About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Sunday, December 30, 2012

29 disember 2012

luahan rasa emy'n at 1:53 AM 1 kata-kata Links to this post
alhamdulillah, alhamdulillah. sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

mak baru je lepas pembedahan 26 disember lepas. bayangkanlah mula-mula doktor bius dah kata nak bagi bius separuh yang mana mak akan sedar sepanjang pembedahan dan diberi morfin infusion je untuk tahan sakit lepas tu. tapi entah macam mana doktor-doktor pakar tak setuju untuk bius separuh dan nak buat bius penuh. perbincangan enam mata antara doktor, aku dan ayah sebelum operate... tak tahu nak kata macam mana. doktor tak dapat bius separuh sebab kanser dah merebak ke tulang belakang (lumbar 5). risiko untuk bius penuh adalah mak akan dibantu mesin pernafasan dalam jangka masa yang doktor tak dapat jangka berapa lama. sebabnya paru-paru lemah, ada kanser yang mana primary. lebih kurang 4 jam pembedahan, mak dah masuk dalam wad dengan ventilator yang besar tu, masuk darah 2 beg. tak masuk ke ICU sebab dah penuh. tapi masa tu mak dah sedar, boleh dengar apa yang orang cakap, cuma tak boleh buka mata je. :( tiub pernafasan terus bagi oksigen ke paru-paru. dengan tiub ke dalam perut lagi. tak pernah aku bayangkan akan tengok keadaan mak macam tu. :( bila mana aku tengok nurse nak tukarkan cadar mak pun aku dah bising sampai nurse kena pujuk-pujuk aku. tak sampai hati. =.= masa tu memang emosi terganggu habis, lagi-lagi bila nurse tepuk-tepuk bahu sambil nasihatkan aku supaya sabar.. semua orang sayangkan mak.. memang terus bergenang air mata. lemah betul hati masa tu..

esoknya (27 Dec), mak dah buka mata, dah boleh buat isyarat tapi tak dapat cakap sebab ada tiub. syukurlah mak dapat tulis apa yang dia nak cakap. perkara pertama yang mak tanya ialah betul ke dia tak bernafas guna hidung? memang betul masa tu mak tak bernafas sebab oksigen dipam terus dalam peparu. dalam pukul 11.30 pagi, tiub pernafasan dah boleh buka sebab mak dah mampu bernafas sendiri :') alhamdulillah, mak pakai topeng oksigen je. lepas tu doktor ganti dengan wayar oksigen je :') mak memang kuat semangat. bekas operate pun cepat kering. hari ni 29 dec, mak dah naik balik wad kelas pertama kat tingkat 9 sebab keadaan dia dah stabil. cuma nak tunggu fisioterapi untuk pergerakan kaki tu.

alhamdulillah, Allah makbulkan doa semua yang mendoakan kesejahteraan mak :') aku harap mak cepat sembuh dan dapat balik rumah. dah sebulan seminggu dekat hospital. lebih kurang waktu tu juga aku duduk sana jaga mak. kira-kira balik, 14 malam je aku bermalam kat rumah, yang lain semua bermalam di hospital. sekarang aku ada kat melaka untuk urusan daftar esok di Nilai. hanya along je yang hantar. tak apa la.. aku bersyukur kerana masih ada peluang dan ruang untuk aku teruskan kehidupan yang bermacam corak ni. sesungguhnya semua yang berlaku ada hikmah dan ada sebab di sebaliknya. harapan aku memang besar, nak mak sembuh, dapat tengok aku grad, dapat sama-sama bila aku kahwin nanti dan dapat timang cucu banyak-banyak :') huhu..


27 Nov 11, setahun sebelum sakit. 

aku amat menyayanginya kerana dia yang mengandung, melahirkan dan membesarkan aku hingga kini dengan penuh kasih sayang. satu-satunya anugerah yang tidak ternilai dalam hidupku.. mak & ayah..

Tuesday, December 11, 2012

dugaan

luahan rasa emy'n at 11:20 PM 8 kata-kata Links to this post
salam..

hari ni dah 18 hari mak dalam wad. sudah 17 malam juga aku jaga mak dekat wad ni. memang dugaan Allah nak beri pada hambaNya. panjang ceritanya kalau nak cerita dari A sampai sekarang. tapi yang boleh aku ringkaskan ialah mak menghidap sakit kanser. dah tahap 4 doktor pakar cakap. keputusan biopsi pagi tadi dah sahkan yang dalam paru-paru tu memang adenocarcinoma.

berat sangat rasa hati bila doktor pakar sahkan kanser paru-paru tahap 4. jatuh air mata depan-depan doktor pakar. dari MRI, x-ray dan CT scan, kanser ni dah merebak ke hati dan tulang paha (third proximal, metastases in bones) sebab tu la mak sakit kaki sejak oktober lepas. 23 November masuk wad sampai lah sekarang ni. hari tu doktor kata memang boleh balik lepas radioterapi 5 kali. tapi tak jadi keluar bila bone fracture 30 haribulan :( masa tu Allah je yang tahu rasa hati bila bagitahu ayah dan abang-abang sambil nangis dalam phone :'( tapi sekarang aku dapat rasa yang aku jadi makin tabah untuk menghadapi dugaan dalam hidup ni. sebelum ni tak pernah ada pun dugaan yang berat sangat macam ni. aku percaya ada hikmah semua ni. bak kata-kata seorang kawan, Allah sangat sayang pada aku dan keluarga. sebab tu Dia uji macam ni. :')

lagi 3 minggu cuti. harap keadaan mak stabil untuk jalani pembedahan masukkan besi. hari tu doktor bius tak bagi bedah sebab paru-paru tak kuat untuk tahan bius penuh. bius separuh pun tak boleh. aku harap sangat untuk 3 minggu ni mak akan dibedah dan dapat balik rumah sebelum naik cuti :( apa-apa pun lepas ni kena tunggu keputusan dari doktor onkologi dan ortopedik. semoga dipermudahkan setiap urusan.

malam-malam di wad memang membuahkan rindu pada rumah. lagi-lagi masa cuti macam ni. tapi apalah ertinya rumah kalau tiada seri seorang ibu :') lagi  betah rasanya duduk di wad menemankan mak setiap hari. Alhamdulillah, Allah bagi peluang aku jaga mak di saat-saat macam ni.


p/s: buat kawan-kawan yang membaca entri ni, harap dapat titipkan doa buat mak :') semoga Allah permudahkan setiap urusan dan memberi kesembuhan pada mak. aminn






Sunday, November 18, 2012

dadih jagung

luahan rasa emy'n at 11:30 PM 0 kata-kata Links to this post
salam.. :)

dah nak masuk minggu kedua cuti. jadi rajin dalam masak-memasak.. hewhew :P
tak susah pun, yang penting kerajinan. lagi satu perkara, aku kena improve masa untuk buat sesuatu kerja. kena jadi macam lipas kudung kat dapur. barulah sedap sikit mata memandang :P

anyway, nak kongsi satu resepi dadih. ni minta kat senior :) kalau nak ikut cara senang beli je la tepung dadih yang dah siap kat kedai kan. tapi rasa biasa-biasa je. yang ni rasa lemak-lemak manis gitu.

bahan A

2 cawan susu tepung everyday
1 cawan coffee mate
3 cawan air suam 
sedikit garam 

bahan B

7 gm agar-agar
3/4 cawan gula 
4 cawan air 
pewarna
perisa (star brand)


senang je nak buat ni, bahan A tu bancuh dalam bekas sementara masak bahan B dalam periuk. pewarna dan perisa tu kena sesuaikan la. macam yang aku buat hari tu perisa jagung, jadi pewarna letak warna kuning. tapi tak berapa kuat perisanya :( tak apa lah, first time buat kan. bila bahan B dah sebati, agar-agar dah hancur, tutup api kemudian campur bahan A. kacau sebati dan tapis masuk dalam bekas kecil-kecil :)
senang je kan? lepas tu simpan dalam peti ais biar cepat beku. sedap makan sejuk-sejuk.

bila first time buat, memang excited la kan. agar-agar lambat hancur dalam periuk, then kena tambah air lagi. mak kata rendam dulu agar-agar tu patutnya :P huhuh. ok, next time kena buat elok-elok sikit. nak kena kurangkan susu tepung tu sebab rasa susu sangat :P orang yang tak suka susu memang tak makan dadih ni. tapi aku buat ni 2 hari dah habis. ok la kan, ayah pun kata sedap :D


tak cantik bentuk dadih ni sebab aku letak dalam satu tupperware besar :P warna pun tak menarik tapi rasa sedap ;))


lepas ni nak try masak benda lain pula ;)



Thursday, November 15, 2012

cuti sekolah

luahan rasa emy'n at 12:33 AM 0 kata-kata Links to this post
tiba-tiba je tahun 2012 dah nak sampai penghujung :) maknanya, cuti sekolah dah tiba. tahun depan tahun akhir study :D alhamdulillah, semoga dipermudahkan final year di Nilai nanti. cuti sekolah mula 10 Nov hari tu, tapi 6 Nov aku dah cabut dari maktab. tak ada pun bergambar kenangan sekeliling maktab macam budak-budak yang lain. huhu. tapi tak apa la, kenangan tetap hidup dalam ingatan kan. :P last day 5 Nov hari tu sempat keluar tengok cerita Ted buat kali kedua. tu je la kenangan last dengan insan-insan tersayang. huhu.. sebenarnya tak ada kamera sejak kamera rosak jun lepas. hmm, memang nak kena beli yang baru. kalau tak sampai bila pun rasa malas je. balik awal pun sebab along jemput, penuh 1 kereta dia dengan barang-barang aku. dekat Nilai nanti pun dia hantarkan :D

malam ni baru malam keempat di rumah. sebabnya balik hari tu stay rumah angah sampai Jumaat. lepas tu pergi melaka untuk attend wedding sepupu. tapi yang belah laki . belah perempuan 3 Nov dekat sabak bernam. tak berkesempatan nak pergi sebab masih dalam exam. masa tu pun tengah musim sekolah lagi kan.  ahad baru balik rumah. malam ni juga malam last baby dina kat rumah. dina stay sini 3 malam sebab tak sihat, tak dapat ikut ibu ayah dia pergi mersing. best dapat jaga baby, dapat pengalaman macam-macam.. hehe..

since mak tak berapa sihat dari hari tu, banyak juga kerja kena buat kat rumah :) memasak, mengemas, membasuh, jaga baby.. ehem,, ,persediaan untuk masa depan mungkin :P apa-apa pun hope mak cepat sihat. :( tak senang hati tengok macam tu.. hmm..

