About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Monday, October 31, 2011

entri jiwang

luahan rasa emy'n at 2:41 AM 4 kata-kata Links to this post
salam..

tiba-tiba terdengar balik lagu zamani, masa tengok VOKAL kat tv3.. tajuk kembali merindu =) dan tiba-tiba nak search lirik, baca tiap ayat, fahamkan, then senyum sendiri.. siyes, aku suka lagu-lagu yang meaningful, jiwang, dan tak rancak sangat. ni liriknya.

Izinkanlah ku titiskan
Airmata keresahanku
Di cengkam kerinduan yang tak bertepi

Biarlah serpihan rembulan
Berguguran ke ribaanku
Agar terang kelam malam
Yang kita lalui

Oh asyiknya
Kalimah cintamu yang kau lafazkan
'Ku cinta padamu'

Ku tebarkan jala cinta
Di persisir pantai hatimu
Yang terbuka menantiku

Segala telah terbukti
Cintamu ternyatalah suci
Bagaikan mimpi
Jadi realiti

Oh asyiknya
Kalimah cintamu yang kau lafazkan
'Kaulah segalanya'

Ternyata yang indah
Sukarnya di madah
Bak cahaya yang tak tertadah
Sehingga
Ku sanggup terhimpit
Di dada waktu
Walaupun lena di ulit sepi
Ku kirakan penantian
Penuh siksaan
Rupanya indah
Bak sesaat dalam semalam

Hanya satu pintaku
Ketulusan hati
Agar engkau tahu
Oh...asyiknya
Oh...pedihnya
Penantian

teringat balik kisah dulu-dulu, masa bulan januari, februari dan mac.. sebelum betul-betul konfem yang hati ni dah terisi semula =) setelah setahun bersendirian.. setelah semua kepercayaan tu dimusnahkan dan dihancurkan.. tak ku sangka, akan hadir lagi perasaan ni, yang lebih membahagiakan.. betul la, Allah bagi kita pelangi selepas Dia turunkan hujan =)
sayang, memang sukar nak lafaz perkataan tu.. bila betul-betul faham apa yang kita sebut. tengok je la, kita tak ada pun masa sebenar bermula semua ni. tahu-tahu je dah jadi ^__^ tak perlu nak luahkan isi hati bila dua-dua hati ni dah berbicara sendiri, bila sama-sama dah jatuh hati.. tak ada pun candle light dinner sakan, luah 'I love U' dan pujian yang pelbagai.. sebab kenangan kita dah cukup banyak. pernah je kita imbas semua kan.. ada yang kelakar, yang sedih, yang happy.. ^__^ rasa bahagia.
aku bersyukur, penantian selama 3 bulan tu berbaloi.. memang aku perlukan masa untuk menilai hati sendiri, mencari kepastian dalam diri. bukan sekadar nak menghilangkan kesunyian ataupun sekadar suka-suka tanpa hala tujuan. yang pasti, aku ingin kekal selamanya dalam hubungan ini, dalam perasaan yang tetap mekar malah bercambah setiap hari =) betulkah dirimu yang aku sayang? yang beraja di hati? adakah dirimu boleh menjadi lebih dari kawan?
maafkan aku kerana melukakan perasaanmu bila aku kata tak perlu mesej lagi, =.= sebabnya, aku keliru dengan diri sendiri, namun ku gembira kerana kelam malam telah pun terang dengan cahaya bulan yang cukup indah.. huhu.. terima kasih banyak-banyak kerana kejujuranmu, kesungguhanmu, keyakinanmu dalam membuat keputusan.. =) dalam menyatakan sayangmu.. sesungguhnya, kau telah banyak mengenali diri ini, telah kau fahami semasa persahabatan kita lagi.. hehe =P 
sekarang, memang dah betul-betul jatuh sayang ^__^ tak mungkin berubah, walaupun kau selalu kata tentang kekuranganmu.. aku tak kisah, sebab kekurangan itu yang banyak melengkapkan diri ini .. ku tahu, bukan kemewahan atau kesempurnaan yang ku cari, tapi cukuplah sekeping hati yang benar-benar tulus menyayangi diri ini, yang menerima setiap kelemahan, yang menghargai setiap saat.. terima kasih kerana menjadikan diri ini bahagia, menjadikanku lengkap dan penuh dengan kasih sayang ^__^

"Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminya

Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan… jasad atau pun nyawa…
Aku tetap setia"

april ^__^

Monday, October 24, 2011

rezeki

luahan rasa emy'n at 2:30 PM 7 kata-kata Links to this post
alhamdulillah..

dapat berita gembira hari ni.. tak pasal2 angah mesej

"wei, ko nak dipanggil makcik ke auntie?"    tersirat nampaknya =P

"knapa? dah ada isi ke?"

