About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Saturday, June 23, 2012

hidup baru

luahan rasa emy'n at 11:32 PM Links to this post
hujung minggu di rumah. baru seminggu naik maktab, tapi hari jumaat dah sibuk nak balik rumah. :) masa 3 jam setengah tambah lebih kurang 40 minit macam tu untuk sampai rumah tak jadi masalah pun. mungkin la penat sikit. tapi semua tu hilang bila dapat tatap baby Deena :D  tiket balik KL semula dah siap-siap beli jam 2 petang hari Ahad (biasa naik 12.30) rasa tak apa pun sampai petang sikit. huhu.. baby baru seminggu tapi semua orang layan baby macam dah besar. siap agah-agah, panggil-panggil baby, cakap-cakap dengan baby padahal mata dia pun belum nampak lagi, telinga pun baru dengar sikit-sikit kan. alahai, hebat sungguh penangan cucu sulung mak ayah ni :)

aku siap baring sebelah baby semata-mata nak renung dia lama-lama :) aduhh, memang sayang sangat la kat budak kecik ni. renung lama-lama pun tak apa. hihi. lasak tidur sampai tangan terkeluar dari bedung dia. sedap la dia dapat bebas macam ni :D oh ye, her name is Nur Kaisara Medina binti Muhamad Khairulhamzi. maknanya cahaya permaisuri madinah. :)



     ****************************************************************************

semester 6. banyak perkara baru kena belajar. bukan setakat dalam subjek je, tapi dalam kehidupan juga :) memang betul, manusia berubah. kita kena biasakan perubahan tu. kalau perubahan tu sebenarnya yang terbaik untuk kita, apa salahnya kan? andaikata itu bukan yang terbaik pun, aku harap ada manfaatnya nanti. insyaAllah. tak perlu risau. baby Deena dah jadi sebahagian daripada kekuatan aku. Allah hadirkan dia saat aku berada di semester 6. yang sememangnya semakin mencabar. mencabar sampai habis sem 8 nanti. insyaAllah, aku akan sentiasa tenang. setenang air di lautan walaupun di dalamnya banyak pergolakan. hidup ni tak lama mana pun. semakin meningkat umur, semakin dekat dengan ajal. semakin pendek usia ni. semoga perjalanan ini dirahmati dan dipermudahkan olehNya :')

Saturday, June 16, 2012

my first niece

luahan rasa emy'n at 10:46 PM 0 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirahim..

alhamdulillah, pada umur 22 ni aku dapat naik pangkat untuk menjadi makcik dengan rasminya :) tepat 15 Jun, jam 12.47 pagi, kak lela (wife angah) selamat melahirkan seorang bayi perempuan kat HPSF muar. sekarang ni baby belum ada nama lagi. syukurlah, sempat jugak tengok baby sebelum balik kl 17 Jun. nanti bila-bila rindu or serba tak kena kat kl memang gigih la nak balik rumah sebab ada baby :))

gembira rasanya. sebelum ni timang anak kepada sepupu je. jadi makcik sepupu. cuti hari tu pun tolong mak long jaga zaraa. baby 3 bulan :) sekarang ni diberi kesempatan timang anak abang. bila dah besar sikit nanti lagi sedap pegang. kita nak gendong-gendong pun tak risau sangat sebab dah agak kuat kan :)







baik je dia tidur. :)) merengek-rengek sikit ada jugak. tapi biasa la kan baby lagi. umur pun masih hari lagi. 





ni dengan baby zaraa. nampak sangat bezanya. 1 kilo je beza ni. sorang 3.8 kg, baby baru 2.85. lebih kurang aku je masa lahir dulu. hehe. baby zaraa memang pantang nampak handphone. mata tu dah fokus dah. comel betul. lepas ni turn baby baru plak. tunggu la baby besar sikit. tak lama lagi, akhir bulan 8, akan bertambah lagi seorang baby boy. :)) insyaallah. bertambah lagi ahli keluarga haji mihat dan hajah yam. :))

Thursday, June 14, 2012

preparation

luahan rasa emy'n at 4:38 PM Links to this post
lagi beberapa hari je cuti akan habis. kejap je rasanya cuti 3 minggu ni. padahal masa mula-mula cuti rasa lama. memang kena tunggu bulan 12 untuk cuti lama-lama. dan tunggu lagi setahun untuk habis belajar. =.= semangat lah wahai hati. tak lama pun setahun tu kan.