banyak lagi perkara nak kena buat cuti ni. yang penting belajar drive.. fuhh.. bila la nak expert macam masa ambil lesen dulu.. =.= huhu..



cuti sampai akhir disemberrrr :))

Sunday, November 4, 2012

semusim cinta untuk selamanya

luahan rasa emy'n at 12:48 AM 3 kata-kata Links to this post
hidup tak selalunya indah..
tapi yang indah tetap akan hidup dalam ingatan..
:)

dalam hidup, biasalah bila ada masa-masa untuk kita berada di bawah atau di atas. sebab tu manusia diberi akal untuk memikirkan jalan hidup yang terbaik. juga diberi hak untuk memilih jalan hidup masing-masing. ada antara kita yang sedang berbahagia, ada juga yang sedang menderita. tapi yang pasti, hati kena tetap cekal supaya terus tabah.

aku dan dia memang berbeza. entah bagaimana sama-sama merasa cinta. hadir secara perlahan bagai tak terasa pun hembusannya. semakin lama dalam cinta, memang tak nafi makin banyak perkara diketahui. ada yang baik dan ada yang tidak. tapi sebagai manusia, sikap saling menerima dan toleransi perlu ada untuk kekalkan hubungan. namun, langit tak selalunya cerah, kadang kala hujan, gerimis, mungkin juga banjir atau kemarau akan berlaku. di situ lah letaknya kematangan fikiran untuk menstabilkan emosi dalam apa jua situasi.

he's my last love. yang sebenar-benarnya.

sebelum ini, tak mungkin aku dapat jadi diri sendiri bila bercinta. orang kata cinta pertama itu yang paling susah dilupakan. tapi bagi aku, cinta pertama cuma satu kebodohan apabila ia tidak dapat dikekalkan dan tak jadi yang terakhir. kenapa aku kata bodoh? sebab aku percaya bahawa pengalaman itu mendewasakan. jika ia yang pertama dan terakhir juga, memang beruntung orang itu kerana berjaya menjadi matang dan mengawal situasi dengan insan yang sama, sebagai pengalaman pertama. berbeza pula dengan perkahwinan, itu adalah cinta yang diiringi dengan tanggungjawab. kekasih cumalah seseorang yang kita inginkan sebagai pasangan dalam hidup untuk masa ini dan selamanya.

and that's him.
dia yang dulu aku rasa tak ada apa-apa pun yang menarik. dia yang dulu aku fikir cuma sebagai kawan dan pendengar serta penasihat yang baik. dia yang dulu banyak kesilapan dalam langkahnya. dia yang dahulunya cuma dia. seorang insan biasa yang banyak kekurangan.

begitu juga dengan aku. aku yang dulu memikirkan untuk mencari seseorang yang telah aku impikan bagaimana ciri-cirinya. aku inginkan insan yang betul-betul menerima, memahami serta menyayangi aku dengan tulus tanpa kesudahan. aku yang sememangnya pernah tewas dalam perjuangan hati yang sebenarnya merugikan aku tanpa aku sedari. dan akhirnya aku cuma seorang insan biasa yang penat bermain perasaan kasih sayang. terlalu mudah menerima tanpa mengenali dahulu, akhirnya aku serik dalam cinta dan aku memang tekad untuk menjadikan yang terakhir dalam hidup jika aku jatuh hati lagi selepas itu. selepas aku hancur tewas.

manusia berubah. kesilapan dia dalam langkah bukan atas kemahuan sendiri. tapi atas keadaan yang memaksa. dia sebenarnya sangat lembut hati. mudah untuk aku kenali, sepanjang aku berada dekat dengannya. mungkin dari situ telah bermula satu cerita. cerita yang wujud antara aku dan dia. aku akui banyak perkara tentangnya yang aku ketahui. termasuklah luka-lukanya yang lama serta impian dan harapan yang dia impikan. aku tidak terburu dalam membuka hati, sememangnya aku berhati-hati supaya aku tak jatuh lagi :') jatuh cinta itu memang indah. dialah kawan, dialah sahabat dan dia juga kekasih :) baru aku sedar akan pentingnya aku untuk menjadi diri sendiri dalam berkawan. kelak, kita dah tahu perangainya, kegemaran atau apa yang tidak disukai.

bergaduh itu perkara biasa. cemburu, ragu, semua itu ibarat melodi di dalam lagu. apabila disusun indah, lagu itu pastinya menarik dan penuh dengan warna. apabila khilaf, ada sahaja keretakan dalam lagu, tidak lagi indah dan menyakitkan untuk didengar. aku bersyukur kerana selama ini aku dapat atasi setiap masalah dan menyusun semula melodi untuk terus menyanyikan lagu indah. dan sesungguhnya, fikiran aku tidak pernah terfikir akan keadaan diri ini jika tiada dia. tak pernah. sampai aku rasa amat letih untuk berfikir ke tahap itu. hasilnya cuma air mata yang penuh dengan sebak dan sedih. tak pernah aku terfikir untuk berpisah. kalau ada cuma kata-kata yang terlintas di mulut. bukan kata hati. selagi mampu memang aku pertahankan.

Muhammad Syafiq,
terima kasih kerana masih bertahan, masih meneruskan cerita kita.
terima kasih kerana menerima kekurangan dan kekhilafan aku dalam langkahku sendiri.
sememangnya aku tak ingin jauh, rasa jauh akan melahirkan banyak prasangka dalam hatiku. aku hanya ingikan kamu sebagai yang terakhir,, kerana itu adalah janji aku terhadap hati sendiri.
aku percaya, aku dah temui insan yang menyayangiku tanpa kesudahan. aku dah temui insan yang mengenali aku kadangkala lebih dari diri sendiri. :') yang dapat menerima kelemahan aku. yang dapat menyatakan isi hati tanpa rasa ragu. aku sudah temui apa yang aku perlu. yang dapat membuatku bahagia. cuma satu pintaku, teruslah berusaha dalam cinta ini. cinta kita. seperti mana yang aku jua lakukan.

hampir 19 bulan. semoga bulan-bulan mendatang akan tetap tertulis cerita kita. sampai ke akhirnya. semusim cintaku untuk selamanya. hanya dirimu. semoga jodoh ini berpanjangan :')



Sunday, October 28, 2012

exam sem 6

luahan rasa emy'n at 11:36 PM 0 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirrahim..

sudah sampai penghujung sem 6, berbaki 2 sem lagi. entah macam mana rasa sekejap je masa berlalu. kan. padahal lama sangat rasa masa mula-mula masuk maktab ni. 5 tahun setengah. 2008-2013. insyaAllah tahun depan dah final year :)

apa-apa pun tiap hujung sem memang ada exam. sem 6 ni ada 3 paper. hehe.. dengar macam relaks je kan. memang relaks juga la nak banding dengan sem 5 dulu. 5 paper kalau tak silap.

29 Oktober 2012 - Amalan Pentaksiran dalam Matematik (MTE 3112) - 8.30 am
1 November 2012 - Sistem Bahasa (PKP 3116) - 2.30 pm
5 November 2012 - Asas Mengenal Nombor untuk Guru Pemulihan (PKP 3118) - 8.30 am

paper last tu dengar macam senang je. tapi bila belajar tau la macam mana. banyak belajar content. maksudnya kena pegang kalkulator, buat kira-kira. topik nombor perdana, LCM, HCF, prime factor dan bagai-bagai lagi.. 

hmm, tak habis penat lagi naik bas 5 jam =.= baru balik cuti raya haji







P/S : harap dapat jawab semua paper dengan cemerlang. sebenarnya rasa sedih bila tak berapa sihat dekat-dekat exam ni :') tapi semua ada hikmah. insyaAllah. semoga dapat ingat apa yang dipelajari sepanjang sem ni.  Dia maha mengetahui lagi maha mengasihani hambaNya.. 


counting days nak balik rumah lagi 9 hari :))

Sunday, October 21, 2012

movie marathon

luahan rasa emy'n at 12:55 AM 0 kata-kata Links to this post
jenuh 3 hari pergi berjalan sana sini. padahal duit tak seberapa pun. kononnya nak habiskan masa-masa terakhir dekat KL sebelum pindah Nilai sem depan. hope laa, hope duduk Nilai nanti dapat behave, save duit lebih sikit. setakat ni memang bersyukur bila dah dapat sekolah untuk praktikum. dalam 18 minit dari Bandar baru enstek. tapi tak pasti lagi keadaannya macam mana sebab tak pergi tengok sekolah lagi. ni pun tengok kat google map je :P insyaallah kalau berkesempatan nak pergi sem ni juga. kalau tak, bila dah buka sem baru nanti baru pergi tengok sekolah. semoga dipermudahkan final year di Nilai :)




khamis lepas, terus decide nak pergi viva home dengan sya dan wa. kononnya nak tengok cerita aku terima nikahnya. macam best sangat bila tengok trailer ;) last-last sampai sana tak ada pun cerita tu. pekerja tu kata MBO viva tak ambil cerita melayu lagi. yang ada english, tamil dan chinese movie je. so kitorang pun decide nak tengok sinister. cerita baru keluar hari tu. memang dari poster dah tau dah cerita tu cerita seram. tapi layan je la sebab tak tahu nak pilih cerita apa kan. menyeramkan juga la ceritanya. lagi-lagi sebab aku dah lama sangat tak layan cerita macam ni. haha.. later on, akan komen dan buat review cerita ni.




jumaat, pergi times square dengan waha. sampai-sampai sana dah 2 setengah macam tu. nak tengok cerita aku terima nikahnya kan, ambil tiket 4.10 pm. permulaan yang baik, romantik dan macam-macam lagi perasaan ada ni. macam nak tengok cerita yang best sangat :P last-last rasa macam alaahaai, klise la cerita ni. macam taraf cerekarama je rasanya. uhukk uhukk.. tapi kan, cerita ni based on novel kan? mungkin setakat itu je kot yang mampu diceritakan. ataupun aku dah terbiasa tengok adi putra dan nora danish dalam tentang dhia kot? overall, nak bagi 3 per 5 bintang je la. sebab ada sebak sikit. sebak dalam 8 saat gitu :P yang lain rasa biasa je. ada akak kat seat belakang siap menangis, aku rasa dia sangat menghayati cerita or mungkin dia dah kahwin. hihi. ok, kalau ada masa nak review juga. oh ye, malam tu bergembira lagi menonton teater di IPBM. seronok betul dapat tengok teater diorang. nanti cerita lagi panjang k?







sabtu, hari untuk luangkan masa dengan tersayang. tu pun lepas dia habis pulun siapkan esemen last dan hantar hari jumaat semalam. ish2, orang lain semua dah lama hantar esemen, diorang je lambat sangat nih :P memandangkan hari sabtu adalah hari yang sesak, kami pergi one shamelin je. tengok wayang lagi. tapi kali ni 2 cerita. amikk, lama dah tak layan wayang sama-sama sejak Julai lepas. (bajet macam tak pernah je 2 wayang sekali keluar, hahah) kali ni, tengok cerita taken 2 dan stolen. mulanya nak tengok cerita hotel trnsylvania. tapi bila dah bincang dan tanya pendapat dia, nak tengok taken 2 plak. ok, tak pe je :) sebab biasa cerita english ni memang best. memang betul pun best. cerita stolen pun boleh tahan. :) bila dah selesai 2 wayang tu, mengada-ngada ajak pakwe pergi putrajaya :P padahal dah malam dah. pergi setakat nak makan kat umai cafe. ok, makan kat situ memang sedap dan harga pun standard. lepas tu, berjalan lagi ke bukit permai semata-mata nak tengok view KL malam-malam. memang nampak 1 KL dari atas tu :D KL yang cantik dan tak pernah tidur. tahun depan tak dapat rasa KL lagi macam ni. huhuh..


p/s : habis duit :P ok, lepas ni dah kena tumpu study untuk exam sem ni.

