About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Sunday, September 25, 2011

tazkirah ~

luahan rasa emy'n at 6:27 PM 2 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirrahim...

‎"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi LEBIH BESAR 


DOSANYA JIKA KITA BERKECIL HATI"

CONFUSED CONFUSED CONFUSED !!



Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pula yang berdosa?

Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. 



Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia
.
Anak: Uikkk? Tapi kenapa pula? Kita tak buat apa-apa pun?


Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.


Anak: *BLUR*


Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita 



ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang sudah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan


orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil 


hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo.

.
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. "Dia dah banyak buat aku macam ni, macam 



tu.." dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. "Kesian kawan kita 


tu.. Budak tu dah banyak sakitkan hati dia.." Jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *TERMAKAN CILI*

Jadi, kesimpulannya.. JANGAN MUDAH TERASA HATI.


Maknanya kita tak redha dengan Allah..


Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah.

P/S: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu.. Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-



azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu.."









-copy paste dari fb- 

Wednesday, September 21, 2011

wordless wednesday #5

luahan rasa emy'n at 7:42 PM 0 kata-kata Links to this post
event kat IPG hari ini..

tapi..
hajat tak kesampaian =(
kesihatan tak mengizinkan.. huhu

Sunday, September 18, 2011

barang yang lepas usah dikenang

luahan rasa emy'n at 8:09 AM Links to this post
as-salam =)


just a quick update memandangkan esemen yang belum siap, tapi kena submit esok. kalau ikutkan malas nak update blog ni, tapi terasa nak menaip something , nak luahkan sesuatu dekat kanvas maya ni =P


niway, just read something from his blog ^_^ betul lah orang cakap, kesedaran tu lambat laun akan timbul, sooner or later, sama ada kita rasa dah berubah atau belum.. hati & fikiran banyak kali tak sependapat, tapi bila hati & fikiran dah bersatu, senang lah nak buat sesuatu kan.. insyaAllah.. 

owh ye, kelmarin dia bertanya pasal entri-entri sebelum ni yang ada 'kisah lama'..
.
.
.
.
long silent.. tak delete pun dari blog..
tapi bila tanya dia balik pasal entri lama dia..
dia jawab " tak perlu nak simpan benda-benda tu, sekarang dah ada yang lain kan, yang lebih penting". =.)
ok, siyes terharu -dalam hati la kan- sekarang dah delete dah dari blog 
I already have u kan syg :)

dan sekarang terfikir, barang yang lepas tak usah dikenang.. memang dulu pernah cakap kat dia.. masa berjalan, jauh dah.. tapi aku tak jalan-jalan lagi  =( almost a year macam tu.. kalau orang lain, mungkin dah sampai jauh kan.. huhu
tapi sekarang ni, dia lah yang special, yang tiba-tiba wujud rasa kasih :P

dear syafiq,

terima kasih sebab menemani aku berlari sejauh ni  =)
dah tak ada dah cerita pasal dulu-dulu lagi.. sekarang ni semua kisah pasal kita 
just masa sekarang & masa depan.. 
kenangan-kenangan lepas semua dah tak ada bukti pun.. yang ada pun cuma secebis dalam ingatan.. yang memang tak boleh lupuskan 100%

tak kisahlah masa lepas kamu tu..
setiap manusia berubah kan ^__^ kematangan tu akan datang sendiri, sikit-sikit seiring dengan masa..
I will keep my promise on u =)
janji, akan jaga apa yang dah ada ni sebaiknya...







