About Me

My photo
tak ada apa-apa yang menarik di sini, cuma penuh dengan kisah cinta dan kehidupan

dua hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

syafiqemyliza

Monday, September 28, 2015

luahan rasa

luahan rasa emy'n at 11:31 PM
28.9.15

lama tak update blog. sebab rasa macam tak ada cerita nak share tapi banyak cerita sebenarnya. so, dalam post ni nak cerita sikit ketidakpuasan hati tentang beberapa perkara tapi memang tak dapat nak ubah sebab benda dah lepas dah pun.. tabahkan hati je la ye. huhu

yang pertama sekali, album kahwin. janjinya lepas 2 bulan boleh dapat album. tunggu punya tunggu dah masuk 3 bulan. mesej la fotografer, ok katanya album dah siap dalam 2 minggu dia pos. tapi.. sampai pertengahan julai tak ada berita. call dan mesej tak berbalas. whatsapp lagi la. delivered je tapi tak bluetick. lepas tu ada la balasan katanya dia kena tipu dengan printing, ada masalah kewangan sampai kereta pun nak kena tarik dan macam-macam lagi. lagi menambah sakit hati bila aku dapat tahu ada 3 orang termasuk aku yang terkena benda sama. bezanya diorang dah bayar habis, tapi aku masih ada baki lagi. ceritanya semua sama, masalah printing masalah kesihatan dan dia janji akan siapkan dengan cepat. dia kata bagi masa lagi 2 minggu.

tapi, biasalah manusia kan. dalam masa sama ada je masa cari customer baru, pergi shooting sana sini macam tak ada masalah apa-apa. hmm.. parah betul. 2 minggu habis camtu je. last-last yang dia poskan cuma softcopy raw tanpa edit. tu pun dapat pertengahan september hari tu. bila scroll gambar-gambar kahwin pun banyak yang tak cantik. yela, yang tu nanti cerita. tapi sepanjang bergambar asyik suruh senyum tunjuk gigi. last-last banyak sangat gambar yang nampak menyengih lebar :( sedih betul. aku dah la tak pandai senyum. gigi pun tak lawa.. huhu.. gila betul rasa bila tak puas hati dengan gambar sendiri. berbalik pada cerita album kahwin, aku ambil inisiatif lain untuk tempah jadi photobook. yang buat tu kawan sendiri la. jadi senang cerita. hahah.. padahal fotografer tu kawan suami tapi susah cerita ek.. alhamdulillah, sekejap je urusan untuk photobook. siap dia edit lagi. tapi total gambar dalam 90 keping untuk 1 album. ok la kan. penat jugak aku pilih gambar-gambar yang nice untuk muatkan.. jap lagi aku cerita kenapa.. sekarang ni photobook saiz besar dah siap. tunggu lagi satu saiz. aku siap buat 2 copy lagi untuk bagi kat ibu mertua :D kos biasa la. aku rasa baki bayaran untuk fotografer tu aku nak cut untuk photobook..


ni fb page. not recommended. kawan makan kawan. lebih baik buat dengan orang luar kan.


yang kedua, tak berapa puas hati dengan hasil andaman tapi benda dah jadi kita biarkan je la.. cantik memang cantik tapi sebenarnya pelamin tu terlalu besar untuk rumah. jadi tak muat frame :( hmm.. tak ada salah siapa-siapa pun, persiapan dalam 3 bulan je kan. awalnya memang aku nak yang simple dan ringkas je untuk majlis aku. pelamin biasa cume nak yang design macam kusyen tu, lepas tu nak baju ala-ala gaun je kembang bawah.. masa time aku tu, kebetulan mak andam nak buat baju baru, jadi aku request awal nak kain songket. tapi dia kata susah cari dan kos tinggi. so, tak apa la kain chiffon je. tapi bayangkan la lagi 2 minggu majlis macam tu katanya dapat cari kain songket dan dia nak design peplum.. hmm.. aku setujukan je la. sebab 2 minggu tu dah suntuk sangat. masa nak pasang pelamin, siap dia bawa frame besar ala-ala yang biasa guna untuk dewan. pasang pelamin pun masa aku kerja so tak dapat tengok. tapi pelamin memang cantik. cuma rumah kecil, tak muat masuk dalam kamera :( tak ada orang pun terfikir benda tu.. huhu.. yang pasal baju tu, memang biasa la kalau saiz besar kan. tapi, bila dikecilkan pun masih gedoboh lagi.. tu yang nampak tak kemas. tapi dah ada yang tu pakai je la.. tambah-tambah lagi dengan mekap yang agak tebal. bayangkan dengan menyengih dan bermekap tebal.. hahah.. tapi dalam banyak-banyak gambar, masih ada yang elok la..


dalam rasa tak puas hati tu, aku bersyukur sangat masa majlis bertandang. semua cantik, walaupun ringkas. puas hati dengan pelamin, dengan baju, dengan mekap, dengan fotografer ( senior fotog ) jenis tak memaksa nak suruh senyum sengih. gambar yang nampak gigi gambar candid je. puas hati sangat. lepas habis sesi outdoor, terus dia transfer gambar masuk laptop. masa kat majlis aku tak ada nak bagi terus. padahal majlis kat sana lagi adhoc. tapi semua ok. yang mekapkan pun mak sedara suami. natural je :)


banyak pengajaran yang aku dapat dari peristiwa macam ni. first, jangan prepare lewat untuk kahwin. better 6 bulan sebelum. lagipun aku banyak buat sendiri semua-semua benda. nasib la sebab dah tak ada mak kan :( sebab memang banyak perkara aku suka dia pilihkan.. jadi bila andaman nak ubah itu ini aku turutkan je la dengan harapan semua ok. tapi lain jadinya. masa dah suntuk dengan benda-benda lain lagi nak fikir masa tu.. hmm.. untuk fotografer pun, tak semestinya orang yang kita kenal dapat bagi servis yang baik. awal-awal semua nampak ok je. tapi hasil hampeh. patut la masa awal-awal lagi aku rasa nak book dekat orang lain. tak nak orang-orang yang kenal rapat. tak sangka jadi macam ni. tapi benda dah jadi. bila cerita kat orang lain pun, diorang tak dapat kata apa-apa, yang penting dah sah kahwin dah jadi suami isteri.


Alhamdulillah, lagi 1 perkara yang aku syukur sangat. masa ramadhan hari tu dapat tahu dah hamil :) rezeki Allah bagi awal. sekarang ni dah 19 minggu baby dalam rahim ummi. Alhamdulillah :D semoga membesar dengan baik ye sayang. tak sabar ummi dengan abi nak jumpa awak! :)

0 kata-kata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

me

him

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
 

Metafora hidup Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review