About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Tuesday, December 11, 2012

dugaan

luahan rasa emy'n at 11:20 PM
salam..

hari ni dah 18 hari mak dalam wad. sudah 17 malam juga aku jaga mak dekat wad ni. memang dugaan Allah nak beri pada hambaNya. panjang ceritanya kalau nak cerita dari A sampai sekarang. tapi yang boleh aku ringkaskan ialah mak menghidap sakit kanser. dah tahap 4 doktor pakar cakap. keputusan biopsi pagi tadi dah sahkan yang dalam paru-paru tu memang adenocarcinoma.

berat sangat rasa hati bila doktor pakar sahkan kanser paru-paru tahap 4. jatuh air mata depan-depan doktor pakar. dari MRI, x-ray dan CT scan, kanser ni dah merebak ke hati dan tulang paha (third proximal, metastases in bones) sebab tu la mak sakit kaki sejak oktober lepas. 23 November masuk wad sampai lah sekarang ni. hari tu doktor kata memang boleh balik lepas radioterapi 5 kali. tapi tak jadi keluar bila bone fracture 30 haribulan :( masa tu Allah je yang tahu rasa hati bila bagitahu ayah dan abang-abang sambil nangis dalam phone :'( tapi sekarang aku dapat rasa yang aku jadi makin tabah untuk menghadapi dugaan dalam hidup ni. sebelum ni tak pernah ada pun dugaan yang berat sangat macam ni. aku percaya ada hikmah semua ni. bak kata-kata seorang kawan, Allah sangat sayang pada aku dan keluarga. sebab tu Dia uji macam ni. :')

lagi 3 minggu cuti. harap keadaan mak stabil untuk jalani pembedahan masukkan besi. hari tu doktor bius tak bagi bedah sebab paru-paru tak kuat untuk tahan bius penuh. bius separuh pun tak boleh. aku harap sangat untuk 3 minggu ni mak akan dibedah dan dapat balik rumah sebelum naik cuti :( apa-apa pun lepas ni kena tunggu keputusan dari doktor onkologi dan ortopedik. semoga dipermudahkan setiap urusan.

malam-malam di wad memang membuahkan rindu pada rumah. lagi-lagi masa cuti macam ni. tapi apalah ertinya rumah kalau tiada seri seorang ibu :') lagi  betah rasanya duduk di wad menemankan mak setiap hari. Alhamdulillah, Allah bagi peluang aku jaga mak di saat-saat macam ni.


p/s: buat kawan-kawan yang membaca entri ni, harap dapat titipkan doa buat mak :') semoga Allah permudahkan setiap urusan dan memberi kesembuhan pada mak. aminn






8 kata-kata:

Aya Akira said...

Salam...
x boleh nak bg nasihat bagai sbb i'm not in your shoes.

ujian? mungkin ya.take this as an opportunity Allah gives you and your family to gain more 'pahala' n decrease 'dosa'.

setiap yg berlaku hanya DIA yg tahu rahsia disebaliknya, kenapa dan mengapa. mungkin utk ajar kita jd lebih kuat, mungkin juga sbg satu panggilan utk kita dekatka diri dgn DIA.

stay strong, utk mak, utk diri dan utk keluarga. Insyaallah, setiap yg DIA titipkan adalah yg terbaik utk kita, biar manis atau pahit sbb DIA lebih mengetahui segala-galanya.

Nurfathiah Karim said...

salam..
teah tumpang simpati k..
ape yang nur cerita sama 100% dengan apa yang arwah mak teah lalui dulu..
tp kalau mak nur kuat, lpas masok besi pon stil boleh jalan.. macam arwah pon boleh jalan lps operation walaupun doktor cakap paru-paru mak tak kuat time operation tu..
tabah k..
banyak-banyak kan doa..

wawa syaida said...

salam..
saya pun pernah ada dalam situasi emy'n...5 tahun yang lepas...kebetulan masa tu saya tengah cuti sem...so dpaat jaga mak di hospital...bergilir-gilir dengan ayah sebab ayah saya pun kebetulan baru je bersara...Allah telah mengaturkan segalanya.. saya jaga mak di hospital dalam 6 hari... hari-hari melihat kematian pesakit-pesakit lain sebab mak saya berada di ICU yang ditempatkan lebih kurang 10 katil pesakit... dalam hati saya masa tu, mohon Allah sembuhkan mak saya walaupun harapan utk sembuh tipis...di hari ke 6, mak saya menghembuskan nafas terakhir di depan saya..hanya Allah yang tahu beratnya untuk ditanggung kesedihan itu... kita yang masih hidup perlu kuat, sabar dan tabah... jagalah penuh kasih sayang supaya kita tak menyesal kemudian hari.... sekurang-kurangnya kita dapat berbakti kepada orang yang melahirkan kita sehingga di akhir usianya... InsyaAllah

ain amira said...

berat ujian yg sy tempuh skrg, berat lg ujian yg akk terima..

akk, be strong k.. ain tahu akk kuat..sbb tu Allah berikan dugaan ni buat akk kan? semoga mak akk cepat sembuh..insyaAllah..

ID said...

yan doakan mak emy cepat sembuh..
be strong dear..
Allah tak uji hambaNyaa di luar kemampuan die

shafifi said...

Semoga mak emy akan sembuh.byk besabar n kuat ye

istiqomah said...

semoga mak emy kuat ye,,doc tak suruh buat kimo ke?? doa banyak2,,dan selalu bagi sokongan dekat mak emy,,sebab sakit kanser ni memang perlukan kata2 semangat..semoga mak emy cepat sembuh,,takda ada yang mustahil dalam dunia ni,, Amin

Nurhanisah said...

salam emy

kitorang yg sekadar dengar pun rasa berat inikan lagi tuan punya badan.be strong.insyaAllah,kitorang doakan for your mom :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review