About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Wednesday, December 28, 2011

indah

luahan rasa emy'n at 12:12 AM 1 kata-kata Links to this post
untuk yang dirindui,

bergenang air mata bila baca ayat tadi..

"aku nak teruskan sayang, I really love u no matter what. mungkin dalam hubungan ada masalah, tapi masalah tu akan buat kita lebih mengenali. aku takkan lepaskan sayang aku ni........"

:') thanx so much dear .. tak sanggup aku nak berdiam diri lama-lama. cukuplah dua hari.. huhu. dua hari yang penuh emosi, handphone senyap macam tak ada bateri, kaki kena cakar kucing sampai berdarah pun macam tak ada rasa apa-apa =.= kosong.


terima kasih kerana tetap bertahan dengan aku yang banyak kerenah ni. terima kasih atas keteguhan itu
aku sangat menghargai kehadiran kamu dalam hidup aku. =) insyaallah untuk selama-lamanya.




sayang.kamu.muhammad.syafiq.bin.norazami ^_^

Tuesday, December 27, 2011

wordless wednesday #7

luahan rasa emy'n at 11:33 PM 0 kata-kata Links to this post

time is too slow for those who wait, too swift for those who fear, too long for those who grieve, too short for those who rejoice, but for those who love, time is eternity 

^__^


Monday, December 26, 2011

hidup ibarat roda

luahan rasa emy'n at 10:26 PM 2 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirrahim..

serba tak kena hari ni. nak beli baju kurung tapi tak ada yang berkenan, nak beli kasut wedges tapi mak kata tak payah dulu (gara-gara tak dapat kasut wedges yang berkenan kat melaka hari tu, beli ladies flat je). yang dapat beli, tiket bas balik KL, seluar jeans dengan contact lens je memandangkan benda tu je yang ada dan berkenan.. hihi..



back to the topic..
hidup ni ibarat roda, kadang-kadang kita kat atas, kadang-kadang kita kat bawah. bila ada kat atas, jangan lupa pandang bawah. begitulah sebaliknya, bila berada di bawah jangan lupa pandang atas. sebab, memang banyak dugaan yang manusia hadapi. selagi hayat ada, selagi tu la tak putus-putus ditimpa masalah or dugaan. sama la jugak, laut mana yang sentiasa tenang? ada je ombak kuat yang kadang-kadang merosakkan. begitu juga dengan sesebuah hubungan. ada pasang surut, ada turun naiknya. mungkin kita rasa kita cukup mengenali dia, tapi hakikatnya tak. makin lama sesebuah hubungan tu, makin banyak cabaran. aku selalu fikir, nak kenal seseorang tu dari A sampai Z sangat susah dan ambil masa yang lama. berkawan 3 tahun pun masih tak cukup. entahla, mungkin sampai tua nanti kita takkan jumpa perkara Z dia tu.. yang kita dapat jumpa mungkin setakat S atau U. ok, dah. ni cuma angan-angan aku yang tak wujud.

ni beberapa perkara yang perlu dilakukan bila kita berada di bawah; (copy dari tentang cinta dan edit sikit)


  • muhasabah diri - fikir balik perkara-perkara yang pernah menyakiti dia, perkataan yang terkeluar, atau sikap-sikap buruk yang tak sepatutnya ada. 
  • perbetulkan mana yang silap - perbetulkan kesilapan dan jangan ulangi semula.walaupun dia ada buat salah dengan kita, kita kena betulkan diri sendiri sebelum membetulkan orang lain. bagi sokongan, dorongan dan motivasi. 
  • memohon maaf dan sedia memaafkan - supaya rasa lapang dada. jangan simpan dendam atau rasa sakit hati. manusia tak lepas dari melakukan kesilapan. masing-masing dibesarkan dalam suasana berbeza kan. cara juga berbeza. fahamilah..
  • jadikan apa yang berlaku mematangkan hubungan anda - setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikan yang tersendiri. mungkin dengan ada masalah ni, kita akan lebih mengenali masing-masing. menjadikan kita banyak berfikir. jadikan kita lebih dewasa. ambil iktibar dari setiap perkara yang berlaku supaya tidak berulang lagi. tapi, andaikata tiada jodoh lagi, doakan yang terbaik untuk diri masing-masing :')

untuk kamu..

