About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Sunday, July 29, 2012

entri terakhir untuk bobo

luahan rasa emy'n at 1:31 PM 2 kata-kata Links to this post
hanya 2 bulan je diizinkan untuk jaga bobo..
sekarang bobo dah tak ada lagi..
24 Julai, dalam 8.40 malam dia dah pergi..
untuk selama-lamanya..

haru rasa hati, terkilan sebab lambat ubatkan dia. mungkin dah sampai masa bobo untuk pergi, betul-betul pergi. dulu, masa mula-mula dapat jaga bobo, tak ada pun terfikir akan sayang sangat kat bobo. mana taknya, bobo ni penakut dengan orang, tak biasa dipegang.

24 Mei, bobo travel jauh dari KL sampai johor. waktu malam kan, memang aktif la dia dalam sangkar, asyik wat aksi superman je main gayut-gayut. huhu. hari first jaga dia, dah dapat luka kat jari kelingking ni. beria nak tangkap bobo sebab nak tukar bedding, last-last luka yang dapat. lepas tu dalam dua minggu tak sentuh bobo langsung. kesian dia bila ditinggalkan malam-malam kat rumah sebab aku tidur kat rumah mak long masa mak ayah pergi umrah Jun lepas. bila dah pagi baru aku balik rumah, cakap-cakap dengan bobo macam cakap dengan orang. tak tahulah bobo faham ke tidak :P bila research pasal hamster, memang tu satu cara untuk biasakan dia dengan tuannya. masuk minggu ketiga dah berani pegang bobo, dah tak menggigit. mungkin dah biasa dengan persekitaran, dan biasa dengan aku :) tapi sepanjang dia dekat rumah, tak pernah aku lepaskan dia keluar dari sangkar, risau hilang or kena tangkap dengan kucing kalau-kalau terlepas keluar rumah.

18 Jun, dah mula naik sem baru. bobo tinggal kat rumah sampai hari selasa. hari rabu, sepupu bawakkan sampai KL. still, aku yang jaga bobo. bagi makan, tukar bedding, main-main dengan bobo, mandikan bobo. dah memang jaga betul-betul. tak pernah aku rasa aku serius jaga sampai macam ni. kura-kura dulu pun dah jadi garang sebab lama terbiar. aku siap belikan bola mainan untuk bobo main kat luar sangkar. mula-mula kekok juga bobo nak biasakan diri. memang muat-muat je badan dia dalam bola tu :P comel. makin lama makin laju dah dia lari-lari dalam bola. dia suka sangat bila dapat bebas dari sangkar dia tu. lepas tu dah jadi kebiasaan bila dekat je dengan sangkar, dia pergi kat pintu. nak minta keluar. tapi malam je la, bila siang tidur je kejenya. so, aku tak ada la risau bila pergi kelas. memang dia akan tidur dari pagi sampai petang. malam berjaga sampai pagi, temankan kak fiza bila kak fiza bangun pukul 3 or 4 pagi.. hehe. dah jadi kebiasaan juga bila lepaskan bobo dalam bilik waha. tengok dia main-main, masuk dalam almari, masuk bawak katil, panjat-panjat kotak. memang aktif sangat. aku pun ada terfikir nak bagi bobo pasangan walaupun  syafiq kata dah 3 betina bobo bunuh dulu-dulu, bobo tak suka ada saingan kot.. tapi aku teringin nak tengok bobo ada pasangan, bercinta, ada anak-anak :D hihih..

20 Julai, balik rumah untuk sambut awal ramadhan. macam biasa, tinggalkan bobo untuk 2 malam. macam sebelum-sebelum ni, siap tinggalkan makanan dan air untuk bekal dia 2 hari. balik semula hari ahad tu tak dapat kesan apa-apa lagi perubahan pun. cuma rasa pelik sikit bila bobo tidur malam tu. selalunya aktif malam-malam. aku fikir positif je, mungkin dah 2 malam dia bergelap, jadi mungkin dia tidur je kan.. tak terfikir yang bobo ni dah sakit :(

esoknya, hari pertama sekolah. tak buat apa-apa lagi kat sekolah. bila balik, tengok bobo macam baru bangu, tapi kenapa tak buka mata? >.< tengok dia macam tak larat nak bangun. lepas tu, dah mula dengar bunyi yang tak pernah ada sebelum ni. macam bunyi bersin.. bobo selsema.. tak mahu makan, tak mahu minum. aku dah mula risau.. bobo tiba-tiba dah tak suka dipegang, terkejut-terkejut je dia bila aku sentuh :( aku tak pasti bila bobo mula sakit. khamis malam lepas sempat lagi main-main dengan bobo..

