About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Saturday, March 24, 2012

selesai minggu pertama

luahan rasa emy'n at 11:55 PM Links to this post


salam..

baru minggu pertama bertugas sebagai guru praktikum.. boleh tahan penatnya. ni belum penat tulis RPH setiap hari, buat ABM, rasa cuak bila lecturer nak observe dan kawalan kelas dalam kelas pemulihan. setakat ni baru nak kenal-kenal dengan sekolah, cam muka budak-budak, relief kelas yang tak tahu nak komen macam mana =.= dan pergi balik sekolah je dari pukul 12 sampai 6.30 petang. seminggu 6 hari pergi sekolah, sabtu pun nak kena pergi sekolah jugak (meeting PIBG), minggu depan pun dah kena book sabtu tu untuk kem motivasi tahun 6.

rasa macam nak tulis aktiviti harian sepanjang 5 hari kat sekolah tapi tak ingat la plak >.< haha. nampak sangat la belum ada rasa apa-apa lagi.. yang ingat cuma relief kelas tahun 2 dan 3. lepas tu ada 2 mesyuarat  (PIBG dan LINUS). semua kelas sama je kerenahnya. kelas 3A je boleh dikawal sebab kelas budak pandai. yang lain tu memang makan hati la. dah la muka tak garang. nak buat-buat garang pun tak jadi =.= nak cubit or rotan pun memang tak berani sangat (macam-macam kes zaman sekarang ni) , sikit-sikit tu ada jugak tapi tak sakit pun, makin menjadi-jadi budak tu dalam kelas.. haiyaaa >.< last-last cikgu blah dari kelas macam tu je. jujur rasa down gila-gila. tapi bila fikir balik salah sendiri sebab tak pandai nak tackle budak =.= ohh, perlukan sesuatu untuk berubah.. huhu. lepas tu rasa macam down jugak bila tak dapat bukak lagi kelas pemulihan tu. budaknya dah ada dah. cuma sibuk dengan kerja lain sebab nazir nak datang sekolah minggu depan .. grrrr... tinggal 3 minggu dan lecturer nak observe 3 kali.. @_@

 buku rekod yang masih kosong. tak de rph lagi

perlu kerja lebih kuat.. hati kena tabah & cekal. pengalaman pertama memang banyak bagi pengajaran, bagi diri ni jadi lebih matang dalam bertindak. insyaallah.. semoga dipermudahkan semuanya.


p/s: esemen ku tertangguh =.=! 

Friday, March 16, 2012

family

luahan rasa emy'n at 1:04 AM Links to this post
salam..

susah sangat sekarang ni nak update blog. rasa macam nak tutup je blog ni tapi sayang. sayang sebab kali ketiga tulis padam tulis padam barulah blog ni penuh dengan entri-entri yang macam-macam, yang memang imbau balik kenangan dulu bila baca entri-entri yang lepas =)

ok, back to topic.. aku orang Johor, lahir dan membesar di sini. IC pun Johor. belajar di Johor sampai form 5. then, belajar di KL. pejam celik pejam celik dah 4 tahun di KL. setahun setengah lagi untuk habiskan pengajian ni =) insyaallah dipermudahkan. hari Sabtu lepas, pergi palong 3 Gemas, N9 untuk memenuhi jemputan kahwin cucu tok ngah (adik atok). well, bila sampai topik family, aku excited sikit sebab tak berapa kenal ahli keluarga especially yang dah jauh-jauh. yang aku tahu, bilangan adik beradik & lokasi diorang tinggal. besar jugak la family ni bila ada adik beradik seibu sebapa, seibu lain bapa dan sebapa lain ibu. yang aku tahu, atok n nenek berhijrah dan mastautin kat Johor tahun 1967. mak kata nenek penah pesan, kalau dah kahwin, duduk dekat-dekat sini je. senang bila ada apa-apa, dan berkembanglah keluarga dia kat Johor ni =) walaupun sebenarnya asal dari N9. nenek orang Melaka, ada 2 beradik seibu sebapa dan 3 sebapa kalau tak silap. 