sekarang ni macam-macam benda berada dalam fikiran. mungkin hubungan ni salah? mungkin kita tak sepatutnya kata hubungan ni istimewa? mungkin kita setakat bahagia dengan berkawan dan tak lebih dari tu. entahlah, makin lama aku rasa makin banyak perkara yang salah. makin banyak perkara yang kita tak faham. makin banyak perkara yang membawa ketidakpuasan hati. aku serba salah. rupanya banyak lagi yang kita tak kenal. tempoh 3 tahun tu tak cukup. dalam masa 8 bulan, macam-macam perkara yang timbul kan. itu baru 8 bulan sayang, belum 8 tahun, 18 tahun dan seterusnya. aku terfikir, macam mana kita nak hadapi masa-masa yang akan datang kalau sering begini.. 

aku sedih. tapi aku cuba kuat. sebab aku dah bina kekuatan diri ni dari dulu lagi. dengan insan yang terdahulu, pengalaman yang dulu.. aku sedar hidup ni tak selalu indah untuk dinikmati. setiap masalah, baik didiamkan. selalu je rasa keseorangan, tak ada kawan nak hiburkan. sebab satu perkara yang aku pegang, aku nak kamu jadi kedua-duanya. jadi kekasih dan juga kawan. aku pun sering harap macam tu walaupun aku yakin aku tak dapat tandingi kawan-kawan kamu yang sedia ada. yang mungkin menjadi pengubat sepi kamu waktu ni. biarlah, asalkan aku tak menduakan kamu. tak mengambil kesempatan atas perkara yang terjadi dan tak membandingkan kamu dengan sesiapa. aku bukan kawan yang baik kepada kawan aku dulu sebab hilang lesap macam tu je. lost contact. 

hope kita dapat ambil keputusan yang terbaik untuk hubungan ni. nak teruskan atau tidak. tak terdetik di hati aku untuk cari pengganti. kalau kamu rasa aku bahagia dengan lelaki lain, itu salah. aku tak ada rapat dengan mana-mana lelaki lain. mungkin ini yang terakhir untuk aku bercinta andai tiada jodoh. yang kemudian biarlah yang sah buat aku nanti. berapa lama pun aku tak pasti. sebab aku inginkan masa depan dengan kamu. tapi aku bukan yang terbaik. banyak kelemahan dan kecacatan yang ada. malas, ego, pentingkan diri sendiri dan macam-macam lagi yang kamu kata. yup, aku tak dapat nak nafi sebab aku pun masih cuba mengenali diri aku sendiri. belum cukup matang dalam menghadapi hidup ni.

aku harap kamu baik-baik je sekarang ni. andai kamu bahagia, aku tumpang gembira. aku tahu cinta tak semestinya memiliki. cukuplah dengan melihat kamu bahagia, aku dah gembira. semoga kamu sihat-sihat je. jaga diri baik-baik ea :') aku takkan ganggu kamu, takkan bebel lagi, takkan mengada-ngada lagi, takkan cemburu dan takkan marah kamu. maafkan aku ye. buatlah apa yang kamu suka asalkan perkara tu tak bahaya. ingat ibu dan abah. last sekali, ingatlah aku walaupun sekadar secebis kenangan dalam hidup kamu. memang aku rindu, memang aku sayang kamu..

salam....



Saturday, December 24, 2011

19 disember 2011

luahan rasa emy'n at 12:19 AM 0 kata-kata Links to this post
salam..