"kalo xde, xkan nak tanya"..

tersenyum lebar lepas tu.. alhamdulillah, rezeki nak menimang anak buah.. huhu.. sebabnya cemburu jugak dengan orang2 sekeliling yang kejap je dah dapat anak buah.. kahwin bulan 12, tup2 bulan 8 dah dapat baby.. kawen bulan 9, sekarang dah mengandung 3 minggu n banyak lagi la =) rezeki masing-masing kan..

now, it's happen to me.. syukur :) boleh main2 ngan anak buah sendiri nanti.. hehe.. insyaallah 2012 dapat lah yang dinanti-nanti ni..  tapi along bila lagi?? :P

dari google :)
semoga dipermudahkan setiap urusan dan diberi kebahagiaan dalam menempuh kehidupan ini.. insyaallah aminn =) Allah yang menentukan kehidupan ini.. doakan yang terbaik ^__^

Saturday, October 22, 2011

janji Allah sudah pasti

luahan rasa emy'n at 3:51 PM Links to this post
bismillahirrahmanirrahim..

sebak rasanya, bila on fb tgahari tadi.. terbaca tentang salah seorang rakan SAKTI yang kemalangan di hadapan McD Skudai pagi tadi.. walaupun tak kenal rapat dengan arwah, (arwah masuk masa form 4)  tapi still ingat wajah dia.. masih kenal lagi kalau orang sebut nama..

kemalangan yang berlaku pagi tadi melibatkan motor arwah dan sebuah lori.. dikhabarkan juga arwah patah kaki dan pendarahan serius di kepala..

innalillah, dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.. semoga roh arwah Mohd Zakirin bin Mohd Zain dicucuri rahmat dan diberi kebahagiaan di alam sana .. amin.. takziah kepada keluarga arwah di pasir gudang..

arwah yang paling kanan dalam gambar (2007)

Tuesday, October 18, 2011

terima kasih

luahan rasa emy'n at 12:25 AM Links to this post
alhamdulillah, diberi kesempatan lagi =')

syukur kepadaNya kerana diberi peluang untuk melihat dunia,
untuk bernafas dan menjalani hari-hari yang penuh cabaran,
serta kekal dalam kasih sayangNya yang agung..

terima kasih pada mak dan ayah, adik beradik..
yang sentiasa menjadi kekuatan dalam diri ini..
dengan limpahan doa yang tulus..

terima kasih kepada buah hati yang sentiasa di sisi,
dalam senang ataupun susah,, sentiasa ada dorongan dan sokongan..
dengan kasih sayang yang tak pernah berhenti..

terima kasih pada individu sekeliling yang prihatin,
yang masih ambil tahu hal-hal yang berlaku..
yang meninggalkan pesan dan nasihat pada diri ini..

terima kasih jua pada insan-insan yang sudi membantu disaat kesusahan,
yang sudi luangkan masa untuk diri ini, walaupun sekejap cuma..
meringankan beban yang terpikul..

terima kasih pada mereka yang berkata-kata,
sama ada yang baik ataupun buruk...
tandanya, mereka sedar kewujudan diri ini

terima kasih juga pada mereka yang tak mengambil tahu,
sememangnya anda tidak suka sibukkan diri dengan hal orang lain..
dan aku masih dengan lagak yang biasa..

terima kasih pada mereka yang memandang hina diri ini,
anda menjadikan diri ini lebih kuat dan kukuh berdiri..
menyedarkan aku bahawa tiada yang sempurna di dunia ini..

"sesungguhnya, sedikit perhatian akan membuatkan kita selesa dan sedikit penghinaan akan membuatkan kita terasa..."

terima kasih sekali lagi untuk kehidupan ini =)


kadang-kadang, bunga ros warna pink lagi cantik dari ros merah :)

Saturday, October 8, 2011

ini cute

luahan rasa emy'n at 11:49 PM 4 kata-kata Links to this post

salam =)

just drop by fb and jumpa benda ni.. hehe..



Ibu
Ayah
O
A
B
AB
O
O
O, A
O, B
A, B
A
O, A
O, A
O, A, B, AB
A, B, AB
B
O, B
O, A, B, AB
O, B
A, B, AB
AB
A, B
A, B, AB
A, B, AB
A, B, AB


jadual ni pulak, pewarisan golongan darah kepada anak.. search internet kejap tadi
ok, ayah darah B
mak darah O..
me???

rasa-rasa kalau ikut gambar ni, darah B.. huhuh.. 
entah-entah O? 
tak tahu la, tak pernah tahu pun darah jenis apa ni.. 

cinta sempurna

luahan rasa emy'n at 11:24 PM Links to this post
Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
Ku sanjung setiap
Kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan



Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhh



p/s : I'm sorry for my mistakes :') 




the one and only =) 

Wednesday, October 5, 2011

wordless wednesday #6

luahan rasa emy'n at 2:11 PM 0 kata-kata Links to this post

manja =)

Sunday, October 2, 2011

rindu

luahan rasa emy'n at 5:55 PM Links to this post
bismillahirrahmanirrahim..

