About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Saturday, November 9, 2013

selesai perjalanan 5 tahun setengah

luahan rasa emy'n at 3:31 AM 0 kata-kata Links to this post
hari ni 9 November 2013, dalam seminggu lagi nak tinggalkan maktab ni. Sejujurnya, rasa tak sabar nak tamat. tapi memang akan rindu dengan suasana belajar ni :D manis. dalam susah payah pun masih terasa seronoknya. orang cakap, eh dah habis dah belajar, rasa macam kejap je. tapi bayangkanlah nak lalui 5 tahun setengah tu macam-macam perkara jadi. banyak sangat pengalaman tak kira la pahit atau manis. dari jiwa ni rasa kebudak-budakan sampai tahun akhir jadi dewasa dan matang :)

aku masih ingat lagi hari pertama daftar, 14 Julai 2008. zaman maktab teknik dekat cheras. penuh perasaan masa tu. teruja ada, terkejut pun ada sebab suasana maktab yang memang dah lama sangat :P, masa tu la baru nak kenal orang yang bermacam ragam. zaman pra memang mencabar sebab banyak sangat subjek nak kena belajar tambah lagi dengan gerko, persatuan, dan macam-macam lagi. pendek kata zaman pra ni zaman nak sesuaikan diri :)

masuk zaman degree tahun 2010 dah mula rasa mencabar. kena catch up lagi banyak perkara. dah mula PBS sampai sem 4. sem 3 dan 4 merasa unit uniform, ada BIG lagi, perkhemahan. dulu masa pra dengar je pasal PBS dan praktikum tapi tak dapat pun nak empati betul-betul sebab tak hadapi kan. bila dah praktikum mula la rasa sendiri pengalaman tu. tapi apa-apa pun, semua tu based on pensyarah pembimbing. ada yang kedekut, ada yang murah hati. walaupun aku tak berapa puas hati pasal ni, tak boleh nak cakap apa sangat la. positifkan hati dan cakap kat diri sendiri yang hidup ni macam roda. bak kata seorang cikgu kat sekolah praktikum, "kalau saya jadi penyelia saya bagi yang baik untuk student sebab ni proses belajar, tak boleh suka-suka nak kondem". lama jugak nak heal rasa kecewa ni. tapi aku kena terima, mungkin rezeki aku tak seberapa. mungkin zaman dah kerja nanti rezeki mencurah-curah :) in shaa Allah. banyak pengalaman yang mendewasakan, yang menjadikan aku lebih kenal diri sendiri dan orang sekeliling, yang dapat menerima kekurangan serta mensyukuri kelebihan.

2011, bermula satu ikatan yang tak dijangka. entahlah, mungkin sebab dari pra dah kenal. anggap kawan biasa tapi akhirnya muncul rasa lain :P aku harap hubungan ni akan kekal sampai akhir hayat. macam mak dengan ayah dulu, kenal di tempat kerja. along dengan wife dia masa belajar kat U. angah dengan wife dia masa praktikal. aku kenal masa belajar dan adik nanti mungkin jumpa jodoh dia masa kerja atau praktikal? hehe.. banyak yang aku belajar dari hubungan ni. saling terima walaupun aku jenis memaksa. nasib la dapat orang yang memahami dan penyabar macam dia :D banyak dah cerita pasal dia dalam blog ni. tak perlu banyak sangat cerita :P

2013, tahun terakhir belajar dan tahun pertama di kampus baru. result sem 7 jatuh sebab tak ada semangat. hilang separuh nyawa bila hilang insan tersayang :( tapi terpaksa kuat. terima untuk redha dengan ketentuan Ilahi. impian aku untuk konvo bersama dan meraikan majlis kahwin aku nanti takkan jadi kenyataan :'( tak ada dia untuk melihat aku dewasa dan bekerjaya. tak ada dia untuk menimang  anak aku nanti sambil beritahu ikut muka siapa. :( semoga mak sentiasa tenang di sana :') in shaa Allah mimin akan jaga diri baik-baik. buat insan-insan yang masih ada ibu dan bapa lagi, hargailah mereka sepenuhnya. sebab nanti bila diorang dah tak ada, akan rasa ralat kalau kita tak jaga hati mereka baik-baik. sebenarnya aku masih tak puas hidup dengan mak. since form 1 dah masuk asrama sampai form 5. lepas tu masuk maktab 5 tahun setengah. betapa aku berharap aku dapat luang masa yang lama lagi dengan dia. dan sampai sekarang aku masih ralat sebab tak dapat minta maaf, berterima kasih dan ucap sayangkan dia masa nafas terakhir. aku takkan lupa tarikh 1 februari 2013, hari dia pergi dan takkan kembali.


hari rabu ni paper exam yang last. semoga aku dapat jawab dengan baik. lepas tu balik rumah dan merasai cuti sebelum bergelar guru. in shaa Allah. semoga akan terus ada sinar dalam hidup ini.

cuti sekolah start 16 November :D masa untuk membentuk diri










Wednesday, September 4, 2013

entry september

luahan rasa emy'n at 2:11 AM Links to this post
salam,

skip dua bulan, julai dan ogos. bukan tak ada perkara nak taip, tapi terlalu sibuk dengan kerja-kerja semester akhir. finally, cukup 5 tahun study IPG. penat letih lelah semua tak perlu nak cerita, panjang berjela-jela. setiap sem hadap benda sama, cuma sem akhir ni ada AR. lepas tu ada viva hujung september nanti. bila dah November baru la lega lapang dada sebab dah cuti :) yeah, tak sabar nak habis study.

banyak perkara yang aku belajar sepanjang study ni. jumpa macam-macam ragam manusia. dapat kenal diri sendiri juga. susah nak kenal diri sendiri. sebab orang lain yang lagi nampak, sama la macam diri kita yang banyak nampak diri orang lain kan. teringat masa belajar pasal emosi, lect tanya emosi apa yang paling ketara sepanjang 5 tahun belajar? sorang-sorang kena jawab. fikir punya fikir, paling banyak emosi yang aku dapat ialah 'tabah'. campur macam-macam emosi jadinya tabah. dalam gembira ada tabah, dalam sedih ada tabah.