Monday, October 8, 2012

PMR 2012

luahan rasa emy'n at 8:07 PM Links to this post
hanya entry pendek..  for my only sister.. Nur Hamiza Musa



selamat menjalani PMR :)
semoga dapat jawab dengan baik dan mendapat keputusan cemerlang.
insyaAllah, 8A tu tak susah mana pun nak capai... 






sincerely me,
your cutest sis..
HAHAH :P

Tuesday, October 2, 2012

selesa

luahan rasa emy'n at 9:44 AM Links to this post
keadaan mungkin terlalu selesa buat dirinya.
tapi bukan untuk aku,
keselesaan ini membuat aku rasa jauh..
entah la, susah nak tafsir satu persatu..
memang perkara remeh, tak penting mana pun..
yang penting bagi dia, 'aku sayang kau, kau sayang aku' =.=

tapi kata-kata hanya sekadar kata,
perlukan lebih dari tu,
perlukan perbuatan, pandangan dan pemerhatian..
kadang kala 'sayang' itu sering menjadi tidak adil.
tidak adil.

mungkin dia tak sedar, sebab terlalu selesa..
secure dengan keadaan, secure dengan situasi
mengharap aku yang memahami dan mengerti..
tapi dia sering kali tiada, di depan mata mahupun di ruang maya..

mungkin aku yang mengada, sebab aku suka terasa..
ingin perhatian, sedikit pengertian
insecure dengan keadaan, insecure dengan situasi
mengharap dia yang sudi memahami dan mengerti
bahawa aku ingin selalu merasa dihargai..

18 bulan bukan sekadar mimpi jua fantasi.
aku harapkan suatu pengakhiran yang baik, buat diriku dan juga dia.
tapi seringkali ada penghalang yang membuatku jatuh di atas waktu..
jatuh, sakit, luka kemudian sembuh.. tapi parut tetap ada.
normal la, manusia punya perasaan..

mungkin aku kini hanya perlukan sedikit ruang,
untuk bernafas, mencari diri sendiri, menjaga hati sendiri..
tak ingin merasa sakit, perit dan pedih..
yang aku pasti aku bukan berputus asa
cuma aku tersedar bahawa umur ini masih muda..

p/s : Bila tak ada jodoh, bukan kerana dia tak baik untuk kita atau sebaliknya. Tapi sebab dia memang tidak tertulis untuk kita di Luh Mahfuz sejak azali lagi. Atau mungkin kerana makin dekat kita dengan si dia, makin kita menjauh dengan DIA.

walau bagaimanapun, aku masih berharap ada jodoh antara aku dan dia. insyaAllah




Monday, September 24, 2012

him

luahan rasa emy'n at 4:49 PM Links to this post

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Julai 2012 

Wednesday, September 19, 2012

baju basah

luahan rasa emy'n at 12:48 AM 0 kata-kata Links to this post
ok, ni cerita petang tadi..

ada seorang junior aras bawah aku ni pandang aku dengan muka pelik + tak puas hati kot.. hahah.
maklumlah, aku sidai baju basah direct lepas bilas baju. selalunya aku rajin nak toss baju dekat baldi aku dalam 1 ke 2 jam before sidai. paling lama aku biar semalaman semata-mata tak nak bagi baju orang bawah basah kena titisan air baju aku. tapi tadi aku punya malas nak toss tambah-tambah lagi bila tengok 2 ampaian bawah aku kosong tak ada baju apa-apa. aku sidai je terus dengan air menitik-nitik tu. dulu, memang dah kena sound siapa-siapa yang sidai baju basah lagi-lagi budak aras 1, 2 dan 3 yang mana akan basahkan baju budak aras 0 kan. dulu dah pernah bincang pasal ni masa meeting asrama. maknanya memang dah dipesan untuk toss baju dulu sebelum sidai kecuali basuh pakai mesin basuh 3 ringgit tu.

masa aku sidai tu, dengan yakinnya aku pasti tak ada orang akan sidai. yelah, dah dekat pukul 7 malam kan. tiba-tiba ada orang sidai pulak. ehh, aku pasti dia sedar. aku memang baik bila panggil orang tu dan bagitau aku sidai baju basah. hahah.. well, orang tu pun tak kisah sebab baju dia pun basah. ok la tu kan. dah tak kisah nak buat macam mana. tapi masa aku tengah sidai dekat ampai sebelah kanan sikit, ada junior angkat baju dia sambil pandang atas. semestinya dia perasan air menitik dari atas. aku pun selamba terpandang muka pelik dia. mesti dia fikir aku ni suka-suka hati je sidai baju basah. hahah :P mentang-mentang dah senior sikit dari dia. boleh buat kepala sendiri. :P nak buat macam mana, dah la air tak ada masa basuh baju tadi. menunggu air dari paip kecemasan je yang memang orang lain pun nak guna. biasanya aku basuh malam-malam, toss, esok pagi baru sidai before pergi sekolah. tapi tadi terajin nak basuh sebelum maghrib. bila dah terajin kat situ, termalas pulak nak toss.. macam-macam betul mood aku ni. masa sakit gigi dulu mood tak boleh tahan bising. padahal sebelum tu ok je aku rasa. hahah.. umur 22 ni memang banyak campur aduk emosi kot?

ok lah, saja je update cerita macam ni. at least orang tau aku bukan sengaja suka-suka hati nak basahkan baju kat ampaian tu. tak pernah buat macam tu pun bila ampaian full. siyes. memang betul kosong ampaian bawah aku tu tadi.. hehe. bukan nak tunjuk baik jugak ni, tapi sekadar nak tunjuk yang aku memang konsider bab-bab macam ni. agak konsider laa.. dah nama pun cikgu, so behave pun kena la macam cikgu kan.

p/s : agak-agak kena aim dengan budak bawah tak sebab buat perangai macam tu tadi? haha.. hope tak la, nak jadi budak baik dekat asrama :P

19 september 2012

luahan rasa emy'n at 12:26 AM Links to this post
rasa nak update blog tapi tak tahu nak cerita pasal apa dan bagi tajuk apa. last-last tulis tarikh update je la :P

seronoknya rasa bila dah minggu terakhir praktikum fasa dua.
seronok rasa bila tak payah nak pening kepala fikir RPH, ABM bagai.
seronok rasa bila tak perlu nak bangun awal pagi nanti untuk siap-siap pergi sekolah.

tapi,

stress bila fikir final observe 20 dan 21 ni.
stress bila fikir esemen yang banyak lagi nak kena buat (maklumlah, aku jenis buat kerja last minute)
stress bila tengok esemen orang lain tebal sampai 70 ke 100 pages =.=
stress fikir praktikum 3 bulan sem depan. macam mana la agaknya perasaan waktu tu. yang 2 bulan ni pun semput nak habiskan..

tapi,

bersyukur bila dapat banyak pengalaman dekat sekolah, dapat rasa dah suasana bila dah kerja nanti..
gembira bila dapat mengajar budak-budak dan bagi mereka faham sesuatu topik,
gembira bila ada budak-budak yang suka dekat kita :)
tapi aku tak garang, serius ada budak tak takut. hahah.. tak tahu la bila nak garang dalam kelas.

bila dekat sekolah, macam-macam ragam budak yang aku nampak. ada yang kuat bercerita, nakal dalam kelas, suka tanya soalan, pendiam, aktif, err..pendek kata macam-macam gaya lah. dah la sem ni baru pertama kali mengajar kelas perdana, 29 orang murid. memang tenggelam timbul suara cikgu dalam kelas. so far, boleh ikut nasihat pensyarah dan cuba baiki dalam kelas. Khamis ni final, hope dapat markah baik :) jadi guru praktikum ni memang penat. lagi-lagi kalau dapat sekolah yang rajin buat projek bagai. guru praktikum memang digunakan semaksimumnya. tapi perkara tu biasa la. mak kata, guru-guru baru posting pun sama keadaannya. macam-macam kerja kena buat. jadi, biasa-biasakanlah diri buat kerja macam-macam. praktikum kali ni memang aku rasa banyak kerja kena buat.. lagi-lagi bila banyak event.

satu perkara yang aku perasan, kira dah jadi habit sendiri. siapkan RPH paling akhir. maksudnya aku kena pastikan siap lembaran kerja, aktiviti pengukuhan, kena rangka dulu nak ajar macam mana semua-semua. bila dah lengkap semua tu barulah boleh tulis rph dengan tenang. tapi kali ni bukan sekolah petang yang mana aku boleh rileks lagi malam hari dan buat rph esok paginya.. huhu.. memang betul-betul last minute. sebab aku tau selagi tak siap benda alah semua tu otak ni sentiasa fikir nak tambah idea or apa-apa perkara yang boleh tambah. jadi, tak lah menyesal kalau dah tulis rph tiba-tiba datang idea baru or tak mampu nak buat abm yang dah ditulis tu.



p/s : lagi 4 hari je nak habiskan praktikum.. boleh counting days  :) yeay!

