About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Monday, February 10, 2014

aktiviti semasa

luahan rasa emy'n at 11:35 PM 0 kata-kata Links to this post
salam..

memandangkan posting yang belum kunjung tiba, haruslah duduk rumah je. ermm, sebelum masuk januari hari tu ada juga terfikir nak cari kerja macam guru ganti ke, kerja pasaraya ke atau apa-apa yang boleh ada gaji. tapi bila dah naik sekolah, ditambah lagi dengan perasaan malas + ura-ura posting pertengahan januari, duduk je la tanam anggur. lepas tu dapat khabar lagi bulan februari. rupa-rupanya untuk guru dpli. banyak sesi dah diorang punya penempatan ni. sekarang ni dengar bulan april plak. -.- pheww, mencabar juga rupanya tunggu kerja ni.

bila cari kerja dekat pekan, tak ada tempat yang nak pekerja pun. mohon guru ganti dah tak nak sebab nanti bila kerja memang hadap sekolah je la. tambah lagi dengan jarak rumah ni dengan bandar nak pergi ppd pun jauh + malas nak drive. risau dapat sekolah jauh dah kena cari rumah sewa dan macam-macam lagi perkara. rasa macam dah ulang MALAS banyak kali. hahah. tapi bila duduk rumah ni pun alhamdulillah ada juga kerja. tolong-tolong kat kedai makan mak cik dari pukul 7.30 sampai 12 tengahari. walaupun bukan hari-hari tapi ada juga kerja bila dipanggil. semestinya dapat gaji harian walaupun tak banyak tapi boleh je menabung sikit-sikit :) syukur.

sekarang ni gila main candy crush. baru setahun main dah sampai level 500 something. so boleh tau la betapa gila walaupun masa kat maktab tahun lepas. :P lagi satu perkara, suka baca novel. mula dengan novel rayyan fantasi masa tahun 2011 karya  Ramlee Awang Murshid. ingat lagi siap sakit kepala baca cerita tu sebab membayangkan jalan cerita :P haha.  sekarang ni tinggal lagi 3 buah novel dia untuk aku cukupkan koleksi novel RAM alaf 21. semua ada 22 novel. minta tolong kakak ipar belikan sebab dia selalu pergi kedai buku. kalau sebelum minat RAM, aku baca je novel apa-apa pun tapi sebab dah jemu dengan kebanyakan semua novel pasal konflik cinta-cinta, aku beralih kepada thriller.  not bad, memang serius dah jatuh hati dengan novel-novel RAM. :)) sebenarnya membaca ni bagus sebab bina imaginasi. so nanti latih anak-anak membaca dari sibuk belikan tab atau menonton tv dengan kerap. kata wardina safiyyah kalau tak silap. :P

harap-harap la kerja bulan april ni betul. macam-macam dah rancang. cuma akan terlaksana bila dah kerja. hehe.  yela, aku fikir nak beli itu ini, nak bela kucing. beli gadget dan banyak lagi la. hmm.. yang dalam tabung haji tu duduk diam-diam je la ea beranak tiap-tiap tahun. hehe. serius aku tak sabar nak mula hidup baru dalam alam pekerjaan. masa tu baru la merasa dewasa sebab semua perkara kita dah kena fikir sendiri kan. semoga masa mendatang dapat dilalui dengan baik :) aminn


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review