About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Friday, March 16, 2012

family

luahan rasa emy'n at 1:04 AM
salam..

susah sangat sekarang ni nak update blog. rasa macam nak tutup je blog ni tapi sayang. sayang sebab kali ketiga tulis padam tulis padam barulah blog ni penuh dengan entri-entri yang macam-macam, yang memang imbau balik kenangan dulu bila baca entri-entri yang lepas =)

ok, back to topic.. aku orang Johor, lahir dan membesar di sini. IC pun Johor. belajar di Johor sampai form 5. then, belajar di KL. pejam celik pejam celik dah 4 tahun di KL. setahun setengah lagi untuk habiskan pengajian ni =) insyaallah dipermudahkan. hari Sabtu lepas, pergi palong 3 Gemas, N9 untuk memenuhi jemputan kahwin cucu tok ngah (adik atok). well, bila sampai topik family, aku excited sikit sebab tak berapa kenal ahli keluarga especially yang dah jauh-jauh. yang aku tahu, bilangan adik beradik & lokasi diorang tinggal. besar jugak la family ni bila ada adik beradik seibu sebapa, seibu lain bapa dan sebapa lain ibu. yang aku tahu, atok n nenek berhijrah dan mastautin kat Johor tahun 1967. mak kata nenek penah pesan, kalau dah kahwin, duduk dekat-dekat sini je. senang bila ada apa-apa, dan berkembanglah keluarga dia kat Johor ni =) walaupun sebenarnya asal dari N9. nenek orang Melaka, ada 2 beradik seibu sebapa dan 3 sebapa kalau tak silap. 

some pictures :



sampai-sampai sana je dah mula nak kompang. baru pukul 1 suku waktu tu. banyak betul versi lagu yang ahli-ahli kompang ni mainkan. =) ni masing-masing 'menghayati' paluan kompang.. huhu



me, orange. adik, peach.. syukurlah nampak cerah bila gambar diambil dalam posisi macam ni. (padahal sunburn lepas KOT hari tu) =P  



smart je pemain kompang siap baju korporat. yang sedapnya lagu-lagu sume dinyanyikan selang seli dengan paduan suara budak-budak dan orang dewasa. tapi memang lama.. rasa macam penat nak dengar. huhu



atok n mak ngah. masa ni baru lepas habis kompang. diorang dah nak gerak balik dah. memang dah adat orang sana bila lepas kompang je tetamu dah surut, dah ramai yang balik. berbeza sangat dengan tempat aku yang mana pukul 2 baru kompang. sampai pukul 5 pun masih ada tetamu yang datang. 



pengantin baru :) cantik dalam ungu gelap ..



atok mihat dan tok ngah mansor =) moga sentiasa diberi kesihatan yang baik olehNya..







baru nak makan. makanan sume boleh tahan sedap. kat sini jugak ada tapai pulut as dessert. kebiasaan di Muar dan Melaka. negeri lain mungkin lain kan? or mungkin ada yang sama jugak..

masa makan, mak cakap pasal induk menot (adik atok). aku tak perasan yang mana satu. well, adik beradik atok ada 6. sorang dah meninggal (kassim, hilang kat laut), yang tahu cuma atok, tok ngah mansor, induk menot dan induk konya.. aku sempat tanya arwah tok kassim tu kahwin ke tak, family dia kat mana.. huhu.. mak kata kat Selangor, kat banting.. hoho.. rupanya ada saudara jauh kat sana walaupun tak kenal. lepas siap makan tu, bergerak pulang ke segamat pulak. tidur rumah mak cik satu malam..



goodbye palong 3. jauh tau nak sampai sini. 4 jam perjalanan dari rumah. =P



haa, ni sebenarnya signboard kat simpang 3 keluar dari jalan tu.. jalan nak ke palong. excited la nampak 'temerloh' tu.. konon macam dekat je kan.. haha



ahad, sebelum balik dari segamat (my sis)


me, nampak macam apa ek? macam matang sangat kot? huhu.. ok tak pe, praktikum nak mula naik cuti ni. so, kena matured =)


sekian untuk entri kali ni ... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review