebih lagi untuk disimpan.

Putera Nazrin: baiklah bambu. Terima kasih banyak-banyak.

Bambu pun pergi ke bandar untuk membeli limau untuk diberikan kepada putera Nazrin. Malangnya, dalam perjalanannya ke bandar, dia telah dilanggar oleh seorang wanita.

Aliyah: Aduh, maafkan saya!

Bambu hanya mendiamkan diri. Sayapnya tercedera.

Aliyah: Alahai, kesiannya kamu naga kecil. Marilah saya bawa kamu pulang untuk  mengubat sayap kamu itu. Maafkan saya, saya tak bermaksud untuk menyakiti awak.

BABAK 2

Bambu pun dibawa pulang ke rumah Aliyah. Aliyah merupakan seorang wanita yang tinggal bersendirian. Rumahnya bersih dan teratur. Bambu tinggal di sana hampir 2 hari untuk memastikan sayapnya sembuh. Tidaklah nanti putera Nazrin bimbang melihat kecederaan itu. Namun, hati kecil Bambu risau memikirkan tuan putera. Risau putera Nazrin mengalami kesukaran tanpanya. Melihat keadaan Bambu yang gelisah, Aliyah terus bercakap dengannya.

Aliyah: mengapa naga kecil? Awak kelihatan sangat gelisah. Ada apa-apa yang saya boleh bantu awak?

Bambu:  maafkan saya cik muda. Saya perlu pulang kepada tuan saya.

Bambu terpaksa bercakap bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Aliyah: wah, awak boleh bercakap?! Siapa awak sebenarnya?

Aliyah sangat terkejut kerana mendapati naga kecil itu mampu berkata-kata seperti manusia.

Bambu: maafkan saya cik Aliyah. Saya Bambu. Saya memang dilahirkan dengan keupayaan untuk bertutur seperti manusia.

Aliyah: kalau begitu, siapa tuan kamu? Mestilah dia seorang yang hebat. Ahli sihir mungkin?

Bambu: Tidak cik. Tuan saya merupakan seorang yang istimewa. Dia buta, cacat dan lumpuh satu badan. Mungkin saya ini ditakdirkan untuk bersamanya bagi membantunya menjalani kehidupan ini.

Aliyah: Oh, sangat besar kuasa tuhan. Maafkan saya Bambu. Maaf kerana awak terpaksa meninggalkan tuan awak dengan begitu lama. Kasihan dia, mesti dia risaukan keadaan awak.

Bambu: tidak mengapa cik. Bolehkah cik memberi kebenaran untuk saya pulang? Saya perlu membeli beberapa biji limau untuk tuan saya.

Aliyah: kalau begitu, marilah saya hantarkan awak ke sana. Saya boleh bantu awak untuk membeli limau di bandar.

Bambu: tapi, sudikah cik Aliyah untuk bertemu dengan tuan saya? saya tidak mahu terdetik sedikitpun perasaan pelik di hati cik. Dia seorang yang cacat cik. Cacat dan istimewa.

Aliyah: tak mengapa Bambu. Bukankah manusia itu semuanya sama? Diciptakan dengan cara yang sama? Sebenarnya saya ingin sekali bertemu dengan  tuan awak sejak mengetahui kelebihan awak. Saya ingin lihat seorang manusia yang begitu menyayangi awak.

Bambu tersenyum. Dia terpaksa merahsiakan identiti sebenar tuannya. Tidak mahu ada orang mengambil kesempatan. Terlintas di dalam hatinya tentang puteri Arora, puteri ‘Far Far Away’ yang hanya tamakkan harta dan pangkat. Begitu juga dengan Raja Arman yang hanya ingin mengukuhkan takhtanya dengan menjadi besan kepada Raja Rayyan, bapa putera Nazrin, iaitu pemerintah kerajaan Fasis.

Bambu: baiklah cik Aliyah. Marilah temankan saya pulang bertemu tuan saya. kalau sudi, cik bolehlah berkenal-kenalan dengannya.

