About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Wednesday, May 2, 2012

cinta seorang teman

luahan rasa emy'n at 5:16 PM



Dulu engkau kukenali
Tak pernah ku sedar
Dari mata yang memandang penuh pengertian
Tapi saat itu telah berubah
Di persimpangan usia
Antara kita tak mampu lagi
Berselindung dengan alasan


Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua

Namun apakah erti bila
Keinginan terlanjur
Lalu menganggu kala dirimu
Selalu ada disisi


Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu


Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua

Namun apakah erti bila
Keinginan telah terlanjur
Lalu menganggu sanubariku


Ku cuba bayangkan waktu dulu
Gurau senda serta pujukan mu
Puisi indah menyatakan kata rinduku


Masa yang berlalu meragui
Seluruh harapan muncul kini
Mengapa dan bertanya di mana kesudahan kita


Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu


lagu cinta seorang teman by bob AF. lama dah tak dengar lagu ni. dulu macam femes jugak kan lagu ni. tiba-tiba semalam berkumandang plak lagu ni masa shopping kecil-kecilan di giant viva :) sweet betul rasa. tapi tak cakap pun kat dia yang lagu ni sweet. dengar sendiri sudah. huhu. mendalam sungguh lagu ni macam masa bulan Mac & April 2011 dulu..

mulanya nak pergi jusco je. ride to jusco tapi bila hari dah menunjukkan nak hujan, tukar naik keta. fikir-fikir ke tesco saja. lagipun tesco lebih murah berbanding jusco kan. tak beli apa sangat pun. beli sangkar baru untuk hamster dia, pegi makan kat food court, lepas tu dia beli 2 alat sukan. yang pemberat kat kaki tu.. apa ntah nama dia. tak ingat dah.. before balik tesco sempat pesan nak hadiah untuk birthday september nanti =) yeayy...

hujan pun turun. baru pukul 5 petang. hmm, borak-borak dengan dia konon nak minta lebih masa. "jom pegi viva" ;) dan tanpa banyak bicara terus je dia pandu pegi viva walaupun keadaan hujan lebat dan jalan jem. pusing-pusing dalam viva, movie kejap n giant kejap dah pukul 8 malam.. balik pun hujan lagi. tapi tekak teringin nak makan aiskrim.. last2 singgah speedmart beli paddle pop rainbow.. yummy =) 

to muhammad syafiq,
  • thanks sangat2 sudi luangkan masa & layan kerenah aku ^__^
  • happy to be with u. gelak sama-sama. makan sama-sama. 
  • thanks sebab tak merungut dalam jem walaupun kaki dah sakit. tetap cool je dia. 
  • last but not least, sayang kamu tau =) lain kali kita naik lrt plak k.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review