About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Saturday, March 24, 2012

selesai minggu pertama

luahan rasa emy'n at 11:55 PM


salam..

baru minggu pertama bertugas sebagai guru praktikum.. boleh tahan penatnya. ni belum penat tulis RPH setiap hari, buat ABM, rasa cuak bila lecturer nak observe dan kawalan kelas dalam kelas pemulihan. setakat ni baru nak kenal-kenal dengan sekolah, cam muka budak-budak, relief kelas yang tak tahu nak komen macam mana =.= dan pergi balik sekolah je dari pukul 12 sampai 6.30 petang. seminggu 6 hari pergi sekolah, sabtu pun nak kena pergi sekolah jugak (meeting PIBG), minggu depan pun dah kena book sabtu tu untuk kem motivasi tahun 6.

rasa macam nak tulis aktiviti harian sepanjang 5 hari kat sekolah tapi tak ingat la plak >.< haha. nampak sangat la belum ada rasa apa-apa lagi.. yang ingat cuma relief kelas tahun 2 dan 3. lepas tu ada 2 mesyuarat  (PIBG dan LINUS). semua kelas sama je kerenahnya. kelas 3A je boleh dikawal sebab kelas budak pandai. yang lain tu memang makan hati la. dah la muka tak garang. nak buat-buat garang pun tak jadi =.= nak cubit or rotan pun memang tak berani sangat (macam-macam kes zaman sekarang ni) , sikit-sikit tu ada jugak tapi tak sakit pun, makin menjadi-jadi budak tu dalam kelas.. haiyaaa >.< last-last cikgu blah dari kelas macam tu je. jujur rasa down gila-gila. tapi bila fikir balik salah sendiri sebab tak pandai nak tackle budak =.= ohh, perlukan sesuatu untuk berubah.. huhu. lepas tu rasa macam down jugak bila tak dapat bukak lagi kelas pemulihan tu. budaknya dah ada dah. cuma sibuk dengan kerja lain sebab nazir nak datang sekolah minggu depan .. grrrr... tinggal 3 minggu dan lecturer nak observe 3 kali.. @_@

 buku rekod yang masih kosong. tak de rph lagi

perlu kerja lebih kuat.. hati kena tabah & cekal. pengalaman pertama memang banyak bagi pengajaran, bagi diri ni jadi lebih matang dalam bertindak. insyaallah.. semoga dipermudahkan semuanya.


p/s: esemen ku tertangguh =.=! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review