19 Disember 2011, buat makan-makan untuk sambut hari lahir adik sarah yang ke5. untuk pengetahuan, adik sarah ialah cucu nenek yang paling kecil, anak cik ju yang sekarang ni kerja dekat Riyadh, arab Saudi..

ni gambar-gambar .



kek angry bird.. abang ajam kata, adik request kek gambar barbie. tapi sekarang ni angry bird yang tengah popular. so, dapat kek angry bird je la.. ni pun dah cukup buat budak ni senyum gembira.. hehe




pandai dah buat pose love-love ni :D




tiup lima batang lilin.. tu pun adik saja ambil masa lama-lama nak tiup semua.. huhu..



tolong potongkan kek :) dulu2 sambut besday dengan kek jugak masa kecik..


makan-makan sikit, jemput makcik-makcik & sepupu-sepupu dekat je.. 


lepas tu, masing-masing gerak ke hujung kampung untuk tengok paras air sungai. sebabnya, hujan tak henti-henti dari pagi. keluar ni pun bila hujan reda.. bulan 12 ni cuaca lembab dan sejuk dengan hujan kan.. 
















sungai ni depan rumah je, dah banyak kali lebarkan & tinggikan tebing.. walaubagaimana pun, manusia tak dapat nak halang kuasa pencipta kan =') dah 3 kali banjir dekat kampung ni. paling teruk masa 2007, bulan januari (gelombang kedua). masa ni, bandar segamat tenggelam sebab banjir. masa tu jugak aku form 5 dan tengah kat asrama. tak merasa pun banjir yang sampai paras pinggang.. tapi rasa banjir kecil masa disember 2006. air naik sikit kat dapur (paras buku lali je) tapi kat luar rumah dah nak paras lutut.. huhu..

gambar jambatan tu dekat hujung kampung, jambatan belakang. kiranya dah rendah dah tanah kat hujung-hujung ni. kalau banjir pun, rumah-rumah yang dekat sini akan tenggelam dulu.. kemudian baru rumah depan-depan.. gambar last sekali tu, tukang bawak motor dengan sepupu dia.. :P 

harap-harap tak banjir. sekarang ni pun hujan masih turun lagi.. kejap gerimis kejap lebat.. matahari tak muncul sejak-sejak ni. 

p/s: semoga semuanya baik-baik sahaja :)

Sunday, December 18, 2011

rantai kunci angry bird

luahan rasa emy'n at 9:59 PM 1 kata-kata Links to this post
salam,

kenal tak dengan angry bird? =) game yang famous lately ni kan.


ni yang mula-mula keluar, dah pernah main dah .


 ni angry bird seasons, .. main game ni tak habis sebab tak lepas-lepas dalam halloween tu :P last-last give up 



angry rio. latar belakang rio de jeneiro.. yang ni baru sikit sebab angry bird kena lawan monyet-monyet nakal dan lepaskan burung-burung dalam sangkar. siyes comel =)



6 angry birds. yang latest tambah burung biru besar. gambar dalam rio tu. me like burung hitam ^__^


kisah key chain

17hb, mak & adik pegi KL untuk ikut rombongan pelajar asrama form 5. bila balik, dapat ole-ole.. huhu.. ada selendang dengan key chain. tapi comel sebab key chain angry bird. angry bird warna kuning. siap ada nama 'mimin' lagi.. nice ^__^




suka sangat dapat ni :) bila tanya kenapa tak belikan warna hitam? adik jawab tak sempat nak pilih-pilih.. 
hmm
tapi ok la kan.. sebab ada nama, kalau beli hitam mesti tak nampak nama tu.
ataupun, nama tu warna putih..

thanx miza dan mak =)


p/s: akan cerita lagi kenapa pilih angry bird hitam :D 

bersambung...

