About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Tuesday, May 29, 2012

babysitting

luahan rasa emy'n at 9:08 PM Links to this post

usia sehari




usia dua bulan =)





 

ni cucu mak long yang ke-8. nama dia Zara Qasryna binti Azahary. lahir 18 Mac 2012. comel kan? since her mama dah masuk kerja, dan aku pun cuti sem 3 minggu ni, dapatlah peluang nak tolong jaga. hehehe.. lagipun, parent aku tak ada sekarang ni kan, buat umrah sampai 6 Jun. 

bila jaga baby ni, perlukan kesabaran :) seronok betul, dapat pengalaman walaupun sedikit.. insyaAllah dalam beberapa hari atau minggu akan dapat anak buah sendiri.. ^_^ due date kak lela (wife angah) 21 Jun. tapi harap-harap cepatlah sikit. 17 Jun aku dah kena balik KL untuk mula sem 6. hope dalam minggu depan ke. yang penting bulan 6 la kan.. sama dengan angah juga..


Monday, May 28, 2012

jemputan kahwin

luahan rasa emy'n at 5:02 PM Links to this post

ni kak halimah, :) salah seorang adik beradik angkat masa pergi program anak angkat november 2011 kat kedah. orang kluang jugak. so semalam, sempat pergi dengan cousin. tapi yang kurang best bila mak ani, ain, abg yen and his sis dah balik. katanya kereta ada prob, pergi bengkel untuk repair sebelum balik kedah.

alang-alang dah ada situ, mesej ain, tanya kat mana. syukurlah masih di kluang lagi. pakat-pakat ngan kazen jom pergi bandar jap. niat dalam hati nak jumpa mak. =) masa nak balik dari rumah kak halimah, pengantin pun sampai, tunggu la sekejap sampai habis kompang..

gambar-gambar..







sama cantik sama padan..


dalam perjalanan nak pergi jumpa mak, boleh pula tersalah faham tempat. padahal dari kecik dok sana.. huhu. maklumlah, nak ke bandar ni dalam 40 minit. jadi, bukan selalu ke bandar pun. lagi-lagi bila kita tanya dengan orang yang baru datang tempat ni kat mana destinasi diorang kan.. :P apa-apa pun, syukur sangat dapat jumpa. insyaallah panjang umur akan ke Kedah lagi. 



 dari kiri: abg yen, mak, aku, ain dan adik abg yen
terima kasih sebab menunggu.

gambar tepi jalan je.. :P buat kenang-kenangan . untuk mak, terima kasih bagi ole-ole dari kedah :) kita tak sediakan apa-apa pun.. insyaallah panjang umur kita jumpa lagi =') 

p/s: mak kata tak ingat muka aku yang mana satu.. huhu.. xpe la, nanti upload gamba ni kat fb, boleh la mak tengok nanti. ok, teringat dekat tapai susu yang mak buat dulu,, nanti nk cari tapai kalau jumpa. makan dengan susu cair :)

bermula cuti sem

luahan rasa emy'n at 4:39 PM Links to this post
salam..

saja bosan-bosan, terasa nak taip entri baru. tak ada apa sangat pun, cerita kosong sepanjang cuti yang dah berlalu selama 3 hari. ada banyak hari lagi sampai 17 Jun.

khamis, 24 Mei.. last paper exam sem 5. habis pukul 5 petang. petang tu juga gerak balik Johor sebab hari jumaat tengahari hantar mak dan ayah pergi Johor. diorang menunaikan umrah sampai 6 Jun. dengan adik sekali. dia tak sempat balik rumah pun sebab hari jumaat tu ada paper sains. maklumlah budak nak PMR tahun ni :P. dalam perjalanan ke Johor, ambil adik sekali kat sekolah dia, terus bawa ke Johor. dalam pukul 4 baru la bas yang bawa rombongan umrah ke Singapura (changi airport) gerak. lepas tu along, angah, kakak-kakak ipar dan aku pun pergi plaza angsana. jalan-jalan cuci mata. along cuci dompet.. haha.. kat sana pegi kedai kamera. tiba-tiba je kamera nikon ni rosak bila try pagi tu. =.= . memang dah sampai masa kot. pasrah je la. huhu. nak repair sampai 200-300 ringgit. baik beli kamera baru je. tapi nanti-nanti je la. guna kamera handphone pon ok..



