About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Saturday, December 24, 2011

19 disember 2011

luahan rasa emy'n at 12:19 AM
salam..

19 Disember 2011, buat makan-makan untuk sambut hari lahir adik sarah yang ke5. untuk pengetahuan, adik sarah ialah cucu nenek yang paling kecil, anak cik ju yang sekarang ni kerja dekat Riyadh, arab Saudi..

ni gambar-gambar .



kek angry bird.. abang ajam kata, adik request kek gambar barbie. tapi sekarang ni angry bird yang tengah popular. so, dapat kek angry bird je la.. ni pun dah cukup buat budak ni senyum gembira.. hehe




pandai dah buat pose love-love ni :D




tiup lima batang lilin.. tu pun adik saja ambil masa lama-lama nak tiup semua.. huhu..



tolong potongkan kek :) dulu2 sambut besday dengan kek jugak masa kecik..


makan-makan sikit, jemput makcik-makcik & sepupu-sepupu dekat je.. 


lepas tu, masing-masing gerak ke hujung kampung untuk tengok paras air sungai. sebabnya, hujan tak henti-henti dari pagi. keluar ni pun bila hujan reda.. bulan 12 ni cuaca lembab dan sejuk dengan hujan kan.. 
















sungai ni depan rumah je, dah banyak kali lebarkan & tinggikan tebing.. walaubagaimana pun, manusia tak dapat nak halang kuasa pencipta kan =') dah 3 kali banjir dekat kampung ni. paling teruk masa 2007, bulan januari (gelombang kedua). masa ni, bandar segamat tenggelam sebab banjir. masa tu jugak aku form 5 dan tengah kat asrama. tak merasa pun banjir yang sampai paras pinggang.. tapi rasa banjir kecil masa disember 2006. air naik sikit kat dapur (paras buku lali je) tapi kat luar rumah dah nak paras lutut.. huhu..

gambar jambatan tu dekat hujung kampung, jambatan belakang. kiranya dah rendah dah tanah kat hujung-hujung ni. kalau banjir pun, rumah-rumah yang dekat sini akan tenggelam dulu.. kemudian baru rumah depan-depan.. gambar last sekali tu, tukang bawak motor dengan sepupu dia.. :P 

harap-harap tak banjir. sekarang ni pun hujan masih turun lagi.. kejap gerimis kejap lebat.. matahari tak muncul sejak-sejak ni. 

p/s: semoga semuanya baik-baik sahaja :)

0 kata-kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review