Saturday, December 10, 2011

antara dua pilihan

luahan rasa emy'n at 11:25 PM 10 kata-kata Links to this post
salam :)

entry ni berkaitan tentang pandangan aku mengenai seseorang yang mempunyai dua pilihan. sebenarnya, situasi ni dilalui oleh seorang kawan yang mana dia ditanya oleh seorang perempuan dalam usia belasan tahun (masih bersekolah menengah) tentang pendapat mengenai dua orang lelaki (pakwe) .. jawapan kawan tu biarlah disimpan ye. ^__^ I prefer to give my opinion to her..

girl: ada 2 pakwe ni.. awesome x?
me: tak awesome pun. akan menyusahkan diri lagi adalah. kalau mesej or call dengan dua-dua orang tentulah akan habiskan duit, masa, bebankan perasaan lagi bila merajuk or meragam..

girl: yang seorang ni kurus. seorang lagi gemuk sikit. saya lagi suka kat gemuk (G) ni. kurus (K) sama sekolah. gemuk tengah study kat U.
me: owh, mungkin sebab faktor umur yang buatkan awak lagi tertarik dengan G. G dah ada masa depan yang cerah, dah lepas sekolah dan mungkin lebih matang serta memahami awak kan. K pulak mungkin sama kepala, yang boleh layan gila-gila awak. =) sama minat, sama pendapat dan sama fikiran. mungkin sebab tu awak masih sayang kat K. kalau difikirkan logik, G lah yang akan jadi pilihan sebab serba serbi lebih dari K. tapi dari segi hati, kena pastikan betul-betul pilihan tu. kita tak boleh nak ambil kedua-dua :) sebab kasih sayang tak dapat dibeli dengan harta walaupun dunia sekarang sangat memerlukan wang untuk teruskan hidup.

kawan : siapa yang mula-mula hadir?
girl: K. G ni yang kedua..
me: Owh. kalau macam tu, pilihlah G sebab perasaan sayang awak pada K tu bukanlah yang seikhlas-ikhlasnya. andaikata awak ikhlas dengan K, takkan pernah berputik perasaan kat G. awak kena tahu beza rasa suka, sayang dan cinta tu. tapi mungkin sebab awak masih bersekolah, awak tak pasti dengan perasaan sendiri. mungkin K sekadar seorang kawan yang awak sayang. G pula lebih dari kawan. ataupun sebaliknya.

kawan: pernah jumpa G tak?
girl: tak pun. terserempak pernah lah banyak kali.
me: huhuh.. means cinta sms lah ni? susah la sikit sebab banyak bezanya bila sms dan face-to-face. sikap sebenar seseorang tu lagi kita nampak bila berdepan dengan dia, bila berbual-bual dan berkongsi pandangan. takkan lah G tak tegur langsung bila terserempak. tak gentleman. kalau dia betul-betul suka, mesti dia usaha untuk berjumpa. berkenal-kenal.

girl: tapi G menangis-nangis nakkan saya.
me: okey... lelaki menangis menunjukkan something yang serius for me. tapi perkara tu boleh dibuat-buat kalau tak berdepan. susah orang lelaki nak menangis kecuali perempuan yang betul-betul dia sayang.





rumusan 

  • kalau ada yang kedua, pilih dia. sebab cinta yang ikhlas pada seseorang tu takkan melahirkan insan yang kedua di dalam hati ^__^ maknanya, kita tak sepenuh hati sayangkan dia sebab orang lain dapat masuk dan memenuhkan ruang kosong.
  • perbezaan usia yang sangat ketara seperti 5 tahun ke atas mungkin sukar di dalam sesuatu perhubungan (faktor kematangan) kecuali yang memang berkahwin terus. sebab tanggungjawab tu lebih besar harganya. tak semestinya yang sebaya atau yang lebih muda dari usia kita ni tak matang dan tak berfikiran jauh, kan? contoh, seorang lelaki yang umur 28 mestilah nak nampak sepadan dengan gadis berusia 18. probability untuk gadis tu tampil matured adalah lebih besar dari penampilan lelaki untuk lebih kebudak-budakan. (tak rimas ke wahai gadis?, kau akan kelihatan jauh berumur dari usia sebenar, kecuali kau rela korbankan zaman remaja) :P 
  • berkawan dahulu lebih baik. kenal baik dan buruk, tak rugi pun ambil masa yang lama sebab jodoh tu dah ditentukan. andai kata memang dia lah jodoh kita, tetap bersama jugak. kalau bukan, relakan dia pergi sebab kau akan mendapat yang lebih baik dari insan tersebut :)
  • kecantikan tu subjektif. ada orang suka yang hitam manis, ada yang suka putih melepak. ada orang suka yang sepet macam korea, ada yang suka mata besar macam hindustan.. hehe :P okey, orang melayu pun manis-manis dan segak-segak belaka. ^__^ semua tu terpulang pada individu. tapi ingat, fizikal bukan segala-galanya. kalau suka sebab dia putih, tiba-tiba dia sunburn, terus hilang suka tu =.=
  • kunci kepada sesuatu hubungan ialah kepercayaan, kesefahaman, tolak ansur, komunikasi, dan kasih sayang. bukan semata-mata rupa paras dan kekayaan.