sebenarnya rasa berat nak balik sana. tak tahu kenapa. walaupun aku tahu ada seseorang di sana yang memang setia menanti aku, aku dapat rasa ada sesuatu yang aku tak nak hadapi. aku sendiri tak pasti. yang aku boleh lakukan ialah dengan berdiam diri. biasalah hidup ni, tak semua orang suka kita, kita pun akan ada orang yang kita tak suka. aku dapat rasa cabaran sem 6 yang makin mencabar. aku harus bertahan sampai habis belajar nanti. perkara yang lain akan aku cuba ketepikan dulu. walaupun aku tahu susah caranya sebab sudah lama aku hadapi perkara ni. apa yang aku mampu buat untuk cegah, aku dah buat. tapi percayalah hati ni rasa jengkel, berdepan dengan kerenah sebegitu hari-hari. aku pun tak sangka bila dah dewasa macam ni, makin sukar nak ikhlaskan hati, makin susah nak menerima. tak macam masa muda dulu. selalu memaafkan dan menerima.

kekasih, cukup hanya seorang. dia yang selalu ada pada saat-saat aku memerlukan. yang dapat menerima baik dan buruk diri aku. seringkali dia jadi kekuatan buat aku dalam banyak hal. seringkali dia menjadi seorang pendengar, penasihat, dan juga pengkritik dalam tindak tanduk aku. mungkin bila jauh dengan keluarga, aku jadi seseorang yang lain. bila dekat dengan keluarga, aku ada watak yang tersendiri. aku seorang yang pendiam, pemendam, pasif mungkin. tapi dengan kekasih, diam aku akan hilang, aku jadi seorang yang suka bercakap sebab aku tahu dia mendengar :) aku bersyukur ada dirinya dalam hidup ni.

kawan, ramai yang aku kenal sejak dulu sampai sekarang. ataupun yang baru aku kenal. itu pun sekadar mengenal luaran sahaja. ada juga yang cuma kenal di dalam fb ataupun blog. :) macam-macam ragam manusia yang aku dapat lihat bila berkawan. ada yang menyenangkan, menyakitkan, menyedihkan, menggembirakan dan pelbagai lagi perasaan untuk ditafsir. aku mengaku, aku bukanlah seorang kawan yang baik sebab aku kenal diri aku sendiri. aku tak boleh terlalu rapat dengan seseorang sebab akan ada 2 kemungkinan sama ada aku menerima dirinya ataupun aku makin menjauhi dirinya. sebab tu aku tak ramai kawan yang benar-benar aku panggil sahabat. boleh dikira dengan jari. tambah-tambah lagi, pendedahan aku dengan bermacam ragam manusia di sekeliling aku. :) bila aku alami sendiri beberapa perkara, aku terus tersedar. susah nak terima kelebihan dan kelemahan seseorang. yang paling ketara ialah susah nak memahami seseorang. yang aku dapat rasa masa tu perasaan tak suka. mungkin dia tak suka dengan perbuatan atau percakapan aku. perkataan di belakang tu mungkin kerap. aku sendiri tahu situasi tu, dan aku lari dari perkara tu kerana kepercayaan aku dah kurang. aku jadi keliru dengan situasi.

ok lah, sekadar pandangan dan pengalaman sendiri. yang pasti setiap perkara yang berlaku menjadikan aku lebih terbuka dengan hidup ni. semoga sem 6 nanti dapat aku lalui dengan lancar. :) semoga dipermudahkan, insyaAllah :)


Sunday, June 10, 2012

jauh tapi dekat

luahan rasa emy'n at 2:25 AM 0 kata-kata Links to this post
cuti sem ada lagi satu minggu. tujuh hari yang aku bayangkan mesti sekejap je rasa. agak-agak sempat tak nak timang baby dulu? hope sempat la. nanti dah naik cuti mesti terasa-rasa nak balik rumah je. nak balik nanti bukan senang. mesti dah banyak kerja bila naik sem baru ni =.=

semalam, (sabtu) syafiq bertolak dari maktab ke IPG perlis. dah nama pun atlit kan, mesti la terpilih untuk wakil maktab dalam olahraga. kali ni dia main lompat kijang dan 4x400 m. dia kata lari-lari dah tak boleh sangat. tak fit dah. tapi still terpilih untuk lari.  huhu. wat yang termampu ea :) sorry la ye, mungkin kalau aku aktif sukan or atlit macam dia jugak, dia still fit lagi sekarang ni. :P tiap-tiap hari boleh teman jogging, main badminton ke. ni tiap kali keluar takkan miss untuk makan. dan makan lagi. mulanya hari tu dia kata tak nak pergi perlis. tapi dah macam terpaksa bila nama asyik disebut-sebut. last-last kena jadi ketua kontinjen. nahh, risau juga rasa hati kot-kot ada orang pandang-pandang dia kat sana. tapi apa-apa pun, aku percaya pada dia :) kalau tak aku pun pergi sekali katanya. tapi aku tak bagi keputusan awal so ada orang lain dah pergi untuk unit uniform. takpe la, penat kot kena berkhemah dan macam-macam lagi kat sana. sepanjang hari dari 11hb sampai 13hb (penutup). acara atlit ada hari tersendiri. isnin acara lompat kijang, selasa acara relay.. bertuah la, duduk pun dekat asrama. sebelum dia pergi lagi aku dah pesan macam-macam kat dia. aku dah rindu kat dia. bobo yang ada kat rumah ni pun akan rindu dia nanti. hahah :P



