About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Wednesday, February 11, 2015

it's february 2015

luahan rasa emy'n at 12:18 AM 0 kata-kata Links to this post
salam..

11.2.2015

dah 2, 3 hari flashback setiap entri dalam blog. baca balik entri yang berkurun dari 2010. tapi tak ada lah buka semua label. cuma beberapa label yang besar bagi aku macam pengalaman, love, perasaan dan kawan. sempat juga padam beberapa entri yang dah tak penting dan tak ada kaitan. tak perlu dikenang kisah yang tak penting :D

dah nak masuk pertengahan februari. tinggal 1 bulan 4 hari sebelum majlis :) perasaan? masih biasa-biasa. tak ada lagi debar nak kahwin tu :P tapi bersyukur sangat insan yang aku kenal rapat sejak 2011 bakal jadi teman hidup. banyak sangat dah entri pasal dia. entri first jumpa parent dia :) lepas tu entri hari lahir, ulangtahun dan cerita-cerita lain lagi. lepas ni insyaAllah bila cerita lagi pasal dia, dah jadi suami dah :D still, masing-masing macam tak percaya nak tukar title. lagi-lagi sebab banyak sangat dugaan sepanjang 5 tahun ni. tapi syukur, kami dapat lalui dan selesaikan dengan baik. aku harap semoga kasih sayang dan jodoh ini kekal sepanjang hayat. insyaAllah aminn..

dari 2010 sampai sekarang, macam-macam perkara yang dilalui lagi-lagi sepanjang pengajian kat maktab. baca semula pengalaman praktikum, macam tak percaya dah lalui semua perkara yang mencabar tu :,) macam sekejap je dah 5 tahun setengah. sekejap je dah nak masuk setahun jadi cikgu yang betul-betul. lepas ni boleh fikir untuk sambung belajar dah. perlahan-perlahan dulu sebab baru nak bina hidup bekeluarga :D setel satu-satu perkara. semoga dipermudahkan setiap urusan.

last but not least, sejak 2013 dah malas update blog, jadi banyak cerita yang lupa macam tu je. tapi tak apa lah, makin dewasa ni makin sedar tentang banyak perkara. some story yang kita tulis kat blog mungkin tak proper or tak perlu pun kan.. kalau boleh seiring dengan meningkatnya umur, begitu juga kematangan dalam diri meningkat. tak lama lagi genap 25 tahun :) dah lama tinggalkan zaman ramaja yang tak berapa matang tu.. sekarang dah dewasa. bakal jadi isteri dan umi satu hari nanti.. dengan izin Allah :D







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review