Friday, September 9, 2011

entri 5 bulan

luahan rasa emy'n at 11:42 PM Links to this post


selamat ulang bulan ke 5 sayang =)
pejam celik pejam celik dah 5 bulan, sama dengan 154 hari..
semoga hari mendatang membawa lebih kebahagiaan.. 
baru 5 bulan, tapi rasa macam dah lama je.. 
^__^ sebab kita pernah kawan dulu, dan aku akan sentiasa rindu saat itu..
saat kita bebas mengenali dan memerhati
tanpa sedar, membawa hati kita ke satu rasa yang sama =)

macam-macam rasa dah kongsi bersama kan, 
marah, sedih, gembira, cemburu =P 
semua sebab rasa sayang, kalau tak, takkan lahir perasaan-perasaan macam tu kan..
makin lama, makin aku kenal dirimu.. makin aku faham caramu.. makin aku menerima
dirimu seadanya.. 
takkan pernah ada lagi diriku yang dulu, yang pernah menolakmu satu masa dulu =P
bila imbas kembali, kadang kala aku malu mendengarnya..
tapi aku sedar kini, tak semua kemahuan kita akan tertunai, 
tapi seringkali keperluan kita dipenuhi =)

terima kasih kerana hadir dalam hidup ini, 
terima kasih kerana selalu ada di setiap ketika.. kala hujan ataupun panas ^__^
terima kasih kerana menyayangi dan menerima sikap dan sifat ku seadanya aku..
sesungguhnya, hanya kamu  yang sangat menyentuh hati, membuatku terharu sering kali
walaupun selalu kau katakan, kau bukan yang menawan untuk membuatku tertawan
tetap ada sifatmu yang membuatku tertarik, membuatku jatuh hati ..

maafkan khilaf ku jika tidak memahamimu
maafkan aku atas sikap keanak-anakan, sifat cemburu yang menguasai
jua kelemahanku dalam mengawal amarah diri.. 
jangan resah untuk meluahkan, sebab aku mahu tahu rasamu
setiap detik dan setiap ketika..
kerna aku mahu membaiki setiap kekurangan ,, ingin menjadi sempurna buatmu =')

akhir kata, sambutlah salam sayang dariku 
salam kasih dari hatiku.. yang sentiasa ada dirimu
^___^
terima kasih tidak terhingga atas cinta ini..
moga kekal selamanya di atas izinNya
jua dengan restu dan pengetahuan ibu bapa..





Monday, September 5, 2011

sahabat terbaik

luahan rasa emy'n at 10:12 PM 1 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirrahim..


kesempatan dapat free call 8pax digunakan sebaik mungkin.. hehe
petang tadi, telefon diyana as I miss her so much =) dia kawan gelak ketawa, nangis sama-sama, gado sama-sama masa sekolah menengah dulu.. she used to be a very good penasihat .. and still be ^__^ 
seronok rasa dapat bual macam-macam, dengar cerita & dapat nasihat sekali gus jadi tazkirah dalam diri..
insyaAllah..


yana, 
bersyukur sangat dikurniakan seorang sahabat macam yana ni.. as we grow up, banyak perkara yang terjadi, banyak jugak pengajaran yang kita dapat kan.. semuanya mematangkan.. =)  sekarang ni, walaupun masing-masing jauh.. tetap dekat dalam hati.. (she's still studying at Unisza)
semoga sayang aku yang sorang ni bahagia selalu, dikurniakan kesihatan yang baik, kejayaan dalam apa-apa pun dan dipermudahkan setiap urusan ^__^ 


cepat-cepat lah urusan yang tu ye.. insyaAllah =) tersenyum je bila yana cerita bab-bab tu.. alhamdulillah .. semoga kekal sampai akhir hayat.. jangan lupa hantar khabar berita tau.. oh ye, lepas solat tadi teringat pesan yana, sedekahkan al-fatihah buat bakal suami (even kita tak tahu siapa jodoh kita tu), doakan bakal anak-anak kita (even kita tak tahu berapa orang & macam mana ragam mereka ni) doa banyak-banyak =') 


and still, ayat yana masih dalam ingatan " Allah beri apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu " .. ^__^ indahnya hidup, semua-semua yang berlaku memang ada hikmah.. terharu sangat dengar nasihat dari sahabat kita ni tau.. sejuk hati =) bertuah insan yang bakal jadi teman hidup yana nih.. =) thanx sangat-sangat sudi kongsi cerita .. macam-macam cerita..


sekarang ni, terngiang-ngiang lagi tutur bicara yana tu =') rindu.. esok nak telefon lagi ea.. 