perkara paling besar ialah bila kehilangan seorang insan yang paling disayangi. it takes month for me untuk tabah dan jadi kuat seolah-olah tak ada apa-apa berlaku. :( susah. perkara paling susah ialah pura-pura gembira. tapi tu la yang aku kena buat untuk cope life kat maktab ni. tak ada siapa pun yang betul-betul faham perasaan aku. serba tak kena masa tu, sekejap angin tak baik, sekejap lain macam. dapat pulak lect yang banyak hal. memang down terus. jujur aku cakap yang sem ni aku tak ada mood sangat nak dapat tinggi-tinggi or buat terbaik. =.= entah. mungkin sebab tak ada motivasi. huhu. tengok kawan-kawan pun banyak ragam. tak boleh nak jadi rapat sangat. nanti ada je tak puas hati bagai. so, that's me. jadi diri sendiri, cuba kenal diri sendiri dan sayang diri sendiri. cukup la.

lagi satu perkara lect tanya dalam kelas, cara nak atasi stres. jawapan aku mudah je. keluar. pergi jauh sikit dari tempat stres. tak ada la maknanya stres tu hilang, tapi dapat la relief kosongkan kepala sikit. pergi shopping mall, jalan-jalan. tengok orang ramai kat luar sana. buat refleksi dan timbang tara. paling aku susah nak terima bila orang yang dewasa ni bertindak tak matang. boleh pula putuskan hubungan kawan sebab perkara silam. padahal perkara silam tu sepatutnya jadi pengajaran, bukan penghalang. tapi apa-apa pun, terpulang la individu masing-masing. mungkin perkara tu mewujudkan kebahagiaan. terpulang. yang penting aku tak ada rugi apa-apa. aku pun rasa diri aku ni cukup matang dah nak beza mana satu yang perlu dan tak perlu.  kalau diri aku mudah je la, bila aku rasa tak selesa dengan seseorang, aku tak banyak tegur. tapi tak ada la sampai nak block fb, tukar link bagai. still tau perkembangan walaupun tak mesra. lagi baik macam tu sebab tak nak terluka. huhu.

1 september lepas, ulangtahun ke 23. syukur diberi peluang sampai umur ni. harapan ada banyak, tapi tak berharap sangat sebab apa-apa pun semua dah tertulis. ketentuan tu semua dariNya kan. kalau jodoh datang cepat, cepat la. kalau lambat, ada hikmahnya. bila makin dewasa ni tak rasa apa sangat pun birthday. sebab terfikir sampai bila umur ni, sempat tak buat sesuatu yang kita nak, dapat tak rasa kebahagiaan macam mak ayah kita. itu je la. banyak perkara yang berlaku buatkan diri ini jadi tabah dan terus tabah. in sha Allah sampai bila-bila pun, ketabahan tu tetap ada.

ok, masih ada 2 assignment dan kerja-kerja lain.

Wednesday, June 26, 2013

wordless wednesday #9

luahan rasa emy'n at 1:32 AM 0 kata-kata Links to this post


last syawal with mom :'(

"kepada tuhan tempat ku taruh harapan
engkau selamanya dalam bahagia
cintamu ibu biar kukenanginya
di sudut kamar hatiku"




mak,

air mata ini tak pernah kering mengingati dan merinduimu :'(
al-fatihah 

Sunday, June 2, 2013

happy birthday love

luahan rasa emy'n at 10:54 PM 3 kata-kata Links to this post
salam,

entri khas untuk buah hati sempena ulangtahun lahir dia yang ke 23 :)
banyak dah post pasal dia sebelum ni. tapi tak apa, yang baca dia jugak kan. 



sedikit sebanyak pasal dia.

nama penuh Muhammad Syafiq bin Norazami. lahir di jerantut, membesar di rompin kemudian temerloh. abahnya seorang guru berasal dari mentakab, ibunya pun seorang guru berasal dari jerantut. pendek kata memang anak jati Pahang. :) anak kedua dari 5 orang adik beradik, jenis darah O sama dengan aku. berkongsi bulan lahir dengan abah, sama lagi dengan aku yang kongsi bulan lahir dengan ayah. :) hehe. banyak persamaan, banyak juga perbezaan.

kenal dengan dia sejak zaman pra lagi. kenal biasa-biasa, overall dia bukan jenis yang aku minat. jujur aku pernah tolak dia dengan bagitau yang dia bukan type orang yang aku minat :P tapi.....

tak pernah sangka pun boleh 'tersuka'. mungkin sebab sikap dia yang suka mendengar, jadi matang dalam hal-hal yang matang, kadang jadi gila-gila, jadi macam budak-budak dan boleh terima perangai aku yang asyik berubah-ubah ni. dia selalu ada bila diperlukan. siapa tahu buat kerja sama-sama dalam rumah sukan pun boleh timbulkan perasaan? hehe. semalam baru je terus terang, buat pengakuan yang sepatutnya dah lama buat. aku dah lama suka dia. how come aku boleh gelak tengok dia pakai helmet sebab nak bawak barang yang banyak naik ke asrama, tak cukup tangan terpaksa pakai helmet. :P hehe. masa tu dah suka dah. sejak kerjasama dalam rumah bendahara, banyak perkara yang dia buat jadikan aku rasa happy :D masa tu la dapat nampak sifat kepimpinan dalam dirinya, ketegasan, keseriusan dalam kerja. :) selalunya nampak dia ni suka buat tak tahu dan macam tak ambil tahu. hehe. side diri dia yang lain tu buat aku kagum dalam diam. orang-orang sekeliling boleh bagi kerjasama dengan dia :) hurm, memang lain sangat dengan apa yang aku kenal mula-mula. 

masa awal-awal bercinta, ada je orang yang pesan supaya aku berhati-hati. mungkin risau terputus di tengah jalan. aku tahu mungkin ramai juga orang yang fikir hubungan ni tak kekal lama. maklumlah, masing-masing ada sejarah hidup. dalam bab cinta, ramai yang kenal dia suka ganti-ganti. tapi aku lagi suka kenal sendiri dan tanya sendiri tuan punya badan. dari situ aku dapat tahu perangai dia dengan lebih dalam, apa yang diharapkan dalam satu-satu hubungan dan macam-macam perkara lagi. sampai sekarang ni pun, bukan tak pernah ada gaduh, ada je. cuma perasaan dalam diri masing-masing yang buatkan kita bertahan :) sedar tak sedar dah 2 tahun lebih hubungan ni. :) nak bina satu-satu hubungan tu bukan mudah. dalam tempoh tu la kita belajar pelbagai perkara, belajar menerima dan tolak ansur.