menu petang tu kfc :P 



ni skuad perodua era. teruja bila jumpa diorang ni. alang-alang dah nampak, along nak stop situ, nak dengar soalan. dapat la jugak jawab beberapa soalan yang disoal diorang ni. aku memang tak menjawab pun. bukan dengar radio sangat kan..


sampai rumah dekat pukul 8 malam. angah balik dulu dah. pagi sabtu dan ahad masih ada orang lagi. tapi hari ni (weekdays) aku je la yang ada kat rumah.. huhu. tak pe la, malam-malam tidur rumah sebelah. pagi-pagi balik rumah, bagi ayam n ikan makan.. kemas rumah dan buat apa-apa yang patut :P minggu  depan je 6 Jun. diorang balik dah.. :))

Saturday, May 26, 2012

selamat menunaikan umrah

luahan rasa emy'n at 1:01 AM Links to this post


25 Mei, hantar mak & ayah ke Johor. mereka akan menunaikan umrah selama 2 minggu. dengan adik sekali. :') semoga mendapat umrah yang mabrur, dipermudahkan setiap urusan umrah dan diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di sana.

diorang sekarang ni dekat Colombo (transit) terbang dari Changi petang tadi . esok akan menuju ke destinasi.. =) 

p/s: tak ada gambar sama-sama. =.=

Saturday, May 19, 2012

ujian silat

luahan rasa emy'n at 12:16 PM 1 kata-kata Links to this post

salam,

tahun ni dah masuk 3 tahun belajar silat. sejak 2009 dah join. dari bengkung putih, biru, coklat dan sekarang dah kuning. maknanya lepas ni hijau, merah dan paling tinggi sekali hitam. tapi tak pastilah boleh sampai merah ke tak sebab tahun depan dah pindah Nilai kan. 

esok, 20 hb. ada ujian silat untuk naik hijau :P ohhh, sangat-sangat tak percaya yang esok ujian dah. bila bersilat rasa macam tak cukup ilmu lagi walaupun benda tu dah ulang-ulang banyak kali .. tapi tak pe la kan, belajar pun seminggu sekali je. dimaafkan lagi kalau lupa. banyak lagi benda lain nak kena ingat.. hahah..

sangat-sangat tak boleh blah bila setiap step tu nak kena tulis apa yang perlu dibuat.. huuhuh. siap bawak buku pergi latihan, tulis step sebab nak baca balik bila nak buat pergerakan. orang lain pakai handphone je rakam, kita ni je nak guna tradisional main tulis-tulis :P. maklumlah makin naik bengkung makin banyak yang nak kena buat, makin berseni setiap pergerakan dia. rasa kalau masuk menari memang lawa lahh.. :P ehemm..

bunga & jurus - 14 step tiap satu


left - buah pukulan (5 jenis)
right - tapak 4 (banyak langkah)

tempur , semua ada 3 ( in 1)
tak abes tulis sebab tak ingat..

susah tak susah la kan, dah namanya belajar memanglah terasa susah. tapi semua ni ilmu dan yang paling penting dapat pengalaman. lagipun dapat kenal ramai orang, dapat pergi tengok orang sparing, best best. mungkin satu masa nanti kita akan gunakan ilmu ni pula dalam hidup kan. siapa tahu? tak pun anggap sebagai satu riadah untuk keep healthy  =) 

esok, kena mula pergerakan dengan bunga, jurus, (individu) buah pukulan, tapak empat, main seni, dan tempur (pair) . harap dapat buat semua dengan baik. dapat markah lulus 70 ke atas pun ok la kan. dapat la merasa bengkung hijau lepas tu..

