About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Thursday, January 9, 2014

my little sister

luahan rasa emy'n at 11:59 PM

10 januari 2014. genap usia adik 17 tahun :D spm candidates yeah !

macam sekejap masa berlalu. tiba-tiba tengok dia ni dah 17 dah. teringat masa 1997 tahun dia lahir. 1 ramadhan masa tu. almarhumah mak bersalin masa waktu berbuka puasa dekat hospital daerah. that time, aku dengan angah duduk rumah nenek tunggu khabar berita. excited sangat bila dapat call, ayah kata mak dah bersalin baby girl :DD kononnya tidur rumah nenek malam tu, tapi beria nak balik lepas ayah call. huhu. rupanya esok baru baby balik rumah.

perbezaan 7 tahun sebenarnya ada sebab. mak pernah keguguran 2 kali masa aku 4 dan 5 tahun. lepas tu macam tak nak lagi sebab keguguran ni sakit lagi dari bersalin (orang kata). tapi atas desakan aku masa tu umur 6 tahun dok beria cakap  nak adik. ada rezeki lagi, mak mengandung dan tiap-tiap hari lepas tu aku asyik cakap nak adik perempuan tau. hari-hari cakap kat mak ayah. hehe. mungkin masa tu sunyi tak ada kawan. abang-abang umur 10 dan 13. diorang dah main gusti-gusti. alhamdulillah, dapat lagi sorang melengkapkan 2 pasang anak :)


1995. along, angah dan aku. Kedah

1997. comel kan ;D hehe


ni masa bercuti hari tu. pergi bukit fraser singgah genting dulu. 



adik dan kakak. selalu orang ingat umur dekat-dekat sebab besar macam sama je. rupanya beza 7 tahun. haha. aku bajet muda lagi :P




bila masa dia lagi tinggi pun aku tak perasan. makin tinggi dan lagi berat dari aku ni. hehe. apa-apa pun selamat hari lahir semoga terus berjaya dalam hidup yang masih panjang lagi perjalanan ni. :) in shaa Allah. hanya melty cheese je yang boleh disediakan untuk birthday. masih beginner dalam buat dessert ni. mixer pun pinjam orang sebab sendiri punya dah rosak. huhu. pity me. lain kali kalau teringin buat kek kena beli mixer sendiri.


tak kreatif tapi ikut rasa boleh la. :P sebenarnya nak buat ayat sweet seventeen tapi sebab malas tak ada la . :P


0 kata-kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review