okey la.. dah panjang sangat ni :P huhuh.. tQ for reading.. sebarang pandangan amat dihargai ^__^

Friday, December 9, 2011

245 hari

luahan rasa emy'n at 11:52 PM Links to this post


alhamdulillah, sudah 8 bulan  =)
   semoga hari-hari mendatang membawa kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup.. tak tahu nak tulis apa untuk entry ni. kejap-kejap padam, kejap-kejap tulis.. hmm.. =.= 

nak selitkan lagu je la ea.. hehe.. dedicated to you ^__^ nanti kalau ada idea nak tulis something, baru tulis..

my love by petula clark (1966)

My love is warmer than the warmest sunshine
Softer than a sigh.
My love is deeper than the deepest ocean
Wider than the sky.
My love is brighter than the brightest star
That shines every night above
And there is nothing in this world
That can ever change my love

Something happened to my heart the day that I met you
Something that I never felt before
You are always on my mind no matter what I do
And everyday it seems that I want you more

My love is warmer than the warmest sunshine
Softer than a sigh.
My love is deeper than the deepest ocean
Wider than the sky.
My love is brighter than the brightest star
That shines every night above
And there is nothing in this world
That can ever change my love
Once I thought that love was meant for anyone else but me
Once I thought you'd never come my way
Now it only goes to show how wrong we all can be
For now I have to tell you everyday

My love is warmer than the warmest sunshine
Softer than a sigh
My love is deeper than the deepest ocean
Wider than the sky
My love is brighter than the brightest star
That shines every night above
And there is nothing in this world
That can ever change my love
My love is warmer than the warmest sunshine
Softer than a sigh 
My love is deeper than the deepest ocean
Wider than the sky
My love is brighter than the brightest star
That shines every night above
And there is nothing in this world
That can ever change my love


semoga hubungan yang terjalin ni kekal selamanya :) terima kasih kerana sentiasa ada untuk diri ini, terima kasih atas kasih sayang yang diberikan, terima kasih atas kesetiaan dan kesefahaman.. 

Wednesday, December 7, 2011

wordless wednesday #7

luahan rasa emy'n at 11:29 PM Links to this post

apabila kanak-kanak saling berbicara 

Haziq & Hazry
26 November 2011
Desaru, Kota Tinggi

Tuesday, December 6, 2011

hari keluarga 2011

luahan rasa emy'n at 12:40 AM 2 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirrahim..

