About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Saturday, April 21, 2012

tak perlu

luahan rasa emy'n at 1:33 AM
tak perlu selalu berasa betul,
kerana bila kau melakukan kesilapan, kau takkan pernah terima kesilapan tu
dan tetap memenangkan diri sendiri

tak perlu selalu di hadapan,
kerana bila kau di belakang, kau takkan pernah bersyukur dengan dugaanNya
sedangkan Dia yang mengatur semua kehidupan kau

tak perlu selalu menghina orang,
sebab bila sekali kau dihina, kau terasa sampai ke mati
sedangkan itu mungkin balasan untuk menyedarkan kekhilafan kau selama ni.

tak perlu selalu bangga diri dengan kelebihan yang ada
kerana bila ternampaknya kelemahan, kau tetap mahu membangga
sedangkan sudah terang lagi nyata manusia tu tetap lemah.

tak perlu selalu berbangga dengan kemewahan yang ada
jika sumbernya kau tak peduli dari apa
kerana kemewahan tu bukan penjamin di kehidupan sana

       **********************************************************
perlu sentiasa bersyukur walaupun dihina, walaupun banyak perkara yang tak baik berlaku dalam hidup. tu semua dah tersurat, semuanya ujian dari Dia yang maha mengetahui segala-galanya. tak rugi pun bila merendah diri serendah mutiara di lautan. tak rugi pun berdiam diri bila berdiam itu lagi baik dari bertutur yang punya banyak kesalahan. bila diam, otak akan lebih berfikir. ambil lah kesempatan untuk muhasabah diri. bukan kesempatan untuk menyimpan dendam. jangan selalu mengata orang ibarat kau tu lebih baik dari mereka. sedangkan kau juga manusia, yang sering melakukan kesilapan..

 moga manusia itu berubah, hidup di dunia ni tak selama mana yang kau jangka.. tak seindah mana yang kau mimpikan. aku berbicara sebagai seorang manusia, walaupun usia ini tidak sama, tak bermakna aku tak layak berkata-kata. mungkin banyak yang aku diamkan, tu mungkin sebab aku hormat. sebab kau lagi tua, perasaan kau lagi kecil dari perasaan aku. bila tercuit sikit, dah mula melatah satu dunia. padahal yang sepatutnya, kau insafi diri semula. kau lagi tua dariku, lagi banyak pengalaman yang kau tempuh. tapi kenapa kau tetap bongkak? kau tak fikir ke yang perkara tu terjadi atas alasan yang baik? yang kau tau hanya menjatuhkan, hanya mengutuk, menjaja cerita yang takkan habis di merata-rata.. bagusnya cara itu, menunjukkan kau hebat di mata dunia..

terima kasih kerana banyak menunjukkan diri yang sebenar kini. walaupun kita dah sangat lama kenal. dari umurku sehari hingga ke 22. banyak kelemahan jua kelebihan yang sudah diketahui. tapi tak kusangka bila makin tua begini, makin rancak kau berkata-kata. tapi aku tak salahkan kau, mungkin semua dah takdirNya. kerana Dia yang memberi kehidupan kepada kita, Dia yang membawa kita sampai ke tahap begini. sudahlah, aku dah muak dengan kata-kata yang sebegitu. apa yang kau ada? harta, kemewahan, kerja, keluarga? yang aku tau mati itu tetap berseorangan juga. tak membawa apa-apa pun harta di dunia.



p/s : sekadar luahan rasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review