bila fikir-fikir balik, tak tahulah macam mana boleh join silat ni. mungkin masa kecil dulu nampak along masuk silat, pergi tengok dia bersilat ramai-ramai kat dataran, tengok dia main parang masa bersilat di sekolah dia. sampai la bengkung dia yang paling atas sekali sama tahap dengan jurulatih. tapi lepas tu dia dah tak bersilat lagi sebab dah masuk U. mungkin dari dia aku dapat semangat nak join. nak tau apa sebenarnya pergerakan-pergerakan ni. memang semua pergerakan ada maksud. bezanya, along silat gayung dan aku silat gayung fatani. pergerakan berbeza, bengkung pun beza.. tapi tujuannya tetap sama iaitu untuk mempertahankan diri :)


goodluck untuk semua yang ambil ujian esok :) sama-samalah kita naik bengkung baru. 

Sunday, May 13, 2012

final exam sem 5

luahan rasa emy'n at 11:18 AM 0 kata-kata Links to this post
salam..

final exam datang lagi buat kali ke5.. :P lagi 3 kali exam je lepas ni..


15 Mei 2012 - budaya dan pembelajaran - EDU 3106
16 Mei 2012 - kaedah pemulihan matematik - PKP 3110
22 Mei 2012 - isu dan trenda dalam pend. pemulihan - PKP 3111
23 Mei 2012 - pentaksiran Bahasa Melayu sek rendah - BMM 3103
24 Mei 2012 - mengajar nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus - MTE 3109


semoga dapat menjawab semua paper dengan baik dan cemerlang :))
fuhhhh.. makin naik sem makin mencabar rasanya..
semoga dipemudahkan.. insyaAllah..

p/s : doakan kejayaan bersama ^__^



eleven hints for life

luahan rasa emy'n at 10:53 AM 0 kata-kata Links to this post
  1. It hurts to love someone and not be loved in return. but what is more painful is to love someone and never find the courage to let that person know how you feel.
  2. A sad thing in life is when you meet someone who means a lot to you, only to find out in the end that it was never meant to be and you just have to let go.
  3. The best kind of friend is the kind you can sit on a porch swing with, never say a word, and then walk away feeling like it was the best conversation you've ever had.
  4. It's true that we don't know what we've got until we lose it, but it's also true that we don't know what we've been missing until it arrives.
  5. It's takes only a minute to get a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone, but it takes a lifetime to forget someone.
  6. Don't go for looks, they can deceive. don't go for wealth, even that fades away. go for someone who makes you smile because it takes only a smile to make a dark day seem bright.
  7. Dream what you want to dream, go where you want to go, be what you want to be. Because you have only one life and one chance to do all the things you want to do.
  8. Always put yourself in the other's shoes. if you feel that it hurts you, it probably hurts the person too.
  9. A careless word may kindle strife. A cruel word may wreck a life. A timely word may level stress. But a loving word may heal and bless.
  10. The happiest of people don't necessarily have the best of everything they just make the most of everything that comes along their way.
  11. Love begins with a smile, grows with a kiss, ends with a tear. when you were born, you were crying and everyone around you was smiling. live your life so that when you die, you're the one smiling and everyone around you is crying.


original post ---> 
 https://plus.google.com/u/0/103130564210779910919



Sunday, May 6, 2012

rindu!!

luahan rasa emy'n at 12:57 AM 5 kata-kata Links to this post


rindu, baru 2 hari tak bersua. baru 2 hari masing-masing jauh. =) aku ada lagi 2 hari bersantai di rumah sedangkan dia dah balik KL esok. padahal dia baru je balik kg tengahari tadi.. tak sampai tempoh 24 jam dia ada kat rumah. semuanya sebab ganti kelas hari sabtu, dan BIG dia Isnin ni. kemudian paper PJM dia hari Selasa. =.= pack betul jadual dia. harap kepulangan aku hari Selasa nanti tak ganggu masa dia dah ^__^ nak bawakkan kek bagi dia makan.. 

serius aku rindukan dia. semua tentang dia. bila jauh macam ni, nak merajuk pun tak jadi. nak marah pun fikir banyak-banyak kali. mungkin sebab aku ada satu habit yang mana aku akan tarik muka bila tak puas hati, bila marah n bila merajuk. bila jauh, tak dapat tunjuk muka kat dia.. hahah.. :P yang pasti aku tak tahu muka aku macam mana masa tu,, tapi ayat yang dia selalu cakap bila aku merajuk macam ni..