Friday, September 14, 2012

cuti 3 hari

luahan rasa emy'n at 4:21 PM Links to this post
 menunggu dan menunggu..

tak tahu kenapa ramai sangat yang nak balik Johor minggu ni?

cuti hari Malaysia je kan..

suasana sini dah macam orang nak balik hari raya =.=!

bas pukul 6. terpaksa la beli sebab memang nak balik :(

hurm...

-ditulis bersebelahan pak hailam kopitiam, tbs- 4.21 pm

Sunday, September 9, 2012

minggu 6

luahan rasa emy'n at 1:30 AM Links to this post
praktikum tinggal lagi 2 minggu. ye, 2 minggu yang banyak kerja. observe lagi, uruskan event lagi, time upsr 3 hari nanti pun pack dengan kerja-kerja sekolah. tak tahu lah kenapa rasa lama sangat praktikum 8 minggu ni =.= yang 3 bulan nanti lagi la tak tahu macam mana rasa. balik sekolah ganti tadi pukul 4. alang kepalang warnakan mural. hewww. petang dah cukup tidur, malam pun kononnya nak tidur awal sebab rasa malas nak berjaga. tapi ada orang-orang yang kurang sensitiviti buat bising. memang tak dapat nak lelap mata dah. hmm, sabar je la. nanti bila mana korang dah rasa stress macam senior-senior baru la korang faham rasa annoying kalau ada orang gelak-gelak ketawa dan cakap kuat-kuat macam tu. dari awal masuk maktab lagi aku dah sedar tahap stress bila jadi senior dan aku rasa benda tu sekarang, dan semestinya untuk 2 semester lagi. kena banyak-banyak tanamkan sabar dalam diri.

minggu 6 ni kalau ikutkan plan yang dirancang, akan kena observe hari-hari. isnin aku off. duduk buat assignment je la dalam bilik guru. selasa kelas BM pemulihan. ni lah first time dalam 6 minggu praktikum aku buat P&P paling simple. reasonnya, aku buat assignment sampai tak tidur malam tu. lepas siap assignment baru touch up RPH pukul 5 suku pagi =.= memang betul-betul aku ambil risiko. sebab senior pernah kata if ada assignment kena submit dan observe pada waktu yang sama, baik siapkan untuk observe. tapi terbalik la plak otak aku time tu. fikir assignment yang lecturer dah minta. aku fikir makin jadi malas kalau nak tangguh lagi. baik pulun siapkan terus, dan submit. alhamdulillah dapat hantar assigment, observe pun baik :) mulanya cikgu kata kalau tak larat nak diobserve tak apa, sebab dia nampak aku macam tak sihat tapi sebenarnya aku mengantuk sangat-sangat :P. boleh je dia nak observe hari lain tapi memandangkan hari ni memang dah lama dirancang. so, jalankan je la macam biasa. keseluruhannya memang guru pembimbing kata pengajaran aku simple, tapi efektif. syukurlah, aku dah naik angin sebenarnya masa mengajar tu. budak sebut kvk+kvk pun tak betul. aku dah demo banyak kali. memang stress. balik sekolah terus belasah tidur sampai petang.

hari rabu, cikgu pembimbing observe lagi. tapi kali ni based on buku rph je. walau macam mana pun aku still mengajar budak-budak ni. cuma tak ada lah ikut detail macam dalam buku. haha. sempoi je la. ikut mana yang kita rasa better hari tu. khamis, giliran pensyarah minor plak. memandangkan praktikum sem ni kali pertama mengajar minor, memang banyak la kekurangan yang ada. terutama sekali suara aku tak cukup lantang. kuat pun tak kata pensyarah =.= yang lain-lain ada je komen dari segi bahan dan aktiviti. ada yang tak berapa kena dan katanya lagi aku tak guna bahan dengan maksimum. kena banyak membaca. tapi tetap bersyukur juga. markah ok. aku rasa puas hati dapat macam tu. setimpal la kot dengan usaha aku dalam kelas. harap-harap dapat improve praktikum sem ni. sem lepas tak berapa baik.

jumaat, sepatutnya diobserve pensyarah major. memang awal lect sampai sekolah, sampai-sampai je aku kat sekolah, dia dah ada dalam kereta. huhu. kelas awal pagi la katakan.. tapi memang agak frust juga bila mana budak aku 2 orang tu tak datang. memang bertuah. rasa bersalah pun ada kat lecturer ni. penat-penat datang tapi tak dapat nak observe. last-last duduk minum dan sarapan di kantin. :P sambil borak-borak, lect ingatkan aku terus pasal AR sem depan. dah patut fikir isu dari sekarang. =.= ok, insyaallah dah mula nampak gambaran sikit-sikit. observe ni ditangguh hari Isnin. harap-harap budak 2 orang tu datang sebab selasa rabu khamis cuti upsr ~ kalau tak datang juga, tak tahu la tarikh mana lagi nak cekau. tapi apa-apa pun, lect kata aku dah ok, dia tak rasa bimbang sangat sebab nampak aku dah ok masa mengajar. alhamdulillah, mungkin effect praktikum lepas kan. hehe.

sabtu, sekolah ganti jadual khamis. tetap buat rph untuk math minor. katanya cikgu pembimbing nak observe. :P tapi tak dapat juga masuk kelas sebab budak-budak ni buat jamuan raya. sudahnya buat kerja-kerja sekolah je la tadi. prepare untuk kemas bilik pemulihan dan siapkan mural. nampaknya final observe tetap jatuh pada minggu last nanti. observe bersama (guru + pensyarah), terus bagi markah sekali. harap dapat improve lebih-lebih lagi untuk kelas minor math. insyaallah boleh buat yang terbaik.


hmm.. lama dah tak keluar jalan-jalan dengan buah hati. :( sorry dear, kesian dia kena tempias angin aku yang tak berapa baik minggu ni. huhu. ada je benda nak wat isu kan. sorry, I love you.

Saturday, September 1, 2012

I'm 22

luahan rasa emy'n at 8:29 PM Links to this post
alhamdulillah...


hari ni 1 September 2012. ulangtahun lahir aku yang ke 22. kalau zaman dulu-dulu, umur 22 dah kahwin dah ada anak 3, 4 orang :P. tapi zaman sekarang, kebanyakan umur 22 masih berjuang di medan belajar. oh, tak termasuk yang dah kahwin dan beranak ye. tapi  termasuk yang dah kahwin walaupun masih belajar..

sepanjang usia ni, banyak betul perkara yang berlaku. baik manis atau pahit. bila kenang semula, zaman kanak-kanak lah yang paling best. dapat kek hari jadi, hadiah besar-besar. mak ayah siap buat 'party' untuk rai hari jadi :') last birthday cake masa umur 20. kebetulan buat PBS kat kampung masa tarikh tu. dapatlah merasa kek dengan kfc lepas berbuka. tu pun makan dengan mak ayah je. tarikh 1 Sept 2012 hari ni dah tak banyak bawa makna macam dulu-dulu. tambah-tambah lagi tengah sibuk berjuang dengan praktikum dan assignment. rasa sesak dada tak habis-habis. cepat-cepatlah habis study, nak merasa kerja. lepas tu kalau terasa nak belajar balik insyaAllah akan apply master plak. hewhew.. jauh angan-angan.. :P tu belum cakap lagi angan-angan nak dapat sekolah macam mana lepas posting, duit gaji nak saving untuk kahwin, beli rumah, beli semua benda yang disukai n bla bla bla... >.<

sekarang ni berada di Muar. semalam dapat makan ikan bakar kat medan selera sabak awor. thanx to angah :) dapat juga lepas rindu kat baby. dan dapat la merasa suasana rumah lepas naik cuti raya. sebenarnya mood sekolah tak berapa baik pun minggu lepas. tapi alhamdulillah dapat lepas 2 observe dengan baik. syukur. minggu depan kena dapatkan mood sekolah sebab sekolah sampai sabtu =.= dengan observe yang mungkin 3 kali. fuhh, harap semua baik-baik je. tak sabar nak habis praktikum 21 sept ni =.=! lambatnya...

Sunday, August 19, 2012

ceritera raya

luahan rasa emy'n at 6:50 PM 1 kata-kata Links to this post
khamis 

baru nak pulang ke kampung jam 11 pagi. sebenarnya dah beli tiket hari jumaat awal-awal lagi. sebelum keluar surat pekeliling bagitahu hari jumaat cuti. lepas tu ada surat baru lagi bagitahu khamis pun cuti bagi sekolah-sekolah yang memohon. tapi cuti bukan sebarang cuti, akan diganti pada 8 dan 22 september nanti. alang-alang dah cuti khamis, pergi beli tiket baru nak balik khamis. rabu petang sempat foya-foya lagi :P huhuh.. padahal sekolah hari rabu sampai pukul 12.30 je. tak apa la, bukan selalu kan.

dalam pukul 3 lebih sampai dah bandar kluang. macam biasa la balik naik bas tata masuk dalam lagi kan. lepas tu ayah jemput. sempat singgah sekolah mak untuk ambil kuih raya dan daun kelapa nak buat ketupat :) yup, merasa lagi buat ketupat tahun ni. dah lama belajar, baru pandai sejak 2, 3 tahun ni. tapi yang pandainya buat ketupat bawang je :P

jumaat 

kemas rumah biar cantik biar lawa :) lepas tu tengahari dah mula operasi anyam ketupat. seronok bila dapat belajar buat ketupat pasar. yang bentuk 4 segi tu. mak kata senang nak anggar beras. pulun buat 3 orang dengan mak dan adik. biasa ayah buat sekali, tapi kali ni ayah dok relaks je bila malam tu dah siap semua ketupat. dapat la dalam 100 lebih biji :P tapi yang guna dalam 60 lebih je.. huhu.. tak pe, yang penting puas hati bila dapat buat ketupat. dulu-dulu sekadar tengok orang buat je. sekarang dah master dah.. haha. *berlagak sikit*

mak balik kerja bawak coklat masakan. memang raya ni nak buat cornflakes coklat badam :) eceh, konon nak buat malamnya. tapi bila dah online, malas pun datang. hewhew.. buat esok je la..