 gambar semalam masa pergi jemputan kahwin. serius je masa drive. konon pakai seat belt :P padahal nak elak warning beep. hehe. 



ni la dia. dengan jersi dan seluar jeans. pakai selipar je :P tak ada pun macam guys yang lain berkemeja, berkasut dan bergaya bagai-bagai. hehe. sebab ni juga la aku sayang, dari awal lagi dia memang macam ni. dah jadi feveret dia dah pakai jersi. tak ada pun nak berlebih-lebih atau menunjuk. as simple as him, yang penting bersih dan kemas :) dia pun tak kisah kalau aku tak bergaya or ikut fesyen. yang penting nampak ok pada dia pun dah cukup la. just being ownself :D 


ehem..
di kesempatan ni nak ucap selamat hari lahir, semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan perjalanan hidup, menjadi anak yang berbakti pada ibu abah dan semoga hubungan kita ni kekal sampai akhir nanti :) hope kita dapat capai apa yang kita harapkan. terima kasih atas kasih sayang ini :D


moral in this life, kita takkan dapat apa yang kita nak. tapi kita dapat apa yang kita perlu :) 



Friday, May 31, 2013

missing her

luahan rasa emy'n at 12:48 AM Links to this post



the most beautiful women in my heart :')
salam jumaat.

genap 17 minggu pemergianmu. betul-betul rindu, tak pernah rasa rindu macam ni, :') masa awal-awal mak pergi dulu, selalu mimpi.  dalam mimpi tu memang terasa macam betul. duduk sama-sama dalam rumah, mak teman dalam dewan (macam ada program dengan keluarga) sampaikan dalam mimpi tu aku boleh terfikir 'mak kan ada lagi, kenapa orang cakap mak dah tak ada?' dan tiba-tiba memang mak hilang dah lepas tu. lenyap dari pandangan :( masa tu aku sedar yang aku macam tak dapat terima kenyataan. tapi bila lama-lama kurang dah mimpi. lama juga tak mimpi hari tu. bila dah mula cuti ni ada mimpi balik :') memang, tu je la cara untuk lepas rindu yang takkan ada kesudahan ni.

nenek kata kalau kita mimpikan seseorang yang dah tak ada, maknanya dia sayang pada kita :') mak la orang yang sentiasa percaya kat diri ni. ingat lagi masa pertama kali dan juga itulah yang terakhir rupanya bawa mak naik kereta. dekat je mak suruh bawak, dari bank sampai rumah.

me: mak percaya ke suruh mimin bawak ni?
mak: percaya je, kan dah ada lesen.

memang lesen tu lama dah. tapi nak mula drive balik memang takut. tapi mak tak risau pun. cuma dia komen aku tak brek kat jalan-jalan yang bahaya. =.=! err. biasa la reason aku tak nak enjin mati. manual kan.. hehe. tapi serius tak mati enjin pun kalau brek, kecuali dah nak berhenti sangat kereta tu. so, tekan la clutch ngan brek sekali.

hmm.. cuti ni tanpa dirinya. yang ada cuma kenangan. masakan terakhirnya yang aku nikmati ialah sambal udang, mak la orang yang last potongkan rambut sebab beria nak potong masa september lepas. tiada pesanan terakhir, yang aku ingat mak suruh drive elok-elok pergi praktikum. mungkin dia risau sebab anak dia ni tak drive langsung 5 tahun lepas dapat lesen.

aku andaikan pesanan tu adalah supaya aku berhati-hati di sepanjang hidup ni :') in shaa Allah. semoga tenang di sana mak..

Friday, May 17, 2013

happy birthday dear friend :)

luahan rasa emy'n at 2:40 AM 0 kata-kata Links to this post
salam. :)

yup, entri ni special untuk salah seorang kawan yang sememangnya seorang sahabat buatku. selalu buat entri pasal pakwe je. kali ni, kawan plak. hehe :P 17 Mei 2013, genap 23 tahun dah dia. semoga berbahagia selalu, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipercepatkan jodoh, dipanjangkan usia dan jadi anak yang berbakti pada orang tua. insyaAllah.

kita memang kenal lama dah sejak masuk maktab. tapi sejak sama-sama blok B kat KL dulu, jadi lebih rapat. tak sangka pun boleh kawan baik. hehe. sebabnya diri ni tak ramai pun kawan baik. kawan biasa tu banyaklah :) best friend, boleh terima diri seadanya, baik dan buruk kita kan.

BIG 4. Kuala Lipis, sept 2011

di kesempatan ni, nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat waha sebab selalu ada bila diperlukan. kadang-kadang macam adik, kadang-kadang macam kakak. :) sudi bawa nak pergi mana-mana, ingat lagi dulu pergi putrajaya, pergi ipbm tengok teater, pergi mid tengok movie ted, makan kat luar, pergi tesco, bawak bobo cari ubat masa bobo sakit :'(  sanggup hantar pergi klinik bila demam tiba-tiba waktu malam, sudi bagi telinga dan bahu :) sudi datang ziarah kat rumah walaupun jauh dan yang paling best saat waha cakap "mak aku pun mak kau jugak emy" :') serius memang terharu. since mak dah tak ada ni memang rasa serba tak kena je selalu. mungkin sebab hilang satu doa, senang sangat nangis, cepat marah, study pun macam semangat tak semangat je :( terima kasih juga kat mak waha sebab sudi mesej and doakan untuk exam :') one day, nak ikut balik pekan k. :)) hehe.

