About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Thursday, June 19, 2014

hidup baru

luahan rasa emy'n at 11:45 PM 0 kata-kata Links to this post
alhamdulillah, dengan rasmi bergelar guru pada 1 April lalu :) sekarang dah pertengahan jun, nak masuk bulan Ramadhan dah. insyaAllah semoga dapat menjalani Ramadhan dengan baik. kira-kira dah 2 bulan bertugas sebagai guru. biasa la, bila baru kerja macam-macam rasa ada. rasa macam praktikum pun ada cuma tak ada la stress macam praktikum betul-betul.

syukur dapat dekat daerah sendiri. tiap-tiap minggu balik rumah. cuma tak dapat la rasa merantau jauh-jauh macam kawan-kawan lain. tapi tak apa la, ada rezeki nanti dalam beberapa tahun minta pindah pahang. ehh. hehe. cuma dalam perancangan je la. tak nak cakap lebih, sebab benda tak pasti. no one knows the future. kita doa je la :)

hmm.. tak tau nak taip apa lagi. sekarang ni macam bosan je dengan blog. tapi still mengikuti beberapa blog yang best. memang macam ni la cara aku. bila dah malas dengan something tu memang malas sungguh. tengok la nanti kalau ada masa nak juga update cerita pasal konvo dan holiday hari tu. holiday yang dulu pun dah lama tertinggal. sebab penyakit malas ni la. tapi siapa je la yang nak baca blog ni. diri sendiri je nanti. mungkin 3, 4 tahun akan datang. mula throwback cerita-cerita lama. hehe.

sekarang ni kalau nak cerita satu-satu perkara pasal hidup sendiri pun rasa tak best. entah, mungkin sebab dah nak usia 24 ni. jadi matang sikit. kadang-kadang bila tengok post-post lepas pun macam terasa keanak-anakan betul. huhu. tapi bak ada orang kata, page kita suka hati kita la kan. tapi sebetulnya kena fikir juga tentang sekeliling. yup, kali ni betul-betul matang. terfikir lepas-lepas ni nak tulis pasal isu-isu semasa berbanding isu diri sendiri. mungkin masih berkongsi lagi beberapa kisah dan pengalaman. tapi ada had la.

pesanan untuk diir sendiri : jadi kuat, teruskan berjalan walau apa cabaran pun, kebahagiaan tu tetap akan ada satu masa nanti. stabilkan diri dulu min.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review