About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Monday, May 28, 2012

bermula cuti sem

luahan rasa emy'n at 4:39 PM
salam..

saja bosan-bosan, terasa nak taip entri baru. tak ada apa sangat pun, cerita kosong sepanjang cuti yang dah berlalu selama 3 hari. ada banyak hari lagi sampai 17 Jun.

khamis, 24 Mei.. last paper exam sem 5. habis pukul 5 petang. petang tu juga gerak balik Johor sebab hari jumaat tengahari hantar mak dan ayah pergi Johor. diorang menunaikan umrah sampai 6 Jun. dengan adik sekali. dia tak sempat balik rumah pun sebab hari jumaat tu ada paper sains. maklumlah budak nak PMR tahun ni :P. dalam perjalanan ke Johor, ambil adik sekali kat sekolah dia, terus bawa ke Johor. dalam pukul 4 baru la bas yang bawa rombongan umrah ke Singapura (changi airport) gerak. lepas tu along, angah, kakak-kakak ipar dan aku pun pergi plaza angsana. jalan-jalan cuci mata. along cuci dompet.. haha.. kat sana pegi kedai kamera. tiba-tiba je kamera nikon ni rosak bila try pagi tu. =.= . memang dah sampai masa kot. pasrah je la. huhu. nak repair sampai 200-300 ringgit. baik beli kamera baru je. tapi nanti-nanti je la. guna kamera handphone pon ok..



menu petang tu kfc :P 



ni skuad perodua era. teruja bila jumpa diorang ni. alang-alang dah nampak, along nak stop situ, nak dengar soalan. dapat la jugak jawab beberapa soalan yang disoal diorang ni. aku memang tak menjawab pun. bukan dengar radio sangat kan..


sampai rumah dekat pukul 8 malam. angah balik dulu dah. pagi sabtu dan ahad masih ada orang lagi. tapi hari ni (weekdays) aku je la yang ada kat rumah.. huhu. tak pe la, malam-malam tidur rumah sebelah. pagi-pagi balik rumah, bagi ayam n ikan makan.. kemas rumah dan buat apa-apa yang patut :P minggu  depan je 6 Jun. diorang balik dah.. :))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review