About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Sunday, February 3, 2013

kehilangan

luahan rasa emy'n at 2:58 AM
bismillahirrahmanirrahim..

terasa macam mimpi, masih terbayang-bayang lagi segala perilaku emak di rumah ini  :')

23 tahun bersama, aku masih belum puas hidup bersama mak. banyak lagi perkara yang aku ingin jalani dengannya, inginkan dirinya ada bersama pada hari-hari penting yang akan datang seperti hari raya, ulangtahun kelahiran, menanti kesudahan tahun akhir pengajian, sama-sama berkongsi kegembiraan di hari konvokesyen kelak, inginkan dirinya melihat aku bekerja, bekeluarga dan sama-sama menyambut setiap perkara yang berlaku :') sungguh besar cita-citaku serta keinginan aku. tapi Allah itu maha besar dan maha suci, setiap perkara yang berlaku sememangnya telah ditakdirkan. sudah tercatat di luh mahfuz bahawa aku cuma sempat merasai 23 tahun kehidupan ini bersama emak. insan yang mengandung, melahirkan dan membesarkan aku dengan penuh kesederhanaan dan kasih sayang. sesungguhnya aku sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu sepertinya.


subhanAllah, alhamduLillah, lailahaillAllah, Allahuakbar..


jam 10.30 pagi, jumaat.

aku mendapat panggilan telefon dari along.

"ayah ada call kau tak?"
"tak ada pun, kenapa?" aku sangat cuak dengan soalan macam ni, sebab ada perkara yang ayah lambat beritahu, mungkin tak nak buat aku rasa sedih..

"aku nak balik johor ni, mak kritikal"
"kritikal macam mana?" aku masih sempat bertanya.
"tak tahu, ni nak balik dah. kau balik la min, esok takyah datang mesyuarat. pergi cakap dengan GB"

GB tengah berbincang dengan seorang guru di biliknya. jadi aku jumpa dengan GPK  dan beritahu tak boleh hadir esok sebab nak balik kampung. masa ni, aku tak tahu la kenapa dia perlukan surat tunjuk sebab bagai baru dapat bagi aku lepas. mungkin sebab nak kualiti kan. =.= alhamdulillah, aku dapat tulis surat dengan cepat sebab nak kejar masa. sebelum hantar surat, angah pula telefon. dia pun bercakap benda yang sama dan tengah dalam perjalanan balik. aku terus rasa macam tak sedap hati dan tergesa-gesa bagi surat. tapi manusia ni biasa la, ada yang kurang empati. sempat lagi tanya pasal latar belakang aku dan cakap yang mungkin tak ada apa-apa la kritikal ni. lepas tu, aku minta izin nak keluar awal dalam jam 11. isi borang, sign dan dapat balik. ok la, dapat keluar 1 jam awal untuk siap-siap balik. masa ni, ikin yang tolong drive. hantar aku balik asrama, siap-siap kemudian hantar aku kat komuter labu. dalam jam 12.20 sampai ke perhentian bas seremban.

jam 12.30

"nak balik mana dik?"
"Johor. sekarang"
"ok, jom. bas dah nak gerak sekarang" aku terus ikut lelaki ni pergi dekat bas.
"30 ringgit dik"

 dia beritahu harga masa dah sampai dekat bas. aku pun terus bagi duit tapi sempat tanya pasal tiket. dia terus jawab yang tiket tu tak apa la. terus je naik bas. kejap lagi dah nak gerak. bila dah duduk dalam bas, aku mula terfikir yang aku ni dah kena tipu ke apa? betul ke naik bas ni tak ada tiket :( sangat careless. aku dah risau campur cuak. harap tak jadi apa-apa dekat aku sebab aku memang nak balik. nak jenguk mak. :( dalam hati dah sebak semacam..

tapi alhamdulillah, bas terus jalan tanpa cek tiket. lagipun masa aku bagi duit tu, driver bas ada je duduk situ. aku anggap dia nampak aku bayar duit tu. perjalanan ambil masa 3 jam lebih. dalam pukul 4 aku sampai larkin dan tunggu along jemput.

jam 4.00 petang, dalam kereta.