minta maaf kalau sepanjang kita berkawan ni waha ada terasa hati or marah atau tak suka. :) kalau ada kekurangan atau kekhilafan diri ni minta maaf jua k :)


kenangan di big mug, bdr permaisuri. miss this moment :)


semoga persahabatan ini kekal selamanya :) in shaa Allah. I love u dear :D

Sunday, April 28, 2013

penghujung april

luahan rasa emy'n at 1:28 AM 0 kata-kata Links to this post
salam,

sedar tak sedar sekejap je dah nak habis april. :')
april bulan yang bermakna, ulangtahun lahir arwah mak 6 haribulan. sangat rindu dia. teringat-ingat lagi minta mak doakan diri ni lagi-lagi bila dah nak dekat exam atau apa-apa perkara je yang menyesakkan. tapi sekarang hanya minta doa ayah. tak tertahan sebak bila fikir. yela, salah satu doa yang makbul kan doa seorang ibu :') huhu. hari tu dah tersentak bila lecturer suruh doa banyak-banyak pasal assignment kertas cadangan AR. hmm, tak tahu nak kata apa dah. sibuk menghantar assignment time praktikum. pening fikir proposal, rph, observe lagi. entah. lect sibuk suruh hantar awal sebab senang nak repair awal kalau ada salah silap. so, buat je la sekadar ada untuk puaskan hati dia, dengan harapan memang akan ditambah baik kan. last-last benda sampah yang dihantar tu la yang diambil markah. lecturer sibuk kemain sampai tak sempat nak semak awal-awal. bengang je rasa hati ni. bertambah bengang lagi bila lecturer kata mungkin nanti dah tak ada praktikum masa assignment kertas cadangan =.= yang untung junior, yang rugi batch kitorang je. selalu jadi tikus putih, selalu je diubah-ubah sebab senior nampak ok, kitorang disusahkan. lepas tu bila tak capai target dimudahkan balik untuk junior bawah. so unfair :( berserah je la untuk sem 7 ni. jawab exam nanti elok-elok. tu je la harapan akhir yang ada =.=

kemain lect habiskan pen merah dia kat sini! =.=



                 *********************************************************

dalam sedih sedih pun mesti ada yang menggembirakan. hehe
 ulangtahun kami 9 haribulan. ulangtahun ke 2. not exactly 9 hb, kitorang bukan ada declaration atau apa-apa pernyataan pun untuk permulaan hubungan :P masing-masing terasa sendiri dalam hati. tiba-tiba je dah tahap serius. :P

ok, tak sempat nak update entri ulangtahun. sibuk sangat dengan praktikum sampai tertangguh-tangguh rutin. so, coret sikit je la kat sini. semoga kekal hubungan ni sampai akhir hayat. In shaa Allah. fefeeling dewasa sikit :D harap dapat la tercapai perkara yang dihajatkan tahun depan. ehem. dalam banyak-banyak gaduh pun, tetap jadi baik :') semoga tiada anasir-anasir jahat atau orang ketiga ke yang mengganggu :P terima kasih untuk 2 tahun yang singkat ni. sekejap je rasa. macam baru semalam wat kerja sama-sama dalam rumah bendahara, macam baru je lagi pergi kedah untuk program anak angkat dan pangkor untuk aktiviti luar persatuan. heheh :P banyak kenangan kita.

my only one sweetheart :) 


bulan april ni juga, dah kena isi borang posting online. semestinya Johor yang first. lepas tu Pahang. yang ketiga Melaka. doa-doa la dapat johor je. senang nak balik kampung. hehe. jangan kena campak jauh-jauh sudah la. semoga dapat dekat-dekat dengan ayah. boleh jimat duit duduk rumah sendiri :P memandangkan borang posting ni nak salinan sijil spm bagai, senangkan diri untuk balik rumah minggu ni. yup, 26 sampai 28 je. pendek kata dua malam je la. ni malam kedua, esok dah kena balik maktab. faham-faham je la kena hantar borang tu last 30 April. =.=

nak jadi cerita, aku memang dah tak suka dah nak balik naik bas dari terminal 1. untuk kali kedua bas lambat. first time boleh lagi syafiq tolong hantar sampai melaka. bas yang kononnya pukul 3.30 sampai pukul 5 petang tak muncul. dah sakit hati sangat sampai menangis dalam kereta masa balik. huhu :( kali ni balik muar dulu sebelum balik rumah sabtu pagi. bas pukul 5.30 kononnya. tapi pukul 6 baru sampai =.= time sedap tidur terjaga dengar bunyi pelik. tayar bas pecah!! mungkin aku terjaga dengar bunyi meletup kot. tapi tak perasan. masa tu baru pukul 7 dan baru je masuk melaka. dengan bateri htc yang nyawa-nyawa ikan sebab belasah main candy crush sebelum tu sempat la jugak mesej orang-orang penting. termasuklah angah yang nak jemput kat tempat bas nanti. mujur ada henfon spare nombor maxis yang syafiq belikan. guna henfon sony kecik yang rosak asyik tak ada line. mujur line baik kat highway, dan mujur jugak bateri boleh tahan even ada separuh je =.=. huhu. alhamdulillah bawa henfon spare. dapat contact dengan orang lain.

pukul 9 lebih baru ada orang repair tayar. :( 2 jam lebih tunggu dalam bas macam apa entah. time tu jugak ada bas berhenti, so dapat la naik bas lain walaupun berdiri je. rupanya bas ni amik 2 tempat sekali, melaka dan muar. memang lambat la sampai sebab masuk melaka dulu. hmm. 11.30 macam tu baru sampai tempat bas. sangat penat. perjalanan patutnya 2 jam lebih jadi 5 jam. dah macam nak balik kluang dulu. bas pukul 4 yang patutnya sampai pukul 6 jadi pukul 8. semua sebab bas 2 destinasi. masa tu batu pahat dan kluang. memang la akan berhenti kat bp dulu kan. tapi punya la penat bila keluar tol pagoh dan lalu jalan dalam dengan slow macam kura-kura. :( lepas ni nak naik KL la baru balik. senang, bas pun punctual dan terus direct sampai tempat yang kita nak balik. tak tahan dah nak tunggu dekat terminal 1 lagi. tu pun kalau cuti  pendek-pendek je la. cuti panjang drive sendiri. hehe.

p/s : minggu depan balik lagi >.< hehe. nak lelama sikit kat rumah sebelum exam. ;) exam 13 & 22 Mei..




