About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Sunday, November 4, 2012

semusim cinta untuk selamanya

luahan rasa emy'n at 12:48 AM
hidup tak selalunya indah..
tapi yang indah tetap akan hidup dalam ingatan..
:)

dalam hidup, biasalah bila ada masa-masa untuk kita berada di bawah atau di atas. sebab tu manusia diberi akal untuk memikirkan jalan hidup yang terbaik. juga diberi hak untuk memilih jalan hidup masing-masing. ada antara kita yang sedang berbahagia, ada juga yang sedang menderita. tapi yang pasti, hati kena tetap cekal supaya terus tabah.

aku dan dia memang berbeza. entah bagaimana sama-sama merasa cinta. hadir secara perlahan bagai tak terasa pun hembusannya. semakin lama dalam cinta, memang tak nafi makin banyak perkara diketahui. ada yang baik dan ada yang tidak. tapi sebagai manusia, sikap saling menerima dan toleransi perlu ada untuk kekalkan hubungan. namun, langit tak selalunya cerah, kadang kala hujan, gerimis, mungkin juga banjir atau kemarau akan berlaku. di situ lah letaknya kematangan fikiran untuk menstabilkan emosi dalam apa jua situasi.

he's my last love. yang sebenar-benarnya.

sebelum ini, tak mungkin aku dapat jadi diri sendiri bila bercinta. orang kata cinta pertama itu yang paling susah dilupakan. tapi bagi aku, cinta pertama cuma satu kebodohan apabila ia tidak dapat dikekalkan dan tak jadi yang terakhir. kenapa aku kata bodoh? sebab aku percaya bahawa pengalaman itu mendewasakan. jika ia yang pertama dan terakhir juga, memang beruntung orang itu kerana berjaya menjadi matang dan mengawal situasi dengan insan yang sama, sebagai pengalaman pertama. berbeza pula dengan perkahwinan, itu adalah cinta yang diiringi dengan tanggungjawab. kekasih cumalah seseorang yang kita inginkan sebagai pasangan dalam hidup untuk masa ini dan selamanya.

and that's him.
dia yang dulu aku rasa tak ada apa-apa pun yang menarik. dia yang dulu aku fikir cuma sebagai kawan dan pendengar serta penasihat yang baik. dia yang dulu banyak kesilapan dalam langkahnya. dia yang dahulunya cuma dia. seorang insan biasa yang banyak kekurangan.

begitu juga dengan aku. aku yang dulu memikirkan untuk mencari seseorang yang telah aku impikan bagaimana ciri-cirinya. aku inginkan insan yang betul-betul menerima, memahami serta menyayangi aku dengan tulus tanpa kesudahan. aku yang sememangnya pernah tewas dalam perjuangan hati yang sebenarnya merugikan aku tanpa aku sedari. dan akhirnya aku cuma seorang insan biasa yang penat bermain perasaan kasih sayang. terlalu mudah menerima tanpa mengenali dahulu, akhirnya aku serik dalam cinta dan aku memang tekad untuk menjadikan yang terakhir dalam hidup jika aku jatuh hati lagi selepas itu. selepas aku hancur tewas.

manusia berubah. kesilapan dia dalam langkah bukan atas kemahuan sendiri. tapi atas keadaan yang memaksa. dia sebenarnya sangat lembut hati. mudah untuk aku kenali, sepanjang aku berada dekat dengannya. mungkin dari situ telah bermula satu cerita. cerita yang wujud antara aku dan dia. aku akui banyak perkara tentangnya yang aku ketahui. termasuklah luka-lukanya yang lama serta impian dan harapan yang dia impikan. aku tidak terburu dalam membuka hati, sememangnya aku berhati-hati supaya aku tak jatuh lagi :') jatuh cinta itu memang indah. dialah kawan, dialah sahabat dan dia juga kekasih :) baru aku sedar akan pentingnya aku untuk menjadi diri sendiri dalam berkawan. kelak, kita dah tahu perangainya, kegemaran atau apa yang tidak disukai.

bergaduh itu perkara biasa. cemburu, ragu, semua itu ibarat melodi di dalam lagu. apabila disusun indah, lagu itu pastinya menarik dan penuh dengan warna. apabila khilaf, ada sahaja keretakan dalam lagu, tidak lagi indah dan menyakitkan untuk didengar. aku bersyukur kerana selama ini aku dapat atasi setiap masalah dan menyusun semula melodi untuk terus menyanyikan lagu indah. dan sesungguhnya, fikiran aku tidak pernah terfikir akan keadaan diri ini jika tiada dia. tak pernah. sampai aku rasa amat letih untuk berfikir ke tahap itu. hasilnya cuma air mata yang penuh dengan sebak dan sedih. tak pernah aku terfikir untuk berpisah. kalau ada cuma kata-kata yang terlintas di mulut. bukan kata hati. selagi mampu memang aku pertahankan.

Muhammad Syafiq,
terima kasih kerana masih bertahan, masih meneruskan cerita kita.
terima kasih kerana menerima kekurangan dan kekhilafan aku dalam langkahku sendiri.
sememangnya aku tak ingin jauh, rasa jauh akan melahirkan banyak prasangka dalam hatiku. aku hanya ingikan kamu sebagai yang terakhir,, kerana itu adalah janji aku terhadap hati sendiri.
aku percaya, aku dah temui insan yang menyayangiku tanpa kesudahan. aku dah temui insan yang mengenali aku kadangkala lebih dari diri sendiri. :') yang dapat menerima kelemahan aku. yang dapat menyatakan isi hati tanpa rasa ragu. aku sudah temui apa yang aku perlu. yang dapat membuatku bahagia. cuma satu pintaku, teruslah berusaha dalam cinta ini. cinta kita. seperti mana yang aku jua lakukan.

hampir 19 bulan. semoga bulan-bulan mendatang akan tetap tertulis cerita kita. sampai ke akhirnya. semusim cintaku untuk selamanya. hanya dirimu. semoga jodoh ini berpanjangan :')



3 kata-kata:

ain amira said...

keep on writing coz ain suka baca blog akk..
p/s: semoga bertemu jodoh dgn yg tersyg hingga ke syurga..insyaAllah :)

emy'n said...

thanx ain :)insyaallah aminn

shafifi said...

:: semoga terus kekal hingga ke jinjang pelamin emy :)) ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review