before tu ada dapat call dari acik yang jahit baju raya. pergi rumah dia, test baju. rupanya ada kekurangan sikit pada baju tu. tambah-tambah lagi saiz aku yang dah besar dari zaman buat kebaya dulu-dulu. baju kebaya ni sampai tak boleh buat zip sebab kerawang dia dah cukup-cukup je saiz badan. huhu. lepas tu kainnya pun yang jenis meregang. baru try sekali dah nampak regang-regang dekat dat depan belakang. aisehh... balik rumah lepas tu dok fikir-fikir nak buat macam mana. nak tambah zip tepi ke apa. kalau buang dat tak berapa nak lawa sebab kebaya la katakan :P

ketupat bawang

ketupat pasar

hasil anyaman dari tengahari ke malam

sabtu 

ketupat dah siap isi beras :) nak masak tengahari jap lagi. 4 jam siaplah ketupat-ketupat tu. tengahari tu juga dah mula tolong-tolong mak kat dapur.. macam biasa siapkan rempah dan bahan-bahan untuk masak-memasak. lepas tu mula buat cornflakes coklat. benda yang paling senang nak buat. tak perlu nak guna oven bagai. 8)

hasil tangan :)
petang tu ambil baju raya. ok, keputusan terakhir adalah buang dat  belakang. tu pun lepas acik tukang jahit kata tak boleh nak pasang zip tepi. =.= tak apa, bila dah buang dat belakang nampak ok je lagi.. hehe. insyaAllah dapat pakai dengan baik dan selesa :P even berat dah kurang, still terasa macam sama je saiz badan :P eh, tak juga. sekarang dah boleh  pakai cincin lama. cincin 10 tahun lepas.. eceh.. :P

alhamdulillah, dapat berbuka ketupat dengan rendang daging, ayam masak merah dan kuah lodeh. :))

ahad 

rutin setiap tahun pagi raya ialah berkumpul ramai-ramai dekat rumah nenek. ada makan-makan, marhaban dan sesi duit raya. memang ohsem bila syarat nak dapat duit raya tu mesti belajar lagi. aku sebagai seorang yang akan 22 tahun tak lama lagi pun ada rezeki dapat duit raya. tapi dah tahun-tahun terakhir la. tahun depan last.. hehe. lepas tu akan memberi pula pada saudara mara yang masih belajar. yang untungnya, bila makin besar, jumlah duit makin banyak. alhamdulillah, senyum lebar je bila kira satu-satu duit raya dalam sampul :)) 

rezeki syawal 1433

sekarang tengah menunggu baby dina balikkkk... yeahh :) rindu baby dah..


p/s: selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin. :) semoga hari mendatang membawa kebahagiaan..

Thursday, August 16, 2012

observe

luahan rasa emy'n at 1:59 AM Links to this post
alhamdulillah..

dah lepas observe first pensyarah 14 Ogos hari tu :) sebelumnya dah kena observe dengan guru pembimbing minor. 9 Ogos. tu pun gara-gara pensyarah minor tak dapat datang sebab ada MQA dekat maktab. pagi-pagi dekat sekolah tu la baru cikgu pembimbing kata dia nak observe sebab masa berjalan. risau nanti kena berebut masa dengan pensyarah. maklumlah, seminggu 2 masa je ajar matematik kelas perdana. huhu. mulanya dah plan nak ajar money untuk observe. tapi tukar tajuk fraction sebab belum habis ajar budak-budak ni. diorang pun ada yang masih tak berapa faham lagi. ingatkan dapat ajar tajuk money untuk observe tapi tajuk fraction yang sememangnya aku tak dapat fikir aktiviti yang seronok untuk murid-murid. tapi alhamdulillah guru pembimbing dapat faham pengalaman pertama aku ajar kelas aliran perdana. katanya set induksi dan penutup aku menarik. flow P&P pun ok. yang kurangnya ketegasan semasa mengajar je :P ok, aku admit yang aku tak garang dan tak pandai lagi untuk  garang dengan murid-murid. suara kena kuatkan lagi. baru budak-budak dengar. pendek kata aku puas hati dengan observe pertama ni. tapi yang pasti kena baiki kelemahan yang ditegur. hope pensyarah minor pun bagi markah yang baik nanti :) insyaallah. yang penting nak kena ada peningkatan .. lepas cuti raya ni memang kerap la kena observe sebab nak cukupkan 3 kali dari pensyarah. 2 kali lagi dari guru pembimbing. termasuk sekali observe bersama.

untuk subjek major pula, ada 4 kali observe pensyarah dan 4 kali guru pembimbing. termasuk sekali observe bersama. setakat ni baru observe pertama pensyarah. ada 3 lagi.. fuhh.. dapat dah bayangkan kesibukan lepas cuti raya ni. nak cerita sikit pengalaman dapat pensyarah yang memang pakar dalam bahasa melayu dan pemulihan :) alhamdulillah, mungkin rezeki sem ni. observe first dah dapat markah baik. insyaallah dapat kekalkan. yang pasti pensyarah memang memahami dan perkara yang ditegur pun semuanya betul. katanya semasa mengajar perlu elakkan penggunaan bahasa rojak yang selalu disebut seperti 'check'  dan 'ok'. yang lain-lain mengenai RPH. tulisan dah kemas ;) yang kena telitikan lagi ialah hasil pembelajaran. insyaallah lepas ni dapat tingkatkan lagi mutu pengajaran.. hehe. pendek kata, semuanya baik. induksi dan penutup pun bagus :) dah mampu rancang pengajaran.. (komen dalam borang observe) observe dari guru pembimbing major pula lepas cuti raya ni. cuak rasa bila mula-mula observe kena dekat jadual pemulihan matematik. kena fikir lebih sikit la nampaknya nak bina p&p yang best. hope dapat buat dengan baik untuk guru pembimbing nanti.

first observe major

pengalaman kali pertama praktikum dulu memang mengajar banyak perkara. :) semoga dapat dikekalkan prestasi baik semester ini dan naikkan pada semester depan. insyaallah..

Sunday, August 5, 2012

iras

luahan rasa emy'n at 12:00 AM Links to this post
orang kata, jodoh panjang bila dapat pasangan yang seiras.. penah ada satu gambar, my aunt said 'nampak sesuai' :) tapi sendiri tak tahu ada iras ke tak. nampak macam tak ada. sampailah tadi belek-belek gambar masa pergi pangkor Julai lepas..

see..


mata sama :) tu pun bila senyum macam ni.. 

ok, good night..

Sunday, July 29, 2012

entri terakhir untuk bobo

luahan rasa emy'n at 1:31 PM 2 kata-kata Links to this post
hanya 2 bulan je diizinkan untuk jaga bobo..
sekarang bobo dah tak ada lagi..
24 Julai, dalam 8.40 malam dia dah pergi..
untuk selama-lamanya..

haru rasa hati, terkilan sebab lambat ubatkan dia. mungkin dah sampai masa bobo untuk pergi, betul-betul pergi. dulu, masa mula-mula dapat jaga bobo, tak ada pun terfikir akan sayang sangat kat bobo. mana taknya, bobo ni penakut dengan orang, tak biasa dipegang.

24 Mei, bobo travel jauh dari KL sampai johor. waktu malam kan, memang aktif la dia dalam sangkar, asyik wat aksi superman je main gayut-gayut. huhu. hari first jaga dia, dah dapat luka kat jari kelingking ni. beria nak tangkap bobo sebab nak tukar bedding, last-last luka yang dapat. lepas tu dalam dua minggu tak sentuh bobo langsung. kesian dia bila ditinggalkan malam-malam kat rumah sebab aku tidur kat rumah mak long masa mak ayah pergi umrah Jun lepas. bila dah pagi baru aku balik rumah, cakap-cakap dengan bobo macam cakap dengan orang. tak tahulah bobo faham ke tidak :P bila research pasal hamster, memang tu satu cara untuk biasakan dia dengan tuannya. masuk minggu ketiga dah berani pegang bobo, dah tak menggigit. mungkin dah biasa dengan persekitaran, dan biasa dengan aku :) tapi sepanjang dia dekat rumah, tak pernah aku lepaskan dia keluar dari sangkar, risau hilang or kena tangkap dengan kucing kalau-kalau terlepas keluar rumah.

18 Jun, dah mula naik sem baru. bobo tinggal kat rumah sampai hari selasa. hari rabu, sepupu bawakkan sampai KL. still, aku yang jaga bobo. bagi makan, tukar bedding, main-main dengan bobo, mandikan bobo. dah memang jaga betul-betul. tak pernah aku rasa aku serius jaga sampai macam ni. kura-kura dulu pun dah jadi garang sebab lama terbiar. aku siap belikan bola mainan untuk bobo main kat luar sangkar. mula-mula kekok juga bobo nak biasakan diri. memang muat-muat je badan dia dalam bola tu :P comel. makin lama makin laju dah dia lari-lari dalam bola. dia suka sangat bila dapat bebas dari sangkar dia tu. lepas tu dah jadi kebiasaan bila dekat je dengan sangkar, dia pergi kat pintu. nak minta keluar. tapi malam je la, bila siang tidur je kejenya. so, aku tak ada la risau bila pergi kelas. memang dia akan tidur dari pagi sampai petang. malam berjaga sampai pagi, temankan kak fiza bila kak fiza bangun pukul 3 or 4 pagi.. hehe. dah jadi kebiasaan juga bila lepaskan bobo dalam bilik waha. tengok dia main-main, masuk dalam almari, masuk bawak katil, panjat-panjat kotak. memang aktif sangat. aku pun ada terfikir nak bagi bobo pasangan walaupun  syafiq kata dah 3 betina bobo bunuh dulu-dulu, bobo tak suka ada saingan kot.. tapi aku teringin nak tengok bobo ada pasangan, bercinta, ada anak-anak :D hihih..