26 & 27 November 2011, hari keluarga Haji Mihat yang ke-7. sekejap je masa berlalu kan, kali pertama masa 2003, terus sampai 2008. 2009 dan 2010 off sekejap sebab ada perkara-perkara yang tak dapat dielakkan. tahun ni, banyak ahli keluarga baru. destinasi di Desaru lagi, Damai desaru beach resort =)
these are some of the pictures:


view hotel dari belakang. nice kan. kalau tengok dari depan, sebijik macam hostel :P floor 1 semua bilik deluxe yang mana di'book' dalam 10 bilik kot.. kalau tak silap la. bilik standard yang di'book' semua dapat aras 3.. untung lah ada lif walaupun 1 je :) 


ni rutin, acara sukaneka ikut lingkungan umur. semestinya acara yang biasa-biasa je macam kutip gula-gula bagi kanak-kanak lingkungan umur 1 hingga 6 tahun.. dan semestinya yang menang pun umur yang atas-atas.. ^__^ kalau baby 2 tahun mana la dapat nak capai gula-gula banyak macam budak 5 tahun.. hehe


bawa bola pingpong dalam sudu untuk kanak-kanak 6 hingga 12 tahun. sesuai la tu kan?



ni kategori lelaki 13 ke atas. paling muda 15, paling tua 21, :P bawa bola gaya king kong. mencabar betul tengok budak-budak ni main. tapi yang baju pink tu steady je dengan bola yang tak jatuh pun, terus sampai garisan penamat. johan la tu =) huhu

ni untuk belia-belia kita. lari mabuk nama acara ni.. lari lepas tu buat 7 pusingan dan lari semula ke garisan permulaan. senang je kan. memang tak mabuk pun diorang ni. lari laju je masa mula dan akhir. btw, semua ni dah kahwin, sorang je yang belum.. huhu



acara untuk mak-mak kita, masuk air dalam botol. lepas ni tukar acara lain la ea. bagi kat belia-belia perempuan pun ok ni.. hehe.. kita tukar acara. :P


acara lelaki veteran, alamak bocor. ni pun macam masukkan air dalam botol, tapi menggunakan bekas yang bocor. so, dapat la kita tengok skill abah-abah kita ni kan. hehe.


acara kita-kita, means untuk remaja & dewasa. kerusi muzik ni best tapi bila dah terkeluar memang tak best la. tengok orang main kan.. hehe. apa-apa pun, adik kita menang nombor 1 ;)


acara berkumpulan iaitu jalan dadu. ada dadu besar yang pihak hotel sediakan. kumpulan-kumpulan ni akan baling dadu dan langkah ikut nombor dadu tu. tapi, no 3 tak boleh ada pergerakan. ayah kita yang tengah-tengah tu menang :) asyik dapat 5 je. rezeki la kan main game ni.. hehe



ni lagi satu acara kumpulan untuk belia-belia & remaja. acara baling belon air. haa, mencabar tau. lagi-lagi sebab ada belon yang licin. bayangkanlah, dah terlepas dari tangan terus jatuh dan pecah. habis basah seluar..:P huhu.. yang penting sebenarnya skill bermain. skill tangkap dan baling belon.



acara yang surprise untuk pasangan suami isteri ni. sebabnya, tak tahu pun kena hisap botol macam bayi ni.. huhu. acara ni pihak urusetia a.k.a pengacara yang sediakan. yang diminta bertanding pula 3 pasangan yang paling veteran. sah-sah mak dan ayah pun kena jugak. tapi tak menang sebab ayah asik gelak je.. hehe.. orang-orang lain pon riuh juga. btw, air putih tu air soya ye.. :P


acara terakhir sebelum sukaneka tamat ialah limbo rock. dah macam orang 'istimewa' dah orang-orang yang main ni termasuklah aku.. hahah. tapi best :D dan tak sangka ada hadiah untuk orang perempuan jugak. sebab yang masuk sikit je. ramai lelaki yang main ni.. hehe.. yang menang ni budak baju pink kat atas tadi tu. dia sorang je yang lepas level paling susah. tuan punya blog dapat no 1. tu pun sebab mencuba tahap 3 kot walaupun sah-sah tau tak lepas. hadiah best =)



aksi di kolam renang :) macam biasa, lepas sukan semua orang memang mandi kolam. tapi sejak-sejak dewasa ni, dah jarang dah aku mandi kolam. dah segan. huhu..  