"mak ok ke tak?" aku terus tanya along.
"tak ok". ringkas jawapan dia
"habis tu sedar ke tak?"
"sedar" jawab akak ipar.

lepas tu, terus tanya aku dah makan ke belum. memang aku belum makan lagi. cuma alas perut dengan roti sosej beli kat kantin tadi. aku makan roti bilis yang akak ipar bagi masa tu. senyap je dalam kereta.

"min... mak dah tak ada" along bersuara tiba-tiba. perlahan tapi cukup jelas pada pendengaran aku.
"...........bila?..."
"3 suku tadi"

sayu.hiba.terharu. macam-macam rasa ada dalam hati. air mata menitis perlahan-lahan. aku istigfar dalam hati. berulang-ulang sampai aku rasa sedikit tenang.

"miza ada tak?"
"tak. dia dah tunggu kat rumah"

terbayang wajah adik yang baru tingkatan 4. ya Allah, Kau tak izinkan aku untuk bertemu dan berbicara dengan mak buat kali terakhir tapi aku tetap bersyukur kerana masih dapat lihat dia buat kali terakhir.

Alhamdulillah, aku dapat tolong mandikan dan kafankan jenazah emak di hospital, sejurus aku sampai sana. mak ngah kata, lebih elok percepatkan setiap urusan. mak pergi dengan tenang. mak lalui dengan mudah. :')
ayah beritahu nak kebumikan cepat, insyaAllah lepas maghrib. sebab katanya tak elok lambatkan bila dah dimandi.

6.20 petang

aku dengan ayah sekali naik van jenazah sampai rumah. sepanjang perjalanan hanya senyap. alunan yasin dari kaset saja yang mengiringi. beberapa kali air mata tergenang, tapi aku tahankan. aku tahu tak baik kalau menangis terlalu banyak. cukup sekadar menzahirkan rasa sedih.

7.00 petang

ketibaan disambut dengan ramai orang. semua menunggu jenazah di rumah. hanya Allah yang tahu sayunya hati ni bila turun dari van, bersalam dengan ramai tetamu yang mengucapkan takziah :'( itulah kali terakhir aku tatap wajah mak, lama aku tatap. sempat ku kucup dahi dan pipinya buat kali terakhir sebelum jenazah dibawa ke masjid pada waktu maghrib. kemudian, terus dikebumi selepas itu.

pada malamnya, banyak yang hadir menziarah termasuk kawan-kawan. alhamdulillah, Allah izinkan mereka hadir walaupun tak sempat melihat arwah mak. terima kasih semua sebab menziarah :')



***************************************************

2 januari 2012.

usai bacaan yasin malam kedua, aku duduk berbual dengan ayah.

"ayah dapat rasa ke mak nak pergi?"
"dapat. sebab tu ayah nak mak pindah hospital kluang. sebab ramai kawan-kawan dengan orang kampung yang dapat melawat. ayah dapat rasa lepas tengok keadaan mak merosot. selalu penat, kalau orang melawat pun mak macam tak bagi respons sangat. lepas pindah hospital, badan mak bengkak-bengkak. ayah dah tau yang buah pinggang semakin kurang berfungsi. mata pun dah mula kuning tanda hati dah mula tak baik"

Allah.. aku memang perasan perkara tu. memang aku terfikir benda yang sama. tapi aku nak mak sembuh. semuanya kuasa Allah. aku memang nak sangat mak sembuh.

ayah tambah lagi.. "lepas mak sampai hospital johor petang tu, ayah pun ada kat sana. doktor dah jumpa ayah dah. dia tanya 'encik dah tahu kan?' ayah memang dah tahu. mak tersangat-sangat penat masa tu. malam tu ayah balik, mak ngah yang jaga. mak langsung tak boleh tidur sebab sakit-sakit satu badan. serba tak kena. esok pukul 8 ayah dah sampai sana"

"bila yang mak kata ada orang datang tu?"
" dalam 9 lebih, mak kata ada orang datang tapi sebenarnya tak ada pun. mak cakap memang ada tapi tak tahu siapa. ada sorang je." 

wallahu'alam.. ayah dah dapat rasa yang mak akan pergi hari tu jugak. mak ngah dan ayah minta mak mengucap banyak-banyak dan ingat Allah. masa tu la ayah telefon along dan angah, suruh balik. ayah suruh along beritahu aku sebab dia tak nak aku risau sangat. lagipun masa tu ayah dapat rasa yang aku memang tak sempat jumpa.

