About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Thursday, January 2, 2014

selamat datang 2014

luahan rasa emy'n at 2:17 PM







syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk merasai kehidupan ini lagi :) flashback entri tahun lepas cuma ada beberapa je. sibuk dengan tahun akhir pengajian sebenarnya sampai tak ada masa nak update plus tak ada mood tapi sekarang gembira sebab dah habis belajar. menginjak usia 24 bulan september nanti, banyak yang aku rancang untuk dicapai dalam tahun ni. In shaa Allah semoga Dia permudahkan setiap urusan :)

imbas balik disember hari tu, temuduga aku 18 haribulan dekat BTP skudai. berdebar sangat rasa nak exam pun tak rasa macam ni. huhu. sebab tak terjangkau dek akal apa yang penemuduga akan tanya. bila dah selesai rasa syukur sangat sebab soalan banyak berkisar tentang common sense je. kalau ada yang sukar pun soalan nama menteri dan pengarah JPN. tapi bukan aku yang kena la. penemuduga panggil nama lepas tu tanya soalan. tak ada la sesi berbahas macam temuduga masa nak masuk IPG, diberi satu situasi kemudian bincangkan. still remember ada 10 masa tu, pandai-pandai la nak celah masuk macam mana :P temuduga SPP cuma 5 orang dan dipanggil nama sorang-sorang baru ditanya soalan. kalau jawab panjang-panjang dia suruh berhenti. as simple as that, lega sangat-sangat. tunggu surat tawaran jawatan je la sekarang ni :D

disember hari tu jugak, dapat berita gembira untuk tahun 2014. hehe. "ibu ngan abah plan bulan 3 nak risik" bila dengar macam tu je terus waaa.. dalam hati bunga-bunga terus kembang :D yela, bila dah ada plan macam tu lebih mudah la daripada plan sendiri-sendiri padahal belum kerja lagi saving pun tak ada. hoho. jauh pun satu hal jugak, ratus-ratus boleh habis untuk duit minyak dan tol. berangan je nak kahwin cepat-cepat tapi tak stabil lagi :P apa-apa pun nanti kena bincang balik antara dua family sebab ayah kata baik tunang sekali. ermmm.. tak tau la. tapi in shaa Allah masa tu dah kerja ada duit sendiri boleh la kot untuk tunang. yang penting masa cuti sekolah. kalau tak Mac, Jun la macam tu :D hehe.. harap yang terbaik dan semoga dipermudahkan urusan nak bina masjid.

ok, tutup cerita 2013. 2014 ni diharapkan jadi tahun yang bahagia walaupun tahu banyak cabarannya. lagi-lagi bila dah nak masuk alam kerja, macam-macam rasa ada ni. semoga betul la februari ni dah masuk sekolah :) tak sabar rasa nak kerja. kemudian dalam tahun ni juga nak dapatkan laptop baru, handphone baru :P rancang untuk bertunang dan berkahwin juga in shaa Allah tahun yang sama kalau ada rezeki lebih. hehe. semoga dapat posting sama negeri. azam tahun baru nak jadi orang yang sentiasa positif dan jadi lebih rajin. nak fokus untuk diri sendiri supaya jadi lebih baik dari pelbagai sudut. :D may Allah ease.

p/s : kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. semoga liku-liku 2014 dapat diharungi dengan baik. in shaa Allah aminnn..

3 kata-kata:

ZWAN SABRI said...

wahh.. x lama lg jd cikgu laa.. good luck!

El Yana said...

better saving dulu la . huhu

emy'n said...

zwan : tQ :)

k.yana : planning je. huhu. xda yg konfem lg pun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review