About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Tuesday, August 2, 2011

ragam Ramadhan

luahan rasa emy'n at 3:27 PM
bismillahirrahmanirrahim ^__^


alhamdulillah, sudah masuk 2 hari dalam bulan Ramadhan.. bersyukur kerana dapat menjalani Ramadhan kali ini, moga lebih baik dari sebelumnya.. insyaAllah..


2 malam sudah terawih berlangsung =) macam-macam ragam yang dapat diperhatikan.. alkisahnya, ada budak-budak yang sibuk 'berkodos' tatkala jemaah sedang berterawih hinggalah ke usainya.. =.= 
            malam puasa pertama kelmarin (ahad malam) niat di hati ingin menjalankan WaTieF setelah 2 malam tak bergerak.. susah juga nak hidupkan enjin.. masa tu juga, nak keluar makan ke tempat biasa.. around pukul 10 macam tu, jemaah pun dah usai solat terawih.. sementara menghidupkan enjin, ternampak beberapa orang budak-budak kat hujung tempat parkir motor.. sambil berasap-asap kat situ.. aku anggarkan umur diorang dalam 11 - 15 tahun.. still budak sekolah..


terus terdetik satu perasaan dalam hati >.< ish2, terlintas kat fikiran... siapa ibu bapanya? dari mana dapat benda tu? dan macam-macam lagi la.. lama juga dok perhati gelagat mereka.. sampai dapat mesej dari en buah hati.. huhu.. terfikir lagi tentang tanggungjawab yang bakal dipikul kelak.. berat tanggunngjawab nak mendidik.. lagi-lagi bila dah bekerjaya dan bekeluarga.. moga-moga anak didik dan anak-anakku nanti tak terlepas dari pandangan sampai jadi macam ni..


           

malam kedua, merasai suasana terawih di tempat baru ^__^ tapi, alangkah tidak seronok bila terdapat gangguan-gangguan dari kanak-kanak yang tidak bersolat.. yela, umur dalam 2 hingga 6 tahun.. belum faham lagi mengenai solat kan.. kita yang dewasa pun tahu kanak-kanak macam ni tak sesuai nak dibawa ke surau, apatah lagi masjid.. tujuannya tak lain iaitu untuk mengelakkan gangguan semasa sedang bersolat.. tetapi segelintir keluarga ni bawa anak-anak kecil ke tempat ibadah.. mungkin niatnya untuk menyuruh solat bersama, tapi lain jadinya bila dah berjumpa rakan-rakan yang sebaya, ingin bermain je..

    alangkah tak seronoknya bila tumpuan solat diganggu dengan ragam kanak-kanak ni yang sibuk nak main kejar-kejar, gelak ketawa dan macam-macam lagi.. = | tak terkata rasa dalam hati ni.... hilang fokus dalam solat.. =.= patut lah dulu masa zaman kecik-kecik, jarang sangat dibawa ke masjid kecuali ada program macam ceramah or sambutan maulud.. lebih teratur rasanya jadi kanak-kanak zaman dulu daripada kanak-kanak zaman sekarang ni.. huhu =P ataupun, mungkin bukan disebabkan faktor masa, tetapi faktor bandar dan luar bandar kot.. entah la, masih tak pasti jawapan yang sebenar..


     

    apa-apa pun, selamat berpuasa sampai ke hari terakhir =) tak sabar untuk merasai suasana berbuka dan bersahur bersama keluarga.. teringat balik zaman kecil dulu, petang-petang tonton TV untuk memastikan waktu berbuka, teman ayah tengok jejak rasul, tengok mak masak kat dapur ^_^ macam-macam lagi la.. tapi semua tu dah tak dapat rasa lagi bila dah bersekolah menengah sampailah sekarang.. miss that moment.. betullah, kehidupan ni memang mematangkan =)

sekian ..


6 kata-kata:

nas said...

bise la tu anak2 muda kann
rokok jela diorang isap
adoii
yang best time sembahyang, ramai budak2 aminkan kuat2.. hehe

iMBobo said...

Selamat berpuasa ye ..thanks sbb sudi singgah :)

emy'n said...

nas : tu la.. cuba la wat benda faedah ckit.. hehe..

yup2.. meriah camtu =) macam dok kt asrama dulu

emy'n said...

iMBobo: ^__^ slamat berpuasa jgak.. sama2.. TQ kembali..

abu muaz said...

kanak-kanak memang sifatnya bermain dan membuat bising...he,hee

emy'n said...

abu muaz :

btol2,, tp main la kt umah.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review