20 Julai, balik rumah untuk sambut awal ramadhan. macam biasa, tinggalkan bobo untuk 2 malam. macam sebelum-sebelum ni, siap tinggalkan makanan dan air untuk bekal dia 2 hari. balik semula hari ahad tu tak dapat kesan apa-apa lagi perubahan pun. cuma rasa pelik sikit bila bobo tidur malam tu. selalunya aktif malam-malam. aku fikir positif je, mungkin dah 2 malam dia bergelap, jadi mungkin dia tidur je kan.. tak terfikir yang bobo ni dah sakit :(

esoknya, hari pertama sekolah. tak buat apa-apa lagi kat sekolah. bila balik, tengok bobo macam baru bangu, tapi kenapa tak buka mata? >.< tengok dia macam tak larat nak bangun. lepas tu, dah mula dengar bunyi yang tak pernah ada sebelum ni. macam bunyi bersin.. bobo selsema.. tak mahu makan, tak mahu minum. aku dah mula risau.. bobo tiba-tiba dah tak suka dipegang, terkejut-terkejut je dia bila aku sentuh :( aku tak pasti bila bobo mula sakit. khamis malam lepas sempat lagi main-main dengan bobo..

hari selasa, 24 Julai. tak sangka tu hari terakhir bobo. petang tu, perut bobo dah buncit. dari semalam dia tak berak. mungkin sebab tak minum air kan. petang tu juga keluar dengan waha, niat nak cari klinik haiwan. padahal aku tak pasti pun ada ke klinik untuk hamster. last-last beli antibiotik je kat kedai haiwan. owner kedai dah bagi penerangan panjang lebar. katanya, kalau hamster tak nak makan n minum memang tak boleh buat apa dah. tunggu masa je :( ubat antibiotik tu ubat minum. kena campur air dan masukkan dalam botol dia. nak paksa bobo minum. tapi tak berjaya. sampai basah badan dia bila aku suakan air ubat. bobo dah mula lemah. sikit-sikit terbaring. tak grooming diri pun macam selalu sejak dia sakit. balik berbuka dari surau, aku usap-usap bobo sambil cakap-cakap dengan bobo.. tapi tak ada reaksi. dah tersangat lemah.. aku menangis. bobo ada nadi lagi waktu ni. tapi aku tau masa dia dah hampir. aku tak sanggup tengok saat terakhir dia.. aku pergi mandi dan solat.. lepas tu memang bobo dah tak ada :'(

terfikir-fikir untuk kebumikan bobo. tapi macam mana.. sempat aku keluar teman waha pergi kedai lepas tu. dalam hati cuma Allah yang tahu rasa kehilangan tu. tapi aku tak boleh terlalu sedih. aku kena redha pemergian bobo. balik asrama, nampak abe dekat bilik pemandu. alhamdulillah, dia tolong galikan lubang untuk bobo :') bobo dah tanam. kain tuala bobo aku bakar. semoga bobo bersemadi dengan aman. tak sanggup lihat dia tanggung sakit lama-lama. dan tak sanggup juga hilang bobo. tapi apakan daya, setiap yang hidup memang akan mati..

mungkin salah aku. syafiq tanya bagi vitamin tak masa tinggal bobo 2 hari. aku sendiri tak pasti. terlupa sama ada aku letak atau tak.. mungkin juga memang semua dah takdir. dah sampai penghujung hayat bobo. dia dah tua. mungkin dah hampir setahun. tapi hanya 2 bulan je aku sempat jaga bobo. sempat cipta kenangan dengan bobo :') aku terfikir, kenapa Allah tunjuk bobo sakit depan mata aku. kenapa tak ambil je bobo terus, jangan bagi dia sakit lama-lama.. mungkin sebab Allah nak bagi aku redha. nak bagi aku ikhlas lepaskan bobo.. mungkin aku tak dapat terima kenyataan kalau bobo pergi masa tengah sihat. :')


 hobi bobo, gigit sangkar tiap-tiap hari 


 tidur macam fetus :)


tidur terlentang, mentang-mentanglah jantan :P


bobo's potraiture.. huhu







 bobo masa mula-mula sakit.. 


dah nazak :( saja baringkan dia, nampak perut dia buncit.. sayu hati tengok..


 gambar terakhir, bobo dah tak ada..


semoga bobo bersemadi dengan aman. terima kasih kepada sesiapa yang pernah sayang bobo. :') harap-harap bobo bahagia selama aku jaga dia dua bulan ni.. 





Tuesday, July 24, 2012

rasa

luahan rasa emy'n at 2:05 AM Links to this post
hari pertama praktikum.. penat, letih sebab berpuasa. tapi memang penat pun praktikum ni walaupun bulan tak puasa. normal la tu, masih dalam latihan kan?

balik sekolah, perasan something perubahan pada bobo :( bobo sakit. tak nak makan, nak buka mata pun tak larat. duduk diam je. terdengar juga bunyi macam bersin or batuk or selsema =.= hmm, tak pasti apa kena dengan bobo. patutlah malam sebelumnya diam je tidur. tak macam selalu, aktif je bila malam-malam.. sibuk nak main. tiba-tiba nangis, telefon syafiq bagitau keadaan bobo.. dia tak boleh nak kata apa. sekadar memujuk dan pesan bahawa setiap yang hidup akan pergi, mungkin dah masa bobo nak sakit. bobo dah tua, dibela dari tahun lepas lagi :'(

lepas tu, baring-baring sebab nak tidur. tapi masih ada orang sudi nak berbual dalam telefon, nak hilangkan rasa sedih ni. macam-macam cerita ada hari pertama praktikum. katanya, GB sekolah elit boleh pilih mana-mana guru praktikum yang dia berkenan untuk posting di sekolah dia. ohh, memang aku tak bagi la kan. kata nak balik Pahang. :P sekarang kata tak nak sebab banyak kawasan pedalaman dan orang asli. mungkin nak minta posting Johor. huhuh..
" nak posting Johor, nanti senang nak pergi risik dia"
*blush* " haa, ye la tu."
" betul la, nanti dapat gaji first terus nak g risik, lepas-lepas tu insyaAllah ada rezeki, ada duit terus je nikah. dah sayang dia sorang je."
"kuatnya la berangan". :P
"ni bukan berangan la yang, ni perancangan. perancangan masa depan"

senyum. :) moga dipermudahkan. terasa jauh lagi perjalanan. banyak perkara perlu dicapai terlebih dahulu. apa-apa pun, rasa bahagia tetap ada walaupun banyak onak dan duri sentiasa menghalang jalan. fikir-fikir balik, inilah yang terbaik insyaAllah. jalannya mudah, bila dah cukup semuanya, sedia saja la. yang penting bukan sekarang sebab masing-masing perlu mengejar masa kini, lengkapkan waktu kini sebelum sibuk menyediakan masa depan :D tanggungjawab sekarang perlu diselesaikan sebelum sibuk-sibuk nak memikul tanggugjawab lain. risau tak tertanggung bila banyak-banyak. 

harapku semoga hubungan ini direstui. bukan tiada respon keluarga. cuma mereka tidak terlalu mengambil tahu. mungkin masih risau akan perjalananku nanti. juga perjalanan dia. tambah lagi, jarak turut jadi halangan antara kami. tak ada istilah singgah bermalam atau menziarah lagi sampai sekarang. malah, mak ayah pun belum jumpa dia lagi. insyaAllah satu hari nanti :D aku tau, mak ayah memang tegas hal sebegini, jika disebut-sebut selalu memang akan melekakan aku. menjadikan aku lupa tentang apa yang aku perlu lakukan kini. tapi yang pasti, 2014 nanti dah boleh buka cerita untuk meletakkan tangga di rumah :P huhuh.. itu pesan ayah dan mak. insyaAllah.. insyaAllah, semoga dipermudahkan..





Sunday, July 22, 2012

nota pendek

luahan rasa emy'n at 10:25 AM Links to this post
Menghabiskan hujung minggu di rumah :) maknanya dapat menyambut 1 ramadhan bersama keluarga. Alhamdulillah, cukup korum :) baby deena pun ada kat sini. tapi kejap lagi dah kena balik kl.. esok 23 julai dah mula praktikum fasa 2, sampailah 21 september.. banyak perkara nak update sebenarnya tapi belum ada kesempatan. Insyaallah later on akan diupdate..

Semoga dipermudahkan setiap urusan semasa praktikum nanti :) dan semoga dapat menempuh ramadhan ini dengan baik insyaallah.

Selamat berpuasa kepada semua yang beragama islam :)

Monday, July 9, 2012

15 bulan

luahan rasa emy'n at 10:50 PM Links to this post
alhamdulillah, sudah 15 bulan berlalu =) syukur masih dikurniakan kasih sayang ini. moga kekal seperti yang dirancang.. walaupun sekejap panas, sekejap hujan, kadang-kadang berangin, tapi masih utuh macam dulu. sekarang ni dah tak macam sem-sem awal dulu. sekarang dah tak banyak masa. masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. memang kena berkorban macam-macam benda. lagi-lagi perasaan.

masa kelas tadi, pensyarah bagi selingan mengenai jodoh. topik yang memang menarik perhatian semua orang dalam kelas. sebabnya masing-masing dah 22, 23 tahun. umur dah sesuai dalam bab-bab macam ni kan. katanya masa muda dulu, memang ada pilihan hati, tapi last-last jodohnya dengan orang lain jugak. dengan pilihan ibu sendiri. tambahnya lagi, tak lama pun kenal. bila si ibu dah nyatakan hasrat, dah bagi restu, dia terus risik pihak perempuan. pihak perempuan setuju, sebulan lepas tu bernikah. masa tu sara hidup tak setinggi masa sekarang. jadi, semua urusan selesai dengan lancar dan mudah. bahagia sampai sekarang. =)

hampir semua orang tergelak bila dia cerita nasihat dia pada anak sendiri, "sekarang ni dah bersayang-sayang, nanti kalau dengan orang lain bersayang-sayang lagi, kalau 50 orang, 50 kali lah sayang-sayang tu" =.=

sebenarnya, perkara yang nak ditekankan ialah kepercayaan dan doa. tambahnya lagi ada 4 perkara yang memang Allah rahsiakan dari hamba-hambaNya. jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki dan kelahiran.

bila dah dengar perkara macam tu, mula lah otak ni sibuk berfikir benda yang tak patut fikir time kelas. nasib la dapat faham apa yang pensyarah ajar. kalau tak, memang susah nak fahamkan sendiri. tambah-tambah lagi masa rehat tadi terdengar budak-budak ni berbual pasal jodoh. ada salah seorang budak kelas dalam mood macam tu kot. aku tak dengar dengan menyeluruh pun, tapi macam tu la kot. macam baru dirisik-risik gitu.  (bercinta lepas nikah jadi femes sekarang ni, macam cerita irma hasmie :P) apa-apa pun semoga bahagia.

         

               ************************************************************************


sorot kembali kenangan masa jumpa ibu abah dia. perkara yang aku belum sedia pun sebenarnya. tak pernah pun rasa perasaan tu macam mana. tapi bila dah selesai, memang lega betul. =) walaupun tak banyak butir bicara, diam seribu bahasa. yang ada cuma eye contact je. tu pun segan sangat. insyaAllah suatu masa nanti akan jadi sebahagian dari keluarga. dengan izinNya, andai memang aku dah tertulis untuk bersamanya..