Saturday, September 3, 2011

cinta bukan semudah kata

luahan rasa emy'n at 12:02 AM Links to this post
dah siap update 2 entri, tapi terfikir something.. something yang terjadi dalam minggu ni.. minggu raya..
tak terkejut, tak eksaited jugak.. tapi lebih pada rasa pelik & kadang-kadang menjengkelkan .. >.<
maaf cakap.. tapi cukuplah apa yang ada sekarang ni.. kawan tetap kawan. kekasih tetap kekasih.. huhu..
sukar untuk seorang kawan tu jadi kekasih, tapi kekasih boleh jadi kawan.. faham tak? =P


I already have someone in my life =) u can't simply say "awak makin cantik sekarang ni, dah ada pakwe?" or "rugi tak ngorat awak masa sekolah dulu" =.= rasanya macam ... entahla, tak tahu nak describe macam mana.. huhu,,


pendek cite, aku akan terus fikir yang rupa paras jadi nilai utama orang-orang yang macam ni.. >.< lepas tu, jumpa orang lagi cantik, tersangkut kat orang ni.. macam tu la seterusnya - no ending.. sebabnya tak kenal hati budi, tak tahu perangai masing-masing macam mana.. bila dah terhantuk baru nak terngadah.. mula lah kata tak ada jodoh, padahal tak pernah cuba untuk selesaikan masalah yang berlaku.. 


tak perlu explain bahawa jodoh tu kita tak tahu lagi dengan sape-sape.. I know that very well, tapi apa salahnya kekalkan dan jaga sebaik mungkin satu-satu hubungan yang kita bina.. itu pun kalau kita sedar semua yang berlaku sudah ditentukan.. ada hikmahnya.. mungkin mengajar erti kematangan, beri pengalaman dan macam-macam lagi yang buatkan kita terfikir tentang hidup.. 


diri sendiri pernah alami macam-macam perkara :') betul, sangat memberi banyak makna jika difikir dan direnung satu-satu perkara.. for me, cinta manusia tu tak kekal lama.. selagi Dia mengizinkan, selagi itu lah tetap mekar dan subur dalam hati ^__^ banyakkan berdoa.. Dia maha mengetahui yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya.. andaikata si A bukan untuk kita, akan ada B yang memang untuk kita.. jangan tunggu untuk perkara yang tak pasti.. just keep moving, hadapan n hadapan.. tak perlu nak undur ke belakang.. just pandang ke belakang untuk melihat perkara yang pernah dialami tak mengapa..


tak perlu nak terburu-buru dalam mencari cinta.. kalau dah putus tu, biarlah paling lama pun 6 bulan.. huhu :P jangan baru sebulan dah ada yang baru.. sebab bayang-bayang yang lama tetap hidup dalam diri kita.. apa rasanya bila ada komen or pandangan orang lain terhadap kita.. " eh, kau bukan dengan dotdotdot lagi ea?" padahal kita dah mula mencanang-canang mengenai orang lain, orang baru dalam hidup.. banyak orang tahu tentang kisah kita dulu =.=! bukan kisah kita sekarang.. tapi biarlah kalau itu yang membawa bahagia =) sume orang berhak bahagia kan..


last thing, berkawan dahulu.. kenal perangai orang tu betul-betul.. =) biar tak menyesal kemudian hari.. betul semua orang boleh berubah, tapi sejauh mana? perlu ke kita mengubah orang tu jadi apa yang kita mahu.. ? tak perlu pun.. kalau dia tu tak pakai selendang n jenis yang tak berfesyen sangat, tak perlu la nak mintak macam tu.. no need to compare dengan orang-orang sebelum dia.. dia tetap dia, dengan cara tersendiri =) sebab tu kawan dulu, mungkin dalam berkawan tu ada something yang membuat kita tertawan.. yang kita tak jangka n tak tahu pun ada sifat tu dalam diri dia.. =) 


cinta, tak semudah ucapan 'I love U' .. 
cinta perlukan banyak pengorbanan, kefahaman & penerimaan
bukan sekadar manis pada pandangan mata tapi manis dalam hati..
bukan sekadar menerima tapi turut memberi.. =)
bukan juga untuk jangka pendek, tapi jangka masa yang lama.. selamanya sehingga akhir nafas ^_^.
jadi yang terbaik untuk satu sama lain..