hari selasa, 24 Julai. tak sangka tu hari terakhir bobo. petang tu, perut bobo dah buncit. dari semalam dia tak berak. mungkin sebab tak minum air kan. petang tu juga keluar dengan waha, niat nak cari klinik haiwan. padahal aku tak pasti pun ada ke klinik untuk hamster. last-last beli antibiotik je kat kedai haiwan. owner kedai dah bagi penerangan panjang lebar. katanya, kalau hamster tak nak makan n minum memang tak boleh buat apa dah. tunggu masa je :( ubat antibiotik tu ubat minum. kena campur air dan masukkan dalam botol dia. nak paksa bobo minum. tapi tak berjaya. sampai basah badan dia bila aku suakan air ubat. bobo dah mula lemah. sikit-sikit terbaring. tak grooming diri pun macam selalu sejak dia sakit. balik berbuka dari surau, aku usap-usap bobo sambil cakap-cakap dengan bobo.. tapi tak ada reaksi. dah tersangat lemah.. aku menangis. bobo ada nadi lagi waktu ni. tapi aku tau masa dia dah hampir. aku tak sanggup tengok saat terakhir dia.. aku pergi mandi dan solat.. lepas tu memang bobo dah tak ada :'(

terfikir-fikir untuk kebumikan bobo. tapi macam mana.. sempat aku keluar teman waha pergi kedai lepas tu. dalam hati cuma Allah yang tahu rasa kehilangan tu. tapi aku tak boleh terlalu sedih. aku kena redha pemergian bobo. balik asrama, nampak abe dekat bilik pemandu. alhamdulillah, dia tolong galikan lubang untuk bobo :') bobo dah tanam. kain tuala bobo aku bakar. semoga bobo bersemadi dengan aman. tak sanggup lihat dia tanggung sakit lama-lama. dan tak sanggup juga hilang bobo. tapi apakan daya, setiap yang hidup memang akan mati..

mungkin salah aku. syafiq tanya bagi vitamin tak masa tinggal bobo 2 hari. aku sendiri tak pasti. terlupa sama ada aku letak atau tak.. mungkin juga memang semua dah takdir. dah sampai penghujung hayat bobo. dia dah tua. mungkin dah hampir setahun. tapi hanya 2 bulan je aku sempat jaga bobo. sempat cipta kenangan dengan bobo :') aku terfikir, kenapa Allah tunjuk bobo sakit depan mata aku. kenapa tak ambil je bobo terus, jangan bagi dia sakit lama-lama.. mungkin sebab Allah nak bagi aku redha. nak bagi aku ikhlas lepaskan bobo.. mungkin aku tak dapat terima kenyataan kalau bobo pergi masa tengah sihat. :')


 hobi bobo, gigit sangkar tiap-tiap hari 


 tidur macam fetus :)


tidur terlentang, mentang-mentanglah jantan :P


bobo's potraiture.. huhu







 bobo masa mula-mula sakit.. 


dah nazak :( saja baringkan dia, nampak perut dia buncit.. sayu hati tengok..


 gambar terakhir, bobo dah tak ada..


semoga bobo bersemadi dengan aman. terima kasih kepada sesiapa yang pernah sayang bobo. :') harap-harap bobo bahagia selama aku jaga dia dua bulan ni.. 





Tuesday, July 24, 2012

rasa

luahan rasa emy'n at 2:05 AM Links to this post
hari pertama praktikum.. penat, letih sebab berpuasa. tapi memang penat pun praktikum ni walaupun bulan tak puasa. normal la tu, masih dalam latihan kan?