hampir sebulan tak balik rumah.. 4 September sampai hari ni dah 2 Oktober 2011 =.=
rasa sangat sibuk bila tak balik rumah.. huhu.. tapi memang ye pun bila tempoh masa ni sibuk dengan assignment dan ada 2 perkhemahan.. BIG 4 di Kuala Lipis, perkhemahan unit uniform kat Ulu Bendul , N9..

rindu dekat mereka 


ayah :)

mak :)
terima kasih mak & ayah atas kasih sayang kalian selama ni

senang kata, rindu semua kat kampung :)

rindu ngan pet ni

selupat

kura-kura yang makin membesar

ikan keli belakang rumah.. haha, ni bukan pet. rindu nak dengar ikan ni bunyi-bunyi dalam air... :P

kucing nenek -Bulat-
kalau kat rumah, tak payah nak pening-pening kepala pasal kerja, pasal makan, pasal tido.. sume perfect..
kat sini, macam-macam nak fikir.. huhu.. 

tapi tak pe.. minggu depan insyaAllah balik rumah.. cuti deepavali pun dengarnya seminggu.. ^__^
sakan betul cuti camni.. hehe

bila kat KL, ada buah hati ni

someday in April 2011 =)

only him :)

TQ syg for everything u've done ^__^

Saturday, October 1, 2011

cardiopulmonary resuscitation (CPR)

luahan rasa emy'n at 8:11 AM 0 kata-kata Links to this post
assalamualaikum..

Cardiopulmonary resuscitation atau lebih dikenali dengan CPR adalah satu bantuan pernafasan yang diberikan untuk mengurangkan risiko kecederaan kepada mangsa.

"CPR (or cardiopulmonary resuscitation) is a combination of rescue breathing (mouth-to-mouth resuscitation) and chest compressions. If someone isn't breathing or circulating blood adequately, CPR can restore circulation of oxygen-rich blood to the brain. Without oxygen, permanent brain damage or death can occur in less than 8 minutes."


maksudnya, CPR penting bagi memastikan oksigen sampai ke seluruh badan dan otak bagi mengelakkan kematian otak yang boleh berlaku kurang dari 8 minit.   ( kalau 4 minit, otak dah boleh cedera )

prinsip-prinsip melakukan CPR

  • D - danger, sebelum membantu mangsa, pastikan keselamatan sekeliling dan juga keselamatan diri sendiri
  • R - respon, tepuk bahu mangsa dan tanyakan soalan bagi menilai tahap kesedaran mangsa, (kalau mangsa sedar, semestinya jantung berdegup & pernafasan sedang berlaku - tak perlu CPR)   
jika mangsa tak sedar, telefon kecemasan dan teruskan dengan...
  • A - airways, dongakkan kepala mangsa (buka rongga pernafasan) lihat sebarang objek yang menghalang pernafasan (sila keluarkan)
  • B - breathing, rapatkan teling ke hidung mangsa untuk merasa haba pernafasan dan lihat dada mangsa (jika ada sebarang pernafasan-naik turun) kedudukan posisi A kekal............. jika tiada
  • C - circulation, cek nadi karotid bagi mengesan sebarang denyutan nadi.. 
sekiranya jantung tidak berdegup, mangsa harus diberikan tekanan dada kerana tekanan pada jantung ini dapat membantu mengalirkan darah ke seluruh anggota badan.

untuk CPR

  • kekalkan posisi A, tutup hidung mangsa dan berikan 2 hembusan mlut ke mulut
  • letakkan dua jari di tulang sternum, kemudian letakkan tumit tangan selari dengan kedudukan jari (lengkuk ibu jari bersentuhan dengan hujung jari telunjuk)
  • genggam dengan tangan yang satu lagi (lock tangan untuk elakkan pergerakan yang tak perlu)
  • melutut rapat dengan mangsa, tegakkan tangan dan tekan sebanyak 30 kali
  • beri hembusan 2 kali, tekan lagi sebanyak 30 kali. ( 1 kali )
  • diulang sebanyak lima kali (satu pusingan), cek nadi karotid mangsa bagi memastikan sebarang denyutan yang ada)
  • jika tiada denyutan, ulang hembusan dan tekanan dada sehingga kecemasan tiba


"CPR may be necessary during many different emergencies, including accidents, near-drowning, suffocation, poisoning, smoke inhalation, electrocution injuries, and suspected sudden infant death syndrome (SIDS)."


teori dah ada, amali pun dah buat dekat patung, in real life belum lagi. hope dengan ilmu yang sedikit ni, dapat bantu mengurangkan risiko kematian otak dekat insan-insan yang memerlukan. tapi, sekadar membantu je la kan. ajal maut semuanya di tangan Allah, tak cepat dan tak lambat sesaat pun kalau dah tiba masanya :')

















kump 2 - amali menggunakan patung dewasa

patung baby pun ada ;)

lupa nak bagitahu, kalau kanak-kanak tekan guna satu tangan je, kalau baby guna dua jari .. hembusan still 2 kali ...

p/s : masa kecik-kecik dulu, nak jadi doktor.. huhu :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review