Tuesday, July 3, 2012

metafora 5

luahan rasa emy'n at 12:01 AM Links to this post
malam gelita kian melabuh tirai,
meninggalkan cahaya yang menerangi,
terkaku aku diulit imbasan itu;
bagaikan satu opera di lautan duniawi...

    suaranya gemersik ibarat ombak pemecah sepi
    lantang aksinya kian membakar rimba yang kebasahan,
    itukah dia hujan yang dirindu?
    ataupun cuma debu yang melitupi awan putih bak salju.
   
desiran itu kian berpenghujung
ditemani sekeping hati nan rawan
aku tahu di situ bukan tempatku lagi
kerna yang ada cuma luka tak terubati


Monday, July 2, 2012

bersyukur

luahan rasa emy'n at 1:04 AM Links to this post
bismillahirrahmanirrahim..

sudah minggu ketiga dalam semester 6, maknanya lagi 3 minggu akan mula praktikum 2. kalau ikutkan senior-senior yang lepas, minggu keempat kuliah dah mula pergi sekolah. batch januari 2010 ni la yang mula lambat. dari awal puasa sampai ke raya la nampaknya dekat sekolah. macam-macam lagi la budak batch jan 2010 kena sepanjang belajar 4 tahun ni. nak hurai satu-satu memang banyak.

ermm.. sebenarnya entri ni nak cerita pasal result. yup, result sepanjang 5 sem kat maktab ni. sedang-sedang saja. yang penting dah lepas target yang ayah nak. ayah kata dapatkan 3.5 ke atas, kekalkan. semester 4 dulu, result aku naik melepasi target aku sampai aku sendiri tak percaya boleh dapat macam tu. tapi sem 5 ni menurun dengan banyak juga lepas dapat B- dalam olahraga. subjek yang memang aku tak boleh pergi jauh. sebenarnya memang dah jangka pun yang sem 5 akan merosot. tambah-tambah lagi dengan praktikum 1 aku yang tak berapa nak cemerlang. mungkin belum ada bakat lagi. yup, kena ada bakat dalam mengajar since aku tak dianugerahkan kepakaran tu.. jadi, ambil gred keseluruhan je la kan. 3.6 something sepanjang 5 sem. alhamdulillah. bersyukur dengan rezeki yang Allah dah beri. semester 6 ni dah berubah sikit format. jadi kena hard work untuk naikkan result. tak boleh berharap tinggi melangit dan tak boleh juga terlalu merendah diri. apa-apa pun kena positif dan banyakkan berdoa.

banyak perkara yang aku terfikir lepas tengok result sendiri. ambil masa juga untuk beritahu mak dan ayah. alhamdulillah diorang faham apa yang aku boleh dan yang aku kurang boleh. yang penting result tu tak jatuh melepasi target. naik atau turun tu biasa la kan. tak selalu langit ni cerah. masa beritahu mak keputusan gagal dalam exam koam dulu pun mak tak marah. mula-mula macam terkejut lah kenapa aku boleh gagal. (65 ke atas baru lulus). lepas aku cakap yang lulus belas-belas orang dari ratus-ratus, dia pun tambah yang aku tak minat benda tu. ye, memang aku kurang bab-bab sukan ni walaupun mak ayah dulu aktif dalam acara padang masa diorang muda-muda. memang aku adik-beradik tak warisi bakat diorang :') mungkin juga tak dipupuk dari kecil. dah besar-besar macam ni kena merasa satu-satu acara. buat amali disamping belajar teori dan fakta yang pelbagai tu.

bila sorot kembali zaman kecil dulu, tak pernah pun terlintas dalam hati aku untuk jadi cikgu. cita-cita aku dulu doktor. tak takut pun kalau pergi klinik, umur 5 tahun dah berani dah makan ubat pil, masuk kuiz kesihatan sampai peringkat negeri, tolong tanda paper sains ayah sampai boleh hafal bahagian-bahagian dalam telinga walaupun baru darjah 4 dan macam-macam lagi la perkara masa tu yang mendorong ke arah sana. tapi sampai situ je la. bila dah belajar sains tulen baru tau langit tinggi rendah. tak berdaya pun nak impikan yang tingi-tinggi. kecelaruan betul masa tu. tapi tak boleh patah balik. dah memang budak 8A kena ambil sains tulen masa form 4 kan. kecuali lah kau pindah sekolah aliran teknik atau agama (tambah or buang subjek je pun) :P aku ingat lagi aku beritahu ayah yang aku susah nak buat add math. bab kira-kira add math memang aku lemah. benda ni pun aku tak warisi dari ayah (dia dulu belajar pendidikan math dan fizik masa kat U).

pengajian kat matrik pun aku tinggalkan sebab dapat tawaran IPG ni. masa tu dalam fikiran aku satu benda je. aku tak mampu nak hadapi matrikulasi dan tak mahu ambil risiko (takut wooo.. budak matrik semua jenis study hard dan pandai-pandai belaka). jadi, ke IPG la aku masa umur 18. sekarang dah 22 tahun. lagi setahun setengah nak habis study.  sekarang ni pun kalau orang tanya sama ada aku betul-betul minat jadi cikgu pun aku tak dapat jawab dengan cepat. jawapan biasa aku macam ni; "nak kata minat tu tak la, tapi bila lama-lama belajar baru timbul minat". boleh la kata minat lepas PBS 4 sem. bila praktikum mula, aku dah kabur-kabur balik sama ada betul ke aku minat ni. =.= besar juga cabaran kat sini. lagi-lagi masa praktikum. apa-apa pun aku harap praktikum 2 aku lebih baik dari dulu. aku harap boleh jadi garang sikit. nak kena belajar cara-cara jadi cikgu. nak kena cari kecintaan tu.

sekarang ni, kalau orang kampung tanya pasal aku. mak kata jadi cikgu nanti. diorang pun kata baguslah jadi macam ayah dia. =) ye. salah seorang anak akan ikut jejak ayah. cukup la ni, sorang bidang jurutera, sorang bidang kesihatan, aku bidang pendidikan. tinggal lagi sorang adik aku  baru nak pmr tahun ni. dia pun tak tahu nak jadi apa nanti. tapi sekarang dia minat seni. ayah kata nanti ambil psv masa spm. memang kena buat sesuatu ikut minat. baru la menjadi benda tu. so sekarang ni aku kena cari balik minat aku. janganlah menghilang lama-lama eh...

ya Allah, aku bersyukur dengan jalan yang telah Engkau berikan. semoga aku dapat menjalaninya dengan penuh ketabahan..


Saturday, June 23, 2012

hidup baru

luahan rasa emy'n at 11:32 PM Links to this post
hujung minggu di rumah. baru seminggu naik maktab, tapi hari jumaat dah sibuk nak balik rumah. :) masa 3 jam setengah tambah lebih kurang 40 minit macam tu untuk sampai rumah tak jadi masalah pun. mungkin la penat sikit. tapi semua tu hilang bila dapat tatap baby Deena :D  tiket balik KL semula dah siap-siap beli jam 2 petang hari Ahad (biasa naik 12.30) rasa tak apa pun sampai petang sikit. huhu.. baby baru seminggu tapi semua orang layan baby macam dah besar. siap agah-agah, panggil-panggil baby, cakap-cakap dengan baby padahal mata dia pun belum nampak lagi, telinga pun baru dengar sikit-sikit kan. alahai, hebat sungguh penangan cucu sulung mak ayah ni :)

aku siap baring sebelah baby semata-mata nak renung dia lama-lama :) aduhh, memang sayang sangat la kat budak kecik ni. renung lama-lama pun tak apa. hihi. lasak tidur sampai tangan terkeluar dari bedung dia. sedap la dia dapat bebas macam ni :D oh ye, her name is Nur Kaisara Medina binti Muhamad Khairulhamzi. maknanya cahaya permaisuri madinah. :)



     ****************************************************************************

semester 6. banyak perkara baru kena belajar. bukan setakat dalam subjek je, tapi dalam kehidupan juga :) memang betul, manusia berubah. kita kena biasakan perubahan tu. kalau perubahan tu sebenarnya yang terbaik untuk kita, apa salahnya kan? andaikata itu bukan yang terbaik pun, aku harap ada manfaatnya nanti. insyaAllah. tak perlu risau. baby Deena dah jadi sebahagian daripada kekuatan aku. Allah hadirkan dia saat aku berada di semester 6. yang sememangnya semakin mencabar. mencabar sampai habis sem 8 nanti. insyaAllah, aku akan sentiasa tenang. setenang air di lautan walaupun di dalamnya banyak pergolakan. hidup ni tak lama mana pun. semakin meningkat umur, semakin dekat dengan ajal. semakin pendek usia ni. semoga perjalanan ini dirahmati dan dipermudahkan olehNya :')

Saturday, June 16, 2012

my first niece

luahan rasa emy'n at 10:46 PM 0 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirahim..

alhamdulillah, pada umur 22 ni aku dapat naik pangkat untuk menjadi makcik dengan rasminya :) tepat 15 Jun, jam 12.47 pagi, kak lela (wife angah) selamat melahirkan seorang bayi perempuan kat HPSF muar. sekarang ni baby belum ada nama lagi. syukurlah, sempat jugak tengok baby sebelum balik kl 17 Jun. nanti bila-bila rindu or serba tak kena kat kl memang gigih la nak balik rumah sebab ada baby :))

gembira rasanya. sebelum ni timang anak kepada sepupu je. jadi makcik sepupu. cuti hari tu pun tolong mak long jaga zaraa. baby 3 bulan :) sekarang ni diberi kesempatan timang anak abang. bila dah besar sikit nanti lagi sedap pegang. kita nak gendong-gendong pun tak risau sangat sebab dah agak kuat kan :)







baik je dia tidur. :)) merengek-rengek sikit ada jugak. tapi biasa la kan baby lagi. umur pun masih hari lagi. 





ni dengan baby zaraa. nampak sangat bezanya. 1 kilo je beza ni. sorang 3.8 kg, baby baru 2.85. lebih kurang aku je masa lahir dulu. hehe. baby zaraa memang pantang nampak handphone. mata tu dah fokus dah. comel betul. lepas ni turn baby baru plak. tunggu la baby besar sikit. tak lama lagi, akhir bulan 8, akan bertambah lagi seorang baby boy. :)) insyaallah. bertambah lagi ahli keluarga haji mihat dan hajah yam. :))

Thursday, June 14, 2012

preparation

luahan rasa emy'n at 4:38 PM Links to this post
lagi beberapa hari je cuti akan habis. kejap je rasanya cuti 3 minggu ni. padahal masa mula-mula cuti rasa lama. memang kena tunggu bulan 12 untuk cuti lama-lama. dan tunggu lagi setahun untuk habis belajar. =.= semangat lah wahai hati. tak lama pun setahun tu kan.