balik sekolah, perasan something perubahan pada bobo :( bobo sakit. tak nak makan, nak buka mata pun tak larat. duduk diam je. terdengar juga bunyi macam bersin or batuk or selsema =.= hmm, tak pasti apa kena dengan bobo. patutlah malam sebelumnya diam je tidur. tak macam selalu, aktif je bila malam-malam.. sibuk nak main. tiba-tiba nangis, telefon syafiq bagitau keadaan bobo.. dia tak boleh nak kata apa. sekadar memujuk dan pesan bahawa setiap yang hidup akan pergi, mungkin dah masa bobo nak sakit. bobo dah tua, dibela dari tahun lepas lagi :'(

lepas tu, baring-baring sebab nak tidur. tapi masih ada orang sudi nak berbual dalam telefon, nak hilangkan rasa sedih ni. macam-macam cerita ada hari pertama praktikum. katanya, GB sekolah elit boleh pilih mana-mana guru praktikum yang dia berkenan untuk posting di sekolah dia. ohh, memang aku tak bagi la kan. kata nak balik Pahang. :P sekarang kata tak nak sebab banyak kawasan pedalaman dan orang asli. mungkin nak minta posting Johor. huhuh..
" nak posting Johor, nanti senang nak pergi risik dia"
*blush* " haa, ye la tu."
" betul la, nanti dapat gaji first terus nak g risik, lepas-lepas tu insyaAllah ada rezeki, ada duit terus je nikah. dah sayang dia sorang je."
"kuatnya la berangan". :P
"ni bukan berangan la yang, ni perancangan. perancangan masa depan"

senyum. :) moga dipermudahkan. terasa jauh lagi perjalanan. banyak perkara perlu dicapai terlebih dahulu. apa-apa pun, rasa bahagia tetap ada walaupun banyak onak dan duri sentiasa menghalang jalan. fikir-fikir balik, inilah yang terbaik insyaAllah. jalannya mudah, bila dah cukup semuanya, sedia saja la. yang penting bukan sekarang sebab masing-masing perlu mengejar masa kini, lengkapkan waktu kini sebelum sibuk menyediakan masa depan :D tanggungjawab sekarang perlu diselesaikan sebelum sibuk-sibuk nak memikul tanggugjawab lain. risau tak tertanggung bila banyak-banyak. 

harapku semoga hubungan ini direstui. bukan tiada respon keluarga. cuma mereka tidak terlalu mengambil tahu. mungkin masih risau akan perjalananku nanti. juga perjalanan dia. tambah lagi, jarak turut jadi halangan antara kami. tak ada istilah singgah bermalam atau menziarah lagi sampai sekarang. malah, mak ayah pun belum jumpa dia lagi. insyaAllah satu hari nanti :D aku tau, mak ayah memang tegas hal sebegini, jika disebut-sebut selalu memang akan melekakan aku. menjadikan aku lupa tentang apa yang aku perlu lakukan kini. tapi yang pasti, 2014 nanti dah boleh buka cerita untuk meletakkan tangga di rumah :P huhuh.. itu pesan ayah dan mak. insyaAllah.. insyaAllah, semoga dipermudahkan..





Sunday, July 22, 2012

nota pendek

luahan rasa emy'n at 10:25 AM Links to this post
Menghabiskan hujung minggu di rumah :) maknanya dapat menyambut 1 ramadhan bersama keluarga. Alhamdulillah, cukup korum :) baby deena pun ada kat sini. tapi kejap lagi dah kena balik kl.. esok 23 julai dah mula praktikum fasa 2, sampailah 21 september.. banyak perkara nak update sebenarnya tapi belum ada kesempatan. Insyaallah later on akan diupdate..

Semoga dipermudahkan setiap urusan semasa praktikum nanti :) dan semoga dapat menempuh ramadhan ini dengan baik insyaallah.

Selamat berpuasa kepada semua yang beragama islam :)

Monday, July 9, 2012

15 bulan

luahan rasa emy'n at 10:50 PM Links to this post
alhamdulillah, sudah 15 bulan berlalu =) syukur masih dikurniakan kasih sayang ini. moga kekal seperti yang dirancang.. walaupun sekejap panas, sekejap hujan, kadang-kadang berangin, tapi masih utuh macam dulu. sekarang ni dah tak macam sem-sem awal dulu. sekarang dah tak banyak masa. masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. memang kena berkorban macam-macam benda. lagi-lagi perasaan.

