About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Monday, January 5, 2015

bride to be

luahan rasa emy'n at 4:20 PM
5 Januari 2015.

salam dan hai..

sekejap je dah 5 hari dalam tahun 2015 :) dan tiba-tiba nanti sekejap je dah masuk mac 2015. hee. ok la, kita story sikit pasal kahwin ni. Alhamdulillah, hajat nak kahwin bulan 3 dah tercapai setelah puas beritahu kat ayah. sebabnya planning awal 30 mei. lepas tu ubah 31 mei hari ahad (johor dan pahang cuti tak sama) kebetulan adik ipar along 6 jun. kesian kat along nanti minggu ni adik kahwin, minggu depan adik ipar, esoknya nak ke pahang pula. (macam tu la bayangan awal). tu yang boleh jadi reason untuk awalkan. sepupu pun bakal bertunang 31 januari ni nak kahwin sebelum puasa kalau boleh. kalau tak dapat, diorang nak buat bulan 9. almaklumlah, masing-masing nak mengejar cuti sekolah. bulan 5 & 6 tu cuti panjang sikit kan. jadi lepas ayah timbang tara semua tu dia pun setuju untuk buat bulan 3 :D yeay! dalam tempoh cuti seminggu tu. pihak laki pun terpaksa turut juga dalam minggu tu sebab bulan 5 & 6 full booked. yela, takkan tak pergi jemputan rumah besan. takkan la nak kahwin serentak dengan sepupu. lagipun masa tu aku fikir, kalau kita mudahkan urusan orang, insyaAllah urusan kita pun akan dipermudah. sekarang ni, sepupu aku dapat la buat majlis 30 mei. tercapai hajat mereka nak sambut ramadhan dan syawal sama-sama kan :D

orang kata prepare 6 bulan sebelum majlis. tapi tarikh baru konfem 3 bulan sebelum. jadinya, sekarang ni yang betul-betul dah setel ialah andaman dan fotografi. yang lain-lain belum lagi, masih dalam list. dalam minggu ni rancang nak beli barang hantaran, tempah kad, test hiv dan lain-lain lagi yang mana boleh setel awal. tambah-tambah lagi en. tunang baru nak pergi kursus kahwin. lepas setel kursus kahwin dia, baru dapat siapkan segala macam dokumen untuk nikah. so far, tak ada masalah. cuma belum isi borang online e-ncr tu dan kumpul dokumen. ayah kata akhir januari dah boleh siapkan dan bagi tok kadi. nanti dia yang uruskan untuk tarikh temuduga. boleh tarik nafas lega dah masa tu. insyaAllah.

kira-kira hari ni ada 68 hari lagi sebelum majlis. 15 mac nikah dan majlis tempat aku. 21 mac bertandang rumah lelaki. nampaknya kena CRK sehari dua la lepas tu. hehe. kira-kira untuk bajet kahwin memang banyak. orang kata duit tu macam air mengalir. memang aku akui, tapi alhamdulillah, bila dah kerja ni rasa ringan je nak beli apa-apa. lagipun ada simpanan sikit yang buat aku rasa mampu la nak buat majlis. for me, sebagai orang perempuan tak boleh nak harapkan sangat duit dari lelaki. memanglah dia tu bakal suami, dah jadi tugas untuk support wife. tapi agak-agak juga la kan. life sekarang sangat banyak pakai duit dan rasanya tak salah pun kalau perbelanjaan majlis aku, banyak pakai duit sendiri. depends on masing-masing. lagipun kitorang sama umur, tak sampai setahun pun kerja. toleransi tu penting.




tq my dear, for everything :D 








1 kata-kata:

Gentleman Frog said...

Salam,

tahniah! dah nak kahwin pun.

blog anda diserang senseplus malware uninstall shopper pro dari program and features anda dalam control panel

http://toadjitsu.blogspot.com/2015/01/kartunis-hina-nabi-muhammad-ditembak.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review