About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Friday, January 27, 2012

random update

luahan rasa emy'n at 1:14 AM Links to this post
salam..

pejam celik pejam celik dah masuk jumaat dah hari ni. means lagi 2 hari kena balik KL. duduk rumah best, tapi tak berapa berkembang, kerja tak jalan.. huhu :P yang dibuat cuma online, makan, kemas rumah dan kemas diri. ni beberapa perkara yang berlangsung waktu cuti..

Johor Premium Outlet
pergi hari Isnin, tapi rasa macam Ahad, punya la ramai orang kat sana.. tempatnya boleh tahan cantik, :) banyak kedai branded yang harga setiap barang rm100 and above. tapi still ada diskaun sampai 70% . boleh la kalau orang yang pentingkan brand pergi shopping kat sana. walaupun barang-barang banyak out-dated, tapi takpe la kan.. mak cakap banyak kasut yang saiz aku.. muahahhah :P sebabnya, semua display banyak saiz 5. dari yang heel tajam macam paku sampailah yang tebal. kalau pergi kedai kasut biasa kat kebanyakan mall punya la susah nak cari kasut yang boleh fit kaki ni.. hehe.. ok, lepas ni boleh pergi lagi bila serius nak beli kasut yang branded.. hahah :P around rm50 kasut-kasut yang terkenan hari tu, tapi tak beli pun bila memikirkan masa-masa nak pakai.

di kedai Nike
kasut sukan. motif? sebab teringat subjek olahraga+joging. hehe. tapi sebab dah beli running shoes hari tu takde la rasa nak beli lagi. kalau tak mungkin dah ambil salah satu kat rak ni.. best2, banyak pilihan dan memang menjadikan mata ni rambang.


act like a lady, think like a man
ni tajuk buku yang sempat beli masa jalan-jalan dekat jusco taman U lepas pergi JPO. walaupun mahal tapi puas hati sebab best baca. =) hehe. lagipun buku dapat simpan & tahan lama kan. 


bahasa yang ringan, mudah dah dapat faham :) hope dapat jadi lebih baik lepas ni, dalam relationship sekali gus dalam hidup ni ^__^


friend's engangement

selamat bertunang buat Ainatul Mardhiah, my classmate. she's the first among us. nikah dalam bulan 3 ni. insyaAllah kalau ada rezeki dapatlah sampai ke kelantan. semoga ikatan yang terbina kekal bahagia dalam rahmatNya ^__^ lepas ni tunggu je la giliran mereka-mereka yang dah sampai jodoh.. hehe..


khabar berita berpindah ke kampus baru

baru kejap tadi baca blog IPG induk yang mengatakan IPG Teknik bakal pindah ke kampus Enstek mulai Ogos 2012. perasaan? tak berapa pasti mengenai perasaan ni tapi rasa seronok kot. bezanya tak ada hiburan macam kat KL ni. hiburan ni maksudnya kemudahan-kemudahan persekitaran. tak ada lagi TS, mid, wayang, dan macam-macam lagi. pengangkutan kat sana pun dengarnya susah nak dapat. tapi fikir positif je la :) mungkin lebih seronok dengan suasana aman n tenang tanpa bunyi kereta dan motor kan. hey, mungkin jugak suasana kat sana nanti macam suasana SAKTI =) senyap sunyi, hijau mata memandang.. hehe.. tak sia-sia ada pengalaman duduk kat sekolah yang agak dalam selama 5 tahun. hope tak terkejut bila pindah nanti. 

heart says

hidup ni banyak pilihan sebenarnya. kita yang mencorakkan sendiri sama ada nak warna hijau ke, biru ke, merah dan macam-macam lagi. hari tu kemas stor, terjumpa surat tawaran uitm tahun 2008 dan buku panduan matrikulasi. akhir sekali ke IPG, dah masuk tahun ke 4 pegang watak sebagai bakal guru ^__^ kalau tak, tak tahulah tercampak dekat mana sekarang ni kan. hehe. sedar tak sedar tinggal lagi setahun untuk habiskan study yang makin lama makin mencabar ni. tak lama lagi praktikum sebulan. hope dapat buat yang terbaik. bila fikir-fikir, semuanya dah diaturkan dengan baik :) dah nak masuk usia 22 september ni, banyak perkara yang kita lagi faham, lagi kenal. tak semua yang kita lalui ni buat kita gembira tapi banyak bagi pengalaman untuk kehidupan yang akan datang :') kena banyak muhasabah diri. 

