About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Tuesday, April 3, 2012

sudah minggu ke3

luahan rasa emy'n at 1:13 AM
salam..

sedar tak sedar dah masuk minggu 3 praktikum ni. minggu depan dah nak habis dah =) tak sabar nak habis praktikum.. kurang sikit beban harian nak fikir nak mengajar apa kat budak-budak ni. susah tau nak fikir untuk 3 kumpulan sekali gus. lembaran kerja macam mana? aktiviti pengukuhan nak buat apa biar budak-budak enjoy sambil  belajar, nak mengajar pakai bbm apa? biar budak-budak cepat dapat.. induksi nak macam mana? penutup plak best ke tak.. huhu.. susah.. nak2 bila dah terbiasa buat kerja last minit. well, minggu 2 berjalan lancar dan rasa sekejap je dah habis. maklumlah, tak ada kelas relief. mengajar pemulihan tahun 3 pun mula hari Selasa. Hari tu jugak lect datang meng'observe'.. alhamdulillah ok je. overall sederhana je. hope observe last nanti dapat tingkatkan markah dari yang first ni.

budak-budak dalam kelas pun dah banyak mulut :P dulu masa observe je kemain lagi baik diam. jarum jatuh pun boleh dengar tau korang ni.. huhu.. apa-apa pun janganlah degil sangat ea. cikgu boleh migrain lepas ajar korang, lagi-lagi bila korang lambat dapat. cikgu kena ajar cara lain, buat permainan lain.. (tu la, main dam ular pun tak berapa nak reti korang ni =.=!) jangan sampai jadi marah sangat-sangat and termenangis depan korang sudah la >.< huhuh..

minggu ni dah mula balik kelas relief. sekarang ni tak mau dah stress bila masuk kelas budak tak mau dengar. sebab ada je yang memang dengar cakap kita ^_^ (positif) macam tadi, buat origami arnab. ramai je yang memang minat walaupun ada yang degil keras kepala main lari-lari dalam kelas =.= untuk esok and lusa, mesti banyak relief sebab ada pertandingan bola sepak. ramai cikgu yang tak ada >.< . hopefully ok je, xmahu mood rosak sebab masuk kelas budak-budak tak anggap kita wujud dalam kelas tu.. kalau tak melukis, mungkin nak buat origami lagi dalam kelas.. hahah :P yela, relief subjek yang memang tak ada masa belajar sekolah rendah dulu.. (pend. kesihatan, dunia sains teknologi & sivik kewarganeraan) nak buat aktiviti apa pun tak tau =.= kalau BM ke BI mungkin boleh buat ejaan kan ..


dah terisi dah rph ni :) yeay!. tapi lambat membuatnya =.=


p/s : hari Khamis ni guru pembimbing plak nak observe.. hope baik-baik je :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review