About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Monday, October 31, 2011

entri jiwang

luahan rasa emy'n at 2:41 AM
salam..

tiba-tiba terdengar balik lagu zamani, masa tengok VOKAL kat tv3.. tajuk kembali merindu =) dan tiba-tiba nak search lirik, baca tiap ayat, fahamkan, then senyum sendiri.. siyes, aku suka lagu-lagu yang meaningful, jiwang, dan tak rancak sangat. ni liriknya.

Izinkanlah ku titiskan
Airmata keresahanku
Di cengkam kerinduan yang tak bertepi

Biarlah serpihan rembulan
Berguguran ke ribaanku
Agar terang kelam malam
Yang kita lalui

Oh asyiknya
Kalimah cintamu yang kau lafazkan
'Ku cinta padamu'

Ku tebarkan jala cinta
Di persisir pantai hatimu
Yang terbuka menantiku

Segala telah terbukti
Cintamu ternyatalah suci
Bagaikan mimpi
Jadi realiti

Oh asyiknya
Kalimah cintamu yang kau lafazkan
'Kaulah segalanya'

Ternyata yang indah
Sukarnya di madah
Bak cahaya yang tak tertadah
Sehingga
Ku sanggup terhimpit
Di dada waktu
Walaupun lena di ulit sepi
Ku kirakan penantian
Penuh siksaan
Rupanya indah
Bak sesaat dalam semalam

Hanya satu pintaku
Ketulusan hati
Agar engkau tahu
Oh...asyiknya
Oh...pedihnya
Penantian

teringat balik kisah dulu-dulu, masa bulan januari, februari dan mac.. sebelum betul-betul konfem yang hati ni dah terisi semula =) setelah setahun bersendirian.. setelah semua kepercayaan tu dimusnahkan dan dihancurkan.. tak ku sangka, akan hadir lagi perasaan ni, yang lebih membahagiakan.. betul la, Allah bagi kita pelangi selepas Dia turunkan hujan =)
sayang, memang sukar nak lafaz perkataan tu.. bila betul-betul faham apa yang kita sebut. tengok je la, kita tak ada pun masa sebenar bermula semua ni. tahu-tahu je dah jadi ^__^ tak perlu nak luahkan isi hati bila dua-dua hati ni dah berbicara sendiri, bila sama-sama dah jatuh hati.. tak ada pun candle light dinner sakan, luah 'I love U' dan pujian yang pelbagai.. sebab kenangan kita dah cukup banyak. pernah je kita imbas semua kan.. ada yang kelakar, yang sedih, yang happy.. ^__^ rasa bahagia.
aku bersyukur, penantian selama 3 bulan tu berbaloi.. memang aku perlukan masa untuk menilai hati sendiri, mencari kepastian dalam diri. bukan sekadar nak menghilangkan kesunyian ataupun sekadar suka-suka tanpa hala tujuan. yang pasti, aku ingin kekal selamanya dalam hubungan ini, dalam perasaan yang tetap mekar malah bercambah setiap hari =) betulkah dirimu yang aku sayang? yang beraja di hati? adakah dirimu boleh menjadi lebih dari kawan?
maafkan aku kerana melukakan perasaanmu bila aku kata tak perlu mesej lagi, =.= sebabnya, aku keliru dengan diri sendiri, namun ku gembira kerana kelam malam telah pun terang dengan cahaya bulan yang cukup indah.. huhu.. terima kasih banyak-banyak kerana kejujuranmu, kesungguhanmu, keyakinanmu dalam membuat keputusan.. =) dalam menyatakan sayangmu.. sesungguhnya, kau telah banyak mengenali diri ini, telah kau fahami semasa persahabatan kita lagi.. hehe =P 
sekarang, memang dah betul-betul jatuh sayang ^__^ tak mungkin berubah, walaupun kau selalu kata tentang kekuranganmu.. aku tak kisah, sebab kekurangan itu yang banyak melengkapkan diri ini .. ku tahu, bukan kemewahan atau kesempurnaan yang ku cari, tapi cukuplah sekeping hati yang benar-benar tulus menyayangi diri ini, yang menerima setiap kelemahan, yang menghargai setiap saat.. terima kasih kerana menjadikan diri ini bahagia, menjadikanku lengkap dan penuh dengan kasih sayang ^__^

"Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminya

Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan… jasad atau pun nyawa…
Aku tetap setia"

april ^__^

4 kata-kata:

uDanGTerBakAr said...

jiwang sal aku xpe .. jgn jiwang sal org len .. hahaha

emy'n said...

haha.. xda org len dah :)

shafifi said...

hehehe comel...hehe yg penting swit tu..lagu bapak saye.zamani. hihihi. terus2 epy ye kamu berdue :))

emy'n said...

fifi: insyaallah :) hope anda berdua pon hepi jgak k,.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review