sejak-sejak ni juga ramai kawan baik yang sebaya, lebih tua or lebih muda yang dah melangkah & bakal melangkah ke alam rumah tangga. terdetik juga dalam hati bila ada beberapa pertanyaan, lagi-lagi sebab dah berpunya kan.. huhuh. tapi senang kata ni semua ketentuan Allah kan. bila Dia kata jadi, jadilah. bila fikir tentang masa depan, banyak je perkara-perkara yang terlintas. yang paling banyak terfikir tentang diri sendiri. mampu ke nak pegang amanah & tanggungjawab yang banyak? sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai kawan dan yang paling utama nanti sebagai isteri.. belum sedia lagi bila mana banyak urusan diri sendiri masih diuruskan oleh orang lain, bangun tidur pun kadangkala lambat mengalahkan orang lelaki =.=, masak pun belum cukup rasa, bergaul dengan orang pun masih kekok lagi.. huhu.. so, masa-masa yang ada ni adalah masa untuk menjadikan diri ni lebih baik..

then, our target is 2014 ^__^ semoga dipermudahkan dan dipelihara. yang penting ayah kata habiskan study tu & kerja dulu. pegang duit sendiri, beli barang-barang keperluan sendiri dulu. lepas tu baru boleh bincang hal-hal ni.. ok, 2 tahun lagi insyaAllah..

Sunday, January 22, 2012

home for a week

luahan rasa emy'n at 11:01 PM 0 kata-kata Links to this post
salam..

akan bercuti selama seminggu sempena tahun baru cina..

rehat-rehat saja di rumah sebelum masuk bulan februari dan siap-siapkan minda dengan kerja-kerja.. huhu

pukul 12 tengahari tadi baru bertolak dari KL. senyap sunyi jugak asrama sebab ramai yang dah balik. jangan tanya kenapa balik ahad.. tu semua kesilapan sendiri tak beli tiket awal-awal.. hehe.. tapi ok la kan dapat merasa duduk asrama waktu ramai yang balik rumah. yang tinggal budak-budak sabah sarawak je. so, balik semula KL nanti konfem hari ahad 29 Jan jam 1 tengahari.

jalan sesak selepas putra mahkota sampailah ke nilai.. >.< lepas tu tak sedar sebab tidur sampailah terjaga bila bas berhenti di R&R Pagoh. lama tidur, sakit kepala.. tengok jam dah pukul 3. bas gerak tadi pun agak lambat dalam 12.25. untung encik abang tu sebab dia dah sampai temerloh n tunggu abah dia jemput. padahal bas dia pukul 1 tau :P ish2.. pukul 4 macam tu baru sampai stesen bas. kali ni along jemput. bila turun bas je nampak dia melintas jalan pergi kedai buku. lepas tu capai phone n klik je nama dia dalam call log. ehh.. asal ada jawapan padahal dia tak pegang henfon pun! =.= aku dok perhati dia sampai dia masuk kedai kot..

"hello, kat mana dah tu?" dalam hati aku dok fikir yang henfon dia misplace ke.. padahal baru kejap tadi mesej beritahu dah keluar highway..

"kat rumah la ni"

"hah, rumah?" ehh.. baru tersedar tu suara pakwe sendiri. hahah.. :P apa la aku ni. salah call rupanya. tu pun lepas beberapa saat baru terperasan :P

hahah.. rasa macam sweet je :P ok takpe, tu maknanya selalu call dia sebab tak pernah tak ada nama dia dalam call log :D

ok lah, have a nice holiday people :)


Sunday, January 15, 2012

warm sunday

luahan rasa emy'n at 12:08 PM 0 kata-kata Links to this post
Salam..

hari Ahad yang sangat tenang. pagi-pagi dapat dengar kokokan ayam, macam suasana rumah rasanya. pagi-pagi dapat mesej dia beritahu nak pegi padang merbok untuk event. ok, pergi la elok-elok ye. dah balik dah pun sekarang ni kan.. hehe. pagi-pagi jugak dapat call dari along beritahu nak datang KL. nak pergi bukit jalil untuk tengok badminton kat sana. kalau sempat, datang sini la kot untuk belanja adik dia makan tengahari or makan petang.. huhu :P tu pun my request, not him.. ala, bukan jauh mana pun bukit jalil ngan cheras ni kan.. tapi tak ada la berharap sangat. angah pun mungkin dah sampai putrajaya time-time macam ni. aihh, syok la masing-masing dah kerja and ada wife. tinggal adik-adik diorang ni haa yang terkontang-kanting belajar lagi.. =.= takpe takpe, tinggal tahun ni and tahun depan je, insyaAllah :)


kemudian layari internet, since minat untuk sosial networking dan online reading bermula sem ni.. macam biasa la fb kan, lepas tu terjumpa page pakar diari hati. best jugak bila baca-baca, tengok wall photos dan terasa nak share plak kat blog.. haha :P

sajak

sifat seorang perempuan


Ah, perempuan...