ahli keluarga. atuk nenek, 7 orang anak perempuan + 1 lelaki. cucu-cucu dan cicit-cicit. ni termasuk menantu dan cucu menantu. cicit ada 8 orang. bakal bertambah tahun depan :) yeehaa.. ( tapi ada yang tak ada dalam gambar)


my family. merangkap pengerusi dan pengurus hari keluarga.. hehe.. 8 orang dah semuanya. dulu 6 je. ok, tak lama lagi 9 orang pulak.. :P 


5 orang sepupu perempuan yang agak-agak sebaya gitu. tapi paling kiri ni dah title puan dah :) yang paling kanan tu pun tak lama lagi nak disunting jugak .. 



haa, ni hadiah yang dapat dari semua acara yang aku masuk. jam dinding angry bird :) hadiah limbo rock tu. mug bunga-bunga comel hadiah no 2 belon air.. hehe. album pulak hadiah saguhati kerusi muzik :)



ni jajan-jajan hamper cabutan bertuah yang dicabut masa dinner. oh, tak ada gambar dinner pulak kan. tapi macam biasa la, dinner bbq. lepas tu cabutan bertuah. banyak yang sponsor hadiah-hadiah ni :) lepas tu ada karaoke suka-suka. tapi tak nyanyi pun. tak ada lagu yang feveret. hehe..


keseluruhannya, memang seronok hari keluarga tahun ni. =) terima kasih buat cik ju yang jadi sponsor paling besar. yang lain-lain, mak ngah, mak lang, pak lang, abg ajam, dan cik man. setiap keluarga pun bayar jugak untuk duit bilik. terima kasih juga buat semua . semoga jumpa lagi tahun depan.. =))

Friday, December 2, 2011

memujuk

luahan rasa emy'n at 12:51 AM 2 kata-kata Links to this post
salam...

entri khas untuk kamu muhammad syafiq ^__^

hari ni dah 2 Disember dah.. seminggu lagi dah 8 bulan kita bersama kan..
kadang-kadang rasa lama, kadang-kadang rasa sekejap..=) banyak dah kenangan bersama..
semua tu memang mengundang rindu bila diingat-ingat kembali..
suka duka masa berkawan apatah lagi masa berkasihan..

tapi satu perkara yang pasti.. kekurangan aku dalam memujuk..
maafkan aku ye sayang =') selama umur ini lain yang aku faham, lain yang aku pegang..
fahaman aku, lelaki merajuk perlukan masa bersendirian..
tak betah ditegur, ditanya dan dipaksa untuk beritahu sebabnya..
perkara sebegitu hanya akan membuatkan mereka lagi jauh dengan kita..
sebab utama ialah ego ...

sejak-sejak ni, banyak perkara yang membuatku mengubah cara berfikir..
lelaki merajuk inginkan perhatian, sama macam orang perempuan merajuk.. :P
aku dapati tak semua lelaki sama.. ada yang keras hati, ada yang lembut hati..
macam kamu, senang berterus terang walaupun mulanya kamu meminta aku berfikir sendiri..
faham-faham la sayang, aku banyak fikir ke arah negatif..
entah la, jadi takut kadang-kadang.. sampai tak terlintas yang positifnya..

selama ini, kamu yang banyak memujuk..
salah aku, tapi tetap kamu yang pujuk :')
aku cuma diam... bukan apa sayang, cuma berikan kamu masa untuk redakan hati tu..
tetap sayang kamu..

ni ada sikit info pasal cara memujuk yang aku jumpa kat internet..(tentang cinta)

  1. terangkan perkara sebenar
  2. bertolak ansur dan bijak membuat keputusan
  3. ucapkan kata-kata manis
  4. nyanyikan lagu untuknya
betul ke? 
apa-apa pun, aku akan cuba memujuk k =)
hanya perlukan masa untuk betul-betul dapat caranya..

kamu penting buat aku.. untuk masa kini dan seterusnya ^__^
maaf atas kekurangan dan khilafku.. akan ku perbaiki lagi..

 mine forever :) insyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review