Friday, March 29, 2013

cuti penggal pertama

luahan rasa emy'n at 12:59 AM 0 kata-kata Links to this post
salam..

dah nak habis cuti baru nak update blog :P biasanya laju je kalau nak update cerita apa-apa kan. tapi sekarang ni dah slow. praktikum mungkin? sampai sesak tak ada masa nak berjimba-jimba sangat. akhirnya tinggal lagi 3 minggu praktikum. penat dah -__- sekarang tinggal final observe, major & minor. tapi ada lagi 1 observe cikgu minor naik cuti ni. tak sabar nak menanti 3 minggu lepas tu exam dan cuti sem. insyaAllah ada berita baru tak lama lagi. semoga dipermudahkan.. hehe

22 Mac lepas, pengalaman baru dalam hidup ni bila mana drive sorang-sorang sepanjang balik 300 km lebih sampai rumah :) well, pengalaman pertama jalan jauh-jauh. kat kampung sendiri tak pernah macam tu lagi.. huhu. rasa macam dah expert gila bawa kereta manual (padahal highway je) :P ada la hujan sikit masa dah nak keluar tol. alhamdulillah, selamat sampai rumah dengan baik. bila dekat rumah tak bawa kereta pun =.= ayah macam tak percaya lagi. ( boleh gitu? ) :P

ok, masa di rumah adalah untuk rehat, masak, mengemas dan perkara-perkara lain yang menenangkan. harap esok dapat buat kerja. sabtu nak balik segamat, lama tak jumpa atuk. dia pun tak berkesempatan nak datang sejak arwah mak sakit. lepas tu, ahad balik maktab dah >.< bila nak habis cuti memang macam ni. rasa sekejap sangat. semoga semua urusan dan kerja-kerja maktab dapat diselesaikan dengan mudah. in shaa Allah. :')

gambar tiada kena mengena. P untuk perempuan, bukan percubaan . :P lesen dah lama full

Monday, March 11, 2013

quick update

luahan rasa emy'n at 2:41 AM 0 kata-kata Links to this post
salam..

dah sebulan lebih tak update blog. macam tak ada perkara nak tulis, walhal banyak je perkara yang difikirkan. hurmm, sedar tak sedar dah sebulan lebih tanpanya :( dah 8 minggu praktikum, tinggal lagi 4 minggu untuk habiskan. Alhamdulillah, walaupun penat masih ada ruang untuk diri sendiri.

rindu pada mak. sangat rindu. tapi yang mampu buat ialah sedekahkan alfatihah dan mengenang saat-saat indah dulu :') tiap kali balik, akan ziarah pusaranya. tapi tak mampu lama-lama, senang air mata tumpah. sekarang tengah tunggu 23hb. cuti seminggu, balik rumah. dapat teman ayah kat rumah :) and yes, I will drive. harap semuanya baik-baik je nanti.. huhu

                             
 ***************************************************************




sabtu lepas, 9 Mac 2013. ulangbulan ke 23. hampir seharian temankan Syafiq di KOT. masuk acara lagi, untuk tahun akhir ni. biasa la atlit kan :P walaupun tak dapat pingat untuk dua acara tu, tetap bangga :) lagipun semalamnya dah dapat perak dalam lompat kijang dah :D tahniah my dear! kalau dulu masa muda-muda, masuk acara trek. sekarang terer lompat, tu pun lompat kijang je, hehe. petangnya, pergi makan-makan dan tengok movie, raikan 9 hb katanya :)

ermm.. ucapan untuk 23 bulan ;)

- terima kasih atas segalanya, selalu ada saat susah dan senang, saat suka dan duka. tak pernah jemu bagi pandangan dan nasihat dan segala-galanya lah :) sedia korban masa dan tenaga semata-mata untuk diri ni :') hehe. hope dapat kekal ngan kamu sampai akhir nanti. tak pernah sangka boleh tahan sampai lama macam ni. :) tapi tu la, banyak yang serasi kot, walaupun banyak perbezaan :D ok, sayang kamu je ..


sekian..

Sunday, February 3, 2013

kehilangan

luahan rasa emy'n at 2:58 AM 6 kata-kata Links to this post
bismillahirrahmanirrahim..

terasa macam mimpi, masih terbayang-bayang lagi segala perilaku emak di rumah ini  :')

23 tahun bersama, aku masih belum puas hidup bersama mak. banyak lagi perkara yang aku ingin jalani dengannya, inginkan dirinya ada bersama pada hari-hari penting yang akan datang seperti hari raya, ulangtahun kelahiran, menanti kesudahan tahun akhir pengajian, sama-sama berkongsi kegembiraan di hari konvokesyen kelak, inginkan dirinya melihat aku bekerja, bekeluarga dan sama-sama menyambut setiap perkara yang berlaku :') sungguh besar cita-citaku serta keinginan aku. tapi Allah itu maha besar dan maha suci, setiap perkara yang berlaku sememangnya telah ditakdirkan. sudah tercatat di luh mahfuz bahawa aku cuma sempat merasai 23 tahun kehidupan ini bersama emak. insan yang mengandung, melahirkan dan membesarkan aku dengan penuh kesederhanaan dan kasih sayang. sesungguhnya aku sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu sepertinya.


subhanAllah, alhamduLillah, lailahaillAllah, Allahuakbar..


jam 10.30 pagi, jumaat.

aku mendapat panggilan telefon dari along.

"ayah ada call kau tak?"
"tak ada pun, kenapa?" aku sangat cuak dengan soalan macam ni, sebab ada perkara yang ayah lambat beritahu, mungkin tak nak buat aku rasa sedih..

"aku nak balik johor ni, mak kritikal"
"kritikal macam mana?" aku masih sempat bertanya.
"tak tahu, ni nak balik dah. kau balik la min, esok takyah datang mesyuarat. pergi cakap dengan GB"

GB tengah berbincang dengan seorang guru di biliknya. jadi aku jumpa dengan GPK  dan beritahu tak boleh hadir esok sebab nak balik kampung. masa ni, aku tak tahu la kenapa dia perlukan surat tunjuk sebab bagai baru dapat bagi aku lepas. mungkin sebab nak kualiti kan. =.= alhamdulillah, aku dapat tulis surat dengan cepat sebab nak kejar masa. sebelum hantar surat, angah pula telefon. dia pun bercakap benda yang sama dan tengah dalam perjalanan balik. aku terus rasa macam tak sedap hati dan tergesa-gesa bagi surat. tapi manusia ni biasa la, ada yang kurang empati. sempat lagi tanya pasal latar belakang aku dan cakap yang mungkin tak ada apa-apa la kritikal ni. lepas tu, aku minta izin nak keluar awal dalam jam 11. isi borang, sign dan dapat balik. ok la, dapat keluar 1 jam awal untuk siap-siap balik. masa ni, ikin yang tolong drive. hantar aku balik asrama, siap-siap kemudian hantar aku kat komuter labu. dalam jam 12.20 sampai ke perhentian bas seremban.

