About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Sunday, January 15, 2012

warm sunday

luahan rasa emy'n at 12:08 PM
Salam..

hari Ahad yang sangat tenang. pagi-pagi dapat dengar kokokan ayam, macam suasana rumah rasanya. pagi-pagi dapat mesej dia beritahu nak pegi padang merbok untuk event. ok, pergi la elok-elok ye. dah balik dah pun sekarang ni kan.. hehe. pagi-pagi jugak dapat call dari along beritahu nak datang KL. nak pergi bukit jalil untuk tengok badminton kat sana. kalau sempat, datang sini la kot untuk belanja adik dia makan tengahari or makan petang.. huhu :P tu pun my request, not him.. ala, bukan jauh mana pun bukit jalil ngan cheras ni kan.. tapi tak ada la berharap sangat. angah pun mungkin dah sampai putrajaya time-time macam ni. aihh, syok la masing-masing dah kerja and ada wife. tinggal adik-adik diorang ni haa yang terkontang-kanting belajar lagi.. =.= takpe takpe, tinggal tahun ni and tahun depan je, insyaAllah :)


kemudian layari internet, since minat untuk sosial networking dan online reading bermula sem ni.. macam biasa la fb kan, lepas tu terjumpa page pakar diari hati. best jugak bila baca-baca, tengok wall photos dan terasa nak share plak kat blog.. haha :P

sajak

sifat seorang perempuan


Ah, perempuan...

Kata pujangga mereka seperti angin


Lembutnya melenakan


Ributnya menggusarkan

Adakalanya mereka seperti ibu...


Menyaji kasih, menghidang sayang

Adakalanya mereka seperti anak...


Ingin dibelai, minta dimanja

Sekali-sekala mereka seperti nenek...


Berleter seadanya, merungut semahunya 

Pertama keikhlasan


Kedua kebijaksanaan


Hulurkan simpati, taburkan empati


Kata yang dari hati, akan turun ke hati


Ucapkanlah : "Deritamu, di hatiku"


(Pahrol Md.Juoi, 'Duhai yang Tersayang')



perbezaan lelaki dan perempuan

Perempuan..

senang dipujuk tapi susah memujuk,


senang moody tapi susah mengamuk,


senang berleter tapi susah marah,


senang jatuh hati tapi susah nk mencintai,


senang menangis tapi susah derita,


senang dimengerti tapi susah difahami.

Lelaki ..


susah untuk difahami tapi senang memahami,


susah untuk menyayangi tapi mudah mencintai,


susah untuk memarahi tapi mudah menegur,


susah untuk setia tapi mudah bertahan,


susah untuk menangis tapi mudah tersentuh.



0 kata-kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review