masa kelas tadi, pensyarah bagi selingan mengenai jodoh. topik yang memang menarik perhatian semua orang dalam kelas. sebabnya masing-masing dah 22, 23 tahun. umur dah sesuai dalam bab-bab macam ni kan. katanya masa muda dulu, memang ada pilihan hati, tapi last-last jodohnya dengan orang lain jugak. dengan pilihan ibu sendiri. tambahnya lagi, tak lama pun kenal. bila si ibu dah nyatakan hasrat, dah bagi restu, dia terus risik pihak perempuan. pihak perempuan setuju, sebulan lepas tu bernikah. masa tu sara hidup tak setinggi masa sekarang. jadi, semua urusan selesai dengan lancar dan mudah. bahagia sampai sekarang. =)

hampir semua orang tergelak bila dia cerita nasihat dia pada anak sendiri, "sekarang ni dah bersayang-sayang, nanti kalau dengan orang lain bersayang-sayang lagi, kalau 50 orang, 50 kali lah sayang-sayang tu" =.=

sebenarnya, perkara yang nak ditekankan ialah kepercayaan dan doa. tambahnya lagi ada 4 perkara yang memang Allah rahsiakan dari hamba-hambaNya. jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki dan kelahiran.

bila dah dengar perkara macam tu, mula lah otak ni sibuk berfikir benda yang tak patut fikir time kelas. nasib la dapat faham apa yang pensyarah ajar. kalau tak, memang susah nak fahamkan sendiri. tambah-tambah lagi masa rehat tadi terdengar budak-budak ni berbual pasal jodoh. ada salah seorang budak kelas dalam mood macam tu kot. aku tak dengar dengan menyeluruh pun, tapi macam tu la kot. macam baru dirisik-risik gitu.  (bercinta lepas nikah jadi femes sekarang ni, macam cerita irma hasmie :P) apa-apa pun semoga bahagia.

         

               ************************************************************************


sorot kembali kenangan masa jumpa ibu abah dia. perkara yang aku belum sedia pun sebenarnya. tak pernah pun rasa perasaan tu macam mana. tapi bila dah selesai, memang lega betul. =) walaupun tak banyak butir bicara, diam seribu bahasa. yang ada cuma eye contact je. tu pun segan sangat. insyaAllah suatu masa nanti akan jadi sebahagian dari keluarga. dengan izinNya, andai memang aku dah tertulis untuk bersamanya..

Tuesday, July 3, 2012

metafora 5

luahan rasa emy'n at 12:01 AM Links to this post
malam gelita kian melabuh tirai,
meninggalkan cahaya yang menerangi,
terkaku aku diulit imbasan itu;
bagaikan satu opera di lautan duniawi...

    suaranya gemersik ibarat ombak pemecah sepi
    lantang aksinya kian membakar rimba yang kebasahan,
    itukah dia hujan yang dirindu?
    ataupun cuma debu yang melitupi awan putih bak salju.
   
desiran itu kian berpenghujung
ditemani sekeping hati nan rawan
aku tahu di situ bukan tempatku lagi
kerna yang ada cuma luka tak terubati


Monday, July 2, 2012

bersyukur

luahan rasa emy'n at 1:04 AM Links to this post
bismillahirrahmanirrahim..

sudah minggu ketiga dalam semester 6, maknanya lagi 3 minggu akan mula praktikum 2. kalau ikutkan senior-senior yang lepas, minggu keempat kuliah dah mula pergi sekolah. batch januari 2010 ni la yang mula lambat. dari awal puasa sampai ke raya la nampaknya dekat sekolah. macam-macam lagi la budak batch jan 2010 kena sepanjang belajar 4 tahun ni. nak hurai satu-satu memang banyak.

ermm.. sebenarnya entri ni nak cerita pasal result. yup, result sepanjang 5 sem kat maktab ni. sedang-sedang saja. yang penting dah lepas target yang ayah nak. ayah kata dapatkan 3.5 ke atas, kekalkan. semester 4 dulu, result aku naik melepasi target aku sampai aku sendiri tak percaya boleh dapat macam tu. tapi sem 5 ni menurun dengan banyak juga lepas dapat B- dalam olahraga. subjek yang memang aku tak boleh pergi jauh. sebenarnya memang dah jangka pun yang sem 5 akan merosot. tambah-tambah lagi dengan praktikum 1 aku yang tak berapa nak cemerlang. mungkin belum ada bakat lagi. yup, kena ada bakat dalam mengajar since aku tak dianugerahkan kepakaran tu.. jadi, ambil gred keseluruhan je la kan. 3.6 something sepanjang 5 sem. alhamdulillah. bersyukur dengan rezeki yang Allah dah beri. semester 6 ni dah berubah sikit format. jadi kena hard work untuk naikkan result. tak boleh berharap tinggi melangit dan tak boleh juga terlalu merendah diri. apa-apa pun kena positif dan banyakkan berdoa.

