About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Friday, September 9, 2011

entri 5 bulan

luahan rasa emy'n at 11:42 PM


selamat ulang bulan ke 5 sayang =)
pejam celik pejam celik dah 5 bulan, sama dengan 154 hari..
semoga hari mendatang membawa lebih kebahagiaan.. 
baru 5 bulan, tapi rasa macam dah lama je.. 
^__^ sebab kita pernah kawan dulu, dan aku akan sentiasa rindu saat itu..
saat kita bebas mengenali dan memerhati
tanpa sedar, membawa hati kita ke satu rasa yang sama =)

macam-macam rasa dah kongsi bersama kan, 
marah, sedih, gembira, cemburu =P 
semua sebab rasa sayang, kalau tak, takkan lahir perasaan-perasaan macam tu kan..
makin lama, makin aku kenal dirimu.. makin aku faham caramu.. makin aku menerima
dirimu seadanya.. 
takkan pernah ada lagi diriku yang dulu, yang pernah menolakmu satu masa dulu =P
bila imbas kembali, kadang kala aku malu mendengarnya..
tapi aku sedar kini, tak semua kemahuan kita akan tertunai, 
tapi seringkali keperluan kita dipenuhi =)

terima kasih kerana hadir dalam hidup ini, 
terima kasih kerana selalu ada di setiap ketika.. kala hujan ataupun panas ^__^
terima kasih kerana menyayangi dan menerima sikap dan sifat ku seadanya aku..
sesungguhnya, hanya kamu  yang sangat menyentuh hati, membuatku terharu sering kali
walaupun selalu kau katakan, kau bukan yang menawan untuk membuatku tertawan
tetap ada sifatmu yang membuatku tertarik, membuatku jatuh hati ..

maafkan khilaf ku jika tidak memahamimu
maafkan aku atas sikap keanak-anakan, sifat cemburu yang menguasai
jua kelemahanku dalam mengawal amarah diri.. 
jangan resah untuk meluahkan, sebab aku mahu tahu rasamu
setiap detik dan setiap ketika..
kerna aku mahu membaiki setiap kekurangan ,, ingin menjadi sempurna buatmu =')

akhir kata, sambutlah salam sayang dariku 
salam kasih dari hatiku.. yang sentiasa ada dirimu
^___^
terima kasih tidak terhingga atas cinta ini..
moga kekal selamanya di atas izinNya
jua dengan restu dan pengetahuan ibu bapa..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review