About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Saturday, May 19, 2012

ujian silat

luahan rasa emy'n at 12:16 PM

salam,

tahun ni dah masuk 3 tahun belajar silat. sejak 2009 dah join. dari bengkung putih, biru, coklat dan sekarang dah kuning. maknanya lepas ni hijau, merah dan paling tinggi sekali hitam. tapi tak pastilah boleh sampai merah ke tak sebab tahun depan dah pindah Nilai kan. 

esok, 20 hb. ada ujian silat untuk naik hijau :P ohhh, sangat-sangat tak percaya yang esok ujian dah. bila bersilat rasa macam tak cukup ilmu lagi walaupun benda tu dah ulang-ulang banyak kali .. tapi tak pe la kan, belajar pun seminggu sekali je. dimaafkan lagi kalau lupa. banyak lagi benda lain nak kena ingat.. hahah..

sangat-sangat tak boleh blah bila setiap step tu nak kena tulis apa yang perlu dibuat.. huuhuh. siap bawak buku pergi latihan, tulis step sebab nak baca balik bila nak buat pergerakan. orang lain pakai handphone je rakam, kita ni je nak guna tradisional main tulis-tulis :P. maklumlah makin naik bengkung makin banyak yang nak kena buat, makin berseni setiap pergerakan dia. rasa kalau masuk menari memang lawa lahh.. :P ehemm..

bunga & jurus - 14 step tiap satu


left - buah pukulan (5 jenis)
right - tapak 4 (banyak langkah)

tempur , semua ada 3 ( in 1)
tak abes tulis sebab tak ingat..

susah tak susah la kan, dah namanya belajar memanglah terasa susah. tapi semua ni ilmu dan yang paling penting dapat pengalaman. lagipun dapat kenal ramai orang, dapat pergi tengok orang sparing, best best. mungkin satu masa nanti kita akan gunakan ilmu ni pula dalam hidup kan. siapa tahu? tak pun anggap sebagai satu riadah untuk keep healthy  =) 

esok, kena mula pergerakan dengan bunga, jurus, (individu) buah pukulan, tapak empat, main seni, dan tempur (pair) . harap dapat buat semua dengan baik. dapat markah lulus 70 ke atas pun ok la kan. dapat la merasa bengkung hijau lepas tu..

bila fikir-fikir balik, tak tahulah macam mana boleh join silat ni. mungkin masa kecil dulu nampak along masuk silat, pergi tengok dia bersilat ramai-ramai kat dataran, tengok dia main parang masa bersilat di sekolah dia. sampai la bengkung dia yang paling atas sekali sama tahap dengan jurulatih. tapi lepas tu dia dah tak bersilat lagi sebab dah masuk U. mungkin dari dia aku dapat semangat nak join. nak tau apa sebenarnya pergerakan-pergerakan ni. memang semua pergerakan ada maksud. bezanya, along silat gayung dan aku silat gayung fatani. pergerakan berbeza, bengkung pun beza.. tapi tujuannya tetap sama iaitu untuk mempertahankan diri :)


goodluck untuk semua yang ambil ujian esok :) sama-samalah kita naik bengkung baru. 

1 kata-kata:

IFA Athirah said...

saya bengkang puth pn x lepas.hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review