"haa, cakap sikit majuk, cakap sikit majuk. muncung muncung" =.= padahal aku rasa mulut aku tak muncung pun masa tu.. :P

"hish, suka buat muka macam tu la, nyampah tau" walaupun agak kasar tapi aku tak rasa apa-apa pun. mungkin sebab sepanjang kami berkawan, banyak perbualan yang agak lepas dan jadi diri sendiri.

" marah la tu"
" tak la, mana ada marah"
" ala, dah kenal sangat muka tu" sambil tarik hidung :P 

lepas tu, hilang semua rasa marah. hihi. hatta dalam telefon pun, dia dapat kenal nada suara aku bila aku happy, sedih, or marah  =) bila dua-dua degil, dia dulu yang redakan. walaupun aku dapat lihat dari matanya perasaan marah dia pada aku. dia yang banyak mengalah dalam bab-bab macam ni. tu yang buatkan aku sangat hargai dia. mungkin sebab dia abang. ada 3 orang adik yang menjadikan dia seorang dewasa dalam melayan kerenah aku yang macam-macam. sedangkan aku masih dalam usaha nak belajar memujuk :P

lagi satu perkara yang dia suka tanya.. aku pun suka tanya lately ni.

" sayang aku x? " tiba-tiba je tanya walaupun tengah berjalan, kat dalam lrt ke, masa tengah makan, dalam telefon.. tak kira tempat n masa. tapi aku tak jemu pun. tetap aku jawab =) sebab aku tau perkara macam tu la yang boleh terbitkan senyuman. bukan di bibir je, tapi hati pun tersenyum jugak.  

kadang-kadang dia jadi macam budak kecil, inginkan perhatian dan kemanjaan. kadang-kadang jadi dewasa, terlalu melindungi dan matang dalam memberi nasihat dan kata-kata. ye, dia seorang penasihat yang baik. semuanya penuh dengan logik, tak bercampur dengan emosi yang sememangnya orang perempuan kuat emo =.= kadang-kadang perkara yang aku tak minta pandangan pun dia bagi pandangan jugak :) tapi tak apa, yang penting aku dah lega bila dah kongsi cerita dengan dia. dia juga la yang sanggup tunggu aku 30 minit semata-mata nak temankan sampai stesen bas. 

" ingatkan nak teman macam dulu-dulu" aku teks dia sebelum gerak ke stesen bas.

dengan seluar slack n kasut kulit tak sempat balik rumah nak tukar, tolong bawakkan beg terus teman aku sampai stesen bas. naik lrt pergi sana.

"betul ke nak teman ni?" 
" yela, nanti kang merajuk. baca mesej tadi dah tahu dah dia ni"
" ala, mana ada majuk-majuk"
" yela.. macam la tak kenal sayang aku ni macam mana" 

terus terpujuk hati. =)  senang betul aku jadi cair bila ada dia. pandai dia meneka setiap perbuatan aku. 

**********************************************************************************

" yang, hope 'M' tak datang balik kat kamu" 
" haha, hati aku ada kat abang dah. aku tak risau :)"
" hati aku jugak :)"

M cuma cinta zaman sekolah. M yang aku bicarakan sebelum ni memang seorang yang penting tapi sekarang tak lagi. aku dah punya sesuatu yang aku pasti dalam hati =) dah lama aku lepaskan M pergi dari hidup aku sejak aku yakin dengan dia. sebab aku tahu peritnya mengharap pada insan yang tak sudi terima diri ini. dia pun tahu tentang M, aku ceritakan masa pra dulu. ada masalah dengan M pun aku cerita pada dia. entahlah, mungkin sebab aku selesa dengan dia. dia seorang pendengar yang baik pada aku =) 

hmm.. rindu ni takkan hilang selagi aku tak jumpa dia, tak cakap depan-depan, tak tatap wajah dia.. :) 

