About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Tuesday, September 16, 2014

my engagement day 14.9.14

luahan rasa emy'n at 5:13 PM 0 kata-kata Links to this post

Alhamdulillah. syukur padaMu kerana permudahkan semua. salah satu impian pada usia 24 telah tercapai :)

pertama sekali, perasaan bila dah bergelar tunangan orang ialah rasa lega sangat-sangat. banyak perkara yang dirisaukan selagi belum ada apa-apa ikatan. yela, banyak faktor yang boleh menjauhkan. lagi-lagi bila dah sibuk dengan kerjaya dan kehidupan sebagai orang dewasa. bila dah bertunang ni perasaan yang paling aku rasa ialah dah jadi makin sayang. mungkin sebab dah pasti yang dia ni bakal suami :D semoga dipercepatkan dan dipanjangkan jodoh insyaAllah. semoga kehidupan ini dapat dilalui dengan lebih baik. besar harapan aku pada dia, dan aku percaya besar lagi harapan dia padaku. lagi-lagi bila dah tergalas tanggungjawab selepas ijab dan kabul nanti.


cerita sikit mengenai majlis pertunangan ni.. baju memang beli siap. beli online tapi terpaksa kecilkan sebab rasa-rasa macam muat je masa beli tu kan. asalnya nak pakai baju yang ada. tapi bila fikir-fikir majlis ni kan sekali seumur hidup. lepas tu, fikir yang kita ni dah bekerjaya. ada duit untuk beli yang baru. jadi, spend duit sikit untuk baju ni :) nanti raya boleh pakai lagi. barang untuk hantaran beli masa cuti merdeka. renda-renda gubahan dan bunga-bunga hiasan beli lagi seminggu nak majlis. bayangkanlah ada masa seminggu untuk buat semua. alhamdulillah ada ibu saudara yang banyak membantu. dari beli barang gubahan, buat gubahan hantaran sampailah part alter baju semua dia buatkan. bersyukur sangat :') pelamin pun tempah lagi seminggu majlis. mujur mak andam free time tu. last minit plan. asalnya rasa tak perlu pelamin ni. tapi bila fikir apa salahnya kan. sebolehnya aku nak yang terbaik untuk hari-hari bahagia macam ni. :D










before rombongan sampai, main snap gambar dulu. sendiri-sendiri je. tak ada la sampai nak tempah photographer profesional. cukuplah gambar sikit-sikit untuk tatapan sendiri. majlis nanti tempah yang profesional baru puas hati.


rombongan sampai dalam pukul 12.30 tengahari. tak lama lepas tu sarung cincin by bakal ibu mertua ;) cincin risik 1, cincin tunang 1. cincin pun dah beli awal lagi. kisahnya saja-saja nak cuba tanya kalau boleh bertunang tahun ni. :P kalau bukan september, disember nanti. 

syukurlah Allah permudahkan dan akhirnya tarikh 14 september 2014 jadi pilihan untuk majlis ni :)


cincin risik


cincin tunang






************************************************************************

the final part. gambar berdua :D 

dari zaman maktab sampai la sekarang. dari zaman kawan-kawan sampai dah bertunang. kami kenal pada 2008, mula serius 2011, bertunang 2014. insyaAllah 2015 akan disatukan sebagai suami isteri. one more step :)

bakal suami saya :D






7 dulang hantaran balasan untuk pihak lelaki. lagi 1 dulang kosong tu cupcake. minyak wangi, sunglasses, coklat, kemeja, kain pasang, dan sirih junjung

5 dulang dari pihak lelaki. sirih junjung, minyak wangi, kain pasang, tablet, cincin & duit tanda.


moga hari-hari yang mendatang dapat dilalui bersama hingga ke fasa berikutnya dan sehingga akhir waktu. dalam tempoh masa ni, banyak yang perlu dipelajari lagi supaya dapat jadi isteri mithali.

lain perasaan ni bila dah bertunang. orang kata dah jadi darah manis :D mula menghitung bulan.



p/s: dalam kegembiraan masih terselit rasa duka. hari bahagia yang kedua tanpa almarhumah bonda. pertama dulu semasa konvokesyen. yang kedua hari pertunangan. ketiga dan seterusnya pun tanpa dia. al-fatihah buatmu mak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review