About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Friday, January 27, 2012

random update

luahan rasa emy'n at 1:14 AM
salam..

pejam celik pejam celik dah masuk jumaat dah hari ni. means lagi 2 hari kena balik KL. duduk rumah best, tapi tak berapa berkembang, kerja tak jalan.. huhu :P yang dibuat cuma online, makan, kemas rumah dan kemas diri. ni beberapa perkara yang berlangsung waktu cuti..

Johor Premium Outlet
pergi hari Isnin, tapi rasa macam Ahad, punya la ramai orang kat sana.. tempatnya boleh tahan cantik, :) banyak kedai branded yang harga setiap barang rm100 and above. tapi still ada diskaun sampai 70% . boleh la kalau orang yang pentingkan brand pergi shopping kat sana. walaupun barang-barang banyak out-dated, tapi takpe la kan.. mak cakap banyak kasut yang saiz aku.. muahahhah :P sebabnya, semua display banyak saiz 5. dari yang heel tajam macam paku sampailah yang tebal. kalau pergi kedai kasut biasa kat kebanyakan mall punya la susah nak cari kasut yang boleh fit kaki ni.. hehe.. ok, lepas ni boleh pergi lagi bila serius nak beli kasut yang branded.. hahah :P around rm50 kasut-kasut yang terkenan hari tu, tapi tak beli pun bila memikirkan masa-masa nak pakai.

di kedai Nike
kasut sukan. motif? sebab teringat subjek olahraga+joging. hehe. tapi sebab dah beli running shoes hari tu takde la rasa nak beli lagi. kalau tak mungkin dah ambil salah satu kat rak ni.. best2, banyak pilihan dan memang menjadikan mata ni rambang.


act like a lady, think like a man
ni tajuk buku yang sempat beli masa jalan-jalan dekat jusco taman U lepas pergi JPO. walaupun mahal tapi puas hati sebab best baca. =) hehe. lagipun buku dapat simpan & tahan lama kan. 


bahasa yang ringan, mudah dah dapat faham :) hope dapat jadi lebih baik lepas ni, dalam relationship sekali gus dalam hidup ni ^__^


friend's engangement

selamat bertunang buat Ainatul Mardhiah, my classmate. she's the first among us. nikah dalam bulan 3 ni. insyaAllah kalau ada rezeki dapatlah sampai ke kelantan. semoga ikatan yang terbina kekal bahagia dalam rahmatNya ^__^ lepas ni tunggu je la giliran mereka-mereka yang dah sampai jodoh.. hehe..


khabar berita berpindah ke kampus baru

baru kejap tadi baca blog IPG induk yang mengatakan IPG Teknik bakal pindah ke kampus Enstek mulai Ogos 2012. perasaan? tak berapa pasti mengenai perasaan ni tapi rasa seronok kot. bezanya tak ada hiburan macam kat KL ni. hiburan ni maksudnya kemudahan-kemudahan persekitaran. tak ada lagi TS, mid, wayang, dan macam-macam lagi. pengangkutan kat sana pun dengarnya susah nak dapat. tapi fikir positif je la :) mungkin lebih seronok dengan suasana aman n tenang tanpa bunyi kereta dan motor kan. hey, mungkin jugak suasana kat sana nanti macam suasana SAKTI =) senyap sunyi, hijau mata memandang.. hehe.. tak sia-sia ada pengalaman duduk kat sekolah yang agak dalam selama 5 tahun. hope tak terkejut bila pindah nanti. 

heart says

hidup ni banyak pilihan sebenarnya. kita yang mencorakkan sendiri sama ada nak warna hijau ke, biru ke, merah dan macam-macam lagi. hari tu kemas stor, terjumpa surat tawaran uitm tahun 2008 dan buku panduan matrikulasi. akhir sekali ke IPG, dah masuk tahun ke 4 pegang watak sebagai bakal guru ^__^ kalau tak, tak tahulah tercampak dekat mana sekarang ni kan. hehe. sedar tak sedar tinggal lagi setahun untuk habiskan study yang makin lama makin mencabar ni. tak lama lagi praktikum sebulan. hope dapat buat yang terbaik. bila fikir-fikir, semuanya dah diaturkan dengan baik :) dah nak masuk usia 22 september ni, banyak perkara yang kita lagi faham, lagi kenal. tak semua yang kita lalui ni buat kita gembira tapi banyak bagi pengalaman untuk kehidupan yang akan datang :') kena banyak muhasabah diri. 

sejak-sejak ni juga ramai kawan baik yang sebaya, lebih tua or lebih muda yang dah melangkah & bakal melangkah ke alam rumah tangga. terdetik juga dalam hati bila ada beberapa pertanyaan, lagi-lagi sebab dah berpunya kan.. huhuh. tapi senang kata ni semua ketentuan Allah kan. bila Dia kata jadi, jadilah. bila fikir tentang masa depan, banyak je perkara-perkara yang terlintas. yang paling banyak terfikir tentang diri sendiri. mampu ke nak pegang amanah & tanggungjawab yang banyak? sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai kawan dan yang paling utama nanti sebagai isteri.. belum sedia lagi bila mana banyak urusan diri sendiri masih diuruskan oleh orang lain, bangun tidur pun kadangkala lambat mengalahkan orang lelaki =.=, masak pun belum cukup rasa, bergaul dengan orang pun masih kekok lagi.. huhu.. so, masa-masa yang ada ni adalah masa untuk menjadikan diri ni lebih baik..

then, our target is 2014 ^__^ semoga dipermudahkan dan dipelihara. yang penting ayah kata habiskan study tu & kerja dulu. pegang duit sendiri, beli barang-barang keperluan sendiri dulu. lepas tu baru boleh bincang hal-hal ni.. ok, 2 tahun lagi insyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review