Wednesday, May 2, 2012

cinta seorang teman

luahan rasa emy'n at 5:16 PM Links to this post



Dulu engkau kukenali
Tak pernah ku sedar
Dari mata yang memandang penuh pengertian
Tapi saat itu telah berubah
Di persimpangan usia
Antara kita tak mampu lagi
Berselindung dengan alasan


Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua

Namun apakah erti bila
Keinginan terlanjur
Lalu menganggu kala dirimu
Selalu ada disisi


Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu


Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua

Namun apakah erti bila
Keinginan telah terlanjur
Lalu menganggu sanubariku


Ku cuba bayangkan waktu dulu
Gurau senda serta pujukan mu
Puisi indah menyatakan kata rinduku


Masa yang berlalu meragui
Seluruh harapan muncul kini
Mengapa dan bertanya di mana kesudahan kita


Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu


lagu cinta seorang teman by bob AF. lama dah tak dengar lagu ni. dulu macam femes jugak kan lagu ni. tiba-tiba semalam berkumandang plak lagu ni masa shopping kecil-kecilan di giant viva :) sweet betul rasa. tapi tak cakap pun kat dia yang lagu ni sweet. dengar sendiri sudah. huhu. mendalam sungguh lagu ni macam masa bulan Mac & April 2011 dulu..

mulanya nak pergi jusco je. ride to jusco tapi bila hari dah menunjukkan nak hujan, tukar naik keta. fikir-fikir ke tesco saja. lagipun tesco lebih murah berbanding jusco kan. tak beli apa sangat pun. beli sangkar baru untuk hamster dia, pegi makan kat food court, lepas tu dia beli 2 alat sukan. yang pemberat kat kaki tu.. apa ntah nama dia. tak ingat dah.. before balik tesco sempat pesan nak hadiah untuk birthday september nanti =) yeayy...

hujan pun turun. baru pukul 5 petang. hmm, borak-borak dengan dia konon nak minta lebih masa. "jom pegi viva" ;) dan tanpa banyak bicara terus je dia pandu pegi viva walaupun keadaan hujan lebat dan jalan jem. pusing-pusing dalam viva, movie kejap n giant kejap dah pukul 8 malam.. balik pun hujan lagi. tapi tekak teringin nak makan aiskrim.. last2 singgah speedmart beli paddle pop rainbow.. yummy =) 

to muhammad syafiq,
  • thanks sangat2 sudi luangkan masa & layan kerenah aku ^__^
  • happy to be with u. gelak sama-sama. makan sama-sama. 
  • thanks sebab tak merungut dalam jem walaupun kaki dah sakit. tetap cool je dia. 
  • last but not least, sayang kamu tau =) lain kali kita naik lrt plak k.. 


Tuesday, May 1, 2012

love story

luahan rasa emy'n at 11:37 AM 0 kata-kata Links to this post


perempuan kena tahu:

seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi, tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun.

lelaki kena tahu:

seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan memarahi anda untuk banyak perkara, tetapi masih terus menerima anda seadanya walaupun anda telah menyakitinya.


hidup macam roda, sekejap di atas sekejap di bawah. hukum karma. apa yang kita buat akan terjadi balik kat diri kita. mungkin tak sepenuhnya berlaku ke atas diri kita, mungkin terjadi pada adik-adik kita, kakak, anak saudara atau sesiapa sahaja yang ada hubungan dengan kita. banyak yang aku perhatikan, memang betul setiap perbuatan ada balasan. malah, diri sendiri pun pernah terkena dulu. satu masa dulu yang aku tak mahu kembali lagi. 