jam 12.30

"nak balik mana dik?"
"Johor. sekarang"
"ok, jom. bas dah nak gerak sekarang" aku terus ikut lelaki ni pergi dekat bas.
"30 ringgit dik"

 dia beritahu harga masa dah sampai dekat bas. aku pun terus bagi duit tapi sempat tanya pasal tiket. dia terus jawab yang tiket tu tak apa la. terus je naik bas. kejap lagi dah nak gerak. bila dah duduk dalam bas, aku mula terfikir yang aku ni dah kena tipu ke apa? betul ke naik bas ni tak ada tiket :( sangat careless. aku dah risau campur cuak. harap tak jadi apa-apa dekat aku sebab aku memang nak balik. nak jenguk mak. :( dalam hati dah sebak semacam..

tapi alhamdulillah, bas terus jalan tanpa cek tiket. lagipun masa aku bagi duit tu, driver bas ada je duduk situ. aku anggap dia nampak aku bayar duit tu. perjalanan ambil masa 3 jam lebih. dalam pukul 4 aku sampai larkin dan tunggu along jemput.

jam 4.00 petang, dalam kereta.

"mak ok ke tak?" aku terus tanya along.
"tak ok". ringkas jawapan dia
"habis tu sedar ke tak?"
"sedar" jawab akak ipar.

lepas tu, terus tanya aku dah makan ke belum. memang aku belum makan lagi. cuma alas perut dengan roti sosej beli kat kantin tadi. aku makan roti bilis yang akak ipar bagi masa tu. senyap je dalam kereta.

"min... mak dah tak ada" along bersuara tiba-tiba. perlahan tapi cukup jelas pada pendengaran aku.
"...........bila?..."
"3 suku tadi"

sayu.hiba.terharu. macam-macam rasa ada dalam hati. air mata menitis perlahan-lahan. aku istigfar dalam hati. berulang-ulang sampai aku rasa sedikit tenang.

"miza ada tak?"
"tak. dia dah tunggu kat rumah"

terbayang wajah adik yang baru tingkatan 4. ya Allah, Kau tak izinkan aku untuk bertemu dan berbicara dengan mak buat kali terakhir tapi aku tetap bersyukur kerana masih dapat lihat dia buat kali terakhir.

Alhamdulillah, aku dapat tolong mandikan dan kafankan jenazah emak di hospital, sejurus aku sampai sana. mak ngah kata, lebih elok percepatkan setiap urusan. mak pergi dengan tenang. mak lalui dengan mudah. :')
ayah beritahu nak kebumikan cepat, insyaAllah lepas maghrib. sebab katanya tak elok lambatkan bila dah dimandi.

6.20 petang

aku dengan ayah sekali naik van jenazah sampai rumah. sepanjang perjalanan hanya senyap. alunan yasin dari kaset saja yang mengiringi. beberapa kali air mata tergenang, tapi aku tahankan. aku tahu tak baik kalau menangis terlalu banyak. cukup sekadar menzahirkan rasa sedih.

7.00 petang

ketibaan disambut dengan ramai orang. semua menunggu jenazah di rumah. hanya Allah yang tahu sayunya hati ni bila turun dari van, bersalam dengan ramai tetamu yang mengucapkan takziah :'( itulah kali terakhir aku tatap wajah mak, lama aku tatap. sempat ku kucup dahi dan pipinya buat kali terakhir sebelum jenazah dibawa ke masjid pada waktu maghrib. kemudian, terus dikebumi selepas itu.

pada malamnya, banyak yang hadir menziarah termasuk kawan-kawan. alhamdulillah, Allah izinkan mereka hadir walaupun tak sempat melihat arwah mak. terima kasih semua sebab menziarah :')



***************************************************

2 januari 2012.

usai bacaan yasin malam kedua, aku duduk berbual dengan ayah.

"ayah dapat rasa ke mak nak pergi?"
"dapat. sebab tu ayah nak mak pindah hospital kluang. sebab ramai kawan-kawan dengan orang kampung yang dapat melawat. ayah dapat rasa lepas tengok keadaan mak merosot. selalu penat, kalau orang melawat pun mak macam tak bagi respons sangat. lepas pindah hospital, badan mak bengkak-bengkak. ayah dah tau yang buah pinggang semakin kurang berfungsi. mata pun dah mula kuning tanda hati dah mula tak baik"

Allah.. aku memang perasan perkara tu. memang aku terfikir benda yang sama. tapi aku nak mak sembuh. semuanya kuasa Allah. aku memang nak sangat mak sembuh.

ayah tambah lagi.. "lepas mak sampai hospital johor petang tu, ayah pun ada kat sana. doktor dah jumpa ayah dah. dia tanya 'encik dah tahu kan?' ayah memang dah tahu. mak tersangat-sangat penat masa tu. malam tu ayah balik, mak ngah yang jaga. mak langsung tak boleh tidur sebab sakit-sakit satu badan. serba tak kena. esok pukul 8 ayah dah sampai sana"

"bila yang mak kata ada orang datang tu?"
" dalam 9 lebih, mak kata ada orang datang tapi sebenarnya tak ada pun. mak cakap memang ada tapi tak tahu siapa. ada sorang je." 

wallahu'alam.. ayah dah dapat rasa yang mak akan pergi hari tu jugak. mak ngah dan ayah minta mak mengucap banyak-banyak dan ingat Allah. masa tu la ayah telefon along dan angah, suruh balik. ayah suruh along beritahu aku sebab dia tak nak aku risau sangat. lagipun masa tu ayah dapat rasa yang aku memang tak sempat jumpa.

"lepas solat jumaat dalam 2.30, mak mula tak sedar. nurse pasang alat kesan nadi, oksigen dan tekanan darah. dalam setengah jam semua tu turun sikit-sikit. mak pergi dengan tenang."


