About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Monday, July 2, 2012

bersyukur

luahan rasa emy'n at 1:04 AM
bismillahirrahmanirrahim..

sudah minggu ketiga dalam semester 6, maknanya lagi 3 minggu akan mula praktikum 2. kalau ikutkan senior-senior yang lepas, minggu keempat kuliah dah mula pergi sekolah. batch januari 2010 ni la yang mula lambat. dari awal puasa sampai ke raya la nampaknya dekat sekolah. macam-macam lagi la budak batch jan 2010 kena sepanjang belajar 4 tahun ni. nak hurai satu-satu memang banyak.

ermm.. sebenarnya entri ni nak cerita pasal result. yup, result sepanjang 5 sem kat maktab ni. sedang-sedang saja. yang penting dah lepas target yang ayah nak. ayah kata dapatkan 3.5 ke atas, kekalkan. semester 4 dulu, result aku naik melepasi target aku sampai aku sendiri tak percaya boleh dapat macam tu. tapi sem 5 ni menurun dengan banyak juga lepas dapat B- dalam olahraga. subjek yang memang aku tak boleh pergi jauh. sebenarnya memang dah jangka pun yang sem 5 akan merosot. tambah-tambah lagi dengan praktikum 1 aku yang tak berapa nak cemerlang. mungkin belum ada bakat lagi. yup, kena ada bakat dalam mengajar since aku tak dianugerahkan kepakaran tu.. jadi, ambil gred keseluruhan je la kan. 3.6 something sepanjang 5 sem. alhamdulillah. bersyukur dengan rezeki yang Allah dah beri. semester 6 ni dah berubah sikit format. jadi kena hard work untuk naikkan result. tak boleh berharap tinggi melangit dan tak boleh juga terlalu merendah diri. apa-apa pun kena positif dan banyakkan berdoa.

banyak perkara yang aku terfikir lepas tengok result sendiri. ambil masa juga untuk beritahu mak dan ayah. alhamdulillah diorang faham apa yang aku boleh dan yang aku kurang boleh. yang penting result tu tak jatuh melepasi target. naik atau turun tu biasa la kan. tak selalu langit ni cerah. masa beritahu mak keputusan gagal dalam exam koam dulu pun mak tak marah. mula-mula macam terkejut lah kenapa aku boleh gagal. (65 ke atas baru lulus). lepas aku cakap yang lulus belas-belas orang dari ratus-ratus, dia pun tambah yang aku tak minat benda tu. ye, memang aku kurang bab-bab sukan ni walaupun mak ayah dulu aktif dalam acara padang masa diorang muda-muda. memang aku adik-beradik tak warisi bakat diorang :') mungkin juga tak dipupuk dari kecil. dah besar-besar macam ni kena merasa satu-satu acara. buat amali disamping belajar teori dan fakta yang pelbagai tu.

bila sorot kembali zaman kecil dulu, tak pernah pun terlintas dalam hati aku untuk jadi cikgu. cita-cita aku dulu doktor. tak takut pun kalau pergi klinik, umur 5 tahun dah berani dah makan ubat pil, masuk kuiz kesihatan sampai peringkat negeri, tolong tanda paper sains ayah sampai boleh hafal bahagian-bahagian dalam telinga walaupun baru darjah 4 dan macam-macam lagi la perkara masa tu yang mendorong ke arah sana. tapi sampai situ je la. bila dah belajar sains tulen baru tau langit tinggi rendah. tak berdaya pun nak impikan yang tingi-tinggi. kecelaruan betul masa tu. tapi tak boleh patah balik. dah memang budak 8A kena ambil sains tulen masa form 4 kan. kecuali lah kau pindah sekolah aliran teknik atau agama (tambah or buang subjek je pun) :P aku ingat lagi aku beritahu ayah yang aku susah nak buat add math. bab kira-kira add math memang aku lemah. benda ni pun aku tak warisi dari ayah (dia dulu belajar pendidikan math dan fizik masa kat U).

pengajian kat matrik pun aku tinggalkan sebab dapat tawaran IPG ni. masa tu dalam fikiran aku satu benda je. aku tak mampu nak hadapi matrikulasi dan tak mahu ambil risiko (takut wooo.. budak matrik semua jenis study hard dan pandai-pandai belaka). jadi, ke IPG la aku masa umur 18. sekarang dah 22 tahun. lagi setahun setengah nak habis study.  sekarang ni pun kalau orang tanya sama ada aku betul-betul minat jadi cikgu pun aku tak dapat jawab dengan cepat. jawapan biasa aku macam ni; "nak kata minat tu tak la, tapi bila lama-lama belajar baru timbul minat". boleh la kata minat lepas PBS 4 sem. bila praktikum mula, aku dah kabur-kabur balik sama ada betul ke aku minat ni. =.= besar juga cabaran kat sini. lagi-lagi masa praktikum. apa-apa pun aku harap praktikum 2 aku lebih baik dari dulu. aku harap boleh jadi garang sikit. nak kena belajar cara-cara jadi cikgu. nak kena cari kecintaan tu.

sekarang ni, kalau orang kampung tanya pasal aku. mak kata jadi cikgu nanti. diorang pun kata baguslah jadi macam ayah dia. =) ye. salah seorang anak akan ikut jejak ayah. cukup la ni, sorang bidang jurutera, sorang bidang kesihatan, aku bidang pendidikan. tinggal lagi sorang adik aku  baru nak pmr tahun ni. dia pun tak tahu nak jadi apa nanti. tapi sekarang dia minat seni. ayah kata nanti ambil psv masa spm. memang kena buat sesuatu ikut minat. baru la menjadi benda tu. so sekarang ni aku kena cari balik minat aku. janganlah menghilang lama-lama eh...

ya Allah, aku bersyukur dengan jalan yang telah Engkau berikan. semoga aku dapat menjalaninya dengan penuh ketabahan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review