About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Saturday, September 3, 2011

cinta bukan semudah kata

luahan rasa emy'n at 12:02 AM
dah siap update 2 entri, tapi terfikir something.. something yang terjadi dalam minggu ni.. minggu raya..
tak terkejut, tak eksaited jugak.. tapi lebih pada rasa pelik & kadang-kadang menjengkelkan .. >.<
maaf cakap.. tapi cukuplah apa yang ada sekarang ni.. kawan tetap kawan. kekasih tetap kekasih.. huhu..
sukar untuk seorang kawan tu jadi kekasih, tapi kekasih boleh jadi kawan.. faham tak? =P


I already have someone in my life =) u can't simply say "awak makin cantik sekarang ni, dah ada pakwe?" or "rugi tak ngorat awak masa sekolah dulu" =.= rasanya macam ... entahla, tak tahu nak describe macam mana.. huhu,,


pendek cite, aku akan terus fikir yang rupa paras jadi nilai utama orang-orang yang macam ni.. >.< lepas tu, jumpa orang lagi cantik, tersangkut kat orang ni.. macam tu la seterusnya - no ending.. sebabnya tak kenal hati budi, tak tahu perangai masing-masing macam mana.. bila dah terhantuk baru nak terngadah.. mula lah kata tak ada jodoh, padahal tak pernah cuba untuk selesaikan masalah yang berlaku.. 


tak perlu explain bahawa jodoh tu kita tak tahu lagi dengan sape-sape.. I know that very well, tapi apa salahnya kekalkan dan jaga sebaik mungkin satu-satu hubungan yang kita bina.. itu pun kalau kita sedar semua yang berlaku sudah ditentukan.. ada hikmahnya.. mungkin mengajar erti kematangan, beri pengalaman dan macam-macam lagi yang buatkan kita terfikir tentang hidup.. 


diri sendiri pernah alami macam-macam perkara :') betul, sangat memberi banyak makna jika difikir dan direnung satu-satu perkara.. for me, cinta manusia tu tak kekal lama.. selagi Dia mengizinkan, selagi itu lah tetap mekar dan subur dalam hati ^__^ banyakkan berdoa.. Dia maha mengetahui yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya.. andaikata si A bukan untuk kita, akan ada B yang memang untuk kita.. jangan tunggu untuk perkara yang tak pasti.. just keep moving, hadapan n hadapan.. tak perlu nak undur ke belakang.. just pandang ke belakang untuk melihat perkara yang pernah dialami tak mengapa..


tak perlu nak terburu-buru dalam mencari cinta.. kalau dah putus tu, biarlah paling lama pun 6 bulan.. huhu :P jangan baru sebulan dah ada yang baru.. sebab bayang-bayang yang lama tetap hidup dalam diri kita.. apa rasanya bila ada komen or pandangan orang lain terhadap kita.. " eh, kau bukan dengan dotdotdot lagi ea?" padahal kita dah mula mencanang-canang mengenai orang lain, orang baru dalam hidup.. banyak orang tahu tentang kisah kita dulu =.=! bukan kisah kita sekarang.. tapi biarlah kalau itu yang membawa bahagia =) sume orang berhak bahagia kan..


last thing, berkawan dahulu.. kenal perangai orang tu betul-betul.. =) biar tak menyesal kemudian hari.. betul semua orang boleh berubah, tapi sejauh mana? perlu ke kita mengubah orang tu jadi apa yang kita mahu.. ? tak perlu pun.. kalau dia tu tak pakai selendang n jenis yang tak berfesyen sangat, tak perlu la nak mintak macam tu.. no need to compare dengan orang-orang sebelum dia.. dia tetap dia, dengan cara tersendiri =) sebab tu kawan dulu, mungkin dalam berkawan tu ada something yang membuat kita tertawan.. yang kita tak jangka n tak tahu pun ada sifat tu dalam diri dia.. =) 


cinta, tak semudah ucapan 'I love U' .. 
cinta perlukan banyak pengorbanan, kefahaman & penerimaan
bukan sekadar manis pada pandangan mata tapi manis dalam hati..
bukan sekadar menerima tapi turut memberi.. =)
bukan juga untuk jangka pendek, tapi jangka masa yang lama.. selamanya sehingga akhir nafas ^_^.
jadi yang terbaik untuk satu sama lain..




my lovely kura-kura :)





we've been friend since 2008 -just serious in relationship since 2011- :P






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review