Kata pujangga mereka seperti angin


Lembutnya melenakan


Ributnya menggusarkan

Adakalanya mereka seperti ibu...


Menyaji kasih, menghidang sayang

Adakalanya mereka seperti anak...


Ingin dibelai, minta dimanja

Sekali-sekala mereka seperti nenek...


Berleter seadanya, merungut semahunya 

Pertama keikhlasan


Kedua kebijaksanaan


Hulurkan simpati, taburkan empati


Kata yang dari hati, akan turun ke hati


Ucapkanlah : "Deritamu, di hatiku"


(Pahrol Md.Juoi, 'Duhai yang Tersayang')



perbezaan lelaki dan perempuan

Perempuan..

senang dipujuk tapi susah memujuk,


senang moody tapi susah mengamuk,


senang berleter tapi susah marah,


senang jatuh hati tapi susah nk mencintai,


senang menangis tapi susah derita,


senang dimengerti tapi susah difahami.

Lelaki ..


susah untuk difahami tapi senang memahami,


susah untuk menyayangi tapi mudah mencintai,


susah untuk memarahi tapi mudah menegur,


susah untuk setia tapi mudah bertahan,


susah untuk menangis tapi mudah tersentuh.



Wednesday, January 11, 2012

tahun ini

luahan rasa emy'n at 9:41 PM 0 kata-kata Links to this post
salam..

masuk hari ni dah lebih seminggu dalam bulan Januari 2012. pejam celik pejam celik dah 11 hari bulan. semalam birthday adik yang ke 15 tapi tak wish or buat apa-apa. Yela, budak asrama kan, no h.phone. just ingat dan terfikir nak belikan hadiah apa untuk budak tu. huhu.. :P tapi tak beli lagi. tak pe la kalau lambat pun.

sepanjang 2011, banyak kenangan pahit dan manis yang berlaku di dalam hidup. semuanya membawa erti yang berbeza-beza. yang menjadikan diri ni makin banyak berfikir, makin banyak berefleksi. rasa macam sekejap je melalui sem 3 dan sem 4. padahal lama sangat sepanjang melalui sem-sem tu. sekarang dah sem 5, ada 3 sem lagi untuk tamatkan belajar ni. can't wait =) macam-macam yang dah dirancang untuk masa depan. cuma tunggu masa untuk mencapai satu persatu. semoga dipermudahkan, insyaAllah.

azam 2012, tak banyak yang ditetapkan. sebab takut tak mampu nak capai, kecewa sendiri kan. cuma, nak lose weight sikit. nak jadi macam dulu-dulu, zaman bawah 50 kg. tapi bukan senang nak turun balik bila dah naik =.=. dulu beria nak naikkan berat, sekarang nak turunkan. salah satu reason, nak jadi fit biar dapat jalani kelas olahraga sem ni dengan baik. harap-harap la tak dapat komen negatif dari lect. sebab memang down sangat kalau macam tu kan.. lagi.. nak naikkan gred untuk sem 5. sem 4 punya result naik sikit je. tetap bersyukur kerana macam-macam dugaan datang tapi dapat lalui semua dengan baik. alhamdulillah =) tahun ni juga, nak happy-happy je. nak jadi lebih memahami pada si dia. tahu dia sibuk uruskan macam-macam hal untuk larian mesra februari ni. hope semua ok ea. maaf kalau tak dapat faham beberapa keadaan = (

di kesempatan ni, nak ucap terima kasih sangat-sangat dekat mak n ayah yang memahami diri ni ^__^ juga buat along, angah n miza. walaupun jauh, tetap ada dalam ingatan ni :')

untuk muhammad syafiq, tQ sebab sudi luangkan masa untuk aku walaupun kamu sibuk kan. sayang kamu .. huhu :PP maaf kalau ngada-ngada dan selalu buat muka =.=

daa, sekian


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review