some pictures :



sampai-sampai sana je dah mula nak kompang. baru pukul 1 suku waktu tu. banyak betul versi lagu yang ahli-ahli kompang ni mainkan. =) ni masing-masing 'menghayati' paluan kompang.. huhu



me, orange. adik, peach.. syukurlah nampak cerah bila gambar diambil dalam posisi macam ni. (padahal sunburn lepas KOT hari tu) =P  



smart je pemain kompang siap baju korporat. yang sedapnya lagu-lagu sume dinyanyikan selang seli dengan paduan suara budak-budak dan orang dewasa. tapi memang lama.. rasa macam penat nak dengar. huhu



atok n mak ngah. masa ni baru lepas habis kompang. diorang dah nak gerak balik dah. memang dah adat orang sana bila lepas kompang je tetamu dah surut, dah ramai yang balik. berbeza sangat dengan tempat aku yang mana pukul 2 baru kompang. sampai pukul 5 pun masih ada tetamu yang datang. 



pengantin baru :) cantik dalam ungu gelap ..



atok mihat dan tok ngah mansor =) moga sentiasa diberi kesihatan yang baik olehNya..







baru nak makan. makanan sume boleh tahan sedap. kat sini jugak ada tapai pulut as dessert. kebiasaan di Muar dan Melaka. negeri lain mungkin lain kan? or mungkin ada yang sama jugak..

masa makan, mak cakap pasal induk menot (adik atok). aku tak perasan yang mana satu. well, adik beradik atok ada 6. sorang dah meninggal (kassim, hilang kat laut), yang tahu cuma atok, tok ngah mansor, induk menot dan induk konya.. aku sempat tanya arwah tok kassim tu kahwin ke tak, family dia kat mana.. huhu.. mak kata kat Selangor, kat banting.. hoho.. rupanya ada saudara jauh kat sana walaupun tak kenal. lepas siap makan tu, bergerak pulang ke segamat pulak. tidur rumah mak cik satu malam..



goodbye palong 3. jauh tau nak sampai sini. 4 jam perjalanan dari rumah. =P



haa, ni sebenarnya signboard kat simpang 3 keluar dari jalan tu.. jalan nak ke palong. excited la nampak 'temerloh' tu.. konon macam dekat je kan.. haha



ahad, sebelum balik dari segamat (my sis)


me, nampak macam apa ek? macam matang sangat kot? huhu.. ok tak pe, praktikum nak mula naik cuti ni. so, kena matured =)


sekian untuk entri kali ni ... 

Sunday, March 4, 2012

almost a year

luahan rasa emy'n at 10:34 PM Links to this post
salam..

lama dah tak tulis entry jiwang. lama jugak tak update blog ni, sibuk dengan event since Jan lagi =.= syukurlah dah lepas event tu (larian mesra & KOT) lepas cuti ni berpraktikum la pulak, untuk kali pertama di sem 5 ni =) harap semua baik2 je.

dah masuk bulan Mac 2012. ^__^ rasa gembira. sebab dah nak hampir setahun hubungan aku dan dia. sebenarnya tak ada tarikh yang khusus. saja je letak 9 April 2011 as it was the day that we went out together. alah, before tarikh tu ada je keluar makan sama tapi yang april ni special sikit sebab dua-dua hati tengah berputik kann.. huhu .. starting sebelum KOT 2011, dan sekarang KOT 2012 dah selesai dah pun.. alhamdulillah bahagia =) walaupun macam-macam dugaan yang datang. semua perkara tu buat kami lebih mengenali, lebih berhati-hati.

candid  



Muhammad Syafiq,
thanx for always being here with me ^__^
semua kenangan kita tetap terpahat dari kita berkawan dulu.
setahun sudah masa berlalu, banyak sangat kenangan manis dan juga pahit.
semua tu mengajar kita dalam kehidupan ni..
benar katamu susah nak pupuk rasa sayang terhadap seseorang, bila benda tu hadir kita kena hargai sebaiknya. mungkin suratan kita bila sama-sama perasaan tu mekar.. ^__^ kalau tak, mungkin tak sampai masa macam ni kan..

maaf andainya banyak kekurangan aku..
akan kucuba atasi segalanya =) yang penting kamu bahagia dengan aku..
gembira bila ada aku .. kalau ada apa-apa beritahu tau.. jangan simpan n pendam dalam hati tu
tak nak perkara-perkara yang tak patut berlaku ada dalam life kita.
nak kita sentiasa happy macam sekarang ni


p/s: I love you so much =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review