About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Saturday, December 10, 2011

antara dua pilihan

luahan rasa emy'n at 11:25 PM
salam :)

entry ni berkaitan tentang pandangan aku mengenai seseorang yang mempunyai dua pilihan. sebenarnya, situasi ni dilalui oleh seorang kawan yang mana dia ditanya oleh seorang perempuan dalam usia belasan tahun (masih bersekolah menengah) tentang pendapat mengenai dua orang lelaki (pakwe) .. jawapan kawan tu biarlah disimpan ye. ^__^ I prefer to give my opinion to her..

girl: ada 2 pakwe ni.. awesome x?
me: tak awesome pun. akan menyusahkan diri lagi adalah. kalau mesej or call dengan dua-dua orang tentulah akan habiskan duit, masa, bebankan perasaan lagi bila merajuk or meragam..

girl: yang seorang ni kurus. seorang lagi gemuk sikit. saya lagi suka kat gemuk (G) ni. kurus (K) sama sekolah. gemuk tengah study kat U.
me: owh, mungkin sebab faktor umur yang buatkan awak lagi tertarik dengan G. G dah ada masa depan yang cerah, dah lepas sekolah dan mungkin lebih matang serta memahami awak kan. K pulak mungkin sama kepala, yang boleh layan gila-gila awak. =) sama minat, sama pendapat dan sama fikiran. mungkin sebab tu awak masih sayang kat K. kalau difikirkan logik, G lah yang akan jadi pilihan sebab serba serbi lebih dari K. tapi dari segi hati, kena pastikan betul-betul pilihan tu. kita tak boleh nak ambil kedua-dua :) sebab kasih sayang tak dapat dibeli dengan harta walaupun dunia sekarang sangat memerlukan wang untuk teruskan hidup.

kawan : siapa yang mula-mula hadir?
girl: K. G ni yang kedua..
me: Owh. kalau macam tu, pilihlah G sebab perasaan sayang awak pada K tu bukanlah yang seikhlas-ikhlasnya. andaikata awak ikhlas dengan K, takkan pernah berputik perasaan kat G. awak kena tahu beza rasa suka, sayang dan cinta tu. tapi mungkin sebab awak masih bersekolah, awak tak pasti dengan perasaan sendiri. mungkin K sekadar seorang kawan yang awak sayang. G pula lebih dari kawan. ataupun sebaliknya.

kawan: pernah jumpa G tak?
girl: tak pun. terserempak pernah lah banyak kali.
me: huhuh.. means cinta sms lah ni? susah la sikit sebab banyak bezanya bila sms dan face-to-face. sikap sebenar seseorang tu lagi kita nampak bila berdepan dengan dia, bila berbual-bual dan berkongsi pandangan. takkan lah G tak tegur langsung bila terserempak. tak gentleman. kalau dia betul-betul suka, mesti dia usaha untuk berjumpa. berkenal-kenal.

girl: tapi G menangis-nangis nakkan saya.
me: okey... lelaki menangis menunjukkan something yang serius for me. tapi perkara tu boleh dibuat-buat kalau tak berdepan. susah orang lelaki nak menangis kecuali perempuan yang betul-betul dia sayang.





rumusan 

  • kalau ada yang kedua, pilih dia. sebab cinta yang ikhlas pada seseorang tu takkan melahirkan insan yang kedua di dalam hati ^__^ maknanya, kita tak sepenuh hati sayangkan dia sebab orang lain dapat masuk dan memenuhkan ruang kosong.
  • perbezaan usia yang sangat ketara seperti 5 tahun ke atas mungkin sukar di dalam sesuatu perhubungan (faktor kematangan) kecuali yang memang berkahwin terus. sebab tanggungjawab tu lebih besar harganya. tak semestinya yang sebaya atau yang lebih muda dari usia kita ni tak matang dan tak berfikiran jauh, kan? contoh, seorang lelaki yang umur 28 mestilah nak nampak sepadan dengan gadis berusia 18. probability untuk gadis tu tampil matured adalah lebih besar dari penampilan lelaki untuk lebih kebudak-budakan. (tak rimas ke wahai gadis?, kau akan kelihatan jauh berumur dari usia sebenar, kecuali kau rela korbankan zaman remaja) :P 
  • berkawan dahulu lebih baik. kenal baik dan buruk, tak rugi pun ambil masa yang lama sebab jodoh tu dah ditentukan. andai kata memang dia lah jodoh kita, tetap bersama jugak. kalau bukan, relakan dia pergi sebab kau akan mendapat yang lebih baik dari insan tersebut :)
  • kecantikan tu subjektif. ada orang suka yang hitam manis, ada yang suka putih melepak. ada orang suka yang sepet macam korea, ada yang suka mata besar macam hindustan.. hehe :P okey, orang melayu pun manis-manis dan segak-segak belaka. ^__^ semua tu terpulang pada individu. tapi ingat, fizikal bukan segala-galanya. kalau suka sebab dia putih, tiba-tiba dia sunburn, terus hilang suka tu =.=
  • kunci kepada sesuatu hubungan ialah kepercayaan, kesefahaman, tolak ansur, komunikasi, dan kasih sayang. bukan semata-mata rupa paras dan kekayaan.

okey la.. dah panjang sangat ni :P huhuh.. tQ for reading.. sebarang pandangan amat dihargai ^__^

10 kata-kata:

ID said...

:) byk pandangan kite yang same

emy'n said...

:) yea.. sama-sama 21.. hehe

uDanGTerBakAr said...

ohww .. mcm 2 ke .. baru tau .. wakkaka

emy'n said...

baru tau ape?? :PPP

ILA HonEyBuNNy said...

susah jugak nak memilih...hehe

dulu pernah alami situasi cmne...tglkn insan y byk sakitkn hati n plh insn bru...

kena btol2 memilih siapa y lbh ikhlas n cinta kerana Allah..;)

emy'n said...

ila:

yup, kena tya hati yg mana satu btul2 sesuai dgn kita kan :)

MIMIE AIZA said...

pilih yg kedua yea... betul jugak kn.. kalau kita syg dan ikhlas yg pertama x kan ada yg kedua :)

Asrul "iLham" Sany said...

paling tak suka kalau kena buat pilihan ni...

comel blog ni, siap tuan empunya blog makan baskin n robbin ag, my feberet

:D

emy'n said...

mimie: yup.. kalo ikhlas mesti dpt terima setiap kelemahan n klebihan kan :)

emy'n said...

asrul: kalo x suka, kena elak bnda cmni.. sbb sumenya based on diri sndiri kan..

hehe.. tQ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review