About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Sunday, May 6, 2012

rindu!!

luahan rasa emy'n at 12:57 AM


rindu, baru 2 hari tak bersua. baru 2 hari masing-masing jauh. =) aku ada lagi 2 hari bersantai di rumah sedangkan dia dah balik KL esok. padahal dia baru je balik kg tengahari tadi.. tak sampai tempoh 24 jam dia ada kat rumah. semuanya sebab ganti kelas hari sabtu, dan BIG dia Isnin ni. kemudian paper PJM dia hari Selasa. =.= pack betul jadual dia. harap kepulangan aku hari Selasa nanti tak ganggu masa dia dah ^__^ nak bawakkan kek bagi dia makan.. 

serius aku rindukan dia. semua tentang dia. bila jauh macam ni, nak merajuk pun tak jadi. nak marah pun fikir banyak-banyak kali. mungkin sebab aku ada satu habit yang mana aku akan tarik muka bila tak puas hati, bila marah n bila merajuk. bila jauh, tak dapat tunjuk muka kat dia.. hahah.. :P yang pasti aku tak tahu muka aku macam mana masa tu,, tapi ayat yang dia selalu cakap bila aku merajuk macam ni..

"haa, cakap sikit majuk, cakap sikit majuk. muncung muncung" =.= padahal aku rasa mulut aku tak muncung pun masa tu.. :P

"hish, suka buat muka macam tu la, nyampah tau" walaupun agak kasar tapi aku tak rasa apa-apa pun. mungkin sebab sepanjang kami berkawan, banyak perbualan yang agak lepas dan jadi diri sendiri.

" marah la tu"
" tak la, mana ada marah"
" ala, dah kenal sangat muka tu" sambil tarik hidung :P 

lepas tu, hilang semua rasa marah. hihi. hatta dalam telefon pun, dia dapat kenal nada suara aku bila aku happy, sedih, or marah  =) bila dua-dua degil, dia dulu yang redakan. walaupun aku dapat lihat dari matanya perasaan marah dia pada aku. dia yang banyak mengalah dalam bab-bab macam ni. tu yang buatkan aku sangat hargai dia. mungkin sebab dia abang. ada 3 orang adik yang menjadikan dia seorang dewasa dalam melayan kerenah aku yang macam-macam. sedangkan aku masih dalam usaha nak belajar memujuk :P

lagi satu perkara yang dia suka tanya.. aku pun suka tanya lately ni.

" sayang aku x? " tiba-tiba je tanya walaupun tengah berjalan, kat dalam lrt ke, masa tengah makan, dalam telefon.. tak kira tempat n masa. tapi aku tak jemu pun. tetap aku jawab =) sebab aku tau perkara macam tu la yang boleh terbitkan senyuman. bukan di bibir je, tapi hati pun tersenyum jugak.  

kadang-kadang dia jadi macam budak kecil, inginkan perhatian dan kemanjaan. kadang-kadang jadi dewasa, terlalu melindungi dan matang dalam memberi nasihat dan kata-kata. ye, dia seorang penasihat yang baik. semuanya penuh dengan logik, tak bercampur dengan emosi yang sememangnya orang perempuan kuat emo =.= kadang-kadang perkara yang aku tak minta pandangan pun dia bagi pandangan jugak :) tapi tak apa, yang penting aku dah lega bila dah kongsi cerita dengan dia. dia juga la yang sanggup tunggu aku 30 minit semata-mata nak temankan sampai stesen bas. 

" ingatkan nak teman macam dulu-dulu" aku teks dia sebelum gerak ke stesen bas.

dengan seluar slack n kasut kulit tak sempat balik rumah nak tukar, tolong bawakkan beg terus teman aku sampai stesen bas. naik lrt pergi sana.

"betul ke nak teman ni?" 
" yela, nanti kang merajuk. baca mesej tadi dah tahu dah dia ni"
" ala, mana ada majuk-majuk"
" yela.. macam la tak kenal sayang aku ni macam mana" 

terus terpujuk hati. =)  senang betul aku jadi cair bila ada dia. pandai dia meneka setiap perbuatan aku. 

**********************************************************************************

" yang, hope 'M' tak datang balik kat kamu" 
" haha, hati aku ada kat abang dah. aku tak risau :)"
" hati aku jugak :)"

M cuma cinta zaman sekolah. M yang aku bicarakan sebelum ni memang seorang yang penting tapi sekarang tak lagi. aku dah punya sesuatu yang aku pasti dalam hati =) dah lama aku lepaskan M pergi dari hidup aku sejak aku yakin dengan dia. sebab aku tahu peritnya mengharap pada insan yang tak sudi terima diri ini. dia pun tahu tentang M, aku ceritakan masa pra dulu. ada masalah dengan M pun aku cerita pada dia. entahlah, mungkin sebab aku selesa dengan dia. dia seorang pendengar yang baik pada aku =) 

hmm.. rindu ni takkan hilang selagi aku tak jumpa dia, tak cakap depan-depan, tak tatap wajah dia.. :) 

5 kata-kata:

nabilasyazween said...

Kak emy, sweet ahh ampa duaa. HAHA. Nnt kawen aween nak kad ye. Ngeh ngeh ngeh

emy'n said...

hahah.. thanx aween.. :) insyaallah xlupa nnt..

uDanGTerBakAr said...

aween .. byk la ko punya sweett .. =D

tq mimin ,,, =))

emy'n said...

:)) sama-sama.. hehe

amir aizat said...

sweets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review