About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Monday, December 26, 2011

hidup ibarat roda

luahan rasa emy'n at 10:26 PM
bismillahirrahmanirrahim..

serba tak kena hari ni. nak beli baju kurung tapi tak ada yang berkenan, nak beli kasut wedges tapi mak kata tak payah dulu (gara-gara tak dapat kasut wedges yang berkenan kat melaka hari tu, beli ladies flat je). yang dapat beli, tiket bas balik KL, seluar jeans dengan contact lens je memandangkan benda tu je yang ada dan berkenan.. hihi..



back to the topic..
hidup ni ibarat roda, kadang-kadang kita kat atas, kadang-kadang kita kat bawah. bila ada kat atas, jangan lupa pandang bawah. begitulah sebaliknya, bila berada di bawah jangan lupa pandang atas. sebab, memang banyak dugaan yang manusia hadapi. selagi hayat ada, selagi tu la tak putus-putus ditimpa masalah or dugaan. sama la jugak, laut mana yang sentiasa tenang? ada je ombak kuat yang kadang-kadang merosakkan. begitu juga dengan sesebuah hubungan. ada pasang surut, ada turun naiknya. mungkin kita rasa kita cukup mengenali dia, tapi hakikatnya tak. makin lama sesebuah hubungan tu, makin banyak cabaran. aku selalu fikir, nak kenal seseorang tu dari A sampai Z sangat susah dan ambil masa yang lama. berkawan 3 tahun pun masih tak cukup. entahla, mungkin sampai tua nanti kita takkan jumpa perkara Z dia tu.. yang kita dapat jumpa mungkin setakat S atau U. ok, dah. ni cuma angan-angan aku yang tak wujud.

ni beberapa perkara yang perlu dilakukan bila kita berada di bawah; (copy dari tentang cinta dan edit sikit)


  • muhasabah diri - fikir balik perkara-perkara yang pernah menyakiti dia, perkataan yang terkeluar, atau sikap-sikap buruk yang tak sepatutnya ada. 
  • perbetulkan mana yang silap - perbetulkan kesilapan dan jangan ulangi semula.walaupun dia ada buat salah dengan kita, kita kena betulkan diri sendiri sebelum membetulkan orang lain. bagi sokongan, dorongan dan motivasi. 
  • memohon maaf dan sedia memaafkan - supaya rasa lapang dada. jangan simpan dendam atau rasa sakit hati. manusia tak lepas dari melakukan kesilapan. masing-masing dibesarkan dalam suasana berbeza kan. cara juga berbeza. fahamilah..
  • jadikan apa yang berlaku mematangkan hubungan anda - setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikan yang tersendiri. mungkin dengan ada masalah ni, kita akan lebih mengenali masing-masing. menjadikan kita banyak berfikir. jadikan kita lebih dewasa. ambil iktibar dari setiap perkara yang berlaku supaya tidak berulang lagi. tapi, andaikata tiada jodoh lagi, doakan yang terbaik untuk diri masing-masing :')

untuk kamu..

sekarang ni macam-macam benda berada dalam fikiran. mungkin hubungan ni salah? mungkin kita tak sepatutnya kata hubungan ni istimewa? mungkin kita setakat bahagia dengan berkawan dan tak lebih dari tu. entahlah, makin lama aku rasa makin banyak perkara yang salah. makin banyak perkara yang kita tak faham. makin banyak perkara yang membawa ketidakpuasan hati. aku serba salah. rupanya banyak lagi yang kita tak kenal. tempoh 3 tahun tu tak cukup. dalam masa 8 bulan, macam-macam perkara yang timbul kan. itu baru 8 bulan sayang, belum 8 tahun, 18 tahun dan seterusnya. aku terfikir, macam mana kita nak hadapi masa-masa yang akan datang kalau sering begini.. 

aku sedih. tapi aku cuba kuat. sebab aku dah bina kekuatan diri ni dari dulu lagi. dengan insan yang terdahulu, pengalaman yang dulu.. aku sedar hidup ni tak selalu indah untuk dinikmati. setiap masalah, baik didiamkan. selalu je rasa keseorangan, tak ada kawan nak hiburkan. sebab satu perkara yang aku pegang, aku nak kamu jadi kedua-duanya. jadi kekasih dan juga kawan. aku pun sering harap macam tu walaupun aku yakin aku tak dapat tandingi kawan-kawan kamu yang sedia ada. yang mungkin menjadi pengubat sepi kamu waktu ni. biarlah, asalkan aku tak menduakan kamu. tak mengambil kesempatan atas perkara yang terjadi dan tak membandingkan kamu dengan sesiapa. aku bukan kawan yang baik kepada kawan aku dulu sebab hilang lesap macam tu je. lost contact. 

hope kita dapat ambil keputusan yang terbaik untuk hubungan ni. nak teruskan atau tidak. tak terdetik di hati aku untuk cari pengganti. kalau kamu rasa aku bahagia dengan lelaki lain, itu salah. aku tak ada rapat dengan mana-mana lelaki lain. mungkin ini yang terakhir untuk aku bercinta andai tiada jodoh. yang kemudian biarlah yang sah buat aku nanti. berapa lama pun aku tak pasti. sebab aku inginkan masa depan dengan kamu. tapi aku bukan yang terbaik. banyak kelemahan dan kecacatan yang ada. malas, ego, pentingkan diri sendiri dan macam-macam lagi yang kamu kata. yup, aku tak dapat nak nafi sebab aku pun masih cuba mengenali diri aku sendiri. belum cukup matang dalam menghadapi hidup ni.

aku harap kamu baik-baik je sekarang ni. andai kamu bahagia, aku tumpang gembira. aku tahu cinta tak semestinya memiliki. cukuplah dengan melihat kamu bahagia, aku dah gembira. semoga kamu sihat-sihat je. jaga diri baik-baik ea :') aku takkan ganggu kamu, takkan bebel lagi, takkan mengada-ngada lagi, takkan cemburu dan takkan marah kamu. maafkan aku ye. buatlah apa yang kamu suka asalkan perkara tu tak bahaya. ingat ibu dan abah. last sekali, ingatlah aku walaupun sekadar secebis kenangan dalam hidup kamu. memang aku rindu, memang aku sayang kamu..

salam....



2 kata-kata:

uDanGTerBakAr said...

u know my answer right .. =)xperlu persoalkn lg ...

emy'n said...

:') tq dear ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review