About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Tuesday, May 1, 2012

love story

luahan rasa emy'n at 11:37 AM


perempuan kena tahu:

seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi, tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun.

lelaki kena tahu:

seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan memarahi anda untuk banyak perkara, tetapi masih terus menerima anda seadanya walaupun anda telah menyakitinya.


hidup macam roda, sekejap di atas sekejap di bawah. hukum karma. apa yang kita buat akan terjadi balik kat diri kita. mungkin tak sepenuhnya berlaku ke atas diri kita, mungkin terjadi pada adik-adik kita, kakak, anak saudara atau sesiapa sahaja yang ada hubungan dengan kita. banyak yang aku perhatikan, memang betul setiap perbuatan ada balasan. malah, diri sendiri pun pernah terkena dulu. satu masa dulu yang aku tak mahu kembali lagi. 

dia pernah bertanya. dalam mesej. "apa istimewa aku dengan orang lain?"
 " kamu tak pernah give up dengan perangai aku, tu yang orang lain tak ada"

tiba-tiba rasa sakit. kenapa pertanyaan tu yang keluar dari minda dia. aku risau kalau-kalau hati dia berubah. kami bukan baru mengenali untuk terima saja kelemahan masing-masing. bukan baru mengenali satu sama lain sebagai ujian atau percubaan untuk bersama. hubungan sepanjang 3 tahun dah banyak membuka mata satu sama lain. baik aku atau dia dah kenal diri masing-masing. banyak cerita dari sekeliling. dan semestinya banyak cerita tak sedap didengar, tapi aku pekakkan. sebab prinsip aku adalah untuk mendengar sendiri dari tuan badan, bukan dari mulut-mulut tajam. 

"kenapa tanya macam ni?"
" saja je tanya."
"yeke?, risau la. mesti ada apa-apa yang dia fikir ni. cakap la :( "
" tak ada apa la"
"sori kalau aku ada wat salah, tak tenang fikir"
"tenang je. sebab ada kamu"

ye. tenang kembali. aku tahu sebab pertanyaan tu. dia bukan ada apa-apa untuk mengikat seseorang di sisi. tak ada harta, kekayaan atau kemewahan yang boleh dilimpahkan. yang aku rasa cuma kasih sayang dia, kepercayaan dan penerimaan yang tinggi terhadap diri aku. dia sangat istimewa dalam hati aku. terima segala kelemahan yang ada dalam diri ni. tak seperti orang lain yang senang-senang melepaskan setelah kelemahan tu dikenali. setahun sudah bersama, macam-macam perkara yang dilalui. pernah aku naik angin sampai minta haluan masing-masing. tapi tak, dia takkan lepaskan apa yang dia ada ni. sesukar mana pun keadaan, itulah dia. tetap tenang dalam gelora. tetap adakan masa untuk aku walaupun sekejap. entah berapa banyak kali aku terharu. pengalaman memang mengajar dia, juga mengajar aku. 

"tq yg"
"tq kenapa?"
"ada datang tengok aku main bola"
"hihi, ok. sape lagi kalau bukan aku yang tengok buah hati aku ni kan. syg kamu je"
"hehe, dulu bukan men lagi susah"
"belaja dari kesilapan, bukan truskan kesilapan. tak nak kamu terasa dengan sikap aku"
"syg kmu jugak :)"

belajar dari kesilapan. setahun cukup singkat untuk kenal semua. tapi cukup untuk mengubah beberapa kelemahan diri. bukan susah pun. manusia sememangnya sukakan dorongan dan sokongan. itu yang aku cuba lakukan sekarang ni. aku sayang dirinya. tak pernah give up. malah selalu sangat ada untuk aku. walaupun dia banyak membebel mengenai banyak perkara, tapi aku tau tu tandanya dia kisah, tandanya dia sayang. aku pun begitu juga. kadang-kadang cemburu tak bertempat. bila marah dengan dia sekali kena tempias. tapi dia faham. marah aku pun bukanlah lama.. cemburu aku pun tandanya aku sayang. ^__^ tak ada syarat apa-apa untuk teruskan hubungan.

aku bertanya "apa beza aku dengan orang lain?"
"dapat terima aku seadanya"

insyaAllah. aku harap untuk selamanya. dengan dia yang telah banyak beri kegembiraan. yang menyayangi aku seadanya aku. tapi kerisauan tu tetap ada. dia risaukan aku. aku pun risaukan dia. sampaikan aku ada bertanya kalau-kalau yang dulu datang kembali. insan yang pernah terangi hati dia dulu. yang memang dia betul-betul sayang satu  masa dulu.

" tak mungkin la yg. dia dah buang aku jauh-jauh dalam hidup dia, takkan dia tak malu nak kutip aku balik"

macam tu juga jawapan aku. masing-masing pernah berharap dan pernah kecewa. jadi, tak mungkin peluang ini dilepaskan begitu saja..


0 kata-kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review