my lovely kura-kura :)





we've been friend since 2008 -just serious in relationship since 2011- :P






Friday, September 2, 2011

21st years old =)

luahan rasa emy'n at 10:55 PM Links to this post
assalamualaikum =) 

berlalu sudah 1 september 2011, genap usia 21 tahun ^__^ 
syukur padaNya kerana diberi peluang meniti hari-hari akan datang.. 
orang kata, 21 umur yang cukup dewasa, dapat buat pilihan sendiri.. usia kebebasan.. hehe 
tapi rasa macam makin muda plak.. haha =P umur, hanya angka.. kematangan tu yang lagi penting kan.. hope akan ada orang tanya camni lagi "form bape ni?" =P hee .. ( tu yang rasa muda tu) 
semalam, along belanja makan KFC..  lagipun semalam ke segamat, stay 1 malam di rumah atuk.. so, tak sempat pun nak beli kek, hajat memang nak kek.. =P sebenarnya nak kek baskin robbins, tapi tak ada jual plak kat kedai tu.. so, beli aiskrim je la..   
terima kasih sangat2 pada mak, ayah n along :)

  

 
 



baju raya hijau =) love green sebab dia kata hijau sesuai dengan diri ni :P haha..
 
tapi still suka warna biru ok.. baju raya lagi satu warna biru ^__^.
hadiah? still waiting sampai naik cuti ni.. hehe .. so glad to have him on this birthday and hope to be forever.. insyaAllah =) terima kasih sayang!

aidilfitiri 2011

luahan rasa emy'n at 10:23 PM Links to this post
bismillahirrahmanirrahim ..


bersyukur dapat bertemu dengan syawal lagi tahun ni =)


alhamdulillah, tetap meriah walaupun ramai saudara yang tak dapat bersama disebabkan oleh tugas kerja dan lain-lain.. 


apa-apa pun seronok rasanya sebab dapat collect duit raya lagi ^__^


tu la untungnya bila umur dah 21 tapi masih belajar kan.. lagipun dah macam tradisi dalam keluarga. orang yang belajar tetap dapat duit raya.. bila dah kerja, kena menghulur pula pada yang bersekolah.. =)


ok, some pic of hari raya.. 



family pic =) wajib ada setiap tahun.. tapi sejak tahun lepas memang tak cukup korum.. maklum lah, abang 2 orang masing-masing dah berkeluarga.. =) along sambut first day kat Melaka.. so, bertiga je, tambah akak ipar sorang.. hehe.. a few more years, bertambah lagi :P haha



cucu perempuan atuk & nenek.. sepatutnya 9 orang.. anis n ikin tak dapat cuti raya first.. huhuh.. kalau dulu-dulu, 3 orang yang berdiri n adik sarah tak masuk dalam group pun =P diorang junior2... hehe.. sekarang ni masuk je la.. masing-masing dah besar kan,..


cucu lelaki atuk & nenek.. lagi ramai dari perempuan, ni pun ramai yang takde.. beraya di rumah mertua masing-masing.. huhu.. apa pun, raya tetap meriah dengan makan-makan, marhaban dan ziarah-ziarah rumah sanak saudara =)



last, gambar sendiri + amik sendiri haruslah ada.. haha.. walaupun baju ni adalah baju yang sama masa majlis angah Jun lepas, tetap cantik lagi ^__^ ada 2 pasang lagi baju raya.. means, 3 sumenya.. tapi silap sebab tak beli blouse n seluar jeans baru >.< takpe la, next year beli..


p/s : salam aidilfitri buat semua muslimin & muslimat =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review