About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Saturday, October 1, 2011

cardiopulmonary resuscitation (CPR)

luahan rasa emy'n at 8:11 AM
assalamualaikum..

Cardiopulmonary resuscitation atau lebih dikenali dengan CPR adalah satu bantuan pernafasan yang diberikan untuk mengurangkan risiko kecederaan kepada mangsa.

"CPR (or cardiopulmonary resuscitation) is a combination of rescue breathing (mouth-to-mouth resuscitation) and chest compressions. If someone isn't breathing or circulating blood adequately, CPR can restore circulation of oxygen-rich blood to the brain. Without oxygen, permanent brain damage or death can occur in less than 8 minutes."


maksudnya, CPR penting bagi memastikan oksigen sampai ke seluruh badan dan otak bagi mengelakkan kematian otak yang boleh berlaku kurang dari 8 minit.   ( kalau 4 minit, otak dah boleh cedera )

prinsip-prinsip melakukan CPR

  • D - danger, sebelum membantu mangsa, pastikan keselamatan sekeliling dan juga keselamatan diri sendiri
  • R - respon, tepuk bahu mangsa dan tanyakan soalan bagi menilai tahap kesedaran mangsa, (kalau mangsa sedar, semestinya jantung berdegup & pernafasan sedang berlaku - tak perlu CPR)   
jika mangsa tak sedar, telefon kecemasan dan teruskan dengan...
  • A - airways, dongakkan kepala mangsa (buka rongga pernafasan) lihat sebarang objek yang menghalang pernafasan (sila keluarkan)
  • B - breathing, rapatkan teling ke hidung mangsa untuk merasa haba pernafasan dan lihat dada mangsa (jika ada sebarang pernafasan-naik turun) kedudukan posisi A kekal............. jika tiada
  • C - circulation, cek nadi karotid bagi mengesan sebarang denyutan nadi.. 
sekiranya jantung tidak berdegup, mangsa harus diberikan tekanan dada kerana tekanan pada jantung ini dapat membantu mengalirkan darah ke seluruh anggota badan.

untuk CPR

  • kekalkan posisi A, tutup hidung mangsa dan berikan 2 hembusan mlut ke mulut
  • letakkan dua jari di tulang sternum, kemudian letakkan tumit tangan selari dengan kedudukan jari (lengkuk ibu jari bersentuhan dengan hujung jari telunjuk)
  • genggam dengan tangan yang satu lagi (lock tangan untuk elakkan pergerakan yang tak perlu)
  • melutut rapat dengan mangsa, tegakkan tangan dan tekan sebanyak 30 kali
  • beri hembusan 2 kali, tekan lagi sebanyak 30 kali. ( 1 kali )
  • diulang sebanyak lima kali (satu pusingan), cek nadi karotid mangsa bagi memastikan sebarang denyutan yang ada)
  • jika tiada denyutan, ulang hembusan dan tekanan dada sehingga kecemasan tiba


"CPR may be necessary during many different emergencies, including accidents, near-drowning, suffocation, poisoning, smoke inhalation, electrocution injuries, and suspected sudden infant death syndrome (SIDS)."


teori dah ada, amali pun dah buat dekat patung, in real life belum lagi. hope dengan ilmu yang sedikit ni, dapat bantu mengurangkan risiko kematian otak dekat insan-insan yang memerlukan. tapi, sekadar membantu je la kan. ajal maut semuanya di tangan Allah, tak cepat dan tak lambat sesaat pun kalau dah tiba masanya :')

















kump 2 - amali menggunakan patung dewasa

patung baby pun ada ;)

lupa nak bagitahu, kalau kanak-kanak tekan guna satu tangan je, kalau baby guna dua jari .. hembusan still 2 kali ...

p/s : masa kecik-kecik dulu, nak jadi doktor.. huhu :P

0 kata-kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review