*******************************************


 masa dalam bas, terlintas dalam hati aku yang mak dah nak meninggal ke? :( terus teringat kata-kata dia masa aku jaga dulu. masa tu aku tengah suapkan makan malam.

"min, mak rasa dalam keadaan macam ni, tak pe la kalau mak pergi. masing-masing dah besar dan boleh jaga diri"

aku diam tak kata apa-apa. air mata je bergenang :'(

mungkin itu tandanya, Allah dah bagi petunjuk. Dia nak aku redha..



***********************************



aku gembira dalam sedih, sedih kehilangan mak. satu-satunya. tapi aku turut gembira kerana mak pergi dalam keadaan yang sangat tenang. setiap urusan semua Allah permudahkan :') Allah beri dalam bentuk bantuan manusia dari proses memandi, mengkafan, mengkebumikan. Allah turut mudahkan perjalanan aku pulang ke Johor walaupun Dia tak beri kesempatan untuk aku berbicara dengan mak buat kali terakhir. sesungguhnya aku redha dengan pemergian mak. semoga aku dapat bertemu dengan mak pada alam yang akan datang, insyaAllah. semoga mak tenang di sana. 


sentiasa terbayang-bayang kenangan aku bersama mak. dari kecil sampai besar. mak ajarkan bacaan doa dan ayat kursi pada usia aku 6 tahun. mak hantarkan ke tadika, ke sekolah, bawa aku pergi kedai untuk beli barang-barang keperluan aku, mak pilihkan baju kurung, mak masakkan lauk kegemaran, mak yang selalu ada pada saat aku memerlukan :') tapi kini, semuanya tinggal kenangan. tiada lagi insan yang aku panggil mak, tiada lagi suaranya yang selalu berbicara denganku tentang apa-apa hal. tiada lagi suara teguran serta bebelan tanda sayang, tiada lagi masakan mak yang tiada siapa pun boleh lawan, .................... sesungguhnya aku sangat rindu :')


p/s: semoga diri ini terus tabah :')


gambar penuh satu keluarga kali terakhir, 
November 2011

Monday, January 28, 2013

praktikum fasa 3

luahan rasa emy'n at 12:35 AM 0 kata-kata Links to this post
salam..

hari ni 28 Januari. yup, cuti hari thaipusam. syukurlah bila Negeri Sembilan ambil cuti umum ni. dapat balik kampung walaupun untuk 3 malam :) Alhamdulillah, dapat jenguk mak kat hospital dua hari berturut-turut sebelum naik bas jam 9.30 pagi nanti. ok, motif tulis tarikh dalam post adalah untuk memastikan aku ingat masa menaip post ni. hehe.. (ayat skema cikgu BM) :P

dah seminggu praktikum berlalu. macam-macam perasaan yang ada ni. pertama sekali memang teruja sebab pangalaman baru praktikum di sekolah yang tak pernah ada guru praktikum. kedua, rindu sangat nak cakap dalam telefon dengan mak, cerita macam-macam (tapi tadi dah cakap dah depan-depan, hehe :')) since mak sakit, aku tak berpeluang nak cakap-cakap dalam telefon (mak cepat penat kalau cakap banyak-banyak). Rindu semua perkara tentang mak terutamanya masakan dia, bebelan dia, waktu hujung minggu dengan dia kat rumah dan macam-macam lagi :')

ok, praktikum akan berlangsung selama 3 bulan. mula dari 21 Januari sampailah 19 April. tapi baru seminggu sekolah dah rasa macam sebulan. hahah. :P well, aku hanya boleh buat kesimpulan yang suasana praktikum kat KL lagi best berbanding Nilai ni. sekolah-sekolah kat KL dah biasa berunding dengan cikgu praktikum yang mana mereka ni memang sangat bagi kerjasama, banyak tolak ansur dan lebih memahami situasi guru pelatih. masa awal-awal sampai sekolah hari tu, aku harapkan ada sesi perbincangan mengenai pengalaman guru-guru praktikum sebelum ni memandangkan dah 2 kali praktikum sebelum ni. tapi ternyata tak ada langsung. semua diuruskan oleh mereka sendiri. hmm,  salah aku jugak sebab tak nak buat jauh-jauh dari maktab. =.= nak rasa mudah duduk asrama. tapi makan diri sendiri akhirnya. makanya, hari-hari aku kena pesan kat diri sendiri supaya positif je >.< datang sekolah tunggu masa balik, then start enjin kereta dan balik..  huhu (nak masuk minggu 2 tapi jadual tak konfemkan lagi dengan lecturer, hancuss) jadi, agenda sekarang adalah konfemkan jadual supaya dapat mengajar macam biasa.. =.= harap dapat ajar BM dengan baik. selain P&P, kena terlibat juga dengan koko. so, jadilah cikgu PBSM, persatuan BM dan permainan bola baling (patutnya pilih hoki, hmm.. ingatkan best bola baling ni, tapi.... dah terlambat nak tukar, surat lantikan tugas dah dapat. ni lah dilema aku yang tak interest dalam sukan)

kerja kursus masih menanti aku yang malas ni =.= tak lama dah due date. satu pertengahan februari ni. satu lagi awal bulan Mac. hurmm,.. harap ada seru dalam hati dan minda ini untuk buat esemen dan siapkan dengan cemerlang =.= nak kena mula RPH lagi, penuhkan portfolio praktikum lagi.. dan refleksi minggu 1 yang aku tak mula lagi ni. kena print bahan-bahan nak masukkan dalam folio juga.. nasib lah, tahun terakhir bergelar pelajar degree memang sempit. =.=



p/s : perlukan lebih banyak tenaga dan semangat!!!



semoga Allah permudahkan :')



Monday, January 14, 2013

update

luahan rasa emy'n at 12:01 AM 1 kata-kata Links to this post
salam..

really love this picture.
wajah aku iras dengan mak masa aku kecil.