"lepas solat jumaat dalam 2.30, mak mula tak sedar. nurse pasang alat kesan nadi, oksigen dan tekanan darah. dalam setengah jam semua tu turun sikit-sikit. mak pergi dengan tenang."


*******************************************


 masa dalam bas, terlintas dalam hati aku yang mak dah nak meninggal ke? :( terus teringat kata-kata dia masa aku jaga dulu. masa tu aku tengah suapkan makan malam.

"min, mak rasa dalam keadaan macam ni, tak pe la kalau mak pergi. masing-masing dah besar dan boleh jaga diri"

aku diam tak kata apa-apa. air mata je bergenang :'(

mungkin itu tandanya, Allah dah bagi petunjuk. Dia nak aku redha..



***********************************



aku gembira dalam sedih, sedih kehilangan mak. satu-satunya. tapi aku turut gembira kerana mak pergi dalam keadaan yang sangat tenang. setiap urusan semua Allah permudahkan :') Allah beri dalam bentuk bantuan manusia dari proses memandi, mengkafan, mengkebumikan. Allah turut mudahkan perjalanan aku pulang ke Johor walaupun Dia tak beri kesempatan untuk aku berbicara dengan mak buat kali terakhir. sesungguhnya aku redha dengan pemergian mak. semoga aku dapat bertemu dengan mak pada alam yang akan datang, insyaAllah. semoga mak tenang di sana. 


sentiasa terbayang-bayang kenangan aku bersama mak. dari kecil sampai besar. mak ajarkan bacaan doa dan ayat kursi pada usia aku 6 tahun. mak hantarkan ke tadika, ke sekolah, bawa aku pergi kedai untuk beli barang-barang keperluan aku, mak pilihkan baju kurung, mak masakkan lauk kegemaran, mak yang selalu ada pada saat aku memerlukan :') tapi kini, semuanya tinggal kenangan. tiada lagi insan yang aku panggil mak, tiada lagi suaranya yang selalu berbicara denganku tentang apa-apa hal. tiada lagi suara teguran serta bebelan tanda sayang, tiada lagi masakan mak yang tiada siapa pun boleh lawan, .................... sesungguhnya aku sangat rindu :')


p/s: semoga diri ini terus tabah :')


gambar penuh satu keluarga kali terakhir, 
November 2011

6 kata-kata:

ID said...

takziah emy.. semoga tabah.. sedih baca cite emy.. harap emy kuat..

ZWAN SABRI said...

salam takziah emy.. zwan yang baca entry ni pon tiba menitis air mata sbb terbayang kalau2 benda ni jadi kat Zwan.. Smoga Emy tabah.. Smoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman.. amin.

ain amira said...

takziah kak emy.. semoga akk dan keluarga akan terus tabah..

Nur Hawa Roslee said...

takziah kak emy... jangan patah semangat ye. semua yang berlaku ade hikmahnye. Insya Allah..

Butterfly Gurlz said...

takziah emy..
sedih bile baca post ni..
kuat semangat n tabahkan hati.. Allah lebih sayang mak awk.. smg roh mak awk d'cucuri rhmt n d'tmptkn dlm klgn org yg b'iman.. pape pun,hidup mesti diteruskn..

mawarberduri said...

emy :'(

sungguh emy, yana nangis min bc ni :'(

Allahu Allah~

moga arwah mama n mak, sntiasa dlm peliharaan Allah Al-Wadud, Allahumma amin ya Mujib~

kte kne sme2 kuat syg~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review