About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Sunday, April 15, 2012

the only one

luahan rasa emy'n at 12:57 AM
salam..

sangat-sangat rindu kat mak ayah. sangat-sangat. last jumpa cuti seminggu bulan 3. lepas tu dah sibuk dengan praktikum sebulan. bila dah habis praktikum, esemen plak ambil tempat. fikir-fikir macam nak balik je semalam, tapi ada pembentangan hari isnin. memang kena berbincang dengan partner. terpaksalah tangguhkan hajat. sabtu & ahad depan ada KOAM, sabtu depan lagi ada ujian KOAM.. hwaaa. habis dah April masa tu. bulan 5 kena balik jugak.. mesti! kalau masa awal-awal dulu sebulan sekali mesti balik rumah. sekarang ni susah nak macam tu =.=

pagi tadi, tidur balik pukul 7. dalam tidur tu sempat mimpi ada kat rumah =( memang aku tau tu mimpi. tapi rasa betul. bukak mata je ada dalam bilik, lepas tu bangun pergi dapur nampak mak tengah masak. ayah duduk kat meja buat kerja dia.. dalam mimpi sempat lagi aku kata kat diri sendiri. bangunn..bangunn.. tapi tak daya nak bangun. sampailah 5 minit rasanya, mampu gerakkan kaki (pusingkan badan) dan tersedar. ada kat asrama lagi :(  

with ayah


with emak

mak,
 saja nak tulis yang mimin rindu kat mak.. mungkin tak terucap dengan kata-kata tapi ketahuilah tak pernah pun hati ni lupakan mak.. bila hidup kat tempat orang ni, lagi la selalu fikir pasal rumah. mesti tak tinggal makan, mesti teratur waktu tidur, mesti macam ni, mesti macam tu.. :') semuanya sebab ada mak. satu-satunya insan yang lahirkan diri ni, yang jaga diri ni sampai sekarang. walaupun bukan depan mata, yang pastinya mimin tahu doa mak sentiasa mengiringi hari-hari :') dari umur 13 lagi mak dah lepaskan mimin sekolah asrama kan. maknanya dah 9 tahun diri ni membesar jauh dari mak. balik kejap-kejap. masa tu la perasan mimin putih ke hitam ke.. gemuk, kurus n macam-macam lagi.. hehe.

mak,
masa kecik-kecik dulu, mungkin mimin lagi rapat dengan ayah. tapi bila dah ada adik, dah makin besar lebih rapat dengan mak. mak yang selalu marah-marah, yang selalu bebel, yang banyak bagi cadangan n macam-macam lagi. tu semua tanda mak sayang kan. you want me to be a person. sekarang ni nak ikut jejak ayah dah. jadi cikgu jugak satu hari nanti, insyaAllah :') mak pernah cerita zaman mak dulu, yang sangat beza dengan sekarang ni.. mimin akan ingat sampai bila-bila. bersyukur bila sekarang ni tak susah macam dulu. bersyukur bila diri ni masih belajar untuk masa depan yang cerah insyaAllah.. bersyukur dikurniakan mak, ayah dan adik beradik yang lain yang sekarang ni masih berusaha untuk bahagiakan mak dan ayah nanti :)

mak,
terima kasih sebab selama ni mak jaga mimin dengan baik. walaupun sekarang ni mimin banyak buat keputusan sendiri, mak tetap terima walaupun kadang-kadang mak marah. mimin tahu tu maknanya mak risau, mak sayang. terima kasih sebab sentiasa jawab call walaupun pernah call malam-malam masa mak dah tidur. tapi sekarang ni dah jarang sikit. ikut masa, mimin tak mahu ganggu mak buat kerja, ganggu mak makan pukul 9 malam.. hehe.. terima kasih sebab mak sentiasa bertanya khabar, tanya pasal duit, pasal cuti n macam-macam lagi. mimin tahu mak tak nak anak dia rasa susah duduk kat tempat orang. mimin juga tahu mak nak anak dia ni belajar berdikari. sebab tu mak percaya mimin boleh survive belajar dekat KL kan.. mak dah bina satu perasaan dalam hati ni sejak umur 13 tahun lagi. sejak mak percaya mimin boleh berdikari sorang-sorang. sebab tu mak tak risau bila posting nanti dapat Sabah or Sarawak :P tapi tu semua rezeki.