perkembangan dari hospital

12 Januari, mak dah dipindahkan ke hospital kluang atau nama baru Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom, Kluang. alhamdulillah, lebih dekat dengan rumah untuk ulang-alik dan memudahkan keluarga nak melawat. 31 Januari nanti, kena pergi HSI semula untuk temujanji dengan klinik onkologi. harap ada berita baik. insyaAllah. kalau mak tak diberi kemoterapi pun, harap dia mampu bertahan dan kuat semangat :') hari tu ayah beritahu yang doktor tak dapat buat kemo sebab keadaan akan jadi lebih teruk. tapi tak semestinya kan. kuasa Allah lagi tinggi berbanding andaian manusia. :) seiring masa berlalu, akan ada berita-berita baik yang kita mungkin tak jangka, insyaAllah. dah habis minggu dua di maktab, bermakna dah dua minggu aku balik rumah berturut. minggu depan mungkin tak dapat balik sebab dah mula praktikum 21 Januari. harap nanti dapat ambil masa untuk balik rumah walau sibuk macam mana pun. semoga orang-orang di sekeliling dapat faham :') selagi ada masa untuk aku balik, aku akan balik tak kira walau satu malam pun asalkan dapat tengok mak. alhamdulillah, keadaan mak nampak baik. semoga semakin baik. last aku jaga mak masa 27 Disember lepas. 30 Disember dah balik IPG. dan sekarang dah 13 Januari. dah 2 minggu lebih mak dijaga oleh m.long, bergilir dengan m.ngah dan ayah pada hujung minggu. dulu, aku yang jadi pencerita dan pengantara kepada sesiapa yang ambil tahu perkembangan mak. tapi sekarang aku yang bertanya perkembangan mak sebab dah jauh kat enstek. walau bagaimanapun, ada je insan-insan yang tanya aku lagi tentang perkembangan mak. huhu. kadang-kadang aku tak tahu nak jawab macam mana sebab dah bukan depan mata. hope orang tu dapat tanya kepada yang lebih tepat. bukan apa, emosi aku ni bukannya betul sangat bila banyak pertanyaan, melainkan aku sendiri yang beritahu diorang atau kawan-kawan yang sememangnya dah tahu cerita dari awal.


perkembangan tentang study

sem 7, hanya belajar 2 subjek je. walaupun 2, memang tough sangat subjek-subjek tu. 12 jam untuk setiap subjek dalam seminggu. bayangkan 4 jam kelas dari 8 pagi sampai 12 tengahari untuk satu subjek je. esoknya 4 jam lagi dan lagi sampai cukup 12 jam. tambah lagi dengan keadaan elektrik yang masih tiada dalam kelas. hurm,, apa-apa pun, kena bersyukur sebab dapat rasa kesusahan macam tu. lepas ni mungkin kena posting dekat mana-mana ceruk yang keadaan macam tu, dah ada pengalaman kan. untuk praktikum, dah dapat pensyarah pembimbing untuk pemulihan dan bahasa melayu. insyaAllah akan jumpa lecturer secepat mungkin minggu hadapan untuk berbincang. semoga dapat laksanakan praktikum dengan baik pada sem ini :) semoga dipermudahkan segala-galanya.


perkembangan tentang skill

skill memandu. yup. lebih tepat lagi memandu untuk praktikum yang akan datang. dari minggu lepas lagi, viva dah sampai di enstek. syukurlah, ada orang yang sudi bawakkan viva dari johor even balik hari :) siap sesat lagi di labu dan kena tambah 1 jam untuk sampai maktab. masuk kali ni dah beberapa kali juga aku berlatih untuk ulang alik ke sekolah dan mahirkan memandu. maklumlah, kereta manual je. nak tak nak memang kena berlatih mula dari awal sebab aku cuma pro masa ambil lesen 2008 lepas =.= rugi betul sebab tak memandu lepas dapat lesen kan. walau macam mana pun, sekarang ni aku rasa dah yakin untuk drive semula tapi masih lagi lemah bab parking. huhuh.. orang kata memang ambil masa sikit bab2 ni.. insyaAllah nanti ok je. mungkin nanti balik johor dah drive sendiri. senang ;) tak perlu naik bas.


perkembangan tentang cinta

alhamdulillah dah sampai ke bulan 21 :) syafiq ada datang jumpa mak ayah 2 kali sejak akhir Nov lepas. baru 2 kali, penerimaan yang baik dan direstui, insyaAllah. parent dia pun ok je. dah 3 kali aku bersua dengan ibu abah dia. baru 3 kali. tapi ada kata-kata ayah yang menyenangkan hati aku. misalnya hari tu bila pak cik ada tanya turn aku. ayah selamba je jawab, 'calon dah ada, tapi dah kerja nanti baru boleh bincang-bincang :D kata-kata ibu dia pun menyenangkan bila mana aku printkan borang daftar asrama untuk dia sebelum dia daftar. ibu dia kata, 'amboi, bakal menantu yang printkan'. :P moga kata-kata tu jadi doa buat kami, insyaAllah.




p/s : esok Negeri Sembilan cuti. cuti Yamtuan Besar N9. esok angah yang akan hantar sampai nilai. masa daftar dulu along yang hantar. syukurlah ada abang-abang yang banyak membantu aku. alhamdulillah. terima kasih untuk along dan angah. 


Saturday, January 5, 2013

new life

luahan rasa emy'n at 12:16 AM Links to this post
salam..

dah habis dah minggu pertama kelas. tak sangka bila dapat suasana yang tak siap bila kelas masih tak ada elektrik, mendaki bukit ke kelas sambil sopan berbaju kurung serta berpayung jika panas or hujan, dan beberapa perkara lain lagi. handphone sony ericson experia tak nak detect line dekat bilik, line broadband maxis yang tak berfungsi walau dapat gprs je dan benda-benda yang lain. alhamdulillah, sekarang ni ada di rumah along. hewhew. yup, i'm going home today. enstek-seremban-melaka, dan johor esok. insyaAllah. mak masih di hospital, dan aku akan cuba untuk balik di setiap kesempatan yang ada untuk jenguk mak. semoga Allah permudahkan.

berbalik semula pada kelas. minggu pertama ni dah banyak kelas yang mula even ada 2 subjek je sem ni. yela, pensyarah memang nak rush habiskan topik sebelum praktikum 21 Jan nanti =.= assignment kena hantar 18 Jan. fuhh. memang mencabar sem ni. harap aku mampu menapak dan teruskan perjuangan yang masih belum selesai di bumi enstek ni. tak lama dah, setahun je lagi untuk menghadap alam pekerjaan.

semoga hati ini terus cekal, emosi terus tabah dan fizikal tetap kuat. insyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review