banyak perkara yang aku terfikir lepas tengok result sendiri. ambil masa juga untuk beritahu mak dan ayah. alhamdulillah diorang faham apa yang aku boleh dan yang aku kurang boleh. yang penting result tu tak jatuh melepasi target. naik atau turun tu biasa la kan. tak selalu langit ni cerah. masa beritahu mak keputusan gagal dalam exam koam dulu pun mak tak marah. mula-mula macam terkejut lah kenapa aku boleh gagal. (65 ke atas baru lulus). lepas aku cakap yang lulus belas-belas orang dari ratus-ratus, dia pun tambah yang aku tak minat benda tu. ye, memang aku kurang bab-bab sukan ni walaupun mak ayah dulu aktif dalam acara padang masa diorang muda-muda. memang aku adik-beradik tak warisi bakat diorang :') mungkin juga tak dipupuk dari kecil. dah besar-besar macam ni kena merasa satu-satu acara. buat amali disamping belajar teori dan fakta yang pelbagai tu.

bila sorot kembali zaman kecil dulu, tak pernah pun terlintas dalam hati aku untuk jadi cikgu. cita-cita aku dulu doktor. tak takut pun kalau pergi klinik, umur 5 tahun dah berani dah makan ubat pil, masuk kuiz kesihatan sampai peringkat negeri, tolong tanda paper sains ayah sampai boleh hafal bahagian-bahagian dalam telinga walaupun baru darjah 4 dan macam-macam lagi la perkara masa tu yang mendorong ke arah sana. tapi sampai situ je la. bila dah belajar sains tulen baru tau langit tinggi rendah. tak berdaya pun nak impikan yang tingi-tinggi. kecelaruan betul masa tu. tapi tak boleh patah balik. dah memang budak 8A kena ambil sains tulen masa form 4 kan. kecuali lah kau pindah sekolah aliran teknik atau agama (tambah or buang subjek je pun) :P aku ingat lagi aku beritahu ayah yang aku susah nak buat add math. bab kira-kira add math memang aku lemah. benda ni pun aku tak warisi dari ayah (dia dulu belajar pendidikan math dan fizik masa kat U).

pengajian kat matrik pun aku tinggalkan sebab dapat tawaran IPG ni. masa tu dalam fikiran aku satu benda je. aku tak mampu nak hadapi matrikulasi dan tak mahu ambil risiko (takut wooo.. budak matrik semua jenis study hard dan pandai-pandai belaka). jadi, ke IPG la aku masa umur 18. sekarang dah 22 tahun. lagi setahun setengah nak habis study.  sekarang ni pun kalau orang tanya sama ada aku betul-betul minat jadi cikgu pun aku tak dapat jawab dengan cepat. jawapan biasa aku macam ni; "nak kata minat tu tak la, tapi bila lama-lama belajar baru timbul minat". boleh la kata minat lepas PBS 4 sem. bila praktikum mula, aku dah kabur-kabur balik sama ada betul ke aku minat ni. =.= besar juga cabaran kat sini. lagi-lagi masa praktikum. apa-apa pun aku harap praktikum 2 aku lebih baik dari dulu. aku harap boleh jadi garang sikit. nak kena belajar cara-cara jadi cikgu. nak kena cari kecintaan tu.

sekarang ni, kalau orang kampung tanya pasal aku. mak kata jadi cikgu nanti. diorang pun kata baguslah jadi macam ayah dia. =) ye. salah seorang anak akan ikut jejak ayah. cukup la ni, sorang bidang jurutera, sorang bidang kesihatan, aku bidang pendidikan. tinggal lagi sorang adik aku  baru nak pmr tahun ni. dia pun tak tahu nak jadi apa nanti. tapi sekarang dia minat seni. ayah kata nanti ambil psv masa spm. memang kena buat sesuatu ikut minat. baru la menjadi benda tu. so sekarang ni aku kena cari balik minat aku. janganlah menghilang lama-lama eh...

ya Allah, aku bersyukur dengan jalan yang telah Engkau berikan. semoga aku dapat menjalaninya dengan penuh ketabahan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review