mak,
terima kasih sebab bekerja dan bantu ayah. bila kerja, mak dapat senangkan anak-anak. bukan bermakna susah kalau mak tak kerja, tapi sekurang-kurangnya dapat ringankan perbelanjaan, mak dapat belanja apa-apa yang mak dan anak-anak yang lain nak. walau macam mana pun mak dan ayah tetap tak manjakan mimin dan adik beradik lain dengan kemewahan. semuanya serba sederhana, semuanya kena hasil usaha sendiri. sampai bila-bila pun mimin takkan lupa cerita ayah. zaman dia belajar, zaman dia jejak kaki ke universiti.. masih ingat lagi ayah cerita pergi daftar sorang-sorang naik bas :') tak ada pun keluarga yang hantar. dengan cerita-cerita macam tu mimin tahu ayah nak mimin sentiasa bersyukur bila ada mak ayah yang sanggup hantarkan ke KL masa mendaftar dulu. mak dan ayah tak nak mimin susah tapi tak nak terlalu senangkan. tak nak anak dia jadi terlalu manja dengan kesenangan kan :)

mak,
mimin minta maaf selama hidup ni ada tersilap kata, terkasar dengan mak. minta maaf kalau tak dengar cakap mak, tak ikut apa yang mak suruh buat. sesungguhnya mak adalah yang terbaik dalam hidup ni. kurniaan Allah yang tak ternilai buat diri ini yang bergelar anak :') mimin bersyukur bila tak pernah ada anak mak (termasuk diri ni) yang marah-marah sampai tengking mak, atau kata mak yang bukan-bukan. semuanya sebab asuhan dari kecil yang membentuk kami 4 orang. mak lah yang paling cantik, paling baik, dan paling lembut hati dalam besarkan empat orang anak mak. yang pernah dulu menangis sebab risaukan anak-anak. semuanya sebab hati seorang mak. alhamdulillah anak-anak mak semua sedang menuju kejayaan insyaallah. along dah kerja jadi jurutera, angah jadi MA. mimin bakal cikgu, dan miza baru nak PMR tahun ni =) yang pahit dulu akan manis akhirnya. InsyaAllah. semuanya Allah dah aturkan dengan baik. tak lama lagi mak bakal timang cucu sulung kan. :) semuanya rezeki dariNya

mak,
6 April lepas ulangtahun lahir mak yang ke 52 =) mimin sayang mak selamanya, dunia dan akhirat, tetap satu-satunya insan yang mengandungkan, melahirkan, dan membesarkan. tak terbalas jasa mak selama hidup ini. semoga mak sentiasa diberi kesihatan yang baik. dipermudahkan setiap urusan, diberi ketenangan dan kesejahteraan dalam hidup. semoga mak dapat melihat kejayaan anak-anak mak nanti. tak lama lagi mak nak bersara dah. sama-sama dengan ayah kan. semoga mak dapat apa yang mak impikan nanti. nak pergi jalan-jalan sokmo. hehe.. mak layak dapat apa yang mak mahukan sebab dah jalankan tanggungjawab mak dengan baik terutamanya sebagai seorang ibu dan seorang isteri yang baik pada ayah :)


p/s : mungkin mak tak baca post ni. saja tulis sempena hari lahir mak 6 hb lepas. tapi takpe la. siapa-siapa yang baca ni mesti lahir dari seorang insan yang bergelar mak kan =) sayangilah mak selamanya. kita tak mungkin lahir ke dunia kalau tiada dia dengan izinNya. sesungguhnya keredhaan Allah terletak atas keredhaan ibu bapa kita ^__^ insyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review