bobo ni seekor hamster :) jenis syrian. umur dalam 7 or 8 bulan gitu.. memang dah besar dah. mulanya aku tak rasa nak bawak balik rumah pun. tapi dia kata jaga lah kejap. amik pengalaman jaga. lagipun dia jauh, bila ada bobo ni at least terubat rasa. :P
memang betul pun. terubat la juga sikit-sikit. bobo ni penakut sebenarnya. seawal 5 hari jaga dia memang susah la. aku nak pegang pun takut sebab dah 3 kali kena gigit. bila tukar bedding pun tak pegang dia. bayangkanlah macam mana. kesian bobo :( tapi terima kasih kat bobo sebab jadi teman sepanjang parent aku pergi umrah dulu. tiap kali balik rumah waktu pagi sampai petang, aku akan cakap-cakap dengan bobo, tenung muka dia lama-lama, kacau-kacau dia pakai stick. suapkan makanan kat mulut dia. terhibur la kan. :) tiap-tiap hari aku buat macam tu sebab nak biasakan bobo dengan aku. Syafiq kata dia gigit sebab tak biasa dengan kita. lama-lama ok la nanti. lagipun memang aku ada baca yang hamster ni kena biasakan dengan suara kita dan cara kita layan dia. barulah hamster ni jinak dan tak gigit bila pegang.


dah macam fetus dah gaya tidur bobo :) comel betul. kali kedua tukar bedding, aku still tak pegang bobo. takut kena gigit. so, kena guna baldi sebagai medium supaya bobo tak terlepas, risau dia lari dan menyorok kat mana-mana celah. bila kali ketiga tukar bedding, aku beranikan diri pegang dia. satu, dua, tiga.. pegang badan dan angkat. bobo baik je walaupun macam meronta-ronta sikit. tak menggigit. so, lepas basahkan badan bobo, aku letak bobo dekat kain dan lap badan dia. =) buat syarat je, tak bersabun pun. huhu. lepas dia siap aku masukkan terus dalam sangkar yang dah siap tukar bedding. senang hati tengok bobo bersih. kena rajin tukar bedding seminggu sekali. kalau tak bau tak best. :P



gaya terlentang bobo :) dia memang kuat tido, makan pun kuat. aku suka tengok keletah bobo bila makan. kadang-kadang tu mata lelap tapi mulut mengunyah makanan. yang paling gelihati bila bobo simpan makanan banyak-banyak dalam mulut (dari bekas makanan), pergi kat sudut, keluarkan balik semuanya, lepas tu timbus dengan habuk kayu. tapi tu memang cara tikus. aku rasa kelakar sebab bobo sekor je, tak ada kawan pun. :P comel je. bobo tak boleh ada kawan sebab bobo tak suka. kalau ada nanti siaplah bergaduh sampai mati. sebab tu bobo suka tidur. tak ada yang kacau. bila nak main, bobo akan jadi superman main gayut-gayut dalam sangkar. takpun, bobo gigit-gigit mana-mana bucu sangkar yang dia suka :)


**************************************************************

malam tadi, tengok cerekarama tv3. tajuk cinta bola. teringat kat buah hati yang sememangnya pemain bola. :)  tengok dalam cerita, macam kenal je tempat pelakon ni main bola. macam dekat padang bola yang aku pernah pergi tengok dia main. gigih aku tengok cerita ni sampai habis. nak tengok nama tempat berlakon. padang seri melaka, cheras. gigih juga aku tanya kat dia nama padang tu. memang betul pun, tempat yang betul dengan sangkaan aku. tersenyum sendiri lepas tu. memang sepanjang cerita tu aku teringat kat dia. teringat kat minat dia main bola dari sekolah menengah lagi. teringat dekat kerenah aku dulu yang liat nak tengok dia latihan ataupun ada match dengan mana-mana team. baru-baru ni je la aku rajin jenguk dia main :) lepas dia merajuk tarik muka bila aku tak turun padang, tak cuba penuhi harapan dia. bukan apa, aku fikir bukan satu isu besar pun kalau aku tak ada. dia masih boleh bermain dengan baik dalam apa posisi pun. defense ataupun striker.. tapi aku silap. manusia ni berbeza-beza. dia memang happy bila aku ada sekali. dapat rasa semangat dia dalam football :) aku takkan halang minat dia. sebolehnya aku akan cuba bagi sokongan kat dia..