Sebenarnya, Bambu dapat merasakan keikhlasan Aliyah untuk bertemu putera Nazrin. Hal ini demikian, kecacatan yang sengaja disebut-sebut tidak pun menyebabkan Aliyah berat untuk bertemu putera. Di lubuk hati Bambu, dia berasa amat lega kerana sumpahan yang dihidapi putera akan berakhir jika terdapat seseorang yang ikhlas menerima putera Nazrin. Bukan hanya bersandarkan harta dan paras rupa semata-mata.

BABAK 3

Bambu dan Aliyah sudah hampir tiba ke destinasi. Pintu rumah dibuka. Kelihatan putera Nazrin sedang duduk berehat di kerusi malas.

Putera Nazrin: engkaukah itu Bambu? Ke mana kau pergi? Aku sangat risau akan keadaanmu

Tanpa berlengah, Aliyah terus menjawab.

Aliyah: Maafkan saya saudara. Saya yang bersalah kerana telah membuat Bambu cedera. Dia tinggal bersama saya untuk memastikan dia sembuh sebelum pulang ke sini.

Putera Nazrin: oh, tak mengapa cik. Silalah duduk. Mungkin Bambu boleh buatkan sedikit minuman untuk cik.

Bambu hanya memerhati putera Nazrin dengan perasaan yang pelik. Dia memerhatikan keadaan putera yang sedikit berbeza. Bertambah sihat, ceria dan lebih teratur. Setelah Aliyah pulang ke rumahnya, Bambu bertanya kepada putera Nazrin mengenai perkara yang berlaku. 

Bambu: tuanku, mengapakah saya lihat tuanku begitu sihat sekali?

Putera Nazrin: begini Bambu, sejak kau pergi ke bandar. Aku berasakan sesuatu akan berlaku. Badanku menjadi lebih kuat pada esoknya. Aku tidak perlu lagi minum air limau pada setiap hari. Aku terfikir, mungkinkah sumpahan ini akan berakhir? Mungkinkah ada insan yang sudi hadir ke dalam hidup ini walaupun aku buta dan tidak mampu untuk bergerak  dengan normal.

Bambu: mungkinkah tuanku juga jatuh hati pada seseorang? Aliyah kah?

Putera Nazrin: kalaulah benar, aku terima dirinya. Tahukah kau bahawa aku jatuh hati apabila mendengar suaranya. Walaupun mata ini tidak nampak, hati ini telah jatuh padanya. Daripada lunak suaranya, aku tahu dia betul-betul baik dan ikhlas apabila berhadapan denganku.

Bambu: Kalau begitu, biarlah saya menjemputnya ke sini lagi tuan. Berikan dia kefahaman tentang perkara yang berlaku ini.

Putera Nazrin: Baiklah Bambu, aku serahkan segala urusan ini kepada kau.

Bambu pun pergi bertemu dengan Aliyah untuk menceritakan perkara yang sebenar. Memang benar bahawa Aliyah turut merasakan perkara yang sama. Hatinya telah jatuh kepada putera Nazrin pada kali pertama bertemu. Walaupun buta, itu bukan penghalang bagi hati mereka untuk bersatu. Aliyah pun mengikut Bambu ke rumah putera Nazrin.

Putera Nazrin: Aliyah, adakah kau sudi menerima aku sebagai penemanmu?

Aliyah: aku sudi Nazrin. Kecil tapak tangan nyiru ku tadahkan.


Putera Nazrin berdiri menghadap Aliyah. Dengan kuasa tuhan, sumpahan yang dihadapinya hilang secara perlahan-lahan. Matanya sudah dapat melihat semula. Dapatlah ia menatap wajah indah bakal suri hidupnya. Kudratnya juga sudah kembali. Mereka hidup aman dan damai selama-lamanya.


skrip ni direka untuk persembahan boneka untuk subjek SDP khamis lepas.. =)
thanks to fiqah yang bagi idea untuk buat watak putera & puteri. asalnya nak adaptasi kisah dongeng Rapunzel.. tapi ubah idea last minit.. cerita ni pun dicedok dari beberapa kisah yang pernah dibaca, diedit dan diadun ngan idea sendiri.. huhu =P jiwang xjiwang la kan? memang kisah jiwang ...

puteri Aliyah & putera Nazrin



0 kata-kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review