About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Tuesday, December 6, 2011

hari keluarga 2011

luahan rasa emy'n at 12:40 AM
bismillahirrahmanirrahim..

26 & 27 November 2011, hari keluarga Haji Mihat yang ke-7. sekejap je masa berlalu kan, kali pertama masa 2003, terus sampai 2008. 2009 dan 2010 off sekejap sebab ada perkara-perkara yang tak dapat dielakkan. tahun ni, banyak ahli keluarga baru. destinasi di Desaru lagi, Damai desaru beach resort =)
these are some of the pictures:


view hotel dari belakang. nice kan. kalau tengok dari depan, sebijik macam hostel :P floor 1 semua bilik deluxe yang mana di'book' dalam 10 bilik kot.. kalau tak silap la. bilik standard yang di'book' semua dapat aras 3.. untung lah ada lif walaupun 1 je :) 


ni rutin, acara sukaneka ikut lingkungan umur. semestinya acara yang biasa-biasa je macam kutip gula-gula bagi kanak-kanak lingkungan umur 1 hingga 6 tahun.. dan semestinya yang menang pun umur yang atas-atas.. ^__^ kalau baby 2 tahun mana la dapat nak capai gula-gula banyak macam budak 5 tahun.. hehe


bawa bola pingpong dalam sudu untuk kanak-kanak 6 hingga 12 tahun. sesuai la tu kan?



ni kategori lelaki 13 ke atas. paling muda 15, paling tua 21, :P bawa bola gaya king kong. mencabar betul tengok budak-budak ni main. tapi yang baju pink tu steady je dengan bola yang tak jatuh pun, terus sampai garisan penamat. johan la tu =) huhu

ni untuk belia-belia kita. lari mabuk nama acara ni.. lari lepas tu buat 7 pusingan dan lari semula ke garisan permulaan. senang je kan. memang tak mabuk pun diorang ni. lari laju je masa mula dan akhir. btw, semua ni dah kahwin, sorang je yang belum.. huhu



acara untuk mak-mak kita, masuk air dalam botol. lepas ni tukar acara lain la ea. bagi kat belia-belia perempuan pun ok ni.. hehe.. kita tukar acara. :P


acara lelaki veteran, alamak bocor. ni pun macam masukkan air dalam botol, tapi menggunakan bekas yang bocor. so, dapat la kita tengok skill abah-abah kita ni kan. hehe.


acara kita-kita, means untuk remaja & dewasa. kerusi muzik ni best tapi bila dah terkeluar memang tak best la. tengok orang main kan.. hehe. apa-apa pun, adik kita menang nombor 1 ;)


acara berkumpulan iaitu jalan dadu. ada dadu besar yang pihak hotel sediakan. kumpulan-kumpulan ni akan baling dadu dan langkah ikut nombor dadu tu. tapi, no 3 tak boleh ada pergerakan. ayah kita yang tengah-tengah tu menang :) asyik dapat 5 je. rezeki la kan main game ni.. hehe



ni lagi satu acara kumpulan untuk belia-belia & remaja. acara baling belon air. haa, mencabar tau. lagi-lagi sebab ada belon yang licin. bayangkanlah, dah terlepas dari tangan terus jatuh dan pecah. habis basah seluar..:P huhu.. yang penting sebenarnya skill bermain. skill tangkap dan baling belon.



acara yang surprise untuk pasangan suami isteri ni. sebabnya, tak tahu pun kena hisap botol macam bayi ni.. huhu. acara ni pihak urusetia a.k.a pengacara yang sediakan. yang diminta bertanding pula 3 pasangan yang paling veteran. sah-sah mak dan ayah pun kena jugak. tapi tak menang sebab ayah asik gelak je.. hehe.. orang-orang lain pon riuh juga. btw, air putih tu air soya ye.. :P


acara terakhir sebelum sukaneka tamat ialah limbo rock. dah macam orang 'istimewa' dah orang-orang yang main ni termasuklah aku.. hahah. tapi best :D dan tak sangka ada hadiah untuk orang perempuan jugak. sebab yang masuk sikit je. ramai lelaki yang main ni.. hehe.. yang menang ni budak baju pink kat atas tadi tu. dia sorang je yang lepas level paling susah. tuan punya blog dapat no 1. tu pun sebab mencuba tahap 3 kot walaupun sah-sah tau tak lepas. hadiah best =)



aksi di kolam renang :) macam biasa, lepas sukan semua orang memang mandi kolam. tapi sejak-sejak dewasa ni, dah jarang dah aku mandi kolam. dah segan. huhu..  



ahli keluarga. atuk nenek, 7 orang anak perempuan + 1 lelaki. cucu-cucu dan cicit-cicit. ni termasuk menantu dan cucu menantu. cicit ada 8 orang. bakal bertambah tahun depan :) yeehaa.. ( tapi ada yang tak ada dalam gambar)


my family. merangkap pengerusi dan pengurus hari keluarga.. hehe.. 8 orang dah semuanya. dulu 6 je. ok, tak lama lagi 9 orang pulak.. :P 


5 orang sepupu perempuan yang agak-agak sebaya gitu. tapi paling kiri ni dah title puan dah :) yang paling kanan tu pun tak lama lagi nak disunting jugak .. 



haa, ni hadiah yang dapat dari semua acara yang aku masuk. jam dinding angry bird :) hadiah limbo rock tu. mug bunga-bunga comel hadiah no 2 belon air.. hehe. album pulak hadiah saguhati kerusi muzik :)



ni jajan-jajan hamper cabutan bertuah yang dicabut masa dinner. oh, tak ada gambar dinner pulak kan. tapi macam biasa la, dinner bbq. lepas tu cabutan bertuah. banyak yang sponsor hadiah-hadiah ni :) lepas tu ada karaoke suka-suka. tapi tak nyanyi pun. tak ada lagu yang feveret. hehe..


keseluruhannya, memang seronok hari keluarga tahun ni. =) terima kasih buat cik ju yang jadi sponsor paling besar. yang lain-lain, mak ngah, mak lang, pak lang, abg ajam, dan cik man. setiap keluarga pun bayar jugak untuk duit bilik. terima kasih juga buat semua . semoga jumpa lagi tahun depan.. =))

2 kata-kata:

Gentleman Frog said...

Salam,

Rajin sungguh keluarga Hj Mihat buat aktiviti





Blog GF sudah berpindah:

http://toadjitsu.blogspot.com/

emy'n said...

wasalam..

ada kelapangan waktu :) insyaallah menjadi ..

ok, noted! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review