sekarang ni, dia di perlis. aku di johor. jauhnya utara dan selatan ni. walau macam mana pun, aku masih rasa dekat. ada dalam hati. ada dalam fikiran. boleh mesej dan call bila-bila pun. harap dia baik-baik di sana. tak lupa dekat orang jauh ni :') sentiasa jaga diri. risau kalau injured or apa-apa. nampak dia kuat je. tapi dia je tahu rasa sakit tu. aku pun perasan sebelum cuti lagi dia dah pakai ankle guard. memang dah sakit-sakit kaki sebab latihan hari-hari. harap tak ada apa-apa la. biar cepat habis acara dia, cepat dia rehat dan cepat dia baik :)


p/s: badan dah mula rasa tak sedap. sakit rindu agaknya? huhuh..

Saturday, June 9, 2012

hutan lipur

luahan rasa emy'n at 2:42 PM Links to this post
salam..

rabu hari tu, makcik ajak berjalan. pergi gunung berlumut je. rasanya ni kali pertama sampai ke gunung berlumut, kluang. aku pun tak pasti sama ada pernah jejak tempat ni ke tak dulu-dulu. yang penting, memang seronok untuk berkelah dan mandi manda air terjun :) tapi bila dah umur-umur macam ni agak segan nak mandi. =P ok, segan tu boleh bagi dua-dua makna iaitu malu dan malas.. hehe..

perkara pertama bila sampai air terjun ni teringat pengalaman masa perkhemahan unit uniform dulu dekat ulu bendul, negeri sembilan. sama je suasananya. air terjun, tapak perkhemahan, monyet, dan hutan-hutan di sekeliling.. memang betul-betul menggamit kenangan tu. dalam pukul 1, budak-budak pun turun mandi air terjun. ok, budak-budak yang dimaksudkan ialah sepupu-sepupu aku yang semuanya belasan tahun, paling kecik 5 tahun. aku, mak ngah, cik awit dan abg ajam tak mandi pun. sekadar menikmati suasana hutan je :P tambah-tambah lagi kekenyangan lepas makan nasi lemak ayam dan sandwich sardin. :) memang seronok untuk berehat-rehat.






sepupu-sepupu yang mandi. memang seronok, pandai cari port batang pokok tu. hehe..





adik sarah yang main pasir je. mandi pun mandi jugak tapi tak berapa nak berani bila dalam walaupun ada orang pegang..



aku rasa selain suasana pantai, aku dah suka untuk menikmati suasana air terjun. hope dapat pergi dengan dia nanti.. :)

Saturday, June 2, 2012

entri hari lahir ke 22

luahan rasa emy'n at 11:10 PM 0 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, bertemu lagi 2 Jun 2012. ulangtahun kelahiran dia yang ke 22 tahun ni. =) setahun lepas, ada buat entri hari lahir khas untuk dia. panjang ceritanya, memang khas untuk dia baca. kali ni tak tahu nak tulis apa sangat. ni pun dah taip padam taip padam.. huhu..


somewhere in May 2011

pejam celik pejam celik, dah setahun lebih bersama. banyak suka dan duka yang dilalui bersama. mungkin dulu orang kata kita takkan lama macam ni. mungkin dulu orang kata kita sekadar untuk suka-suka dan tiada arah tujuan. tapi yang pasti kita mencuba yang terbaik untuk dapat yang terbaik nanti. insyaAllah :)

di kesempatan ni, aku ingin ucapkan terima kasih atas kasih sayang itu :) atas kefahaman dan penerimaan dirimu. aku tau aku bukan yang sempurna, banyak kelemahan dan kekurangan diri. ramai lagi yang lebih baik dan sempurna tapi bukan itu yang jadi ukuran cinta. terima kasih kerana menerima diri ini seadanya aku. walaupun banyak cemburu, mengongkong mungkin, dan macam-macam lagi perkara yang menyesakkan yang aku pernah buat, kamu tak pernah pun marah-marah. marah tu memang ada. itu tanda sayang :) merajuk pun ada. tu tanda nakkan perhatian. dan macam-macam lagi la, nak rungkai satu-satu pun takkan habis kat sini.

semoga hubungan ni kekal selamanya.. insyaAllah. semoga yang kita rancang dapat jadi kenyataan suatu hari nanti. =) semoga usia 22 ini menjadi antara tahun terbaik dalam hidupmu. doaku semoga segala urusanmu dipermudahkan, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dapat mencapai kejayaan dalam hidup ^__^. 

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu


p/s: bersyukur dengan segala yang ada. tak perlu mencari yang sempurna, kerana kita yang perlu menyempurnakan sesuatu. perasaan untuk dihargai =) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review