About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Tuesday, October 18, 2011

terima kasih

luahan rasa emy'n at 12:25 AM
alhamdulillah, diberi kesempatan lagi =')

syukur kepadaNya kerana diberi peluang untuk melihat dunia,
untuk bernafas dan menjalani hari-hari yang penuh cabaran,
serta kekal dalam kasih sayangNya yang agung..

terima kasih pada mak dan ayah, adik beradik..
yang sentiasa menjadi kekuatan dalam diri ini..
dengan limpahan doa yang tulus..

terima kasih kepada buah hati yang sentiasa di sisi,
dalam senang ataupun susah,, sentiasa ada dorongan dan sokongan..
dengan kasih sayang yang tak pernah berhenti..

terima kasih pada individu sekeliling yang prihatin,
yang masih ambil tahu hal-hal yang berlaku..
yang meninggalkan pesan dan nasihat pada diri ini..

terima kasih jua pada insan-insan yang sudi membantu disaat kesusahan,
yang sudi luangkan masa untuk diri ini, walaupun sekejap cuma..
meringankan beban yang terpikul..

terima kasih pada mereka yang berkata-kata,
sama ada yang baik ataupun buruk...
tandanya, mereka sedar kewujudan diri ini

terima kasih juga pada mereka yang tak mengambil tahu,
sememangnya anda tidak suka sibukkan diri dengan hal orang lain..
dan aku masih dengan lagak yang biasa..

terima kasih pada mereka yang memandang hina diri ini,
anda menjadikan diri ini lebih kuat dan kukuh berdiri..
menyedarkan aku bahawa tiada yang sempurna di dunia ini..

"sesungguhnya, sedikit perhatian akan membuatkan kita selesa dan sedikit penghinaan akan membuatkan kita terasa..."

terima kasih sekali lagi untuk kehidupan ini =)


kadang-kadang, bunga ros warna pink lagi cantik dari ros merah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review