sebenarnya rasa berat nak balik sana. tak tahu kenapa. walaupun aku tahu ada seseorang di sana yang memang setia menanti aku, aku dapat rasa ada sesuatu yang aku tak nak hadapi. aku sendiri tak pasti. yang aku boleh lakukan ialah dengan berdiam diri. biasalah hidup ni, tak semua orang suka kita, kita pun akan ada orang yang kita tak suka. aku dapat rasa cabaran sem 6 yang makin mencabar. aku harus bertahan sampai habis belajar nanti. perkara yang lain akan aku cuba ketepikan dulu. walaupun aku tahu susah caranya sebab sudah lama aku hadapi perkara ni. apa yang aku mampu buat untuk cegah, aku dah buat. tapi percayalah hati ni rasa jengkel, berdepan dengan kerenah sebegitu hari-hari. aku pun tak sangka bila dah dewasa macam ni, makin sukar nak ikhlaskan hati, makin susah nak menerima. tak macam masa muda dulu. selalu memaafkan dan menerima.

kekasih, cukup hanya seorang. dia yang selalu ada pada saat-saat aku memerlukan. yang dapat menerima baik dan buruk diri aku. seringkali dia jadi kekuatan buat aku dalam banyak hal. seringkali dia menjadi seorang pendengar, penasihat, dan juga pengkritik dalam tindak tanduk aku. mungkin bila jauh dengan keluarga, aku jadi seseorang yang lain. bila dekat dengan keluarga, aku ada watak yang tersendiri. aku seorang yang pendiam, pemendam, pasif mungkin. tapi dengan kekasih, diam aku akan hilang, aku jadi seorang yang suka bercakap sebab aku tahu dia mendengar :) aku bersyukur ada dirinya dalam hidup ni.

kawan, ramai yang aku kenal sejak dulu sampai sekarang. ataupun yang baru aku kenal. itu pun sekadar mengenal luaran sahaja. ada juga yang cuma kenal di dalam fb ataupun blog. :) macam-macam ragam manusia yang aku dapat lihat bila berkawan. ada yang menyenangkan, menyakitkan, menyedihkan, menggembirakan dan pelbagai lagi perasaan untuk ditafsir. aku mengaku, aku bukanlah seorang kawan yang baik sebab aku kenal diri aku sendiri. aku tak boleh terlalu rapat dengan seseorang sebab akan ada 2 kemungkinan sama ada aku menerima dirinya ataupun aku makin menjauhi dirinya. sebab tu aku tak ramai kawan yang benar-benar aku panggil sahabat. boleh dikira dengan jari. tambah-tambah lagi, pendedahan aku dengan bermacam ragam manusia di sekeliling aku. :) bila aku alami sendiri beberapa perkara, aku terus tersedar. susah nak terima kelebihan dan kelemahan seseorang. yang paling ketara ialah susah nak memahami seseorang. yang aku dapat rasa masa tu perasaan tak suka. mungkin dia tak suka dengan perbuatan atau percakapan aku. perkataan di belakang tu mungkin kerap. aku sendiri tahu situasi tu, dan aku lari dari perkara tu kerana kepercayaan aku dah kurang. aku jadi keliru dengan situasi.

ok lah, sekadar pandangan dan pengalaman sendiri. yang pasti setiap perkara yang berlaku menjadikan aku lebih terbuka dengan hidup ni. semoga sem 6 nanti dapat aku lalui dengan lancar. :) semoga dipermudahkan, insyaAllah :)


Sunday, June 10, 2012

jauh tapi dekat

luahan rasa emy'n at 2:25 AM 0 kata-kata Links to this post
cuti sem ada lagi satu minggu. tujuh hari yang aku bayangkan mesti sekejap je rasa. agak-agak sempat tak nak timang baby dulu? hope sempat la. nanti dah naik cuti mesti terasa-rasa nak balik rumah je. nak balik nanti bukan senang. mesti dah banyak kerja bila naik sem baru ni =.=

semalam, (sabtu) syafiq bertolak dari maktab ke IPG perlis. dah nama pun atlit kan, mesti la terpilih untuk wakil maktab dalam olahraga. kali ni dia main lompat kijang dan 4x400 m. dia kata lari-lari dah tak boleh sangat. tak fit dah. tapi still terpilih untuk lari.  huhu. wat yang termampu ea :) sorry la ye, mungkin kalau aku aktif sukan or atlit macam dia jugak, dia still fit lagi sekarang ni. :P tiap-tiap hari boleh teman jogging, main badminton ke. ni tiap kali keluar takkan miss untuk makan. dan makan lagi. mulanya hari tu dia kata tak nak pergi perlis. tapi dah macam terpaksa bila nama asyik disebut-sebut. last-last kena jadi ketua kontinjen. nahh, risau juga rasa hati kot-kot ada orang pandang-pandang dia kat sana. tapi apa-apa pun, aku percaya pada dia :) kalau tak aku pun pergi sekali katanya. tapi aku tak bagi keputusan awal so ada orang lain dah pergi untuk unit uniform. takpe la, penat kot kena berkhemah dan macam-macam lagi kat sana. sepanjang hari dari 11hb sampai 13hb (penutup). acara atlit ada hari tersendiri. isnin acara lompat kijang, selasa acara relay.. bertuah la, duduk pun dekat asrama. sebelum dia pergi lagi aku dah pesan macam-macam kat dia. aku dah rindu kat dia. bobo yang ada kat rumah ni pun akan rindu dia nanti. hahah :P



bobo ni seekor hamster :) jenis syrian. umur dalam 7 or 8 bulan gitu.. memang dah besar dah. mulanya aku tak rasa nak bawak balik rumah pun. tapi dia kata jaga lah kejap. amik pengalaman jaga. lagipun dia jauh, bila ada bobo ni at least terubat rasa. :P
memang betul pun. terubat la juga sikit-sikit. bobo ni penakut sebenarnya. seawal 5 hari jaga dia memang susah la. aku nak pegang pun takut sebab dah 3 kali kena gigit. bila tukar bedding pun tak pegang dia. bayangkanlah macam mana. kesian bobo :( tapi terima kasih kat bobo sebab jadi teman sepanjang parent aku pergi umrah dulu. tiap kali balik rumah waktu pagi sampai petang, aku akan cakap-cakap dengan bobo, tenung muka dia lama-lama, kacau-kacau dia pakai stick. suapkan makanan kat mulut dia. terhibur la kan. :) tiap-tiap hari aku buat macam tu sebab nak biasakan bobo dengan aku. Syafiq kata dia gigit sebab tak biasa dengan kita. lama-lama ok la nanti. lagipun memang aku ada baca yang hamster ni kena biasakan dengan suara kita dan cara kita layan dia. barulah hamster ni jinak dan tak gigit bila pegang.


dah macam fetus dah gaya tidur bobo :) comel betul. kali kedua tukar bedding, aku still tak pegang bobo. takut kena gigit. so, kena guna baldi sebagai medium supaya bobo tak terlepas, risau dia lari dan menyorok kat mana-mana celah. bila kali ketiga tukar bedding, aku beranikan diri pegang dia. satu, dua, tiga.. pegang badan dan angkat. bobo baik je walaupun macam meronta-ronta sikit. tak menggigit. so, lepas basahkan badan bobo, aku letak bobo dekat kain dan lap badan dia. =) buat syarat je, tak bersabun pun. huhu. lepas dia siap aku masukkan terus dalam sangkar yang dah siap tukar bedding. senang hati tengok bobo bersih. kena rajin tukar bedding seminggu sekali. kalau tak bau tak best. :P



gaya terlentang bobo :) dia memang kuat tido, makan pun kuat. aku suka tengok keletah bobo bila makan. kadang-kadang tu mata lelap tapi mulut mengunyah makanan. yang paling gelihati bila bobo simpan makanan banyak-banyak dalam mulut (dari bekas makanan), pergi kat sudut, keluarkan balik semuanya, lepas tu timbus dengan habuk kayu. tapi tu memang cara tikus. aku rasa kelakar sebab bobo sekor je, tak ada kawan pun. :P comel je. bobo tak boleh ada kawan sebab bobo tak suka. kalau ada nanti siaplah bergaduh sampai mati. sebab tu bobo suka tidur. tak ada yang kacau. bila nak main, bobo akan jadi superman main gayut-gayut dalam sangkar. takpun, bobo gigit-gigit mana-mana bucu sangkar yang dia suka :)


**************************************************************

malam tadi, tengok cerekarama tv3. tajuk cinta bola. teringat kat buah hati yang sememangnya pemain bola. :)  tengok dalam cerita, macam kenal je tempat pelakon ni main bola. macam dekat padang bola yang aku pernah pergi tengok dia main. gigih aku tengok cerita ni sampai habis. nak tengok nama tempat berlakon. padang seri melaka, cheras. gigih juga aku tanya kat dia nama padang tu. memang betul pun, tempat yang betul dengan sangkaan aku. tersenyum sendiri lepas tu. memang sepanjang cerita tu aku teringat kat dia. teringat kat minat dia main bola dari sekolah menengah lagi. teringat dekat kerenah aku dulu yang liat nak tengok dia latihan ataupun ada match dengan mana-mana team. baru-baru ni je la aku rajin jenguk dia main :) lepas dia merajuk tarik muka bila aku tak turun padang, tak cuba penuhi harapan dia. bukan apa, aku fikir bukan satu isu besar pun kalau aku tak ada. dia masih boleh bermain dengan baik dalam apa posisi pun. defense ataupun striker.. tapi aku silap. manusia ni berbeza-beza. dia memang happy bila aku ada sekali. dapat rasa semangat dia dalam football :) aku takkan halang minat dia. sebolehnya aku akan cuba bagi sokongan kat dia..

sekarang ni, dia di perlis. aku di johor. jauhnya utara dan selatan ni. walau macam mana pun, aku masih rasa dekat. ada dalam hati. ada dalam fikiran. boleh mesej dan call bila-bila pun. harap dia baik-baik di sana. tak lupa dekat orang jauh ni :') sentiasa jaga diri. risau kalau injured or apa-apa. nampak dia kuat je. tapi dia je tahu rasa sakit tu. aku pun perasan sebelum cuti lagi dia dah pakai ankle guard. memang dah sakit-sakit kaki sebab latihan hari-hari. harap tak ada apa-apa la. biar cepat habis acara dia, cepat dia rehat dan cepat dia baik :)


p/s: badan dah mula rasa tak sedap. sakit rindu agaknya? huhuh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review