dia pernah bertanya. dalam mesej. "apa istimewa aku dengan orang lain?"
 " kamu tak pernah give up dengan perangai aku, tu yang orang lain tak ada"

tiba-tiba rasa sakit. kenapa pertanyaan tu yang keluar dari minda dia. aku risau kalau-kalau hati dia berubah. kami bukan baru mengenali untuk terima saja kelemahan masing-masing. bukan baru mengenali satu sama lain sebagai ujian atau percubaan untuk bersama. hubungan sepanjang 3 tahun dah banyak membuka mata satu sama lain. baik aku atau dia dah kenal diri masing-masing. banyak cerita dari sekeliling. dan semestinya banyak cerita tak sedap didengar, tapi aku pekakkan. sebab prinsip aku adalah untuk mendengar sendiri dari tuan badan, bukan dari mulut-mulut tajam. 

"kenapa tanya macam ni?"
" saja je tanya."
"yeke?, risau la. mesti ada apa-apa yang dia fikir ni. cakap la :( "
" tak ada apa la"
"sori kalau aku ada wat salah, tak tenang fikir"
"tenang je. sebab ada kamu"

ye. tenang kembali. aku tahu sebab pertanyaan tu. dia bukan ada apa-apa untuk mengikat seseorang di sisi. tak ada harta, kekayaan atau kemewahan yang boleh dilimpahkan. yang aku rasa cuma kasih sayang dia, kepercayaan dan penerimaan yang tinggi terhadap diri aku. dia sangat istimewa dalam hati aku. terima segala kelemahan yang ada dalam diri ni. tak seperti orang lain yang senang-senang melepaskan setelah kelemahan tu dikenali. setahun sudah bersama, macam-macam perkara yang dilalui. pernah aku naik angin sampai minta haluan masing-masing. tapi tak, dia takkan lepaskan apa yang dia ada ni. sesukar mana pun keadaan, itulah dia. tetap tenang dalam gelora. tetap adakan masa untuk aku walaupun sekejap. entah berapa banyak kali aku terharu. pengalaman memang mengajar dia, juga mengajar aku. 

"tq yg"
"tq kenapa?"
"ada datang tengok aku main bola"
"hihi, ok. sape lagi kalau bukan aku yang tengok buah hati aku ni kan. syg kamu je"
"hehe, dulu bukan men lagi susah"
"belaja dari kesilapan, bukan truskan kesilapan. tak nak kamu terasa dengan sikap aku"
"syg kmu jugak :)"

belajar dari kesilapan. setahun cukup singkat untuk kenal semua. tapi cukup untuk mengubah beberapa kelemahan diri. bukan susah pun. manusia sememangnya sukakan dorongan dan sokongan. itu yang aku cuba lakukan sekarang ni. aku sayang dirinya. tak pernah give up. malah selalu sangat ada untuk aku. walaupun dia banyak membebel mengenai banyak perkara, tapi aku tau tu tandanya dia kisah, tandanya dia sayang. aku pun begitu juga. kadang-kadang cemburu tak bertempat. bila marah dengan dia sekali kena tempias. tapi dia faham. marah aku pun bukanlah lama.. cemburu aku pun tandanya aku sayang. ^__^ tak ada syarat apa-apa untuk teruskan hubungan.

aku bertanya "apa beza aku dengan orang lain?"
"dapat terima aku seadanya"

insyaAllah. aku harap untuk selamanya. dengan dia yang telah banyak beri kegembiraan. yang menyayangi aku seadanya aku. tapi kerisauan tu tetap ada. dia risaukan aku. aku pun risaukan dia. sampaikan aku ada bertanya kalau-kalau yang dulu datang kembali. insan yang pernah terangi hati dia dulu. yang memang dia betul-betul sayang satu  masa dulu.

" tak mungkin la yg. dia dah buang aku jauh-jauh dalam hidup dia, takkan dia tak malu nak kutip aku balik"

macam tu juga jawapan aku. masing-masing pernah berharap dan pernah kecewa. jadi, tak mungkin peluang ini dilepaskan begitu saja..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review